Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru Dan Selamat Kembali Bersekolah




Assalamualaikum ,..

memandangkan tinggal beberapa hari sahaja nak bersekolah  , jadi aku mencuri masa untuk menaip last entry buat tahun 2012 . Sememangnya , pelbagai dugaan , pahit dan manis yang berlaku sepanjang aku bercuti selama sebulan lebih ini . Di saat penghujung Disember inilah aku terdelete blognya lagi . Nak menyesal pun tak berguna , memang takkan dapat blog lama itu balik . Dengan adanya blog baru ini , mood nak berblog itu muncul kembali walaupun tidak setinggi harapan . Malah , dengan sokongan blogger-blogger lain juga , buat aku semangat nak berblog semula dan ada juga beberapa blogger yang sanggup buat entry buat azwa iaitu ADIK ECAH , KAK SANTAI LEEZA , dan juga KAK AHSFAN .. Terima kasih buat anda semua !!

Mengenai perihal sekolah pula , semuanya aku pakai yang lama kecuali beg dan kasut . Memandangkan tinggal setahun sahaja lagi aku dekat sekolah untuk menamatkan pengajian di Form 6 . (*perghh ayat aku bajet pro bahasa melayu plak ) . Kecuali buku text form 6 untuk sem 2 sahaja belum dibeli kerana belum ada dipasaran . Mak aku kemain bajet , awal cuti sekolah dia dah borong baju sekolah untuk adik aku . Masuk awal disember baru ini , dia membeli buku rampaian baut adik aku . Sudah siap nak membayar (perbelanjaan untuk budak sekolah rendah sahaja , aku tengok macam nak masuk universiti ) . Tapi , sekolah menengah kuranglah sikit bajetnya .

Sepanjang aku bercuti selama sebulan lebih ini , saat paling aku seronok ialah bergaduh dan bersilat kuntau dengan adik aku . Owhhh , itulah terapi minda yang paling best sekali , kalau sehari tidak bergaduh ataupun bertekak rasa tidak aman hidup aku . Selain itu yang paling best aku buat tahi mata , bila terjaga lauk dah terhidang di atas meja . *perghhh syok gila . Memandangkan , bila waktu petang sahaja hujan mula  membasahi bumi , lagilah aku syok menyambung hikayat seribu satu malam . Bagiku , tidur itu satu terapi , bergaduh itu biarlah berapi-rapi . Jika hendak dibandingkan masa dengan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah lebih baik tidur . Right ?? hahaha..

tengok betapa rajinnya aku cuti ni , padahal mengadap blog dan baca novel je pun ...heheeh..

Ada ke mak aku kata , bila aku mengadap lappy sahaja mengalahkan kerani besar tidak bergaji . Hal ini kerana , aku tidak menolongnya masak . Bab-bab dapurlah aku paling tidak berapa suka . Lainlah berkemas , aku sukalah juga . Sepanjang cuti ini , sempat juga aku khatam 10 buah novel . Novel bolehlah khatam dalam sehari , cuba kalau buku sejarah , nak habeskan satu bab pun tak lepas .. Jangan cakap satu bab , satu page pun belum tentu lepas punya .hahaha.. Itu pasal , budak yang amik SPM sekarang  diwajib lulus sejarah !! Selain khatam novel , sempat juga aku khatam beberapa cerita korean di MAADUU.COM . Banyak cerita-cerita korean yang menarik di maaduu . Dah nak dekat sekolah ini , lagilah sibuk aku dibuatnya . Kena mencari baju sekolah entah dimana letaknya , buku-buku sekolah adik aku kena balut . Alhamdulillah semuanya dah pun selesai . Aku orang yang excited pula nak ke sekolah , dengan dah siap gosok baju sekolah , balut buku , beli peralatan alat tulis semua . Macam esok sekolah !! Seronok itu memang seronok , takut pun ada . Takut result sem 1 dah nak keluar .!! Apalah keputusan yang aku dapat . Harap-harap okaylah.. =)

Harini juga , sempat hangout dengan kawan-kawan lama . Itupun pergi lepak di Setia City Mall , Meru Klang . Saat paling best , main boling yang asyik masuk longkang . Memang fail betol !! Apa-apa pun memang seronok hangout bersama kawan-kawan lama . Bila lama tak jumpa sibuk nak tanya , bila dah jumpa janggal pula rasanya . Tak faham betollah !!


Memandangkan tahun baru semakin hampir , apa azam tahun baru korang ?? sudah tercapai ke , azam tahun ini ?? Aku rasa , aku punya azam banyak yang dah tercapai walaupun satu azam aku ini musnah dalam sekelip mata , dihujung jariku , dan beberapa minit sahaja berlaku . Nak tahu apa ?? Iaitu blog aku yang dimusnahkan oleh diri aku sendiri . Kesian aku kan . But  its okay !! Blog baru pun best juga walaupun tidak semeriah dahulu . =) ~ Hidup ini , bagaikan pelangi selepas hujan ~ 

Buat sekian kalinya , aku ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua . Tahun baru akan melabuh tirai , jadi sudah sampai masanya untuk buka buku baru mahupun lebaran baru . Yang lepas biarlah lepas , tetapkan dalam hati bahawa hari esok lebih baik dari hari ini . Sudah pastinya , azam tahun baru 2013 aku adalah ingin menghabiskan pengajian form 6 dengan jayanya dan mencapai segulung ijazah . muhehe... dan jejak kaki ke menara gading . *perghh cita-cita tinggi tu . =)

Maybe lepas ini , aku update blog sebulan 1 kali sahaja kot . Disebabkan kekangan masa yang mencemburiku . hahaha.. Mesti ada yang meluat nak baca blog aku , disebabkan bahasa aku yang seketul-ketul yang begitu baku !! Apa-apapun terima kasih support blog baru ini . Dan minta maaf juga , yang request tutorial . Harap maklum buat semua , blog azwa memang tiada blog tutorial !! Maaf sekali lagi !!  Bagi yang tinggalkan jejak dekat cbox , aku tak sempat nak balas . Insyallah ada masa aku balas . Apa-apapun , SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA !!


  • p/s : Memang Allah yang tentukan hidup kita , tapi kalau kau pemalas tidak berusaha  , tak berjaya juga  . *Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri .


Note : Janganlah mendabik dada mengata diri sudah melepasi tahap baik sebab yang baik itu bukan semata-mataditafsirkan perkataan namun terpamernya leluhur daripada sifat-sifat terpujiakhlak itu adalah titik ukuran nilai .





Read More»

Sunday, 30 December 2012

ZyraRoxx's Blogbuster


Klik sticker atas ini untuk join
Segmen ini berlangsung pada :
30/12/2012 - 30/1/2013

Assalamualaikum ..

Straight to the point sahajalah  , ini kali dan first time aku join segmen yang di anjurkan oleh ZyraRoxx . Segmen yang pertama yang dia anjur aku dok tengok sahaja sebab tiada mood nak join . Disebabkan ada mood harini , lalu aku join segmen ini bagi acara penutup cuti persekolahan . Segmen ini pun tersangatlah simple dan tidak banyak sangat syarat yang dikenakan . I like !!

Aku suka baca cerita-cerita yang ditulis oleh ZyraRoxx , terkadang boleh tergelak senseorang akibat ceritanya yang agak merapulah juga tapi seronok beb . Tak rugi kalau korang terjah blog dia !! Aku ini suka baca sahaja , tapi tak suka mengomen . Silent reader gitu !! hahaha.. Nampak no menipu . 

Apa korang tunggu lagi , jom la ramai-ramai join . Lagi ramai yang join , lagi meriah . Syaratnya pun sangatlah simple mimple . Tak perlulah risau , kalau tidak berapa nak faham tanya direct terus dekat ZyraRoxx . Pasti di reply beb !! Berminat nak join ?? Klik --->> SINI

  • Note : membilang hari untuk masuk kembali  bersekolah dan membilang detik jam untuk tahun baru !! >_<





Read More»

Friday, 28 December 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum ..

Selepas join beberapa segmen , kini menyusuri pula segmen Kak Mialiana . Segmen ini pun tiada banyak syarat yang dikenakan . Sorrylah , azwa memang memilih sikit untuk join segmen ataupun giveaway yang korang anjurkan . Ikut mood juga untuk join . Jom , teruskan segmen Kak Mialiana ini . ada beberapa nak cerita untuk join segmen ini .



1) Nyatakan jumlah follower sekarang ??
  Yang ini azwa tak ingat .

2) Nyatakan apa yang anda suka dalam blog Kak Mia ??
Azwar suka blog kak Mialiana kerana beliau  merupakan seorang wanita yang bertanggunggjawab sebagai anak kepada sepasang ibubapa , sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki , sebagai seorang ibu kepada anak-anak , dan juga sebagai seorang pelajar terhadap pelajaran dan kerjayanya . Kak Mia juga seorang wanita yang mempunyai attitude yang baik malah beliau juga pernah tercalon dalam beberapa anugerah . Antaranya , Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award , for the 13th Convocation of Open University Malaysia , dicalonkan anugerah pelajar terbaik , Anugerah Canselor for the 13th convocation of Open University Malaysia , Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , dan beliau juga turut tersenarai dalam Top 10 Blogger of the Year Digi WWWOW Awards 2012 .

Di samping itu juga , beliau merupakan seorang yang mesra alam . Maksudnya , Kak Mialiana seorang yang rajin beramah mesra dan tidak pernah lokek ilmu . Tanya sahaja dekat kotak cbox beliau , pasti ada balas punya . Malah , cara pengolahan dan pengalamannya menarik minat azwar untuk mengikut jejak langkah beliau . Bak kata orang tua-tua dahulu , amek berkat . Kak Mia juga rajin berkongsi cerita mengenai pengalaman belajar di Open University Malaysia , dan tip-tip blogging . Malah cara penyampaian yang santai  dalam blog beliau sesuai untuk semua peringkat usia . Itu sahaja cerita yang membuat azwa tertarik , bagi sesiapa yang mahu mengenali kak Mialiana . Bolehlah terjah blog beliau .




Inilah tagline kak Mialiana iaitu Smile ! Smile ! Smile ! . Bagi azwa , maybe kak Mialiana mengamalkan kehidupannya dengan rajin senyum walaupun ada masalah . Seperti , senyum-senyum selalu pasti tiada masalah gitu . Big smile untuk KAK MIALIANA . Jom terjah blog kak Mialiana !!




Note : Segmen ini sebenarnya dah habis pun , azwa buat balik disebabkan Kak Mialiana nak review entry ini . Kalau korang berminat , joinlah Giveaway terbaru kak Mialiana iaitu GIVEAWAY MIALIANA.COM .





Read More»

Thursday, 27 December 2012

Hanya Untuk Mengingati !!

Bukanlah untuk mengata ,
Ini hanyalah untuk diri sendiri dan ..
untuk anak-anak hingusan ,
Belajar mengenal diri ,
Bukan mencuba sesuka hati ,
Merasa kehangatan hanya seketika ,
Kesedapan yang seketika membawa bahana ,
Hanya sekadar untuk mencuba ,
Menjadi kesedapan berkali-kali ,
Tanpa sedar hasil biologi terjadi ,
Cuba disorok , ditanam , dilupus ..

TAPI !!!
Takdir Ilahi siapa yang tahu ??
Hasil kajian terungkai juga ,
Menuding jari pada siapa ??
Ibubapa ? Diri sendiri ? Cikgu ? Masyarakat ?

Mana dia akal fikiran yang diberi ?
Pelajaran !! Didikan agama !!

 Mengapa dipinggirkan ??
Bila pula mahu muhasabah diri !!

Renung-renungkan  , selamat syok sendiri  !! >_<





Read More»

Jati Diri ..

Di mana kedudukan jati diri kita ?
Jika ketika dahulu ..
Jubah , tudung panjang menjadi trend semasa ,
Cara pemakaian Waheeda Wasinni dan Wardina Saffiya...
Menjadi ikutan ,
Dari kecil hinggalah ke nenek-nenek ..

Kemudian ..
Muncul pula Mawi Worlds ,
Kepala licin ,
Jadi ikutan dan sebutan ..

Di celah-celah keriuhan Mawi Worlds ,
Timbul pula Yuna dengan aksi yang ringkas ,
Bahkan masing-masing sibuk mencari gitar ..
Untuk diusung ke sana ke mari ,
Walau suara indah khabar dari rupa ..

SHAHIR pula melangkah ke depan ,
Jadi tarikan dan rebutan ,
Masing-masing sibuk mencari peluang
mendakap gigi ,
Walau senget sedikit pun ,
Agar dapat tarikan ...

Entah ribut mana yang datang entah tsunami
yang mana tiba ...

MAHER ZAIN !!!
Tiba-tiba beraksi di pentas seni ..
Jadi idaman wanita-wanita masa kini ..

Kembar Mawi Worlds datang menjelma ,
Walaupun kecil ,
ligat beraksi di pentas seni ,
Itulah dia ..
UPIN & IPIN .. ( betul,betul,betul )




Read More»

Wednesday, 26 December 2012

Remaja Kini !

Cyber nan moden ,
Anak muda rancak menghayun langkah ,
Mendabik dada ,
Konon diri moden ala barat ,

Kepala bagai Siamang ,
Terkinja-kinja bagai ber 'rock' ,
Si gadis ayu ,
tanpa segan dan silu ,
Menghayun pinggul ,
Menunjukkan pusat ..

Bertepuk-tampar di tengah awam ,
Ingat-ingatlah wahai anak muda ,
Mungkin sedetik lagi umur kita wattamat ,
Tanpa sempat menoleh ke belakang ,
Dan tanpa sempat mengucap LAILAHAILLALLAH !!




Read More»

Monday, 24 December 2012

Segmen Blogwalking Rilex Cool

Assalamualaikum ..

Hari ini aku ada mood nak join segmen yang dianjurkan oleh Fendy . Dari malam tadi dah buat tapi tak publish kerana internet terlalu la slow . Ini segmen kedua aku join buat blog aku yang baru dibuat ini . Segmen ini senang sahaja nak join dan ia juga tiada banyak letak syarat .haha.. Aku kan jenis memilih nak join segmen . Kalau korang ada masa , join la segmen ini . Klik banner bawah ini .


Cerita sikit apa kelebihan blogwalking ??
Mengenai blogwalking ye ?? Bagi aku kelebihan blogwaking ialah kita dapat naikkan traffic blog kita sendiri ( bukan traffic jam okay ) walaupun blog tidak berapa menarik perhatian . Selain itu , kita dapat beramah mesra dengan penulis-penulis blog yang lain . Contohnya dapat beramah mesra di kotak cbox ataupun jadi pengomen setia . Malah bila kita rajin blogwalking blog orang yang dah lebih pro dalam dunia blogging kita dapat tengok bagaimana cara pengolahan cerita or entry , apa yang menarik dekat blog mereka  dan sekutu dengannya untuk dijadikan panduaan mahupun contoh untuk kita perbaiki blog kita sendiri . Serta dengan blogwalking juga kita dapat tingkatkan follower blog kita sendiri , right ?? Itu sahajalah mengenai kelebihan blogwalking yang aku tahulah !!

Berminat nak join ?? KLIK SINI ataupun Banner dekat atas itu . Lagi ramai yang join , lagi meriah !!


Note : Membilang hari untuk masuk sekolah balik ini , tahun depan dah masuk sem 2 . Cepat betol masa berlalu ... >_<



Read More»

Sunday, 23 December 2012

Permainan

Assalamualaikum ..

Setuju tak , kalau aku cakap permainan moden zaman sekarang lebih menghayalkan dan mengasyikkan seseorang itu sehingga terlupa perkara yang lain dan juga merenggangkan hubungan kekeluargaan ?? (mungkinlah ) . Masihkah ada lagi budak-budak yang mengetahui permainan tradisional zaman dahulu ?? Kebanyakkan remaja mahupun budak-budak zaman sekarang seawal usia 3 tahun telah dihidangkan dengan permainan teknologi . Sebagai contoh , ipad , psp , komputer dan sekutu dengannya . Yup , tidak dinafikan adik aku juga main permainan teknologi sekarang . Aku tahan main permainannya pon , adalah dalam setengah jam . Lebih-lebih main sudah pening kepala .

Yang aku pelik , budak-budak sekarang boleh leka main Ipad dekat berjam-jam termasuklah mak bapak zaman sekarang . Ibubapa sekarang lebih menggalakkan main permainan moden sekarang , janji anaknya diam . Benda utama hendak keluar rumah , adalah memastikan permainan Ipad or psp itu dibawa sekali supaya anak-anak mereka tidak banyak bunyi . Begitu juga jika pergi makan dekat luar baik kedai mamak or restoran , rata-rata budak-budak mesti pegang alat teknologi untuk dimain .

Oleh kerana , unsur-unsur jenayah kerap berlaku sekarang . Jadi mak bapak lebih selesa membiarkan anak-anak mereka bermain di dalam rumah dengan melambakkan  alat gadget moden , tambah-tambah dengan ada penggunaan internet lagilah anak-anak malas untuk keluar . Begitu juga bila berkumpul di rumah atuk nenek , mereka lebih suka bermain alat permainan moden tanpa menghiraukan saudara mara yang ada di sekelilingnya . Bukan semua gadget moden berunsur negatif  , ada juga gadget moden berunsur positif . Ibu bapa haruslah memantau anak-anak mereka bermain , supaya anak-anak dapat mencari ruang merapatkan hubungan dengan atuk dan nenek mereka . Bukannya merapatkan hubungan dengan alat teknologi modennya .

Permainan zaman dahulu memerlukan ketangkasan , kecekapan ( ala macamlah korang tak tahu berlari , melompat , menjerit , bergaduh & sewaktu dengannya ) , tetapi pada hemat akulah permainan sekarang banyak memerlukan hujung jari yang tangkas ( lagi elok lagi panjang jarinya seperti iklan di kaca televisyen ) , serta makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang bermain dengan permainan teknologi .

Serius aku cakap , permainan dulu-dulu kala ( masa aku sekolah rendah dululah ) sebenarnya lebih adventure dan menyeronokkan . Sampai sekarang , kita duduk-duk pon terkenang kisah dulu . Contohnya main masak-masak , pondok-pondok , ting-ting , berkubang , dan macam-macam lagilah boleh main . Zaman sekarang alat gadget kalau dah rosak , apa yang nak di kenangkan ?? Maybe beli baru jelah kot .. Bawah ini , jenis permainan dulu-dulu kala . Zaman sekolah wa .. Pernah main ??

 Permainan Congkak

 Permainan Ting-ting

Permainan Getah pemadam

 Permainan Galah Panjang

Permainan Gasing

Note : Ingat lagi tak permainan atas ni semua ?? Serius aku cakap rugi pada sesiap yang tak merasa . Masuk  kubang , panjang pokok , jatuh basikal merupakan pengalaman manis . Itu bagiku , buat korang yang lebih suka main alat-alat moden ni , aku tak tahu pula . Ini entry ke-6 buat blog baru yang dah genap seminggu ..hahaah.. >_<




Read More»

Thursday, 20 December 2012

Trip to Langkawi


Assalamualaikum ..

Sepintas lalu , setelah godek-godek lappy ini terjumpa balik gambar-gambar semasa bercuti di Langkawi iaitu pada (15/1/2012 hingga 17/1/2012) . Jadi aku upload sahajalah dekat blog ini . Jom tengok !! Sorrylah , entry di blog aku masih entry bergambar . Kalau korang tak suka tengok pon takpe.. =)


 Bersama mak , aunt , dan Kak Jue .







 Bergambar di Pulau Dayang Bunting  



 Adik , bersama anak-anak kak Jue 

 Pulau Dayang Bunting








Note : Setiap gambar ada ceritanya , Jadi jangan sesukahati buang gambar . Gambar juga banyak memberi kenangan pada kita akan datang !! >_<




Read More»

Wednesday, 19 December 2012

Sejarah Sekolahku ..

Assalamualaikum ..

Pada akhir tahun 1965 , timbul kesedaran di kalangan masyarakat tempatan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah . Telok Panglima Garang telah dipilih untuk dijadikan tapak kerana kawasan ini strategik . Melalui rundingan tapak seluas 3.318 hektar telah diambil alih dengan bayaran ganti rugi sebanyak RM6,450.00 kepada beberapa pemilik tanah pada 18 Julai 1968 . Antara orang-orang kampung yang berpengaruh dalam rundingan ini adalah seperti Mohd Daie bin Dol , Talib bin Bulat dan lain-lain lagi . Atas usaha rundingan Y.B Dato' Hormat Rafeei ada (wakil rakyat) bersama setiausaha kementerian Pendidikan urusan pembinaan sekolah dengan kos RM300.00 berjaya diluluskan .

Akhir tahun 1972 banggunan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang tersergam dengan indahnya dan mula digunakan pada 2 Januari 1973 . Antara tenaga pengajar yang terawal ialah Haji Md. Radzi (meninggal dunia) , Md. Thani , Tuan Haji Alias , Cikgu Ahmad Yahya , Cikgu Zakiah , Cikgu Sabariah binti Afdal dan lain-lain lagi . Sementara guru besar (pengetua) terawal ialah Encik Ahmad bin BUsu . Ketika sekolah ini dibuka , sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Yaacob , Menteri Pelajaran Malaysia pada 23 Mei 1974 . Pertambahan bilangan pelajar telah bertambah pada 30 November 1980 , pihak sekolah mendapat peruntukan untuk membina bangunan tambahan sebanyak 6 buah bilik darjah , setor dan 5 buah makmal tulen hasil usaha pengetua kedua iaitu Encik Ishak bin Thalaha yang mula bertugas pada 1 Januari 1980 , kunci bangunan tersebut telah diserahkan pada 14 Februari 1985 . Sehingga kini Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang telah mendapat beberapa blok tambahan iaitu sebuah bilik makmal , dan 10 bilik darjah yang telah digunakan .

Pada masa sekarang ini terdapat dewan sekolah , asrama putera dan puteri , empat pintu rumah guru dan surau dan bangunan Form 6 . Sekarang bilangan pelajar telah bertambah dan bilangan tenaga pengajar bertambah juga empat kali ganda . Pada tahun 2001 sehingga 2007 pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang ialah Puan Adillah binti Syafie . Setelah Puan Adilla bersara , Encik Nordin bin Saat telah mengambil alih sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang .


Note : Aku sayang sekolah aku kerana tenaga pengajarnya terawal terdiri daripada atuk dan juga atuk-atuk sedara aku .Sementara itu , mak aku dan juga sedara maranya pula dan kini anak-anaknya termasuklah aku dan sepupu aku yang lain menjadi warga pelajarnya pula . Rasanya kini dah ke generasi yang ke-2 . Insyaallah akan datang generasi ke-3 akan menjadi tenaga pengajarnya semula di sekolah ini . Tengok betapa aku sayang akan sekolah aku , korang ada??.. =)




Read More»

Tuesday, 18 December 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru

Assalamualaikum ..

Memang awesome kan , bila blog sendiri kena delete dengan tangan kita sendiri ?? Yup , memang tak dinafikanlah mula-mula dah terdelete tu macam-macam usaha aku buat untuk cari balik . Tapi , nampaknya tiada apa-apa perubahan pun . Walaupun blog dah terdelete , aku masih nak juga berblog . Tak serik-serik bukan?? Apa nak kisah , bukan 10 kali aku kena . Ini baru sekali . Jadi ini memang pengajaran bagi aku . Walaupun mood berblog , masih dalam keadaan kucar-kacir , tidaklah menjadi penghalang nak join segmen apa-apa pon kan . Kali ini , join segmen Kak Aisyah Humaira' . Syaratnyanya pon , memang sesuai dan terkena dekat aku juga .. =)




Syaratnya :
1) Blogger tidak mempunyai follower 1000
- Yup , follower azwa tidak mencecah . =)

2) Follower blog AISYAH HUMAIRA' & PERWADAH
- Done FOLLOW 

3) Entry ringkas 
- Ada entry ringkas 

3) Jumlah follower sekarang 
- Jumlah follower azwa sekarang 70


Berminat nak join ?? Klik <SINI> !! Lagi ramai yang join , lagi meriah.. >_<
Tarikh tutup : 23/12/2012



Read More»

Memory 4PA1 and 5PA1

Assalamualaikum...

Ini hanya entry bergambar dan entry ini pernah ada di blog lama . Jadi tengok gambar sahajalah ye !!








Note : Setiap gambar ada ceritanya . Gambar since aku Form 4 dan Form 5 tahun (2010-2011) !! Sekarang Form 6 . >_<

Read More»

Monday, 17 December 2012

Welcome To My New Blog !!

Assalamualaikum..


Suprised ?? Terkejut ?? Kalau korang terkejut , aku lagilah terkejut . Hal ini berlaku sekitar pukul 10.00 pagi (15/12/2012) . Silap aku juga , gatal sangat nak delete account google , habes blog pon terdelete dengan tidak sengaja . Seriusly , bagaikan nak menagis !! Sebab blog lama tu banyak memory bagi aku , kawan-kawan yang rajin komen itu juga aku rindu !!

Hanya dengan hujung jari kita juga , kita telah memusnah benda yang kita sayang !! Adusss , rasa macam nak putarkan balik masa . Asallah tangan aku gatal sangat nak delete account google . Tahu tak ?? Disebabkan blog dah terdelete sekali , suhu badan aku naik dengan mendadak !!! Demam terus . Sampaikan mak aku megejek 'bagaikan aku mati laki' . Never mind , maybe ada hikmah kenapa blog itu kena remove sekali . Dengan dorongan dan sokongan adik sedara aku , jadi aku cari alternatif lain untuk berblog .

Jadi alternatif lainnya ialah , dengan mewujudkan satu blog baru . Bagi sesiapa yang masih  datang ke blog lama aku  iaitu Azwar Syuhada , korang mesti takkan jumpa lagilah . Aku harap korang masih support blog aku , dan inilah blog aku yang terbaru , THE REAL AZWAR SYUHADA .

Thank for reading !!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com