Tik! Tok! Tik! Tok!! Beberapa saat lagi menandakan pukul 12.00 tengah malam dan juga menandakan hari esok menjelang tiba yang begitu bermakna buatku, kerana esok 2/3/2013 merupakan tarikh keramat aku dilahirkan di dunia pada tahun 1994. Walaupun dah masuk 19 tahun 2/3/2013, namun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, (tuan punya badan yang melahirkan akulah) bila azan asar berkumandang, itulah waktu yang betol-betol kelahiran aku. Zaman sekarang orang suka berbangga menyambut valentime day, tapi tidak aku!! Aku lebih berbangga menyambut hari kelahiran aku sendiri, walaupun seorang diri..hahaha... Tahun sudah tarikhnya jatuh pada hari Jumaat, tapi tahun ini jatuh pada hari Sabtu.
Esok genap umur aku 19 tahun. 19 tahun?? Inilah masa remaja yang sangat mencabar, kata-kata dari arwah nenek. Bagaimana cabaran akan datang...Pahit ke?? Manis ke? or Kelat ke?? Kalau aku tak pandai jaga diri maka aku akan terjerumus. Bak kata bidalan dulu-dulu, menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan. Tapi bila aku fikirkan balik, ada betolnya juga kerana menjaga lembu ini memang banyak dapat hasilnya. Tapi kalau dah nama pun perempuan (anak pompuanlah) banyaklah masalahnya. Kalau cetek akalnya pun susah, terlebih pandai pun susah dan kalau terlebih cantik jadi buruan orang pula. Malah kalau terkurang cantik pun susah.
Aduhaii... susahnya nak jadi pompuan kan??hahaha.. Tambah-tambah lagi terlebih ramai pompuan yang cerdik pandai. Nak masuk universiti pon susah. Itulah namanya perempuan. Kenalah belajar bersaing. Kita nak bersaing pon mestilah dengan cara yang sihat.
Jadi, sebagai anak pompuan mithali (terlebih sudah), aku harus bergantung pada diri sendiri. Dari segi pelajaran,tingkah laku,malah pergaulan sekali pon. Bukanlah nak menyombong diri. Lagi pula, zaman sekarang ni, semuanya kena bersaing. Zaman sekarang bukanlah masa zaman tok nenek kita dulu-dulu. Zaman sekarang ni, peluang tu memanglah banyak yang disediakan oleh kerajaan tapi persaingannyalah yang maha hebat. Kira lelaki atau perempuan sapa yang pantas, dapatlah dia peluang yang baik. Kalau lambat, lambatlah dapat hasilnya.
Aku ini, bukanlah Cinderella mahupun anak orang senang yang bila nak dekat hari jadinya akan buat 'BIRTHDAY PARTY'. Birthday yang aku paling ingat sampai bila-bila, adalah sewaktu di bangku sekolah rendah. Masa itu, arwah atok belikan kek sempena birthday aku!! Paling tidak pon, mak aku akan bikin nasi ayam, bila menyambut hari kelahiran anaknya. Aku ini dari kecik dibesarkan, oleh nenek, atok dan mak!! Tapi kini, orang keliling aku hanya, ada mak, abang, adik lelaki dan mak usu aku. Sampai sekarang, aku tak percaya yang aku ada adik darjah 5!! Yang aku tahun ini, berusia 19 tahun.
'Mak aku selalu berpesan pada aku, hidupnya jangan terlalu bergantung pada lelaki.'
Yup, memang ada betolnya perempuan tidak boleh terlampau bergantung pada lelaki. Ia mesti ada tapak yang kukuh untuk diri sendiri terutamanya dalam pendidikan & kemahiran supaya kelak hidupnya boleh menjamin diri sendiri dan kehidupan akan datang.
Jadi aku hendaklah berusaha dari sekarang. Memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan. Bukanlah, 19 tahun lambang berfoya-foya, membuang masa dan melepak. Sebaliknya umur 19 tahun aku ini, adalah permulaan kehidupan di masa akan datang. Chaiyok!! Chaiyok!!..Wait!! Sebelum aku terlupa, tadi Min Ho aku ada wish,..hahaha...Tak caya?? tengok ni....
Wah!! Terharu Lee Min Ho, wish birthday aku!!... hahaha..
Agak-agaknyalah, ada tak korang perasan perubahan di dalam blog aku ini??hahaha... Aku dengan penuh gigihnyalah tacapkan blog sempena Birthday aku ini. Kalau para blogger lain, dia akan buat segmen sempena Birthday dorang, tapi tidak aku. hahaha.. Unik kan? Tapi menyusahkan juga..hahaah.. >_<
Aku pun nak ucapkan terima kasih pada korang semua sebab tak putus-putus support azwa!! Lagi-lagi time blog terdelete haritu. Akan kuingat sampai bila-bila. Tapi aku bersyukur jugalah, diam-diam tak diam blog aku yang baru ini dah genap 2 bulan!! Terima kasih kepada blogger yang letak azwa dalam bloglist, walaupun dah jarang update. Terima kasih sekali lagi!! =/
Note: Sebenarnya, minggu ini aku tidur tak menentu menyiapkan kerja. Lepas satu karangan, ke satu karangan. Naik tepu otak ni.. >_<
p/s: Agak-agaklah kan, kalau aku berumur 50 tahun nanti, ada ke aku gigih buat entry yang bertajuk
'KINI AKU BERUMUR 50 TAHUN', dengan penuh bangga ..hahaha.. >_<