Sunday, 1 December 2013

Mak Aiii

Assalamualaikum n Hello guys!!

OMG rindu gila aku dekat blog ni. Adakah korang masih mengingati aku lagi? hahahaha...Hampir sebulan lebih jugalah aku tak mengupdate blog. Maaflah ya, aku sibuk menduduki final exam dan menguruskan kehidupan di dunia realiti, sehingga tak sempat menjenggah ke alam maya. Mombastik betul ayat aku sekarang kan? =)

Sememangnya takde benda menarik pun yang berlaku dalam kehidupan aku, just nak share something pada korang mengenai barang yang aku beli baru-baru ini. Aku ni macam bajet benda yang aku beli tu bagus sangatlah pula. Apa-apa pun aku nak share juga. Tak kira, korang kena tengok juga!!

Semenjak aku ada instagram a.k.a instageram ini, aku ini jadi rambang mata pula dah. Padahal aku ini kalau berjalan bukan minat shopping pun. Untuk pengetahuan korang dari segi pemerhatian akulah kan, kebanyakan orang yang sign up instagram ini adalah orang membuka bisnes secara online sampai orang rambang mata. Salah seorang yang rambang mata itu plak adalah aku sendiri. Mereka pandai menarik perhatian pelanggan supaya kita sendiri berminat membeli. Salah satu caranya dengan menggayakan artis yang pernah membeli barang daripada mereka. Tak kisahlah artis ke idak, yang penting barang yang dijual selesa digunakan oleh para pelanggan. Kadang-kadang barang yang kita beli secara online ini, bukanlah ada keperluannya pun. Secagai contohnya tudung, bukanlah tiada tudung lain di rumah tetapi disebabkan orang yang menjual secara online ini pandai menggayakan tudung tersebut sehingga menarik pelanggan seperti aku untuk membelinya. Kali ini, aku membeli sesuatu barang lain daripada yang lain rasanya. Iaitu casing phone yang sangat unik. Dalam pada masa yang sama, aku berjaya belajar bank in sendiri tanpa menggunakan orang tengah lagi. Casing phone yang aku beli ini sangat unik disebabkan hasil buatan sendiri oleh Lynz Studio

Blackberry aku pun bermanik-manik. Tahap mak datuk paling tak boleh blah ni wey! My phone cover is exclusive designer and handmade by LynzStudio. =D


Ini pula, sebahagian daripada casing phone yang ditempah oleh pelanggan LynzStudio. Cantik kan??

Sekiranya ada yang tertarik dan ingin membelinya boleh pergi ke page Lynsz Studio, blog LynzStudio ataupun instagram : Lynz Studio.

p/s: Apa-apa pun yang kita hendak beli secara online haruslah difikirkan kepentingannya terlebih. Tambah-tambah sekarang ini hanya picit dijari sahaja. Terutama bagi golongan remaja seperti aku, yang masih belum bekerja tapi menagih duit kepada mak ayah untuk membeli barangan tersebut. Tapi yang ini aku beli sendiri okay! =)


Thank u for reading this entry!


43 comments:

  1. makin byk yg jual on9 kat instagram kan...aishh rambang mata tgk ..btw cantik casing tu mesti mahal kan..done click churp2 awak

    ReplyDelete
  2. cantiknya casing tepun... :)

    ReplyDelete
  3. rindunya kat adik.. dah lama tak dengar khabar berita.. wah.. comelnya baju baru blackberry tu.. :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak
    wah,lawanya design hp case akak :) pandai Lynz studio design :) boleh beli nanti :D

    ReplyDelete
  5. Amboi amboi. Comel tahap nak gigit sampai lebam! Haha. :D Jealous iolls.

    ReplyDelete
  6. Cantik Azwa...
    Tapi macam tak sesuai utk kasual je...

    ReplyDelete
  7. Wah..teruja pula saya tengok casing phone sis..terasa nak dptkan satu pula..hehe

    ReplyDelete
  8. cantik :) tapi aefa kurang sket bab2 tukaq casing ni huhu

    ReplyDelete
  9. Waaahhh!!
    Menarik betul tgk cover macam tu...hehehe

    ReplyDelete
  10. Errkk.. nak satu *buatmukacomel* hehehe.. jeles ni, casing tu terlalu comel+cute gilerr..

    ReplyDelete
  11. Saya memang takde instagram & tak nak ada pun. Sebab kalau dah ada tu memang rambang mata sangat. Hehe tapi serius comel manik2 tu. nak usha jap. Haha

    ReplyDelete
  12. bapak cantik.. lyn studio mmg cantek2 je design casing tu... btw, isi tabung nuff sini (:

    ReplyDelete
  13. yang atas comment bapak cantik, yang eyja nak comment mak cantik ah :P


    anteknyaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  14. lawa2...tapi momoy suka buat sendiri walaupun huduh
    hehe...

    ReplyDelete
  15. niesa ada survey casing tablet dekat IG tu..cantik!hehe..niesa singgah follow sini.. :)

    ReplyDelete
  16. memang cntik la semua case hp tu. tapi kalau nak buat tu . tabah ajela :P huhu

    ReplyDelete
  17. rose dia timbul..? oh maii...cantik gila!

    ReplyDelete
  18. comel gilakkkk. gila pun tak comel camni bahahhaha. tungg aaa pakai henset canggih manggih. kite henset cikai je kak sobs T__T

    ReplyDelete
  19. Sama la...akak.slalu shopping wide shawl kt instagram...eh eh mcm comel je casing2 nih..huhuhu

    ReplyDelete
  20. kalau comel macam tu pasti hati terpesona dik..kemas dan detail buatannya..

    ReplyDelete
  21. wahhhh.. cantik kot.. nk terkeluar bijik mata tgok casing tu smua. untung ur blackberry dapat casing berblink-blink. hikhik

    ReplyDelete
  22. Lawa sungguhkan... Bling2 yang menarik tu... hehehe...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  23. bermanik2nya dia....comel berkenan gak tapi bila fikir dah berumur ni rasanya tak sesuai kot nak pakai macam tu hehe...

    ReplyDelete
  24. comelnye casing tu..meriah..memang glemer habis la :)

    ReplyDelete
  25. Waaa casing comel2..tu yg misai comel tu!! Geram2..:P

    ReplyDelete
  26. cantik2 & cute2 laa :)
    kreatiff !!

    ReplyDelete
  27. Cantiknyaaaaaaaaa, kalau dulu scha suka la cari2 casing utk iphone yg camni. Tapi tak berkenan. Ni dah berkenan tapi iphone dah hilang T_T wuwuu

    ReplyDelete
  28. salam...da follow..terima ksih sudi join segmen "i will follow you" by Syira Lokman.
    Tolong follow peserta lain juga ye? tunggu juga keputusan 3 blog yang akan direview :) tq !

    ReplyDelete
  29. cantik sangat cover blackberry :) girlish sangat! sukeee~

    ika singgah follow blog ni :) #2282

    ReplyDelete
  30. kita perempuan ni memang rambang mata tengok benda2 cantik ni... best shopping online ni

    ReplyDelete
  31. hye. done follow your blog. follow me back ? i need your comment:

    PERUBAHAN MENJELANG 2014



    ReplyDelete
  32. samalah kita. qila pon tak guna duit umi pon. guna n menabung sendiri je hihihi

    ReplyDelete
  33. cantik.. igtkan hand made buat sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  34. peaahhh memang awesome lha kan casing ni...tp risau jgak bimbang hanpon tetinggal kat umah pastu pegi balik nak ambik dah tinggal sekerat...orng makan...ahahahaha

    ReplyDelete
  35. cantik tu...tu la kdg geram pulak ngan brg2 online ni...tangan ni cam cepat je nak tekan beli...

    ReplyDelete
  36. akk setakat ni masih mampu menyekat nafsu nak membeli secara online.. hehe.. takut sekali terjebak, berkali2 nak.. ;)
    tapi cantik la casing tu..nmpk mewah sngt.. :)

    ReplyDelete
  37. cantiknya..sya pun pakai bb,tp kalau buat manik2 mcm tu,mmg hbis r manik2 terabur kt sya..hehehe:) bbpin please..hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com