Tuesday, 10 December 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com

Salam to all reader,

Mood kali ini, masih dalam mood join segmen dan juga giveaway rasanya. Rambang mata tengok hadiah yang ditawarkan. Nak cerita benda lain, rasa macam cerita tu tak menarik pun ada. Ini kali kedua azwar join segmen yang dianjurkan oleh blogger ini. Kali ini segmennya agak menarik. Tengok tajuk sahaja, rasa nak join itu membuak-buak bukan? Segmen ini dianjurkan oleh blogger Acik


Tanpa melengahkan masa, apa kata kita teruskan segmen ini dengan menceritakan serba sedikit mengenai kenapa aku jadi blogger?

Sememangnya Azwar jadi blogger sejak 2011, Azwar mula tertarik untuk membina sebuah blog apabila melihat blog adik sedara yang pelbagai design dan boleh tulis pelbagai cerita di laman blog. Masa itu, umur Azwar dalam lingkungan 17 tahun. Azwar namanya sahaja budak sekolah menengah masa itu, padahal kalau bab menulis ini ayatnya pun mengalah budak sekolah rendah.

Azwar masih ingat lagi cerita pertama yang di tulis di dalam blog ini adalah mengenai perihal diri Azwar sendiri. Pada awal-awalnya maklah yang banyak membantu dalam menulis blog. Sebelum nak publish sesuatu entry itu, mestilah mak Azwar orang pertama sekali yang menengoknya dahulu.

Azwar minat berblog pun disebabkan Azwar tak berapa minat keluar. Bukanlah antisosial, cuma pada tanggapan Azwar bila keluar mesti memerlukan duit yang banyak, badan penat, cuaca panas dan banyak membuang masa. Tapi apabila duduk depan laptop mengadap blog dengan keadaan yang santai dan dengan pelbagai aksi kita boleh lakukan semasa menaip. Bila lapar, boleh ke dapur untuk mengisi perut. Apabila dah rasa bosan mengadap laptop mulalah mencari novel di dalam almari mak. Mak pula kaki novel, memang untung sangatlah kan? Dah tinggal dengan mak, dah tentu-tentulah semua keperluannya ada tetapi ianya bukanlah mewah seperti orang lain. Azwar bukanlah kaki wayang, kalau nak tengok movie pun Azwar lebih selesa tengok secara online. Azwar akan luar apabila kawan ajak keluar, apabila ada benda yang hendak di cari dan terkadang nak keluar ikut mood. Bagi Azwar menjadi penulis blog ini ia sedikit sebanyak memberi satu kepuasan dan ketenangan pada diri sendiri tapi dengan syarat jangan sesekali menggunakan ayat gedik. Kalau dah kita minat sesuatu itu, pasti kita akan buat bersungguh-sungguh.

Apabila sesuati isu atau artikel yang Azwar tulis di dalam blog mendapat sambutan iaitu kritikan yang positif mahupun negatig daripada para blogger yang lain ianya memberi semangat yang berkobar-kobar untuk menulis cerita seterusnya. Tapi apabila semangat berkobar-kobar dah ada, barulah idea tak datang. Masa itulah rasa frust gila nak berblog kan?

Inilah sahajalah cerita serba sedikit Kenapa Aku Jadi Blogger?

p/s: Di alam maya ini, terutamanya golongan remaja seperti aku janganlah terlampau ghairah menceritakan tentang diri sendiri, tentang bf atau gf sekalipun ianya haruslah berpada-pada. Orang yang membaca cerita bahagia sekalipun belum tentu orang suka. Inikan pula cerita berduka, belum tentu orang nak simpati. Bak kata orang, kaya pun orang menyampah, susah pun orang meluat. Jadi berhati-hatilah.


  

18 comments:

  1. alhamdulilah terima kasih kerana sertai segmen ini ^_^ entri yang menarik tentang kenapa jadi blogger

    ReplyDelete
  2. azwa, firstly akak tasneem nak cakap, selamat bersegmen. ihik akak gittew. ye lah tua setahun kan. hehe tetap dikira. betul, setiap apa yang kita buat mesti atas sokongan mak. baru ummmphhh :D

    ReplyDelete
  3. Uish mak minat baca novel? Untungnya sbb mak saya jenis tak suka sgt baca novel. Betul nasihat akak bagi tu, jgn terlalu open tulis blog.

    Oh lagi satu, dri blog ni boleh tgk brg2 shopping! Ahaha

    ReplyDelete
  4. sama macam akulah, mula-mula entri pasal diri sendiri..

    semoga berjaya ya..

    ReplyDelete
  5. Gudluck akak :) blog makin lawa lorh hihi
    New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

    ReplyDelete
  6. selamat bersegmen,
    moga berjaya

    ReplyDelete
  7. setuju dengan kata-kata terakhir tu.. semoga azwar berjaya dalam segmen ini.. :D

    ReplyDelete
  8. ooo,, begini upenya tujuan admin menulis,, keep calm and continue writing...

    ReplyDelete
  9. good luck ya..
    setuju bab couple2 bawa2 la simpan jgn semua nak publish kalau x jadi malu je..kadang2 bila bcinta sampai lupa semua ;0

    ReplyDelete
  10. assalamulaikum azwa terima kasih masuk blog ekin kerana awak la saya tertarik nak join segmen ni. jom terjah blog saya http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html?

    ReplyDelete
  11. gd luck.. fiza singgah dr segmen yg sama...

    ReplyDelete
  12. Gud Luck.
    Setuju kata-kata terakhir tu.

    ReplyDelete
  13. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete
  14. Salam singgah bw dari segmen yg sama. Saya dah follow sini ye.. Salam ukhwah & semoga terus sukses.. :)

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com