Wednesday, 25 December 2013

Situasi yang Sering Berlaku Setiap Hujung Tahun

Salam to all reader,

Setiap hujung tahun, adik aku pasti akan membawa surat senarai buku dan juga surat yuran sekolah serta PIBG. Kebiasaannya, mak akan memaksa aku mengiranya. Jadi, dengan jalan pintasaku mengiranya menggunakan calculator. Tahun ini, aku tengok bayarannya macam semakin mengikat pula. Itu baru sorang adik aku dan itulah penghabisan dan aku yang akan bersekolah.

Kedua-dua sekolah iaitu baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah rendah jumlahnya dianggarkan kira-kira RM600 yang perlu dibayar melalui cikgu dan juga senarai buku yang wajib dibeli. Jumlah ini juga belum termasuk dengan jumlah keperluan lain seperti baju sekolah, kasut sekolah, alat tulis, beg sekolah, dan macam-macam lagilah

Oleh kerana, mak aku ini bukanlah jutawan kosmetik maka dia terpaksalah melakukan persediaan 3 bulan sebelum hujung tahun. Nasib baiklah mak aku ada sorang sahaja lagi anak yang masih bersekolah. Entah macam mana pula, parents yang ada ramai anak dan macam mana mereka mengatasi situasi sebegini rupa. Setahu aku, yuran sekolah menengah lebih rendah jika nak dibandingkan dengan yuran sekolah kebangsaan mahupun rendah. Padahal, pelajar sekolah menengah lebih tinggi dan besar-besar orang. Sepatutnya lagi tinggilah kan? Tak gitu? Pelik juga tengok yurannya macam murah je.

Bagi mereka, yang mempunyai anak yang bersekolah rendah sudah tentu terasa peritnya. Kenapa? Anak-anak yang sekolah rendah, sudah tentu semakin tinggi dan mula menunjukkan nak membesar. Sudak pasti  anak-anak memerlukan pakaian baharu setiap hujung tahun untuk ke sekolah. Bagi anak-anak yang lasak pula, sudak tentu memerlukan pakaian bersilih ganti disebabkan pakaiannya ada terkoyak sikit. Mulalah taknak pakai. Nak juga yang baru kan? Kalau diikutkan, seorang anak yang masih bersekolah rendah sudah tentu sekurang-kurangnya memerlukan 4 pasang baju sekolah, iaitu 2 pasang sekolah kebangsaan dan 2 pasang lagi untuk sekolah rendah. Itu baru seorang anak, kalau yang berderet anak entah berapa kos yang diambilnya untuk membeli baju sekolah sahaja.


Ini sahajalah cerita untuk harini! Aku pun takde idea nak tulis entry.

p/s: Hey! Selamat kembali bersekolah buat anda-anda semua yang masih bersekolah okay!   >_<


13 comments:

  1. hohohoh.. anak mama yang sorang je sekolah ni pun mama terasa jugak bahangnya, yuran memang free.. tapi yuran lain tu..... ermmmm.... demi anak, lautan pun sanggup ku redah...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  2. hujung tahun duit banyak keluar.. itu yg selalu parents cakap.. huhu

    ReplyDelete
  3. Hah, itulah kan.. Kesian bila fikir kalau yang tak mampu. Nak sedekah lah baju-baju yang tak muat kepada mereka yang memerlukan.. Tahun2 akan datang lagilah banyak duit nak dipakai. Nasib baik saya ja yang tinggal yang masih sekolah..

    ReplyDelete
  4. Betul tu... Dah lah, sekolah kebangsaan kena bayar, sekolah agama pun sama...

    ReplyDelete
  5. sekarang kos sara hidup semakin meningkat.. begitu juga untuk kos barangan serta alatan persekolahan.. selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik yang akan masuk sekolah balik.. :D

    ReplyDelete
  6. huhu betul la..bila sekolah nak start je mcm2 nk kena beli & bayar kan...mujur skrg tgl adik sy sorg je yg bersekolah..ringan la sikit tanggungan parents sy tu..:)

    ReplyDelete
  7. sekarang makin lama semua makin mahal , banyak pakai duit . biasanya hujung tahun nie la parents akan pokai . nasib baik da habis sekolah . hehe xD

    ReplyDelete
  8. tahun lepas Azfar seorang je sekolah. azwar di kelas pra kos kurang
    tahun ni double bersekolah.. seorang dalam RM600.. mmg terasa awal tahun nih :)
    bygkan bg anak 5 atau 6 org bersekolah...

    ReplyDelete
  9. perbelanjaan sekolah yang makin meninggkat.Btw nak inform already promote your travelog

    http://www.azhafizah.com/2013/12/panduan-dan-tips-sebelum-bercuti_27.html

    Terima kasih sudi join dan sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  10. Makin mahal kan? Nad ada 3orang adik lagi nak kena tanggung tu. Tak pepasal this year takda holiday sbb nak bayar semua tu sobs T_T

    ReplyDelete
  11. perbelanjaan sekolah memang makin meningkat. kalau bukan tang yuran, pasti tang persiapan kan..
    alhamdulillah.. adik akk tahun depan dah xde yang sekolah.. tunggu result spm nak masuk memana je.. lagi bnyk perbelanjaan nya..

    ReplyDelete
  12. huhu ni buat akak terfikir masa depan ni. okey start nak kumpul duit dari sekarang demi anak anak :D

    ReplyDelete
  13. hmm perbelanjaan sekolah memg semakin mningkat.. tp sb utk pelajaran, terpaksa jg kn.. apa2pun blaja rajin2 ! =)

    jemput singgah blog ika..
    http://cartiecacloset.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com