Monday, 22 July 2013

Bulan Ramadhan, Bulan Berjimat atau Pembaziran?

Assalamualaikum..

Pagi tadi, sebelum bergerak ke sekolah terdengar sekejap pesanan pakar motivasi kita iaitu Dato Faley di corong radio mengenai 'nafsu membeli makanan membuak-buak sehingga berlakunya pembaziran'. Setiap kali menyambut ramadhan, sudah pasti bazar ramadhan menjadi tumpuan orang ramai.

Ianya sudah menjadi satu lumrah di mana apabila menjelang ramadhan, masa inilah nafsu orang ramai membeli makanan membuak-buak. Sebagai contoh, di rumah aku ini sahajalah. Masa arwah atuk dan nenek aku ada lagi, ramailah saudara mara datang ke rumah sambil membawa juadah sorang sikit. Apabila arwah sudah tiada, tinggal seorang pakcik aku bersama keluarganya sahaja datang berbuka kerana kami berjiran. Pak cik aku ini jugalah yang rajin membeli juadah di bazar ramadhan. Sampai, mak aku selalu berpesan padanya, kalau nak beli kuih tu, belilah sikit sahaja dan cukup di makan untuk berbuka. Kerana, kalau beli bebanyak, jawabnya banyak jugalah terpaksa di loyong ke tong sampah!! Kalau korang datang ke rumah aku, sudah pasti korang kenyang air. Pelbagai warna korang dapat tengok, ada warna hijau, kuning, oren, coklat, pink (sudah macam pelangi). Kalau time nak berbuka sorang tu sampai lima gelas. Bila dah kenyang air, nak makan pun dah tak lalu.

Kesimpulannya, gunakanlah kebijaksanaan anda dalam membeli juadah puasa. Kita ini puasa 30 hari, bukannya 3 hari. Sememangnya, memasak juadah puasa di rumah lagi jimat dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau ada masa praktiskanlah di rumah anda!! Ingat, berjimat cermatlah di bulan puasa ini.


p/s: Rindu gila nak menaip, malam ini baru berkesempatan bukak blog! Nanti kalau ada masa, aku update lagi k!! Salam rindu untuk korang.. muhehehe.. =)





Read More»

Saturday, 13 July 2013

Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Hai semua!! Alhamdulilah harini Aisyhah nak melancarkan Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Giveaway kali ini merupakan giveaway yang kedua Aisyhah buat bersama patner, Azwar Syuhada. Nak join? Jom kita tengok syarat.

Syarat syaratnya :-
  • Mesti ada blog
  • Buat satu entry dan copy banner diatas serta linkkan. 
  • Wajib follow blog ini dan blog Azwar Syuhada [sini]
  • Wajib klik iklan nuffnang di blog saya dan Azwar.
  • Warganegara Malaysia
  • Wajib follow blog/twitter sponsor
  • Wajib klik iklan sponsor
  • Tinggalkan url link entry anda di ruang komen ini.Tempat lain akan ditolak.
Sponsor :-

Wajib follow semua blog sponsor //Akan dicek// Jujur! :

Sheila Eiman,Nur Nabilah,Nabilah Hamzah,Azwar Syuhada,Budak Kampung,Norvanida,Iryani Amirah,Farhana&NNA

Wajib Klik iklan sponsor //Tunggu sampai habis loading// :
Wajib follow twitter sponsor //Bagi yang mempunyai twitter// :

   


Wajib Like fanpage facebook sponsor //Akan dicek// :
       

Tuntasnya,saya berharap Giveaway kali ini akan mendapat sambutan yang diimpikan. Kalau anda tidak mengikuti syarat yang ditetapkan,penyataan anda akan terbatal dengan serta merta!

Maaf syarat agak banyak. Hadiah pun menarik. InsyaAllah tof reffel akan dipilih dan yang lain berdasarkan random.org atau cabutan bertuah. Senarai peserta dan hadiah akan di update secepat mungkin!!


PERHATIAN KEPADA PARA PESERTA YANG JOIN GIVEAWAY INI, ANDA DIMINTA MENINGGALKAN LINK DI BLOG AISYHAH SAHAJA! SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA YANG JOIN!!!





Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com