9:12 pm
BY Azwar Syuhada
21 Comments
Salam to all readers,
Sejak aku bekerja ni, rasa macam sudah jarang aku tengok televisyen. Yelah, mana taknya asal balik sahaja dah malam, aku pula cepat letih. Kalau tak letih pun, aku buat-buat letih. Ingatkan lepas habis form 6 dulu, nak habiskan masa aku bersama cerita-cerita korean yang aku tak sempat nak tengoklah. Memandangkan duit kocek aku selalu bocor, aku teruskanlah juga niat utama aku untuk bekerja. Jadi, harapan untuk menengok cerita korea juga terpaksa aku pendam dahulu. Banyak-banyak customer yang aku cuci, ada pula peminat cerita korea. Masa cuci rambut, pasti aunt yang aku cuci akan tengok cerita korea dekat tab dia. Aku tumpang sekakilah jawabnya, walaupun aku tak faham sepatah haram sebab subtitle China. Untuk pengetahuan korang, dalam pada masa yang sama aku juga dengan gigih balik kerja tengok cerita korean tersebut. Sampaikan blog pun tak sempat nak update, padahal hari-hari on lappy. Kali ini aku review satu drama korean yang baru sahaja aku khatam.
Emergency Couple
Lakonan
Song Ji Hyo, Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo, Choi Yeo Jin
Sinopsis
Sebuah drama komedi romantis yang berkisarkan tentang pasangan yang berkahwin ketika berada di sekolah perubatan. Disebabkan personaliti dari segi latarbelakang yang berbeza mereka terpaksa bercerai. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula di hospital yang sama di mana kedua-dua pasangan ini menjadi doktor pelatih. Persoalannya, adakah mereka akan berbaik semula di akhir episode?
Pandangan Azwar
Jalan ceritanya menarik dan banyak memberi pengajaran tentang pengorbanan. Kalau nak tahu, korang kena tengok sendirilah. Kalau dah jodoh kita dengan si polan ini, sejauh mana kita nak melarikan diri kalau itulah jodoh kita. Tetaplah jodoh kita, walaupun dah bertahun berpisah.
Kalau korang berminat nak tengok cerita ini, boleh klik SINI.
p/s: Malam semalam baru habis tengok Bride of Century!