10:13 pm
BY Azwar Syuhada
37 Comments
Salam to all readers,
Jadi inilah hasilnya whatsapp bertukar kepada Whatsapp+. Cantik kan? Boleh letak wallpaper sendiri, yang penting icon emojinya banyak yang comel-comel. Geram gila aku tengok. Bila dah berjaya install whatsapp+ ni, aku inform dekat kak Nurie. Ada ke dia reply gambar emoji tayang bontot. Sungguh tak senonoh kan?hahaha..
Malam ini aku nak share something dengan korang-korang semua. Pada siapa yang kaki online dan suka mengupgradekan segala software dalam phone. Apa kata, korang cuba upgradekan WHATSAPP. Aku lebih suka panggil whatsapp ini kepada whatszupp. hehe..Suka suki aku jer, nak mengubahnya.
Tadaa! Inilah version terbaru whatsapp iaitu WHATSAPP+. Macam mana boleh terjebak nak upgrade? Ini semalam punya ceritalah, sedang asyik chit chat dengan somebody dekat wechat hinggalah ke Whatsapp somebody tu cakap dah guna whatsapp baru ke? Aku manalah tahu, whatsapp baru ke lama. Jadi dia suruhlah aku pergi download version terbaru ini. Manalah aku tahu, last-last aku pergi tanya kak Nurie. Aku whatsapp kak Nurie pukul 11 lebih malam tadi, pukul 6 lebih pagi tadi baru dia reply. Bertuah betol kan? hahaha.. Dengan gigihnya aku upgrade pagi tadi atas tunjuk ajar kak Nurie. Percubaan pertama gagal, percubaan kedua pun gagal disebabkan no internet connection. Percubaan kali ketiga baru menjadi.
Jadi inilah hasilnya whatsapp bertukar kepada Whatsapp+. Cantik kan? Boleh letak wallpaper sendiri, yang penting icon emojinya banyak yang comel-comel. Geram gila aku tengok. Bila dah berjaya install whatsapp+ ni, aku inform dekat kak Nurie. Ada ke dia reply gambar emoji tayang bontot. Sungguh tak senonoh kan?hahaha..
Whatsapp+ ini banyak gila korang kena setting. Korang boleh download theme juga, tapi buat masa ini aku guna picture sendiri jer. Tak berkenan pula theme yang tersedia tu. hahaha..Bagi aku, best juga whatsapp+ ini. Seronok main emoji!
Cara-cara mendapatkan Whatsapp berwajah baru:
1. Backup siap-siap Whatsapp yang korang pakai sekarang ini.
2. Dekat mana backup? Pergi Setting -- Chat settings -- Backup Conversations.
3. Dah backup? Korang boleh Uninstall Whatsapp yang korang guna sekarang.
4. Seterusnya, tekan link ini : http://whatsapp-plus.net/download.php.
5. Nampak button download? Sila tekan download.
6. Dah selesai download, korang bolehlah install Whatsapp macam biasa.
7. Seterusnya, ikut sahajalah setiap arahan yang diberi. Selesai!
Dah selesai semua, korang bolehlah lihat sendiri whatsapp+ korang yang cun melecun macam whatsapp+ aku. Aku cuba tiga kali baru menjadi. Korang cubalah 10 kali, Insyallah menjadi. hahaha..
Kredit: Kak Nuriesya Nadia