Enchanteur Losyen Pilihanku - Azwar Syuhada

Friday 23 May 2014

Enchanteur Losyen Pilihanku

Salam to all readers,


Dulu masa sekolah, ramai kawan aku yang ponteng sekolah dan ponteng kelas. Teringin juga nak mencuba TAPI memandangkan aku ini anak yang baik (kata akulah) sampai kawan pun gelarkan aku budak 'NERD' takdelah aku nak buat. Sebab sudah terang lagi bersuluh, ponteng sekolah perkara tak baik takkan nak buat kan.

Bila dah habis zaman persekolahan sambil menunggu keputusan periksa pula aku rasa bosan gila tahap cipan duduk rumah (sewaktu aku tingkatan 5) Nak kerja mak tak bagi katanya orang dah bagi cuti, nikmatilah cuti itu dengan sebetul-betulnya. Maksu aku pun sependapat dengan mak aku waktu itu. Terpaksalah akur. 

Sewaktu aku di upper 6 pula, kawan-kawan dah merancang nak bekerja. Aku pun tidak terkecualilah cuma tak meluahkan hasrat aku ni pada kawan-kawan di mana aku nak bekerja. Aku cuma fikir nak cari kerja yang tidak perlu mengeluarkan modal. Sebab aku ni jenis kedekut! Akhirnya dapat juga aku bekerja yang dekat gila dengan rumah.

Pejam cilik- pejam cilik tak sangka pula sudah hampir 5 bulan aku bekerja dekat sini. Macam-macam orang aku dah jumpa, tapi setakat ini 'PAK ITAM' belum mengunjungi tempat aku. Mula-mula bekerja rasa semangat gila, tapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya aku rasa bosan tahap cipannnn.. YA ALLAH BOSAN GILA KERJA. Ialah mana tak bosan kerjanya sebab hari-hari buat benda yang sama. Kalau nak dibandingkan belajar dengan kerja baik aku pergi belajar jelah, sebab kalau kita pergi belajar hari-hari kita akan belajar benda yang berlainan. Bila aku cerita pada mak aku, mak aku lagi gelakkan aku. Padan muka, sibuk sangat nak bekerja katanya.

Hari-hari tengok rambut customer, korang akan rasa bosan tau! Benda paling best pun, bila kita dapat memuaskan hati pelanggan dan menunggu kitabaan 1 HARIBULAN. Itulah benda paling indah waktu bekerja. Bukan aku sorang jer rasa macam ini, pasti semua orang yang bekerja merasakan benda yang sama seperti aku. Ada juga rasa nak resign tapi rasa kesian pula dekat boss sebab takde pekerja.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya mula-mula aku bekerja aku alergik dengan shampoo dekat salun ini. Lepas tu, tangan aku gatal-gatal dan kemerah-merahan. Then, aku pergilah farmasi cari ubat. Alhamdulillah okay, lepas tu tak beli dah sebab mahal gila! Cuma bila tak letak ubat tu, tangan mulalah gatal-gatal. Maybe sebab kita kerap guna air dengan shampoo. Budak Cina tempat kerja aku ada cakap, mula kerja sahaja merah. Lama-lama nanti hilang. Tapi ada satu losyen ini bagus untuk kulit dan mampu membuatkan tangan kita lcin. Iatu losyen Enchanteur.


Tadaaa, inilah losyen yang aku cakapkan tu. Sebenarnya ada tiga jenis losyen lagi iaitu losyen Firm & Repair, Triple Whitenning, and Light & Fresh


Antara banyak-banyak losyen Enchanteur, aku paling suka losyen Enchanteur Paris All-in-One Whitening Body Serum. Pertama kali pakai, aku terus jatuh hati sebab losyennya tak melekit malah wangi serta lembab bila dipakai. Kebaikan yang terkandung dalam losyen ini adalah:

  • SPF24++ to protect your skin againt UVA & UVB rays that cause darkening and premature ageing.
  • LICORICE CONCENTRATE to whiten and even out skin tone.
  • Enriched with HYALURONIC HYDRATION that provides 24 hours hydration.
Sekarang baru aku sedar, losyen Echanteur ni bagus, selain losyen ada juga bedak dan minyak wangi produk Enchanteur cuma aku tak pernah pakailah. Memandangkan kulit aku sentiasa kering, kenalah guna losyen Enchanteur ni supaya kulit nampak lembab sentiasa.


p/s: Kan untung kalau bekerja, dapatlah beli barang sendiri. Itupun kalau gaji dah masuk dan tak boros. Sebenarnya losyen aku dah nak habis sebelum aku buang botolnya baik aku share dekat blog. hehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

22 comments:

  1. Ena suka sangat produk keluaran Enchanteur ni. Semua wangi wangi dan baunya menyegarkan

    ReplyDelete
  2. suka enchanteur,...wangi..harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete
  3. memang suka pkai..dulu pkai losyen dengan perfume..memang wangi..suka sgt

    ReplyDelete
  4. Pakai losyen vaseline je.. kekadang nak beli pun malu LOL haha

    ReplyDelete
  5. nak kena cuba juga losyen ni..selalu beli losyen mesti rasa melekit jer..:)

    ReplyDelete
  6. macam mama gak ni, dulu selalu guna produk ni, losyen, bedak, mandian tu.. sampai sekarang mama cuma guna bedak je, losyen bagai tak guna dah.. hihi

    ReplyDelete
  7. suka pakai bedak enchanteur..wangi sgt mcm pkai mnyak wangi..

    ReplyDelete
  8. kite selalu guna losyen vaseline sbb banyak kawan yg recommend kat kite. hihi

    ReplyDelete
  9. sama lah guna jugak losyen nie..
    tp x selalu.. hohoo
    baik nyee dia x ponteng sekolah/kelass, hihii

    ReplyDelete
  10. bau dia wangi.. soft je, sukaaa. selalu jugak beli. pakai malam malam ;)

    ReplyDelete
  11. Suka jugak! Hahaha eii ayat last takleh bla laa

    ReplyDelete
  12. sama lah kite....I pun pakai Enchanteur tau...wangi! ^_^

    ReplyDelete
  13. waahh. cam best je. siap beli botol besaq gitu.. heee
    btw , klik lenovo sini

    ReplyDelete
  14. tak pernah pakai losyen haha kbai

    ReplyDelete
  15. dulu muda2 pakai enchaunter... tapi bagi akk wanginya kuat sgt... tapi tataulah kalau skang dah kurang ke wanginya

    ReplyDelete
  16. salah 1 seronok bekerja..hujung bulan boleh shopping dgn hasil titik peluh sendiri..hehe..kak niesa dh xpakai enchanteur...sekarang pakai losyen cosway je...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

    ReplyDelete
  18. ittew pakai Vaseline je..hehehe

    ReplyDelete
  19. saya pun suka ni sebab wangi dia kekal lama.. =)

    ReplyDelete
  20. saya kalau start pakai losyen mesti suku jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak gune brand echanteur ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!