10:39 pm
BY Azwar Syuhada
23 Comments
Salam to all readers,
Diam tak diam World Cup dah tamat dah, tahniah buat team German! Ada yang menangis tengok bola ke? Lepas Brazil kena tibai 7-1 dengan German. Takpelah takde rezeki nak menang. Apa-apa pun, sahur jangan lupa bangun pula.
Harini Azwar nak share satu tudung yang Azwar rasa sangat best apabila dipakai. Sekarang, lambakan tudung di pasaran begitu banyak dengan pelbagai jenama yang terkenal. Sebagai contoh, tudung Ariani, Fareeda, Adi Juma, Sincerelybyus (SBU) dan bermacam-macam lagi jenama. Kalau dulu paling familiar, tudung bawal, sekarang tudung jenis sarung atau shawl. Pernah juga dulu-dulu pakai shawl, tapi bila bab lilit-lilit tu failed terus! Jadi dari kecik sampai ke besar, memang setia pada tudung bawal sahaja. Tudung bawal yang paling murah yang Azwar boleh dapat adalah dengan harga serendah RM8. Sekarang, Azwar nak memperkenalkan tudung bawal juga sebenarnya, tapi bawalnya sangatlah selesa apabila dipakai iaitu tudung 'Bawal Exclusive'. Kalau tudung bawal yang murah ianya tiada batu bata, tapi kalau bawal Exclusive terdapat batu bata yang bermutu tinggi, dari jauh dah nampak berkilat-kilau. Makin banyak batu permatanya, makin bergandalah harganya. hehehe..
Yang paling best, batu bata yang melekat dekat tudung 'Bawal Exclusive' ini takkan tanggal, senang dicuci, mudah digosok, dan yang paling penting senang dibentuk serta selesa dipakai. Benda kalau mahal sekalipun tapi selesa dan syok dipakai, orang akan beli juga. Tapi walaupun benda murah, selesa dipakai dan nampak mahal, orang tetap akan membeli juga! Umpama ikan bawal, walaupun kecik tapi harga berpatutan, isinya sedap orang tetap beli juga.
Di sini, Azwar sertakan beberapa keping gambar tudung bawal exclusive yang pelbagai jenis design dan nama tersendiri. Kalau korang ada instagram, rajin-rajinlah usha tudung bawal exclusive dekat situ. Tekan sahaja hashtag #bawalexclusive. Pasti ada punya! Sebagai contoh IG yang jual tudung bawal exclusive ialah @myplaceselection, ataupun @naniecollections.
Di sini, Azwar sertakan beberapa keping gambar tudung bawal exclusive yang pelbagai jenis design dan nama tersendiri. Kalau korang ada instagram, rajin-rajinlah usha tudung bawal exclusive dekat situ. Tekan sahaja hashtag #bawalexclusive. Pasti ada punya! Sebagai contoh IG yang jual tudung bawal exclusive ialah @myplaceselection, ataupun @naniecollections.
Bawal Exclusive Mahkota Polkadot
Bawal Exclusive Batu Tabur 60
Bawal Exclusive Bawal Kristal
Bawal Exclusive Mahkota Lara
Ini gambar masa hangout bersama Mei Hong, seminggu sebelum nak puasa sambil menggayakan tudung bawal Exclusive Tabur 60. Berkilat-kilau batu permatanya, sampai silau mata! Azwar mula pakai tudung bawal exclusive ini pun sejak raya tahun lepas. Itupun makcik gua hasut, katanya best. Jadi belilah yang harga paling rendah nak merasa. Sekali pakai, pasti nak pakai lagi. heheeh..Jadi, raya tahun ini Azwar masih setia pada tudung BAWAL EXCLUSIVE! Kalau nak tahu, apa yang best bila pakai bawal exclusive, korang kenalah cuba sendiri. -_- (Sengaja nak menghasut korang, nak dekat dah nikan?hahaha).
More info:
Website: Bawal Exclusive
Facebook: Bawal Exclusive
Address: No. 205, Tingkat 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Apa tunggu lagi? Pergilah serbu BAWAL.COM.MY sekarang! =D