August 2014 - Azwar Syuhada

Friday 29 August 2014

Cerita 30 Ogos 2014
10:35 pm 18 Comments
Salam to all readers,

Esok 30/8/2014 merupakan tarikh keramat aku berhenti kerja di "Salun Juice". Bagaimana perasaan aku sekarang, esok nak berhenti kerja?

Sedih? Gembira? tak sabar? Aku pun tak tahu nak gambarkan. Dulu, dulu punya ceritalah. Diri sendiri ini, kemain semangat nak kerja bila tengok kawan-kawan kerja. Bila diberi peluang kerja, semangat berkerja hanyalah sebulan dua sahaja. Bila dah masuk ke bulan seterusnya, bosan tahap kritikal aku rasa. Why? Kalau hari buat benda yang sama, mengadap benda yang sama mestilah bosan. Serupalah makan, kalau hari-hari makan nasi lauk telur sahaja, sudah pasti rasa jemu kan?

Walaupun esok aku nak berhenti, sedikit sebanyak sedihlah juga nak berhenti. Sememangnya, aku akan rindu semua benda dekat salun tersebut. Esok juga, genap 8 bulan 1 minggu aku bekerja di "Salun Juice". Bila berkerja di sini, macam-macam orang dan macam-macam ragam aku lihat. Di sini, dapat berkomunikasi dengan pelanggan tak kira bangsa dan agama. Ada juga annoying! Never mind la kan.

Aku bersyukur sangat dikurniakan bos yang gentle, partner yang baik dan sungguh akrab. Hari-hari kerja bersama, makan bersama, teman berpuasa, sambut birthday aku, ulangtahun kedai, dan semua benda bos nak sambut. Aku kawin nanti, tak tahulah dia nak celebrate ke tak? hehehe... Nasib baik, bos dah jumpa pengganti aku. Aku berhenti, pengganti aku sampai dua. Kira pembawa tuahlah aku ni kan? Alhamdulillah.

 Ini gambar semasa menyambut birthday Janet and ulangtahun bos kita jadi "BOS". Inilah gambar partner di tempat kerja.


Selfie with Jiaer! Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi hubungan kami sangat akrab. Bila dia kena marah mahupun gaduh dengan boyfriends pasti nangis depanku. Aku mampu tengok sahaja. Nak memujuk memang taklah kan. Alasan nak berhenti kerja? Biarlah ia menjadi rahsia, bila tiba masanya nanti aku cerita okay!

Ayat yang paling-paling aku rindu nak cakap dengan Jiaer and Mei Hong sudah pasti yang ini:

Jiaer! Mei Hong! Lau po, lai cer dong Zi


p/s: Ada masa nanti pasti kita jumpa lagi okay! Terima kasih banyak-banyak kerana beri kenangan terindah pada ingatan saya. Bukan cinta sahaja bagi kita kenangan, yang pasti persahabatan turut memberi penangan terindah kepada kita.
Reading Time:

Tuesday 26 August 2014

Beauty Review: Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish 60g
7:25 am 8 Comments
Salam to all readers,

Untuk sekian kalinya, Natta Cosme memberi kepercayaan kepadaku untuk review produk. Thanks u so much! Kali ini, Azwar nak memperkenalkan "Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish 60g". Nak tahu lebih lanjut? Sila merajinkan diri membaca entri ini sampai habis.



About Klair Gentle Black Sugar Facial Polish

This sugar scrub for face contains an abundance of black sugar. Black sugar aids in the removal of dead skin cells and blackheads. It exfoliates of dry skin with ease and adds a glossy smooth look to the skin. When the seasons change, the skin tends to become a bit uneven with dry patches. These dry patches and cause makeup to apply unevenly and look “caked”. By using the Klairs Gentle Black Sugar Scrub for Face once a week, you can achieve smooth soft skin that is perfect for makeup application. 

Ingredients

Caprylic/Caprictriglyceride, Black Strap Powder, Cetyl Ethylhexanoate, Petrolatum, Glycerin, Tocopheryl Acetate, Butyrospemum Park II (Shea Butter), Candelila Wax Esters, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Polysorbate 20, Beeswax, Cetyl Alcohol, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Powder, Fragrance Carapa Guaianenses Seed Oil, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Seed Oil.

Bagaimana cara memakainya?

1) Mula-mula cuci muka bersih-bersih
2) Colek sikit scrub Klairs Gentle Black Sugar tersebut ke atas tapak tangan
3) Titik 2 ke 3 titis air. Kemudian kacau-kacau dengan jari.
4) Pakai dekat muka macam pakai scrub. Gosok secara membulat. 
5) Lepas scrub cuci muka bersih-bersih.
6) Kemudian pakai toner dan juga pelembap.
7) Selesai!
Reviews:
Setelah diberi peluang untuk memakainya, hati ini rasa gembira tak terkata. Ini pertama kali pakai scrub dekat muka sendiri. Scrub ini sesuai dipakai waktu malam disebabkan rasa macam berminyak-minyak sikit. Tapi apabila selesai mencuci scrub dekat muka, kulit mukaku rasa licin semacam, lembut bahkan bersih. Rupanya scrub ini juga mendorong menghilangkan blackhead & whitehead. Seelok-eloknya, scrub 2x dalam seminggu.

Kalau nak rasa scrub tu lagi best dan umm memakainya. Sebelum scrubbing, wap muka dulu dengan air panas. Wap sahaja dan bukan cuci muka dengan air panas. Ini untuk buat pori-pori kita terbuka. Lepas scrub cuci dengan air sejuk untuk tutup balik pori-pori tersebut. (Nasihat dari Kak Momoy). Perasaannya macam pergi spa buat facial. Best sangatt!


Product Name: Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish 
Size: 60g
Retail Price: RM79.00
Where to buy: Natta Cosme
If you purchase now you can get it with a price of RM63.20
Hanya layari laman web Natta Cosme
Reading Time:

Friday 22 August 2014

Malaysia Berkabung untuk MH17
9:14 pm 8 Comments
Salam to all readers,

Welcome home MH17. Our thoughts and prayers are with you. The tragedy of MH17 will remind forever in our hearts. Al-Fatihah.




Reading Time:

Sunday 17 August 2014

Tutorial : Cara Menghias Kad Kemerdekaan
12:57 pm 28 Comments
Salam to all readers,

Sekarang bulan Ogos, seperti semua orang yang sedia maklum bulan ini bulan kemerdekaan. Anda semua dah gantung bendera dekat rumah, bagi memeriahkan lagi semangat kemerdekaan? Dalam menyambut kemerdekaan ini, aku terkenang pula aku pernah join pertandingan menghias kad kemerdekaan. Sehingga meraih tempat kedua! Baru-baru ini, Azwar dapat email dari somebody yang bertanyakan macam mana ia kamu buat kad kemerdekaan tu? Terharu pula, ada gak yang bertanya macam mana aku buat kad tu.

Hari ini, ada masa lapang apa kata aku share cara-cara menghias kad kemerdekaan tersebut. Kalau korang tak ingat kad kemerdekaan tersebut, boleh rujuk entri INI. Dekat entri itu, aku tunjuk kadnya sahaja tetapi tak menunjukkan cara-cara menghasilkannya. Dah sedia? Jom mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:


1) Kertas warna (merah, putih, biru, kuning, hitam -ikut warna bendera)
2) Gunting
3) Gam (seelok-eloknya gam uhu)
4) Pensil
5) Pembaris
6) Marker

Langkah-langkah membuatnya:


Ambil kertas yang berwarna putih, sediakan pensil kemudian lukis bentuk 'love' di atas kertas tersebut. Then, lukislah gambar bendera di dalam love tersebut.


Kemudian, ambillah kertas warna yang lain tu. Buatkan garisan seperti di atas, sampai habis kertas. Apabila siap membuat garisan, dikehendaki menguntingnya mengikut garisan tersebut satu persatu.


Apabila selesai menguntingnya, lipatkan kertas tersebut kepada dua lalu menggulungnya. Boleh rujuk gambar seperti di atas. Apa bila dah siap gulungan semua kertas warna bendera. Bolehlah, di gamkan di atas 'love' yang awak lukiskan gambar bendera di dalamnya.


Setelah selesai menggamkan gulungan kertas warna tadi. Korang dikehendaki pula, menguntingkannya untuk di gamkan di permukaan kertas warna hitam di atas bahagian bawah. Di atas kad tersebut, bolehlah tulis "Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57"!

Hasilnya nanti, anda dapat lihatnya seperti ini!

Sayang pula, kadnya tak dapat balik. Dalam kad tersebut, pandai-pandailah reka kad ucapan. Susah-susah sangat search sahaja dekat internet. Semua di hujung jari anda! =D

Thank you for reading this entry!
Reading Time:

Wednesday 13 August 2014

Beauty Review : Natta Cosme OST Original Pure Vitamin C20 Serum
10:13 pm 10 Comments
Salam to all readers,

Masa untuk review produk kecantikan!! Teruja tak wahai anda sekalian? Lama rasanya tak review produk kecantikan, harini baru berkesempatan dapat review. Seminggu sebelum raya hari tu, Azwar ada dapat satu parcel dari Natta Cosme. Bila bukak parcel tersebut, cantik gila kotaknya nampak macam exclusive sangat. Orang perempuan kalau nampak benda-benda cantik ini, teruja dia lain macam sikit. (tak terkecuali diriku)



Dalam box ini ada barang kecantikan tersebut, iaitu OST Original Pure Vitamin C20 Serum. Azwar pun tak pernah pakai serum-serum ini. Seram sejuk jugalah nak mencubanya. Bila dapat memanglah seronok, tapi kurang faham cara nak menggunakannya. Sebab ada jenis serum yang orang lain pakai boleh diminum. Confused! Alih-alih, Azwar minta bantuan kak Momoy, tanya dia macam mana nak menggunakannya. Akhirnya, barulah faham. 

So, jom ikuti apa yang menarik mengenai produk ini;



See? Serum ini kaya dengan vitamin C dan pastinya semua orang tahu khasiat vitamin C? Betapa mudahnya sekarang untuk peroleh vitamin C pada kulit kita. Kesan penggunaan serum ini pun korang dapat lihat diatas. 

Keadaan penggunaan serum di tangan, senang terletak dan bila disapu ia berkilat-kilat begitulah keadaan bila pakai dimuka.

OST Original Pure Vitamin C20 Serum ini adalah dalam bentuk cecair tetapi ia bukan air. Perasaan memakai serum ini seperti letak "juice sunquick" dekat muka pun ada. Itulah perasaanku bila memakainya. Waktu yang sesuai memakai serum ini adalah pada waktu malam sebelum tidur.

Caranya? Lepas cuci muka, apply toner then pakai serum ini. Pertama kali pakai, rasa macam tak selesa seperti letak air gula dekat muka pun ada juga. Rasa melekit-lekit dekat muka. Mungkin, ini adalah salah satu sebab mengapa serum ini digalakkan dipakai pada waktu malam. Ini kali pertama Azwar pakai serum, jadi baru tahulah macam mana bentuknya.

Bila bangun pagi Azwar nampak perubahan yang memuaskan hati, seperti kulit muka menjadi lembab dan licin jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Setelah dapat hasil yang memuaskan, Azwar meneruskan lagi menggunakannya dalam masa 2 minggu. Hasilnya, bintik-bintik hitam yang terdapat dekat muka Azwar pun semakin pudar. Produk macam inilah yang Azwar cari selama ini. Tujuan utama penggunaan serum ini sudah semestinya untuk mengekalkan kecantikan. Bila semakin cantik, pasti keyakinan diri turut bertambah. Bagi mengurangkan rasa lekit-lekit dekat muka, apply lebih sikit toner dekat muka. 


Product Name : OST Original Pure Vitamin C20 Serum
Retail Price : RM99 (30ml)
Where to purchase : Natta Cosme Website

Seandainya anda semua membeli serum ini sekarang, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM79.20. Hanya layari website Natta Cosme.

p/s: Terima kasih Natta Cosme kerana memberi peluang pada Azwar untuk memperkenalkan produk ini.  Produk serum yang super power and the best! Thanks you so much!
Reading Time:

Monday 11 August 2014

CPUV Waku Doki, Fashion Pitch, Rakuten, Mayfair and Air Asia Go
10:18 am 17 Comments
Salam to all readers,

CPUV datang menyinggah lagi di blogku! Bukan satu, tapi sampai 9 cpuv datang menyinggah. Semalam terajin sikit bukak account nuffnang. Sekali bukak, cpuv bertingkek-tingkek sampai tak sempat nak update. Rezeki hari raya kot! Kira duit raya dari Nuffnang!


Bulan lepas dapat tiga cpuv, bulan ini pun dapat lagi tiga cpuv. Semuanya dalam mood "On Going". If ternampak iklan ini di blog Azwar, silalah klik satu ya! Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang kerana masih sudi bagi CPUV pada blogku yang suam-suam kuku ini. Update pun makin jarang.

Tak lupa juga, terima kasih pada Waku Doki, Fashion Pitch, Rakuten, Mayfair, and Air Asia Go kerana sudi bertapak di blog ini. Thanks u so much!!
Reading Time:

Wednesday 6 August 2014

Nostalgia Kad Hari Raya
11:04 pm 20 Comments
Salam to all readers,

Oleh kerana masih dalam mood raya, kita berceritalah mengenai hari raya kan? Aku ini bukanlah famous mana pun, dan bukanlah seorang artis terkenal. Aku ini adalah aku, limited edition orang kata. (hahahaha...) Aku ini jarang dapat kad hari raya, last aku dapat kad raya pun masa zaman sekolah menengah. Masa tu tak pakai posmen pun, hanya bertukar-tukar kad dengan member-member sahaja. Jadi posmen lalu depan rumah pun, ku pandang sepi sahaja.

Tapi tahun ini aku dapat beberapa kad hari raya daripada beberapa orang blogger. Excited tak terkata mengalahkan dapat surat cinta pun ada. Semua kad cantik-cantik belaka! Nak tengok? Jom scroll gambar di bawah. =D

 KAD RAYA PERTAMA 2014, KAK SHIDA

 KAD RAYA KEDUA, CIK MANIS

 KAD RAYA KETIGA, RAJA FARAH

 KAD RAYA KEEMPAT, ZAZA ZEHRA

 KAD RAYA KELIMA, KAK AZHAFIZAH

 KAD RAYA KEENAM, BROTHER AFZAL

 KAD RAYA KETUJUH, KAK AINA

KAD RAYA KELAPAN, SYIRA LOKMAN

Kad raya yang aku dapat ini bukanlah banyak mana. Tapi terasa juga dihati bagaikan artis yang dipinggirkan. Kesian kan? hahaahaha.. Apa-apa pun, kad ini akan ku simpan untuk buat kenang-kenangan. Terima kasih kerana sudi memberi. =D
Reading Time:

Sunday 3 August 2014

Cerita Raya
11:08 pm 21 Comments
Salam to all readers,

Rasa lama gila tak update blog, mana taknya nak dekat raya haritu ramai gila customer. Balik dah penat, terus tidur. Setelah sekian lama menyepi, baru harinilah dapat meluangkan masa depan lappy. Sekarang mood raya kan? Apa kata kita sembang pasal raya, nak tak? Apa macam raya korang, best tak? Mesti vogue kan raya korang? Seperti biasalah, sama macam tahun sudah, baju raya aku sudah semestinya baju kurung moden. Hanya ada sepasang sahaja baju kurung biasa. Kebiasaannya, kiteorang tiada tema baju raya macam family orang lain. Asal ada warna yang seakan-akan pun jadilah. Takdelah nampak boria sangat.

Bergambar bersama adik, moksu dan mak!

Kebiasaannya, raya pertama duduk rumah sahaja. Tapi tahun ini, memandangkan semua saudara (adik-beradik mak) balik kampung, kiteorang mulalah pergi berjalan raya ke rumah tok-tok saudara yang duduk area Klang, dan Shah Alam. Pertama kali memecah tradisi rumahku tutup pada raya pertama. Biasalah, rumah kalau orang tua dah tiada (atuk dan nenek) jaranglah orang nak mai rumah.

Sempat bergambar dengan Tok Itam merangkap adik atuk belah mak.

Raya kedua, menyambung raya ke rumah atuk saudara di Kuang dan rumah pak cik di Selayang. Balik beraya, singgah IKEA sekejap untuk cuci mata. Raya ketiga, kiteorang berjalan raya ke "Residences Kuala Lumpur" menginap di sana untuk satu malam. Bajet balik kampung di bandar kata kau! Malam tu, kiteorang pun berjalan ke Pavilion untuk mencari tempat makan. Sewaktu mencari tempat makan, terserempak pula dengan Pak Nil, waktu ini adik aku jalannya dah slow-slow dah! Excited laa kan jumpa artis katanya. Akhirnya pergilah bergambar. Dalam pada masa yang sama, aku pun tumpang sekaki bergambar. Bukan selalu jumpa artis kan.


 Sudut pemandangan di apartment "Residences Kuala Lumpur". Cantik gila!



Raya keenam, barulah dapat stay di rumah sambil menunggu member-member datang beraya.  Harini, merangkap raya ketujuh pergi berjalan raya ke rumah member-member. Tak jauh mana pun tempat mereka, hanya sekitar tempat aku jugalah. Diam tak diam, esok dah lapan hari kita berhari raya. Diam tak diam juga, eesok semua orang sudah mula bekerja, adik-adik dah mula sekolah, serta ada juga yang sudah mula berpuasa enam. Cepatnya masa berlalu kan? 


Rasanya belum terlambat lagi kan, nak bagi ucapan selamat hari raya? Jadi, di kesempatan ini saya Azwar Syuhada merangkap penulis blog http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 kepada semua pembaca blog ini. Seandainya sepanjang saya menulis ada yang makan hati ke, Azwar minta maaf ok? Salam kosong-kosong. =D

p/s: Salam Aidilfitri 2014!
Reading Time: