October 2014 - Azwar Syuhada

Thursday 30 October 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
10:34 am 31 Comments
Salam to all readers,



google
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI
Reading Time:

Monday 27 October 2014

CPUV Bulan Oktober
10:50 am 18 Comments
Salam to all readers,

google

| CPUV Bulan OKtober | Syukur alhamdulillah CPUV datang menyapa lagi. Kali ini bukan dapat 1 atau 2 CPUV, tapi dapat  14 CPUV yang masih dalam mood "ON GOING". Orang dah bagi takkan nak tolak? Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak. Apa-apa pun terima kasih pada Nuffnang kerana sudi bagi CPUV pada blog yang tak seberapa ini, dan berharap engkorang semua tolong klikkan iklannya apabila ia muncul okay! Janganlah iklan ini menari-nari masa tiada orang datang menjengah.

Sebelum Azwar terlupa, Azwar nak jemput korang join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Huda. Tinggal seminggu sahaja lagi, giveaway ini berlangsung. Jadi, jomlah kita pakat ramai-ramai join Giveaway Huda. Klik link bawah ini, kalau nak join!


Reading Time:

Friday 24 October 2014

Dream Trip to Macau
10:57 am 26 Comments
Salam to all readers,


| Dream Trip to Macau | Selepas join contest ke Busan yang tak pasti lagi tiket penerbangannya, aku dah usha pula untuk pergi ke Macau. Biarlah orang nak kata aku ini syok sendiri pun tak mengapa. Tapi korang masih setia membaca blog aku kan? Bak kata orang tua-tua, tuah di mulut, celaka juga di mulut. Mana tahu, entah-entah betul rezeki aku dapat pergi ke Macau pula. Syukur Alhamdulillah.

Macau? Macau merupakan sebuah kota dengan dua wajah. Satu wajah membentangkan benteng-benteng, gereja dan hidangan khas Portugis tampil dengan gaya unik Mediterania di pesisir laut Cina. Sebelah wajah lagi, Macau adalah  "Las Vegas" dari Timur. Macau terletak di tebing Barat Pearl River Delta di Selatan wilayah Guangdong, China. Ia juga berdekatan dengan bandar Tanah Besar Zhuhai dan terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah Barat Hong Kong. Macam terdiri Semenanjung Macau, Pulau Taipa, dan Coloane. Serba sedikit mengenai Macau.

Antara sebab kenapa Azwar teringin sangat nak ke Macau adalah;

1) Mengunjungi Warisan Dunia Macau

Kalau Azwar diberi peluang ke Macau, Azwar teringin sangat untuk mengunjungi setiap tempat warisan dunia Macau. Macau ialah negara yang tidak asing lagi dengan sumber sejarah. Terdapat lebih 20 monumen lama dan dataran bandar terjalin di tengah-tengah bandar, daerah bersejarah secara kolektif yang dikenali sebagai "Pusat Sejarah Macau" dan tercatat di dalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 2005. Salah satu warisan dunia Macau yang Azwar teringin sangat nak kunjungi adalah Dataran Lilau.

google

Dataran Lilau merupakan suatu penempatan awal kaum Portugis di Macau. Air bawah tanah Lilau pernah menjadi sumber utama air semulajadi di Macau. Ungkapan paling popular orang Portugis "Seseorang yang meminum air Lilau tidak akan melupakan Macau" diluahkan kepada penduduk tempatan lampiran nostalgia Lilau Square. Menarik kan bunyinya? Inilah salah satu tempat yang Azwar nak sangat pergi di Macau disebabkan kawasannya nampak unik dan sejarah nostalgianya juga menarik minat Azwar.

google

Macau Fisherman's Wharf juga merupakan destinasi yang Azwar ingin pergi di Macau disebabkan tempat ini mempunyai seni bina yang unik dan tersendiri. Untuk pengetahuan engkorang semua, Macau Fisherman's Wharf ini merupakan kompleks yang bertemakan hiburan yang berskala besar dan pertama di Macau. Menarik kan? Ia berada di tengah-tengah di bahagian Outer Harbour, dan bukan sahaja merupakan taman bertema, malahan menyediakan kemudahan makan & minum, pusat membeli-belah, penginapan, persidangan dan juga pameran. Tak dapat kubayangkan besar mana Macau Fisherman's Wharf, nak tahu besar mana pihak Nuffnang haruslah bawaku pergi. Alangkah bahagianya hidup, duduk bersantai-santai dalam Macau Fisherman's Wharf ini kan?

google

Antara tempat lain yang menarik perhatian Azwar adalah Muzium Grand Prix. Azwar teringin juga nak jejakkan kaki ke Muzium Grand Prix, Macau ini yang mula dibuka pada tahun 1993 bagi meraikan ulang tahun ke-40 Grand Prix Macau dan di dalam Muzium ini mempunyai pelbagai jenis kereta dan motosikal antarabangsa dan mengambil tempat setiap tahun pada bulan November. Ia bermula pada tahun 1954, disebabkan oleh semangat sekumpulan penduduk Macau dan sokongan pihak berkuasa. Hari ini ia adalah salah satu acara sukan antarabangsa yang menarik ribuan pelancong dan peminat perlumbaan ke Macau untuk menonton "Guia Race" dan "Formula Grand Prix" yang klasik. Tak dapat naik, dapat melihat depan mata sendiri pun best juga!

2) Bungee Jumping Off the Macau Tower

Google

Selain mengunjungi warisan dunia Macau, Azwar juga teringin nak naik Menara Macau. Menara Macau yang cukup terkenal dengan aktiviti lagak ngeri, yang pernah suatu ketika ahli-ahli "Running Man" membuat cabaran di sini. Yang pasti Song Ji Hyo paling berani membuat terjunan dari atas Menara Macau. Menara Macau mula dibuka pada 19 Disember 2001. Macau Tower mempunyai ketinggian 338 meter. Tinggi kan? Ia bukan sahaja binaan yang tersergam indah malahan menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah  hampir seluruh Macau dan menara ini juga boleh berpusing di datar 223 meter. Pemandangan waktu malam paling cantik!

google

Salah satu aktiviti yang kita tidak boleh lepaskan bila berada di Menara Macau haruslah mencuba main Bungee Jump. Azwar teringin nak naik Bungee Jump di Macau disebabkan aktivitinya sangat mencabar dan apabila terjun rasa semua masalah dan selesai. Sekiranya dapat main Bungee Jump ini, dapatlah mencipta rekod pada diri sendiri. Selain Bungee Jump, kita juga berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpama "Skywalk". Kalau tak dapat main Bungee Jump, "Skywalk" pun jadilah kan?

3) The House of Dancing Water

google

Lagi satu tempat yang menarik minat Azwar untuk pergi ke Macau adalah The House of Dancing Water. Gila kau kalau tak pergi, bak kata Azwan Ali. The House of Dancing Water dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, sebanyak USD250 juta dikeluarkan untuk "The House of Dancing Water", ianya mempersembahkan pertunjukan yang menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Dengan menyaksikan pertunjukan seperti ini dapatlah aku menghilangkan stress dan dapat menenangkan fikiran. Seandainya diberi peluang untuk ke sini, Azwar tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakam pertunjukkan mereka untuk dijadikan kenangan. Bukan senang nak tengok pertunjukkan sebegini kan?

____________
Jadi inilah tiga sebab kenapa Azwar nak sangat ke Macau dan yang pastinya engkorang juga teringin nak pergi ke Macau juga kan? Jangan tipulah, kalau nak katakan nak! Senadainya diberi peluang untuk pergi ke Macau yang seratus peratus ditaja, pergilah. Peluang hanya datang sekali. Sekali ditolak belum tentu akan datang kita dapat lagi peluangnya.
______________

Dan yang pastinya Azwar join contest ini disebabkan Nuffnang yang menganjurkannya, itu pasal laju sahaja tangan ini gatal nak join. Tau-tau sahajalah siapa yang join event Nuffnang pasti ditaja semuanya, siapa yang taknak kan? Dan Kenapa pihak Nuffnang Malaysia mesti hantar aku untuk peluang awesome ini adalah kerana aku tak pernah berjalan ke luar negara dan yang pasti pihak Nuffnang Malaysia haruslah bersimpati dengan situasi daku yang tak pernah pergi bercuti. Selain itu, disebabkan aku terlebih pandai berkomunikasi dalam bahasa Cina. Padahal dua tiga patah perkataan sahaja aku tahu. Jadi, rugilah kalau pihak Nuffnang Malaysia tidak memilih daku untuk join "Dream Trip to Macau". Malahan, aku juga orang yang rajin support Nuffnang dengan menghantar ticket untuk mendapatkan CPUV, jadi tak salah kalau Nuffnang Malaysia membawa daku pergi bersiar-siar di kota Macau bukan? Bahkan, sepanjang berblog aku rasa sangat gembira dengan kewujudan Nuffnang yang memberi peluang begitu menyeronokkan dengan adanya sedikit duit poket. Jadi, Azwar berharap sangat pihak Nuffnang Malaysia memilih Azwar untuk join "Dream Trip to Macau". Seandainya ada peluang Azwar pergi, dapatlah merealisasikan impian aku yang ingin mengelilingi kota Macau. Sayang Nuffnang ketat-ketat seandainya terpilih, kalau tak sayang longgar-longgarlah jawabnya. hahahaha... ^_^

Entri ini ditaip untuk cabaran "Dream Trip to Macau" yang dianjurkan oleh pihak Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia.

p/s: Moga hajat nak bercuti keliling dunia tertunailah suatu hari nanti. Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana menganjurkan contest seperti ini.

Kredit: Google, Macau Tourist, Melastik Bintang.

Reading Time:

Friday 17 October 2014

Testing Menjahit
9:00 am 28 Comments
Salam to all readers,


Sememangnya aku tak minat sangat nak menjahit. Disebabkan banyak sangat mesin jahit dekat rumah ini rasa tergerak hatilah pula nak mencuba menjahit. Jadi, suatu haritu mak aku pun ajarlah menggunakan mesin. Banyak sangat pantang larang nak guna mesin jahitnya, ialah kita buat kerjakan kasar sikit. Tengok orang menjahit ini, kerjanya macam leceh sahaja. Ialah mana taknya, kena masukkan benang dalam jarumnya lagi. Buat pertama kalinya menjahit, alahai senang rupanya menjahit. Sekali belajar, dah dapat buat.  Takdelah leceh mana, nak lihat hasilnya? 


Google

Inilah proses menjahitnya, mana tak senangkan? Hanya masukkan benang, klik apa yang patut dekat mesin jahit, dan tunggulah sampai siap. Mesin automatik katakan. hahahaah...


p/s: Bagi sesiapa yang berminat nak membuat tempahan jahit sulam pada baju, tuala, bolehlah email Azwar: azwa_gem94@yahoo.com
Reading Time:

Tuesday 14 October 2014

Kenapa Saya Nak Bercuti ke Busan, Korea Selatan?
11:01 pm 20 Comments
Salam to all readers,


Cabaran "Winter in Busan" Bloogger Majalah Libur (Task 2) kini bermula dan bakal berakhir pada 15 Oktober 2014. Tinggal satu hari sahaja lagi untuk menghantar penyertaan, tapi aku baru sekarang terhegih-hegih nak menaip. Kalau cabaran task 1 kita dikehendaki menceritakan "Apa yang menarik di Busan?" Kali ini, task 2 dikehendaki pula menceritakan "Kenapa Saya Nak Bercuti ke Busan?" Nak tahu kenapa? Haruslah engkorang semua membaca entri ini sampai habis.


google

| Kenapa Saya Nak Bercuti ke Busan? | Bercuti?? Alangkah bahagianya kalau ada tikar terbang untuk kita pergi bercuti dari satu negara ke negara yang lain. Siapa yang tak suka bercuti kan? Pasti semua orang suka pergi bercuti, tidak terkecuali diri aku sendiri. Salah satu impian aku sudah semestinya pergi melancong ke negara orang untuk melihat sendiri keindahan dan adat resam negara tersebut. Tak pernah kubayangkan dan aku tak boleh bayangkan aku pergi melancong seorang diri disebabkan aku selalu pergi melancong bersama keluarga. Seandainya aku diberi peluang pergi seorang diri, akulah juara! 

Tambahan pula, nak pergi melancong bukannya mudah kerana semuanya memerlukan wang yang banyak, masa yang sesuai dan kos nak pergi. Semuanya perlu diambil kira untuk melancong. Disebabkan kos untuk melancong dan kekangan masa, impian untuk mengelilingi dunia terpaksa dipendamkan. Bagi orang yang dah biasa melancong, mereka pasti tahu bajet nak pergi. Antara sebab saya nak bercuti ke Busan adalah;


Menimba Pengalaman
Bak kata pepatah, "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri". Sungguhpun hujan emas di negeri sendiri tapi kita janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung. Bukan sahaja kita dapat menimba ilmu di tempat kita sendiri malahan kita akan dapat pelbagai ilmu yang baru apabila kita merantaui ke negeri orang. Contohnya, dengan merantau ke Busan Korean Selatan kita dapat menimba pengalaman bercuti di negara 4 musin. Alangkah indahnya, kalau Azwar dapat merantau ke Busan Korean Selatan. Secara tidak langsung, Azwar nak juga kongsi pengalaman ke Busan ini di dalam blog untuk tatapan para pembaca blog Miss Azwar.

Minat Bercuti
Sejujurnya, Azwar suka sangat bercuti tapi boleh dibilang berapa kali dalam setahun untuk pergi bercuti. Buat masa ini, percutianku hanya dalam kawasan Malaysia lagi dan tak pernah lagi keluar negara. Azwar mula minat bercuti sejak melihat makcik pergi melancong sana sini baik dalam negara mahupun luar negara.

Bagi Azwar, bercuti mahupun melancong adalah perkara yang bagus untuk kita lari dari memikirkan masalah yang ada. Dengan bercuti kita dapat ruang berfikir dengan berlapang dada tanpa sebarang gangguan. Bila difikirkan balik, apabila kita asyik sibuk dengan "kerja" sampai tiada ruang untuk bersama keluarga dan juga kawan jiwa kita kosong sangat. Jadi, bercutilah perkara paling elok untuk mengembirakan hati kita.

Tempat-tempat Menarik di Busan
Seandai Azwar diberi peluang untuk melancong ke Busan, sama sekali Azwar tidak akan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Lebih-lebih lagi pantai Haeundae yang cukup terkenal di Busan. Bagi peminat Running Man pasti lebih mengetahui pantai ini. Alangkah indahnya duduk bersantai bersama Gu Jun Pyo di pantai Haeundae (perasan habiss)... Ada juga sesetengah blogger yang berkongsi pengalaman melancong dan menceritakan tempat-tempat menarik di Busan, sehingga menyebabkan aku begitu teruja dengan pengembaraan mereka ke sana.

google

Bercuti dan mengunjungi tempat-tempat menarik di Busan harus mencipta kenangan. Oleh itu, Azwar haruslah menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk melakar kenangan di setiap tempat, seperti mengambil gambar pemandangan yang indah di pantai Haeundae, merakam video masyarakat Busan Korean Selatan, dan merakam suasana di Pasar Jagalchi. Kalau dulu kita asyik melihat gambar pemandangan Busan di kaca televisyen, kali ini kita melakar sejarah dengan melihat sendiri keindahan kota Busan.

Ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Busan? Baca di SINI

Menikmati Makanan Korea
Rugi kalau berjalan tak merasai makanan tradisional negara tersebut. Kalau Azwar dapat pergi ke Busan, Azwar takkan lepaskan peluang untuk menikmati makanan masyarakat Busan Korean Selatan. Sungguhpun, di sini sudah ada restoran korean food, feel makan di negaranya sendiri tu yang rasa nikmat. Yang mengusarkan sama ada restoran itu HALAL ataupun tidak kan? Dari sudut pembacaan Azwar, terdapat banyak restoran yang HALAL di Busan Korean Selatan ini. Kalau tak percaya boleh rujuk blog Majalah Libur yang berkongsi restoran HALAL di Korean.

google

Mempelajari Bahasa, Budaya, Tradisi dan Kesenian Masyarakat Busan
Selain melawat tempat-tempat menarik di Busan, Azwar juga teringin sangat nak mempelajari bahasa, budaya, tradisi dan kesenian masyarakat Busan. Hanya dua tiga patah perkataan sahaja yang aku tahu itu pun "Annyeong Sayo", "Saranghae", dan "Oppa" yang aku dapat daripada drama-drama korean. Perempuan biasalah ayat-ayat romantik yang dia lebih peka. Tak kiralah cerita Cina, India, Melayu inikan cerita korean yang menjadi kegilaan orang ramai. Seperti mana yang kita sedia maklum, negara Korea memang kaya dengan budaya dan tradisi. Sehingga ke hari ini mereka masih mengamalkannya. Lihat sahajalah, drama korea yang banyak memaparkan serba sedikit tradisi dan amalan budayanya dalam drama tersebut. Jadi, sekiranya Azwar diberi peluang ke Busan Azwar memang teringin sangat nak memahami, mempelajari dan menyaksikannya dengan sendiri budaya masyarakat Busan Korean Selatan yang digembar-gemburkan oleh penduduk Malaysia. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

google


Membeli-belah di Busan


Rasanya tak sah kalau melancong tak bershopping. Jadi, Azwar takkan sesekali lepaskan peluang untuk membeli-belah di sekitar Busan Korean Selatan. Seandainya diberi peluang untuk ke Busan, Azwar akan membeli cenderamata buat diri sendiri, keluarga, mahupun kawan-kawan untuk dijadikan kenangan. Kalau nak cenderamata dari Busan, haruslah doakan Azwar dapat pergi ke sana. hehehe..

|Jadi inilah antara sebab kenapa Azwar nak sangat bercuti ke Busan dan yang pastinya bukan Azwar seorang yang teringin nak ke sana. Sudah semestinya, engkorang juga teringin nak pergi melancong ke Busan kan? Seandainya diberi peluang ke sana, jangan sesekali tolak tuah. Bukan senang nak ke negara orang lebih-lebih lagi apabila percutian kita ditaja dengan sepenuhnya. 

Sungguhpun, Azwar rasa peluang untuk menang itu tipis tapi Azwar dah rasa cukup gembira kerana berjaya selesaikan task kedua. Menang kalah belakang cerita, yang penting kita dah berusaha. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Moga Azwar terpilihlah juga untuk ke sana. Amin.|

Entri ini ditaip untuk Cabaran "Winter in Busan" oleh Blooggers dan Majalah Libur dengan penampilan istimewa TRIP ke Busan bersama Man Raja Lawak.

p/s: Moga hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki ke Busan. Jutaan terima kasih kepada Blooggers dan Majalah Libur kerana mengadakan contest seperti ini.
Reading Time:

Saturday 11 October 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang
10:00 am 20 Comments
Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!
Reading Time:

Thursday 9 October 2014

Review Novel: Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING!
9:00 am 20 Comments
Salam to all readers,


Penulis: Eina Afrina
Harga: RM21.00
Halaman: 1-508
Keluaran: Buku Prima

Sinopsis:

BEKERJA sebagai housekeeping satu cabaran bagi Azwa. Tambahan pula jika dapat pelanggan yang cerewet mengalahkan anak raja seperti Tengku Izzudin. Lelaki itu tak habis-habis buat hidup Azwa huru-hara. Lepas satu, satu lagi masalah akan timbul. Memang tak ada faedah buat baik dengan manusia sebegitu. Buat sakit hati sahaja.

Namun begitu, entah kenapa Azwa suka benar ambil berat pasal Tengku Izzudin. Tambah kacau bila wajah Tengku Izzudin begitu mirip wajah Qallif, lelaki yang dia kenali setahun yang lalu sewaktu di Cherating. Siapa sangka pertemuan singkat itu mampu meninggalkan kesan di hati Azwa. Kadangkala rasa cinta ini memang tidak logik langsung.

Azwa terpaksa pula berhadapan dengan Tengku Mariah yang enggan menerimanya sebagai calon isteri pilihan Tengku Izzudin. Nenek Tengku Izzudin itu sudah ada calon isteri yang sesuai untuk cucunya. Bagaimana Azwa menghadapi semua cabaran ini? Dan siapakah Tengku Izzudin sebenarnya?

Entah apa-apalah aku ni! Kata tak suka tapi kepala asyik fikirkan dia. Takkan aku jatuh cinta dengan orang yang tak dikenali? Sah-sah aku sudah gila! Hisy, tak boleh jadi macam ni! Wake up Azwa! Sedar diri tu sikit. Tengku Izzudin takkan pandang perempuan kelas rendah macam kau. So, ko tak payah bazirkan masa fikirkan lelaki itu. - Azwa

"Maaf, maaf, maaf, itu saja awak tahu cakap. Hari tu sampai benjol kepala saya awak hentak dengan pintu. Sekarang awak nak saya mati tergolek dalam bilik air pulak? Saya tak tahulah apa masalah awak ni?" - Tengku Izzudin

"Saya cintakan awak, Azwa. Cinta saya tak perlukan alasan, tak perlu sebab. Saya hanya inginkan bahagia." - Zulhairi

Review dari Azwar:

Bagi Azwar, jalan ceritanya masih okaylah untuk dibaca. Kisahnya bermula, apabila si Azwa dan kawan baik dia Zahlia pergi bercuti di Cherating. Satu haritu, si Azwa lemas dekat tengah laut lalu Zahlia terserempak dengan seorang pemuda yang bernama Qallif meminta bantuannya supaya menyelamatkan Azwa. Sedangkan pagi itu, si Azwa ini dah kenal dengan si Qallif dari satu insiden. Dari insiden menyelamatkan nyawa, Azwa dan Qallif mula berkenalan di Cherating. Perkenalan yang singkat tapi memberi memori terindah pada mereka buat seketika....

Setahun kemudian,..

Azwa mula bekerja di sebuah hotel 5 bintang yang kebanyakan pelanggannya orang terkenal dan golongan atasan. Azwa merupakan seorang pekerja yang rajin dan berdedikasi. Bekerja sebagai housekeeping adalah satu cabaran bagi dia lagi-lagi bila dapat pelanggan yang cerewet. Tak lain tak bukan pelanggan bilik no "1001" iaitu Tengku Izzudin. Kalau boleh apa yang dia nak semua kena tersedia. Memandangkan Azwa pekerja yang teliti dan rajin jadi dialah yang kena menguruskan bilik "1001" ini disebabkan tuannya sangatlah cerewet. Sungguhpun, si Azwa selalu menguruskan bilik itu dia tidak pernah bersua muka dengan Tengku Izzudin. Yang dia selalu jumpa adalah PA Tengku Izzudin iaitu Zulhairi. Satu hari, disebabkan satu insiden di bilik "1001" Azwa dipertemukan jua dengan Tengku Izzudin dan ketika itu juga dia teringat pada Qallif yang dia kenali setahun yang lalu di Cherating. 

Disebabkan cinta tak direstui, Azwa rela mengundur diri. Dia lebih suka cinta yang direstui oleh keluarga. Justeru, dia memilih Zulhairi untuk menjadi peneman hidup dia. Sememangnya, si Zulhairi iaitu PA Tengku Izzudin memang sudah lama suka padanya.

p/s: Jarang jumpa novel yang heroinnya bernama "Azwa". Bila jumpa excited nak baca, konon diri sendiri dalam novel itu tapi bila ending kahwin dengan orang lain jadi emo tak tentu pasal. hahahaah... KELAKAR! Memang betul pun, kadang-kadang bercinta bagai nak rak, tapi kahwin belum tentu dengan si dia. Boleh jadi jodoh kita dengan member, abang, mahupun saudara dia. Tak ke naya? hahahaha..
Reading Time:

Tuesday 7 October 2014

Bila Menantu Jadi Puan, Mak Mertua Pula Jadi Bibik
11:34 am 15 Comments

Salam to all readers,

Kebiasaannya, bagi orang berusia pasti rajin membaca surat khabar dari muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir termasuklah sketsa kartun. Itu aku tengok dari zaman tok moyang aku adalah. Aku pula orang yang terlebih rajin nak membaca paper, setakat baca tajuk dan menyelak helaian surat khabar sahaja itulah kebiasaannya. Entah macam mana, semalam aku tertarik dengan satu artikel di surat khabar yang bertajuk "MENANTU ZAMAN SEKARANG".

Melihat tajuk pada surat khabar itu, aku terkenang zaman aku kecik-kecik dulu. Disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki (adik beradik mak) jadi automatik banyaklah mak saudara a.k.a ipar duai mak aku. Sewaktu pakcik-pakcik aku ini berkahwin, tok dan nenek aku masih ada lagi pada waktu itu. Mereka juga tinggal berdekatan dengan rumah tok dan nenek. Hanya satu dua orang pakcik yang duduk jauh tapi masih dalam kawasan Selangor. Bila tiba hujung minggu pasti berkumpul di rumah atok dan nenek. Aku pun memang dari kecik tinggal dengan atok dan nenek. Tambah bila, nenek dan atok tiada, secara automatik rumah ini jadi rumah warisan keluarga kami. Bila sudah berkumpul beramai-ramai, pelbagai ragam kita boleh lihat. Sama ada "MALAS" ataupun "RAJIN" terserlahlah bila berkumpul beramai-ramai. 


Kalau diikutkan apa yang ditulis oleh penulis itu memang sudah ada kebenarannya. Kerana rata-rata kaum wanita zaman sekarang sudah bekerjaya tambah-tambah pendapatan mereka lebih banyak daripada pendapatan si suami. Kalau di rumah sendiri, si isteri nak kulikan suami pun tak mengapa. Tapi, apabila balik rumah mak mertua janganlah kita mengulikan suami sepertimana kita buat dirumah sendiri. Kekadang kita terlupa apa pandangan adik beradik si suami, mak mertua, dan orang sekeliling. Cewahhh,..bajet macam dah berkeluarga. Coretan ini bukanlah apa. Inilah padahnya duduk dengan orang tua, kebanyakan yang berkunjung ke rumah dah tentulah kawan-kawan nenek yang dah tua-tua. Bila mereka datang, pasti ada sahaja cerita tentang ketidakpuas hati pada menantu masing-masing.

Tambah-tambah, sekarang zaman gadget. Baik budak mahupun atok budak, masing-masing ada gadget sendiri. Kekadang, bila keluar makan bersama keluarga sambil menunggu hidangan sampai masing-masing sibuk dengan gadgetnya.

 Aku terkenang pula, waktu aku keluar makan dengan arwah atok dan nenek kiteorang rajin berbual-bual. Dalam pada berbual-bual, mereka rajin juga menasihati. Tapi sekarang, kalau keluar makan rasa sepi sangat padahal keluar beramai-ramai. Disebabkan asyik melayan telefon, nak nampakkan kemesraan keluarga mereka selfielah dulu. Tak gitu? Mungkin zaman sekarang, keluarga menyerlahkan keakraban melalui gadget mahupun laman sosial. Sungguh berbeza? Mungkin hal inilah, boleh menjadi punca anak dan mak ayah tiada kemesraan.

____________
Kesimpulannya, seperti apa yang dikatakan oleh penulis tersebut belajar-belajarlah tolong mak mertua di dapur, bukannya jadi PUAN duduk di bilik menggodek gadget. Dan mak mertua zaman sekarang ini pun bukannya boleh dijadikan bibik di rumah mereka sendiri. Jadi, jadilah seorang menantu yang boleh disayangi oleh mak mertua.
_____________

Reading Time:

Friday 3 October 2014

Food Review : Dubu Dubu Urban Korean Food
12:41 pm 31 Comments
Salam to all readers,


Ingat lagi tak event yang Azwar join lunch date with Syarif di Johnny Rockets? Dekat entri INI. Selepas lunch date with Syarif, Azwar jenjalan dalam Sunway Piramid dengan member yang datang temankan Azwar pada haritu. Memandangkan kawan tak makan lagi, kiteorang pun terus pergi cari tempat makan. Masa ini terasa nak makan korean food, memandangkan kawan yang tak makan lagi tu pernah makan korean food jadi dia suggest makan dekat Dubu Dubu. 

Ini kali pertama makan makanan korean, boleh tahan jugalah makanannya. Yang penting restoran Dubu Dubu ini halal ya, dan pelanggannya kebanyakannya orang Melayu dan juga Cina. Kakitangannya juga kebanyakannya orang Melayu. Kalau makan dekat sini, terasa korang makan di restoran korean lagaknya kerana kita menikmati hidangan sambil melayani lagu kpop. Nak korean food sangat kan? hahaha...

Dubu Dubu Urban Korean Food, Sunway Pyramid
Address: Lot No. LG 2.92, Lower Ground 2, Sunway Pyramid Shopping Mall, No 3 Jalan PJS 11/15, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya.
Phone: 03-5622 1679

 Cheese Bibimbap 
Rated: 4.5/5

 Ini makanan set, namanya Honey Garlic Bulgogi
Rated: 5/5

Masa untuk menikmati hidangan! Lepas dah makan burger, makan korean food pula.
Hari menternak badan! >_<

p/s: Ada lagi tak tempat makan yang best-best? Sharelah sikit.. =)
Reading Time:

Wednesday 1 October 2014

Hello Oktober!
11:16 am 18 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah, dah masuk bulan Oktober dan nak dekat Raya Haji. Genap sebulan juga, aku jadi penganggur terhormat di rumah. Pejam celik-pejam celik, tinggal 3 bulan sahaja lagi nak masuk tahun 2015! Hope tahun depan, lebih banyak perkara yang berfaedah aku buat. hehehe.. Nampak sangat tahun ini, banyak aku buang masa. 

Sekali lagi, terima kasih pada korang-korang semua yang rajin datang mengomen dan support blog yang masih suam-suam kuku ini. Semalam kita sempat jugalah, printscreen follower di tangga 3k! Seronok ye kau Azwar? Blogging rasa lebih seronok bila orang datang baca entri dan mengomen. Itu perkara paling best dan bermakna bila blogging. Yang pasti entri kita dapat menghiburkan para pembaca. Hangpa terhibur ke? Perasan pula, penulis blog ini.

Siapa yang berada di tangga 3k tu? Macam familiar pula rasanya, siapa lagi kalau tak Hafiz Hafizol a.k.a lelaki maskulin. hahaha... Hafiz Hafizol juga orang yang selalu datang mengomen blog ini. Memandangkan orang tiada hadiah nak bagi, hanya ucapan terima kasih yang orang mampu bagi buat semua pembaca blog ini termasuklah pengikut blog ini. Terima kasih sekali lagi! ^__^

Nak kenal Hafiz Hafizol?
Boleh klik SINI

|
|
|
|
|
|
Reading Time: