Friday, 26 December 2014

Kelas Jahitan Syaza (Dari Zero ke Skirt)

Salam to all readers,

Kebiasaannya, Azwar akan review barang yang akan sampai ke rumah sahaja. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana Azwar membuat review dengan mengunjungi kedai tersebut dan mengikuti sendiri persekitarannya. Yang pasti pengalamannya cukup menyeronokkan. Ikuti ceritanya sampai habis.

google
 Sudut hadapan kelas jahitan Syaza

google
Kedai yang Azwar maksudkan adalah "Kelas Jahitan Pakaian" yang terletak di area Kuala Lumpur. Owner kelas jahitan ini ialah kepunyaan "Puan Sharifah Syaza" ataupun lebih dikenali dengan panggilan "Kak Syaza" merangkap guru kelas jahitan. Kak Syaza merupakan seorang yang sangat ramah, pertama kali bersua muka banyak benda yang dapat dikongsikan bersama.

google
Katanya kalau kita nak menjahit, kita perlu tahu peralatan basic menjahit seperti pembaris lurus, pembaris sesiku, pembaris bengkok, gunting kertas, roda surih, pensel, pita pengukur dan jarum peniti bagi merangka pola. Sebelum merangka pola, kita harus mengambil ukuran. Contohnya, sekiranya hendak menjahit skirt, ukuran penting yang kita harus ukur adalah ukuran keliling pinggang, keliling punggung, dan labuh kain. Bila dah dapat ketiga-tiga ukuran tersebut barulah boleh melakar pola. Bunyi macam rumit, tapi apabila mengikut step by step dengan penuh teliti ianya menjadi mudah.

Yang tengah-tengah itulah Kak Syaza, yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjahit.

Setelah selesai melakar dan mengunting, barulah boleh menjahit. Apabila menggunakan mesin jahit tulah yang memerlukan kesabaran kerana takut sengit bengit jahitannya. Mujur, ada kak Syaza yang banyak memberi tunjuk ajar. Blogger Nadratul Syazwana pun join sekali kelas jahitan ini. 

Inilah ruang kelas jahitan, setiap seorang akan dapat 1 mesin jahit. Mana tidaknya boleh belajar menjahit sampai pandai, Kak Syaza akan mengambil paling banyak student yang nak belajar hanya seramai 4 orang, paling sikit pun 2 orang. Jadi, banyak masa dan ruang engkorang boleh tanya dengan Kak Syaza kalau tak faham. Yang pastinya anda semua akan berpuas hati punya. Azwar yang tiada basic menjahit pun boleh siap 1 jahitan. Tambah-tambah, ruang belajar menjahit pun selesa, besar pun besar, penyaman udara pun turut disediakan. Bertambah selesalah nak belajar menjahit kan? Tak gitu? :)

Selang beberapa jam, hasilnya skirt kita dah siap pun! Masa nak buat memang bertarung dengan kesabaranlah juga, tapi bila dah siap rasa sangat-sangat puas hati. Mana tidaknya, kita jahit menggunakan tangan kita sendiri. Cayalahh.. Ada bakat jugalah, diri ini menjahit skirt.

Bertambah seronok, sijil penyertaan juga turut disediakan. =)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk belajar menjahit ataupun mengisi masa lapang bolehlah mengunjungi kelas jahitan pakaian ini, di mana pelbagai teknik asas jahitan boleh dipelajari termasuklah pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak, dan jahitan langsir. Jangan risau bagi mereka yang tiada basic menjahit pun boleh belajar kerana ianya dijamin belajar sampai pandai. Insyallah mana tahu, kita dapat buat pendapatan sampingan dengan menjahit. Selain kelas jahitan, Kak Syaza turut mengambil tempahan baju, tempahan catering dari keluarga kak Syaza sendiri, dan Fotografi oleh Alangraphy merangkap adik kak Syaza. Alang ini juga yang kenalkan kak Syaza pada Azwar dan juga Nadratul.

google
Untuk maklumat lanjut mengenai "KELAS JAHITAN SYAZA" boleh layari:
Alamat: NO. 42-1 BLOCK C, JALAN DANAU LUMAYAN 1, OFF JALAN TASIK PERMAISURI, BANDAR TASIK PERMAISURI, 56000 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
No. Telefon: 017-8612310 / 03-91713034
Instagram: KELASJAHITAN_SYAZA
Facebook: Kelas Jahitan
                                      Blog: http://kelasjahitan-syaza.blogspot.com                                        Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Hari: Weekday (Rabu dan Khamis)
       Weekend (Sabtu dan Ahad)  
p/s: Kesimpulannya, hidup dalam zaman milinium ini kita perlu ada kemahiran yang boleh menjana pendapatan sewaktu berada di rumah. Tak kiralah memasak, menjahit ataupun apa sahaja kerana ianya boleh menjana pendapatan keluarga. Tambah-tambah, bagi mereka yang duduk di kota raya. =)

35 comments:

  1. teringin saya nak belajar menjahit utk tambah pendapatan.
    bolehla saya contact puan shaza nanti.

    ReplyDelete
  2. Seronoknye belajar menjahit... akak dah lama nak belajar tpi tk thu nak belajar kt mne.

    ReplyDelete
  3. as'salam azwar...
    lama xjenguk azwar..huhu
    sht?
    beshnyer belajar mjahit..pasni leh buat sdri je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, yaya! Alhamdulillah sihat, jomlah belajar menjahit sekali =D

      Delete
  4. Hana suka menjahit tapi jahit tangan dan kraf aje la.. nak guna mesin tak pandai lagi :) teringin nak jahit baju sendiri.. btw, cantiklah skirt yg Azwa buat tu :)

    ReplyDelete
  5. dulu minat kot menjahit..tp sekarang minat tu dh terkubur..hehe..seronok lah azwa n nad boleh blaja menjahit..

    ReplyDelete
  6. yup..setuju..zaman sekarang ni kena ada pendapatan sampingan..paling kuat pun,ada basic memasak.hehe..tapi lagi best kalau tau menjahit.boleh jahit baju sendiri..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dalam sehari azwar dapat ilmu yang bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  8. betul tu, ada kemahiran macam ni at least nanti boleh jugak buat bisnes. tak dak la bergantung harap pada makan gaji saja kan. ^^

    ReplyDelete
  9. wahhhh. azwar dah pandai jahit.heheehhe. untunglahhh . belajar sikit sikit kann :D

    ReplyDelete
  10. wa bestnya azwar :)
    lepas ni bolehlah jahit pakai sendiri kan :D

    ReplyDelete
  11. bagus belajar menjahit.. sekurang-kurangnya dah boleh jahit baju sendiri dan ahli keluarga yang terdekat..

    ReplyDelete
  12. ahhh nak jugak wwiwiwiwwi

    Kak azwar jahit kn skirt plussize utk qila ples? Ekekee.

    ReplyDelete
  13. ouhhh...dekat je...tapi kak sally tunggu mama dgn kakak..hahaha...lepas dorang g kelas, akak paksa dorang ajar plak..jimat :P

    ReplyDelete
  14. aaa, memang plan nak belajar menjahit. hehehe

    eksaited pulak.

    ReplyDelete
  15. sy kalau jahit manik utk sendiri reti lah. kalau jahit skirt baju suma tu mmg tak lah.. tapi bagus lah kalau pandai. baju boleh buat sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  16. Bestnya Azwar. Kita tak pandai menjahit pun :(

    ReplyDelete
  17. tahnia ya azwar..tentu banyak manfaatnya ni

    ReplyDelete
  18. bestnya! kualiti baju yg org jual sekarang macamm.."better jahit sendiri"

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  19. Seronok sis tgk u olls belajar menjahit buat skirt...alahaiiii seronok sungguh dpt ilmu cm ni kan...siap dapat sijil tu. Tahniah dear.

    ReplyDelete
  20. Nanti boleh buat baju raya sendiri la yer ^-^

    ReplyDelete
  21. seronoknya belajar menjahit! akak dah lama nak belajar tapi tak tau mana nak cari orang! :)

    ReplyDelete
  22. bestnya dapat belajar menjahit..ade ilmu sikit nanti boleh buat bussiness azwar

    ReplyDelete
  23. Salam.. NAk tye ape je jenis jahitan yang diajar?

    ReplyDelete
  24. Salam. Nak Tanya, berapa yuran nak belaja di sini?

    ReplyDelete
  25. hi kalau nak join berapa kena bayar?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum mba syaza , nama saya miza mba saya berasal dari Indonesia
    saya ingi sekali mengunjungi ruang belajar mba di kuala lumpur sana , boleh kah saya meminta kontak person untuk menghung mba syaza

    ini email pribad saya , mohon komfirmasinya ya
    terimakasih

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com