1:34 pm
BY Azwar Syuhada
27 Comments
Salam to all readers,
Sekarang, ramai member-member aku buka bisnes online. Pantang aku on instagram je, bila scroll ig kawan-kawan ada je produk yang mereka jual. Tapi yang menarik, ayat yang digunakan untuk promote produk tersebut walaupun simple tetap menarik perhatian. Sehingga hati kita meronta-ronta nak membeli. Padahal barang tersebut bukanlah penting sangat untuk kita memiliki. Kadang-kadang kita dah miliki belum tentu kita gunakan pun.
Berbalik kepada BUNGA_PROJECT, ianya merupakan projek pertama yang aku bina. Baru beberapa minggu ia dilahirkan. Puas jugalah memikirkan nama yang sesuai, akhirnya bunga_project menjadi pilihan hati. Buat masa sekarang bunga_project hanya menjual tiga jenis tudung iaitu shawl chiffon, bawal crepe dan juga wide shawl. Aku cuak juga nak mulakan perniagaan ini, memikirkan hal pelajaran aku lagi. Jadi, disebabkan hati ini membuak-buak nak menjadi usahawan di usia muda, inilah masanya. Aku tidaklah mengambil banyak stok, bila orang order baru aku pergi beli. Kalau aku ada duit lebih, barulah aku pergi amek stok banyak sikit. Yang bestnya pula, tempat aku mengambil stok pun dekat, duit tambang nak ke sana pun murah. Jadi jimatlah masa di situ.
Masa bulan puasa haritu, dengan secara tidak sengaja ternampak sepupu aku and the geng upload gambar kuih, tudung untuk dijual pada orang. Asal sikit sila pm sekiranya. Macam best je, orang main pm2 ini. Aku pula tidak mengambil pot, apa-apa hal pun nenek dia pasti suruh aku merasa juga. Kalau sedap pun, aku terus jerit dari rumah! Ada seorang lagi member, dia buka bisnes offline jual tudung. Dia pergi beli kain, dia jugalah jahit dan jual dekat sekitar taman yang dia duduk. Asal aku lepak rumah dia je, berlambak tudung. Aku pula, asal berkenan amek sahaja bayar kemudian. BFF katakan. Bila aku pakai ke tempat belajar, ada pula kawan-kawan berkenan. Lalu dengan rela hati aku jual tudung yang belum pakai. Dari situlah, aku nampak lubang untuk aku memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Tambah-tambah aku amek kos marketing.
Apa gunanya aku amek marketing kalau aku tak praktik kan dari sekarang. Oleh kerana aku baru setahun belajar marketing, aku tak bolehlah labur juta-juta macam orang-orang lain, setakat 100 dua tu bolehlah. Aku terpaksa mendisplinkan diri, untuk menggunakan loan mara itu secara berhemah. Kalau nak mengharapkan mak aku, mana ada sumber pendapatan yang tetap. Malahan dia ditanggung oleh adik beradiknya. Tambah-tambah, cita-cita aku untuk menjadi kaya di usia muda.
Oleh itu, kawan-kawan semua apa lagi tolonglah support aku punya bisnes yang baru nak naik ini. Kalau taknak beli pun takpe, kamu-kamu semua followlah dulu ig bunga_project. Mana tahu, ada yang berkenan di hati.
Buat masa ini, ini sahaja jenis tudung yang aku jual. Kalau ada rezeki lebih, aku keluarkan design baru okay. Gambar tudung yang upload dekat ig ini semua adalah atas ihsan adik saudara aku. Kalau nak harapkan aku memang caca marbalah jawabnya. Failed terus bila bab tangkap gambar. Tudung-tudung yang aku kebanyakan kawan dia juga beli. Kalau aku tak balik, dialah yang amek order aku tolong amek stok. Mudah kerja aku, bila dia ada. Dia banyak membantu, kenalah bagi komisen sikit!All item yang aku jual buat masa ini adalah bawah RM20.00 not including postage. Saya student, orang-orang yang membeli student. Takdelah aku nak tekan lebih-lebih. Aku harap engkorang semua dapat support bisnes aku ini.
Bila di suruh tangkap gambar, memang eksperasi muka aku takde perasaan. Apa-apa pun jangan lupa support bisnes aku di ig: @bunga_project
More info:
Instagram: @bunga_project
Personal instagram: @azwarsyuhada
Thanks you for reading!