June 2015 - Azwar Syuhada

Tuesday 23 June 2015

Beauty Review: ElishaCoy Always Nuddy CC Cream SPF30 PA++ 50g and Vivid Party Magic Lipstick-Very Strawberry
10:47 am 13 Comments
Salam to all readers,

Pada mereka yang mementingkan kecantikkan, marilah baca entry kali ini. Ianya mampu menggugat duit poket anda jugalah. Nak cantik? Kenalah tahan duit poket. Produk kali memberi kelembapan, kesegaran dan keghairahan semestinya secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri anda. Ada dua produk yang ingin aku perkenalkan ianya turut di datangkan dari produk Natta Cosme sekali lagi. Aku suka sangat dengan packagingnya kerana ianya cukup eksklusif sekali. Tak rugi kalau, korang semua nak merasa shopping di sini. 

google

Produk yang ingin aku perkenalkan adalah ElishaCoy Always Nuddy CC Cream SPF30 PA++ 50g dan juga Vivid Party Magic Lipstick-Very Strawberry. Jom kita mulakan dengan produk yang pertama dahulu.

1) ElishaCoy Always Nuddy CC Cream SPF30 PA++ 50g

Description
High Functional Multicream
- 10 in 1 Always Multi Cream is an easy solution for skin care and make-up.
- 10 in 1: whitening, anti-wrinkle, UV protection, hydration, correcting skin texture, correcting skin tone, covering imperfection, long-lasting, excellent application, making skin instantly look refreshed.

Skin Tone Correction
- Color capsules in white water base pop covering imperfection.
- Correcting skin tone evenly
- Makes skin look smooth and radiant

Deep Hydration Skin Treatment
- Certified by Eco-Cert
- More than 20 hydrating ingredients soothe skin.
- Protects moisture from evaporating for long lasting hydration.

Effect
- Skin whitening, wrinkle improvements and UVA/B protection [SPC30/PA++]

Main Ingredients
Avocado oil, Jojoba seed oil, Glycerin, Shea butter, Baobab trees, Threhalose, Black bean extract, Cactus flower extract, Ceramide, Olive leaf extract, Birch sap, Bamboo sap, Hyaluronic acid, Squalane, Chamaecyparis Obtusa Water, Equisetum arvense extract, Cranberry fruit extract, Fructan, Sophora Japonica Flower Extract, Poly glutaric acid, Tilia Platyphyllos Flower Extract, Lavender flower, butter orange flower.

How to use?
1) After skin care, apply a desired amount evenly on cheeks-forehead-nose-chin.
2) Mixed with foundation or BB cream, the multi cream can create different finish by controlling the cover and texture.

2)  Vivid Party Magic Lipstick-Very Strawberry

google
Ada dua jenis tau Magic Lipstick ini, satu Green Apple dan satu lagi Very Strawberry. Aku guna yang Very Strawberry punya!

ElishaCoy Vivid Party Magic Lipstick:
- 7 in 1 multi lipcare: primer + lipbalm + liptint + lipstick + lipliner + fixer + ultraviolet screening.
- It is a premium lipstick that last superior long and does not adhere or stick with the color changing reversal lipstick like magic when applyed.
- With the Grape Seed Oil, Argan Oil, Punica Granatum Seed Oil, it cares your skin with moisture and bounce.

How to use?
If you want to make it faint, touch twice or three times, if you want it to be thick, four times or five times.


Main Ingredients
Vegetable moisturizing ingredients (Shea butter, grape seed oil, argan oil, and pomegranate seed oil).

google

Berita baik buat engkorang semua yang kaki shopping di Natta Cosme, di sini Azwar nak bagi kupon untuk korang perhabiskan duit. haahahah.. Hanya menggunakan code: RAYA2015 (code yang sah sahaja dibenarkan!) 

google

p/s: Apa tunggu lagi? Pergilah shopping di Natta Cosme!


INGIN MEMENANGI HADIAH GOPRO 4? APA KATA JOIN CONTEST INI!

KLIK BANNER UNTUK SERTAINYA!

google

Reading Time:

Sunday 21 June 2015

Review Novel: Cik Bunga dan Encik Sombong
10:37 am 7 Comments
Salam to all readers,

google
Penulis: Airisz
Harga: RM22.00
Halaman: 1-593
Keluaran: Karya Seni

Sinopsis:

Aku? Aku Intan Asnidar . Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Iskandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak aku ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia dating kampong aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, "Okey Intan, mulai sekarang awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal jadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, "Jangan mimpi nak jadi menantu saya!"

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguh kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumahtangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Iskandar?

Review dari Azwar:

Novel "Cik Bunga dan Encik Sombong" ini masih sempoi untuk dibaca. Mengisah tentang seorang gadis bernama Intan Asnidar terpaksa bertunang dengan Encik Harris Iskandar disebabkan tunang si lelaki lari pada majlis pertunangan. Intan Asnidar terpaksalah bersetuju kerana tak sampai hati mengecewakan permintaan Encik Harris Iskandar.

Dalam pada bertunang, Encik Harris Iskandar mengambil keputusan berkahwin dengan Intan Asnidar dalam tempoh sebulan lagi. Terkejut beruk jugalah Intan Asnidar ini dibuatnya apabila kena kahwin pula dengan Encik Harris Iskandar. Datin Nora sama sekali tidak setuju dengan keputusan anak tunggalnya iaitu Encik Harris Iskandar yang ingin berkahwin dengan Intan Asnidar. Tak sama taraf katanya. Si anak pula kata, kalau mama tak setuju pun Harris tetap akan berkawin dengan Asnidar. Keluarga Intan Asnidar ini pula, amat menyayangi Encik Harris kerana dia pandai ambil hati orang tua. Intan Asnidar ni kalau nak tahu suka sangat berangan, sampaikan Encik Harris ada depan mata dia pun dia boleh berangan. Dalam pada menempuh hari-hari bahagia, ada sahaja yang ingin meruntuhkan rumahtangga mereka, tak lain dan tak bukan bekas tunang Harris yang lari tu datang mengacau. Nak tahu, apa kesudahan cerita Encik Harris dan juga Intan Asnidar ini boleh baca novelnya sendiri.

Baca novelnya pun okey, menonton dramanya pun okey kerana pada aku para pelakonnya telah berjaya menjiwai wataknya masing-masing, tidak terlampau gedik lakonannya baik Intan Asnidar dan juga bekas tuning tak jadi Encik Sombong tu. Kalau tak berminat membaca novelnya bolehlah menonton dramanya di astro ria lakonan Amar Bahrin dan juga Amira Rosli. Wataknya tidak sama seperti lakonan mereka berdua menerusi drama "Suamiku Encik Sotong".

google

p/s: Sempena bulan Ramadhan ini, kosong-kosong temanya makin rancak pula aku tengok drama yang disiarkan dari pagi sampai ke tengah malam. Macam tak kena waktunya di bulan mulia ini. Kebiasaannya, novel yang diadaptasikan itu amat popular dan seronok dibaca (bagi mereka yang kaki membaca novel) tapi disebabkan para pelakon yang diambil itu, tidak kena pada watak tersebut menjadikan drama tersebut hambar sahaja. Ambil pula pelakon yang seringkali digandingkan bersama. So boring! Apa kata, ambil pelakon yang kerap kali membawa watak jahat, dengki, sombong, angkuh dijadikan watak utama pula.
Reading Time:

Wednesday 17 June 2015

Resepi Spaghetti Bersos yang Enak dan Mudah
2:09 pm 12 Comments
Salam to all readers, 

Memandangkan esok dah mula puasa, tiba-tiba datang pula angin rajin aku nak masak. Wahh, breakfast western pula, pagi ini aku sekeluarga. Kalau aku tak buat pagi ini, kesian pula dekat adik aku yang nak ke sekolah pada sesi petang. Jadi, masak ini merangkap tengahari sekalilah. Bendanya bukanlah susah sangat nak buat. Pada aku, apa yang ada dekat rumah, aku sental je. Tapi yang heronya mestilah kena ada seperti spaghetti dan juga sos prego. Kalau benda alah ini tiada, tidak menjadilah spaghettinya. Jadi, di sini aku nak kongsikan cara membuat "Resepi Spaghetti Bersos yang Enak dan Mudah".

google

Bahan utama untuk membuat Spaghetti:
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk
2 tin sos prego tradisional
1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (seandainya kecil, gunakaunlah 2 biji buah tomato)
1 biji bawang merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 batang sosej dihiris nipis
1 keeping daging kisar Ramlee
Cendawan butang di potong kecil (terpulang pada selera anda sendiri, nak letak udang pun boleh)
Secubit garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano
Minyak zaitun


Kalau aku buat Spaghetti, aku lebih suka menyempurnakan hidangan kuahnya terlebih dahulu. Spaghettinya kemudian kerana ianya terlalu mudah. Jom ikuti macam mana caranya untuk membuat spaghetti.

google

Cara-cara membuatnya;

1) Mula-mula, panaskan sedikit minyak zaitun/minyak masak biasa pun boleh. Kemudian, tumiskan bawang putih dan juga bawang merah. Bila dah garing/kekuningan, masukkan buah tomato yang telah siap dipotong dadu. Gorengkan sekejap.

2)  Kemudian masukkan pula sos prego, daging kisar dan sedikit air. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur dan empuk.

3) Bila dah empuk daging tersebut, bolehlah masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Boleh juga masukkan segala jenis perencah korang nak letak. Contohnya ayam, sotong atau udang. Macam-macam boleh, semuanya bergantung pada selera masing-masing. Biarkan ia masak dalam api perlahan (anggaran dalam 5 minit).

4) Dalam pada masa menunggu kuah spaghetti siap, bolehlah mula membuat spaghetti. Caranya, panaskan air dalam periuk sehingga masak, letakkan sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitun. Lalu, biarkan ia mereneh supaya spaghettinya betul-betul masak.

5) Siap untuk dihidangkan dan di makan! Mudahkan? Kalau korang nak masak spaghetti ini, tengok apa je bahan yang korang ada kat rumah, tak payahlah nak ikut sangat google. Yang penting sos prego dan spaghettinya sahaja. Yang lain ikut selera masing-masing. Inilah resepi paling mudah dan aku paling mahir membuatnya. Tak sampai setengah jam pun membuatnya.

google
Tada!! Inilah dia rupa spaghetti yang telah siap untuk dimakan!

google
Belanja lagi satu gambar, mana tahu korang teringin juga!
Bau yang sungguh enak dan lazat sekali.

Resepi Spaghetti Bersos yang enak dan mudah untuk dibuat. Semudah ABC gitu. Ini percubaan kali ketiga jugalah aku membuat spaghetti bersos ini, masih enak dan lazat masakkan aku. hahaha.. Orang taknak puji, kita puji diri sendirilah. Kalau teringin nak makan boleh je kalau nak buat, tapi peringatan untuk semua orang janganlah makan selalu kerana ianya banyak sangat kalori yang terkandung dalam Spaghetti bersos ini. Resepi ini aku dapat dari laman web manatah aku pun dah lupa, dan ada sedikit penambahan dalam resepi tersebut. =D

Sebelum terlupa, bagi adik-adik yang duduk di hostel atau asrama. Bolehlah buat spaghetti bersos ini dengan cara begini. Cara ini aku buat masa tinggal di hostel, yang penting hasilnya memang memuaskan. (Yogurt tu tidak perlu dimasukkan ya!).

google

Selamat mencuba!
Reading Time:

Saturday 13 June 2015

Tips Mengemas Rumah dengan Cara yang Mudah
9:09 pm 6 Comments
Salam to all readers,

Cuti sekolah tinggal berbaki dua hari sahaja lagi. Cuba anda fikirkan, apa perkara berfaedah yang anda telah lakukan sepanjang cuti ini? Adakah hanya makan dan tidur, melepak depan tv, menghias diri 24 jam atau terfikir untuk mengemas rumah. Tambah-tambah tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan semakin menghampiri. Bila dah masuk bulan Ramadhan, macam-macam benda nak dibuat khususnya mengemas rumah untuk persiapan raya. Kalau tak raya pun, kan elok rumah kita sentiasa kemas. Sejuk hati memandang, tak gitu?

Kalau aku duduk-duduk ni, terkenang pula dekat arwah atok aku yang suka memakai baju cap pagoda siap dengan kain pelekat menyapu halaman rumah, manakala nenek sibuk mengemas dalam rumah. Biasalah duduk di kampung, banyak benda boleh dibuat. Tambah-tambah kawasannya luas. Berbeza pula duduk di tengah bandar Kuala Lumpur, contohnya rumah pangsa, bumbung orang lantai kita, apalah sangat benda yang boleh dibuat. Melainkan awak berminat untuk mendeko rumah sendiri. Kita sebagai anak, tidak kiralah lelaki atau perempuan haruslah lebih peka dengan keadaan rumah kita sendiri. Tambah-tambah bagi parents yang bekerja. Kan molek, kalau kita berkemas rumah, menyediakan sarapan atau makan malam (kalau tiada orang gaji) bagi mengembirakan mak ayah kita sendiri.

google

Kalau aku mengemas rumah, aku akan mulakan dari kemas dalam rumah barulah di luar rumah. Antara tips untuk mengemas rumah dengan cara yang mudah adalah;

1) Menyapu dalam bilik dan juga ruang tamu. Seeloknya-eloknya, tengok juga bahagian atas kepala mana tahu ada sarang-sarang labah-labah, bolehlah sapu sekali. Pada bahagian belakang perabot-perabot besar juga harus dibersihkan seperti almari dan juga kabinet tv atau buku. Jadi, biarkan ada regangan lebih kurang 3 inci supaya acara pembersihan menggunakan vakum atau penyapu lidi mudah dilakukan. Aku pula lebih suka menggunakan penyapu lidi disebabkan di rumah memang tiada vakum. 

2) Semasa mengemas rumah, hendaklah memastikan perabot kecil dan ringan seperti meja solek haruslah dijauhkan sedikit kerana sisi rapatnya atau sudut belakangnya sangat banyak memerangkap habuk. Bagi yang tinggal di rumah kampung, lagi afdal bersihkan sekali dinding-dinding kayu kerana di situlah terdapatnya banyak habuk. Kalau tak pernah disapu, memang dah boleh di jadikan bedak dekat muka.

3) Pastikan bawah karpet atau tikar buluh di sapu kemudian digulung supaya mudah melakukan pembersihan pada bahagian lain. Selesai acara menyapu, bolehlah lap/mop pada bahagian dinding yang dibersihkan tadi satu persatu dan juga mop sekali pada bahagian lantai. Supaya nampak lebih bersih dan licin sahaja.

4) Ada di antara kita membeli katil yang tidak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap ddi bawah katil memang tersangatlah banyak . Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula menyapu kemudian mengemop.

5) Bagi mereka-mereka yang suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik menawan. Kalau diperhatikan memang tak nampak apa-apa, tapi kalau dipegang, mesti rasa berpasir. Nak tahu tu apa dia? Itu adalah habuk. Jadi bolehlah dibasuh sekali sekala, atau divakum guna mini brush. Mana tahu, ada orang yang dah nak dekat raya barulah sibuk nak membasuh, time tu bolehlah tengok bertapa cantiknya air bila direndam. 

6) Ada di antara kita gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi bagi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang, jadi cara penyelesaian yang terbaik ketika menyapu, sapu sekali rak buku kita kemudian lap menggunakan kain yang sederhana lembap. Kalau payah guna penyapu, boleh gunakan berus khas untuk menyapu habuk.

7) Bagi halaman rumah pula, sapulah daun-daun kering yang bertaburan. Mana-mana bunga pula, potonglah bagi nampak kemas. Longkang dan parit seelok-eloknya diselenggarakan supaya bersih tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

google

Semoga tips ni dapat membantu engkorang semua untuk mengemas rumah. Semoga berjaya!!

Reading Time:

Friday 12 June 2015

Hargailah kesihatan
8:52 pm1 Comments
Salam to all readers,


Baru-baru ini, aku mengunjungi Singapore buat kali kedua semasa cuti buruh haritu. Kiranya tiada baru sangatlah cerita ni. Dah basi pun! Sebelum nak pergi tu, memang rasa teruja kemain rasanya sebab haritu pergi balik hari, kali ini pergi bermalam di Singapore. Rasa terujanya tak boleh nak cakaplah sampai ternampak-nampak keindahan Singapore. Tambah-tambah percutian ini ditaja oleh mak cik aku sendiri. Seronok tak terkatalah kalau percutian kita ditaja. Kami pergi bercuti selama 3 hari 2 malam, bermula pada pagi Jumaat sampai hari Ahad.



Pada hari Jumaat, kami hanya menetap di Wooland, Johor Bahru dan bersiar-siar di sekitar kawasan itu. Pada hari berikutnya, barulah kami berangkat ke Singapore. Dalam perjalanan nak ke Ssingapore, aku mula rasa tidak sedap badan. Nak kata demam, tak demam pun. Sepanjang berada di dalam kereta,, serba tak kena rasanya. Yang cantik pun, nampak serabut pada pandangan mata aku, cuaca yang mendung pula tak dapat mengurangkan kesakitan yang kualami. Nak kata aku drive, aku hanya duduk bersebelahan dengan driver sahaja. Asal aku pejamkan mata sahaja, terasa denyutannya. Pelbagai tempat aku lawati, tapi disebabkan rasa kesakitan yang kualami hilang rasa keseronokkan tapi timbul kemarahan. Bila sakit, semua orang kita rasa nak marah. Malam ahad pula, kami bersiar-siar di sekitar hotel. Banyak shopping mall di sekitar itu dan yang pasti ianya sangat meriah sekali pada waktu malam. Bandaraya yang hidup di waktu malam seperti di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Orang ramai bertali arus di sekitar itu walaupun menjelang waktu malam. Hanya menggunakan kedua-dua belah kaki semua tempat boleh di lawati.


Kesimpulannya, kalau badan kita sihat sudah semestinya mana-mana kita pergi akan terasa keseronokkannya. Tapi, kalau badan kita tidak sihat maka segala keseronokkan akan hilang. Tambah-tambah sakit gigi. Pulang sahaja dari Singapore, aku terus pergi ke klinik gigi. Alamdulillah, dah lega sekarang. =)

p/s: Bagi mereka yang masih ada ibubapa, luangkan masa anda bersama mereka. Masa mereka sihat nilah, seelok-eloknya kita melawat, bawa pergi bersiar-siar, ajak makan diluar bersama keluarga. Tapi, kalau tak sihat, bawa ayam golek yang tergolek-golek pun, orang yang sakit takkan pandang pun. Dah sakit, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor, jangan sampai melarat. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Reading Time:

Tuesday 9 June 2015

MILO Menginovasi dan Memacu Belia Malysia dengan Nutri G
10:51 pm 9 Comments
Salam to all readers,

MILO???

Bila kita sebut sahaja Milo? Mesti kita dah terbayangkan tin milo yang berwarna hijau dan tema lagunya yang cukup sinonim dengan "Milo sihat dan kuat". Kalau kita pergi ke luar negeri sekalipun, penangan Milo ini lebih kurang sama sahaja kita lihat. Rasanya, kewujudan milo sudah terlalu lama, sejak tok nenek aku hidup sampailah sekarang, milo masih gah di persada dunia. Zaman aku sekolah rendah dulu, sempatlah aku merasa pengalaman minum milo dalam cawan kecil apabila lori milo datang ke sekolah aku. Sekarang milo dah semakin maju, pelbagai jenis dan saiz kita boleh dapatkan milo. Dari pek kotak kecil ke kotak besar, dari tin kecil ke tin besar, dan yang terbaru pek dalam botol. Milo juga cukup sinonim dengan sukan kerana ia mampu memberi kecergasan pada badan kita.

google

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk pergi ke pelancaran Milo. aku ingat jauh benor tempatnya, rupa-rupanya, bak kata orang dulu-dulu hanya sepelaung sahaja dah sampai ke tempatnya. Dapatlah kenal kenalan baru, sungguhpun aku memang susah sangat nak bercakap dengan orang. Dalam banyak-banyak orang kat situ, ada pula pakcik aku, aku pun tak sure jadi takdelah nak tegur. Esoknya baca paper, memang betol dia pakcik aku. kahkahkah...

Berbalik kepada cerita, event yang aku hadiri ini ingin memperkenalkan produk Milo yang terbaru. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan Milo Nutri G. "MILO Nutri G bukan sekadar satu lagi minuman MILO yang ddipakejkan semula. Kami percaya bahawa selaku peneraju minuman coklat malt di dunia, kami perlu memahami perubahan dalam masyarakat yang menentukan keperluan pengguna, sebelum kami menawarkan apa yang benar-benar mereka mahukan. Sebab itulah kami amat mementingkan inovasi ini. - menurut kata Pengurus Eksekutif Minuman Nestle, Jasmmine Wong"

google
Dari kanan Fuad Alhabsi, Fariz Hanapiah (Usahawan MUda Kreatif),  Jasmmine Wong (Pengurus Eksekutif Minuman Nestle), dan Cher Siew Wei (Pengurus Pemankanan Nestle).


 Bergambar bersama rakan-rakan blogger, kak Ayue, kak Anil, kak Mas dan juga kak Naomei.

google
Inilah produk MILO terbaru iaitu MILO Nutri G

MILO Nutri G (Nutri singkatan untuk Nutrisi dan G ialah Grains atau bijian). MILO Nutri G adalah minuman yang mengandungi empat bijian penuh; barli, oat, beras perang dan gandum, yang menyediakan sumber protein, vitamin dan mineral. Ia adalah produk yang pertama di dunia untuk mempunyai campuran unik empat bijian penuh, dirumus khas untuk memberi tenaga berterusan, di samping mengekalkan rasa coklat malt dikenali. MILO Nutri G juga mengandungi Activ-Go yang mempunyai gabungan PROTOMALT, 6 vitamin dan mineral 3 yang penting untuk pengeluaran tenaga yang cekap.

google

google

google
Hidangan yang disediakan untuk dinikmati. Rasanya sedap gila kot!

R&D terkini memastikan ia memenuhi keperluan diet golongan dewasa muda yang sering terlepas waktu makan, menyebabkan mereka tidak banyak pilihan selain daripada memilih makanan yang mudah didapati tidak begitu berkhasiat. Jadi, apa tunggu lagi jom mulakan hari-harimu dengan minum minuman MILO Nutri G. 

MILO Nutri G terdapat dalam botol bersaiz 190ml yang sedia untuk diminum. Ia boleh didapati ddi kedai-kedai 7-eleven, stesen-stesen minyak, pasaraya hiper. Azwar dah cuba, anda bila lagi?


More info:
Fanpage; MILO Malaysia

Reading Time:

Thursday 4 June 2015

Part 1: Hala tujuku selepas STPM?
9:47 pm 14 Comments
Salam to all readers,

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga especially mak akulah. Paling lama aku tinggalkan rumah dalam masa seminggu, itupun mak masih disisi aku. Inilah, first time aku tinggalkan rumah. Bukanlah jauh manapun, tidak perlu sampai menaiki kapal terbang. Macam-macam kenderaan aku naik untuk ke tempat belajar, bas boleh, teksi boleh, keretapi boleh, lrt boleh, monorail boleh, cuma aeroplane sahaja belum boleh. Orang yang tak pernah duduk asrama, rasa terujalah pada awalnya. Macam aku haritulah tak sabar-sabar nak pergi. Selesai sahaja mendaftar, aku terus check in hostel, masuk dalam bilik aku berjumpalah dengan rakan sebilik aku yang dari pelbagai negeri, aku seorang sahaja dari selangor dalam bilik tu. Sebilik ada 4 orang. Nak dijadikan cerita, salah seorang roomate aku itu pun tak pernah duduk asrama, sama seperti aku. Mula-mula aku duduk disitu, satu benda sahajalah yang tak kena dengan jiwa aku iaitu toilet. Biasalah, toilet asrama manakan sama dengan toilet di rumah. Nak guna lama-lama pun nak pikir dua tiga kali...

google
Merasalah juga pengalaman duduk asrama, taklah ngeri seperti yang disangkakan.

Habis sudah perihal asrama.....

Kawan pertama yang aku jumpa, bila jejak kaki ke asrama. Persepsi mereka terhadap aku mula-mula masuk adalah "budak kerek, yang tak suka berkawan". Choii gila, padahal aku okay je!

Bermula kisah di tempat belajar...

Pihak universiti tempat aku belajar ada menyediakan bas. Asrama aku terletak di area Bangsar, manakala tempat belajar terletak di Kampung Baru. Kalau rasa ketinggalan bas, kenalah naik public transport. Nak naik public transport aku tak kisah sangat pun, pandailah sikit-sikit. Tentang pelajaran? Mula-mula masuk haritu, aku rasa terseksa jugalah nak memahami, tambah-tambah aku ini takdelah cekap sangat. First time buat presentation dalam bahasa Inggeris, bercampur pula dengan budak-budak lepasan matrik, diploma, asasi, faundation and so on. Bila dicampurkan budak-budak ini semua dalam satu kelas, aku sendiri nampak macam ada satu jurang dari segi pemikiran masing-masing dalam presentation. Buat pertama kalinya, aku melihat orang sebaya aku mahupun bawah umur aku yang petah berkata-kata. Kau rasa? Tercabar jugalah pada diri sendiri. Ini hanya pandangan aku, tak tahulah pada pandangan orang lain. Dan buat pertama kalinya aku rasa, aku buat presentation yang paling teruk, dan tiada langsung critical thinking. Seolah-olah sudut pemikiran aku rasa macam aku tertinggal jauh berbatu-batu. Seperti aku di tadika, dan mereka semua sudah masuk darjah 4. Kerdilnya yang kurasa. Balik hostel, nak tanya rakan sebilik masing-masing lain kos. Aku pula jenis yang sukar mencari kawan. Jadi, aku kenalah ada independent sendiri supaya aku tidak ketinggalan terlalu jauh.


Dah duduk dekat keyel ini, kenalah pandai mencari kawan. Kalau setakat nak berjalan-jalan mesti ramai kawan, tapi bila bab nak mencari maklumat, study group yang sejiwa memang payahlah buat masa ini. Kalau tak cari pula, macam mana nak study, takkan nak jadi kera pula. Jadi, pandai-pandailah bawa diri, tambah-tambah tempat aku belajar ini betol-betol di tengah pekan. DUIT?? Hurmm... rasa seperti memulas kepala paip, nak air besar ataupun kecil kita sendiri yang tenntukan, begitulah lajunya duit itu akan mengalir. Bab makanan? Dulu, bila balik sekolah makanan dah tersedia di meja makan. Tapi sekarang aku lebih memahami dan lebih sinonim dengan nasi bujang.

Secara rasminya, kini aku bergelar sebagai mahasiswi Universiti Kuala Lumpur.

Habis 1 sem ini, aku tidak lagi duduk asrama, sebaliknya akan duduk di luar yang lebih berdekatan dengan tempat belajar. Apa yang aku harapkan sekarang ini, doakanlah perjalanan aku disini supaya tamat pelajaran dengan jayanya. Amin...


p/s: Terlupa pula nak cerita mengenai kos apa yang aku ambil. Nak jadikan cerita, aku ambil kos Bachelor of  Business Administration of Marketing. Siapa yang mengambil kos ini, kita bolehlah geng!! Insyallah, kalau ada masa nanti aku kongsikan pula apa keistimewaan UniKL ini pada engkorang semua. 
Reading Time: