Saturday, 20 June 2015

Persiapan Raya bersama Lazada Malaysia

Salam to all readers,


Salam Ramadhan buat semua! Diam tak diam dah 2 hari kita berpuasa. Tadi petang sempat membaca beberapa blog blogger, masing-masing berkongsi cerita mengenai salam ramadhan dan juadah berbuka puasa. Banyak-banyak blog, Azwar terlekat pada satu blog ini, kerana entry terbarunya kali ini adalah "Blogger Contest Riang Ria Raya: Gopro 4 dan Duit Raya RM400".

Di mana blogger Iday telah bekerjasama dengan pihak Lazada untuk mengadakan 1 blogger contest dan hadiah yang ditawarkan adalah Gopro 4 dan Duit Raya Berjumlah RM500. Perghhh.. sebut hadiah pun, dah terbelalak biji mata di buatnya. Apa kata kita join sahajalah, mana tahu rezeki terpijak. Cara penyertaannya pun cukup mudah, hanya pilih sahaja beberapa produk dalam page lazada sebagai persiapan raya dan nyatakan kenapa memilih produk tersebut. Apa tunggu lagi, jom join sertainya sekarang!


Setelah sekian lama membelek page Lazada tadi, ada beberapa barang yang telah berkenan di hati. Antaranya adalah:

1) Elba Vacuum Cleaner EV-6070 Red & Silver


google
Banyak-banyak barang, hati aku tertarik dengan Elba Vacuum Cleaner EV-6070 Red & Silver ini. Memandangkan rumah aku hanya menggunakan penyapu lidi untuk membersihkan rumah, aku terfikir nak ada satu vacuum di rumah. Warnanya yang cukup menawan, gabungan warna antara merah dan juga silver menarik perhatianku untuk membelinya. Bila dah dapat beli vacuum ini, bertambah semngatlah untuk mengemas rumah menjelang raya nanti. 


2) Claytan 40Pcs Deluxe Dinner Set-Rosabunda

google

Barang kedua yang mampu menarik minat aku adalah, set pinggan mangkuk iaitu Claytan 40Pcs Deluxe Dinner Set-Rosabunda. Barang ini kalau boleh aku nak belikan untuk mak akulah, dia minat set-set pinggan mangkuk ini. Rasa dah terlalu lama sangat pinggan di dapur tak bertukar, jadi apa salahnya ditukarkan dengan Claytan 40Pcs Deluxe Dinner Set-Rosabunda ini. Mana tahu, lepas ditukarkan dengan pinggan mangkuk yang baru, selera makan pun bertambah-tambah.

3) Rizman Ruzaini Blooming Lace Kurung 02 Black

google
Buat masa ni, aku masih belum berkesempatan untuk shopping raya. Yang pasti mesti dah ramai di luar sana dah mula shopping barang raya, taknak bersesak di saat-saat akhir katanya. Memandangkan takut tak sempat membeli baju raya, aku dah pun memilih baju raya yang cukup berkenan di hati yang terdapat di laman page lazada. Baju raya yang aku maksudkan adalah Blooming Lace Kurung 02 Black yang direka oleh pereka fesyen terkenal di Malaysia iaitu Rizman Ruzaini. Aku paling suka tang lace yang terdapat pada bahagian leher dan pinggangnya. Gabungan warna yang cukup menarik, dan amat sesuai digayakan menjelang Hari Raya Aidilfitri. 

Jadi, ketiga-tiga barang inilah yang aku teringin sangat nak membelinya sempena persiapan raya bersama Lazada Malaysia. Kalau ada rezeki lebih, dapatlah aku membelinya. Rezeki masing-masing tak siapa pun tahu. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi contest anjuran Lazada Malaysia ini.

google

Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :


Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 




------------------------------------------------------------------

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  
------------------------------------------------------------------


Senarai Hadiah : 

Tempat Pertama : Gopro 4
Tempat Kedua : Duit Raya Cash RM150
Tempat Ketiga : Duit Raya Cash RM100
3 x Duit Raya Cash RM50


+ Syarat- syarat penyertaan :
  1. Jumlah barang mestilah 3 atau lebih. Jika kurang dari 3, penyertaan dibatalkan.
  2. Link URL product/barang mestilah boleh di klik. 
  3. Sila letakkan link blog di ruangan komen. Kalau tak boleh komen, boleh submit url dekat email : sayaiday@gmail.com
  4. Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :) 
  5. Contest bermula hari ini iaitu 19 June hingga 26 June (12 tengahari)

Pemenang akan dipilih berdasarkan entry terbaik dan mempunyai jumlah Referral yang paling banyak (check menggunakan Lazada Malaysia Google Analytic). 6 pemenang bertuah akan dipilih. 

Jika ada masalah dengan contest ini, boleh contact iday melalui email ni : sayaiday@gmail.com

15 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com