August 2015 - Azwar Syuhada

Sunday 30 August 2015

Kelas fotografi di Cheras Kuala Lumpur
3:42 pm 19 Comments
Salam to all readers,

Kalau sebut sahaja fotografi, mesti kita dah terbayangkan camera dslr, sony dan pelbagai jenis nama camera. Setengah orang, ada kamera mahal-mahal tapi tak pernah di sentuh pun disebabkan tak reti menggunakannya. Setengah orang lagi, sampai tak boleh berpisah dengan kamera, kalau boleh setiap sudut tempat nak ditangkapnya. Jadi, ada tak di antara korang yang minat sesangat dalam bidang fotografi. Ada berita baik buat anda semua, bagi sesiapa yang berminat nak mengasah bakat ataupun skill fotografi bolehlah menghubungi Alangraphystudio.

AlangraphyStudio?

Alangraphystudio terletak di Cheras Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Restoran Murni Discovery. Alangraphy menyediakan segala servis berkaitan fotografi, menyediakan servis shoot dan print dalam masa 30 minit, siap cetak, kemudahan yang tersedia begitu cepat, berpatutan dan pantas. Kiranya, kalau korang belajar, alangraphy akan ajar sampai pandai. Alangraphystudio ini juga dikendalikan oleh jurufoto alang yang berpengalaman dalam 9 tahun dalam dunia digital fotografi, dan pernah bertugas sebagai jurugambar di KKUB, DBKL, dan KARANGKRAF. Kiranya, segala ilmu dalam bidang fotografi ini alang dah khatam. Jadi korang tak perlu rasa was-was untuk belajar dengan dia. Sebelum terlupa, Alangraphystudio juga turut menyediakan kelas pembelajaran fotografi dan editing digital Imaging. 

google

google

google

BERMINAT BELAJAR FOTOGRAFI & BELAJAR TENTANG MODELING

menyediakan perkhidmatan fotografi:
muslimah model
foto hijab, tudung & fashion
fotografi produk online
fotografi bayi
fotografi perkahwinan
kursus fotografi
fotografi dinner event
fotografi makanan
fotografi tadika
fotografi keluarga

Berminat? Boleh terus menghubungi atau whatsapp: +60122094321 (Alang)
Website: Alangraphy
Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

p//s: Apa tunggu lagi, daftar segera untuk kemasukan pembelajaran fotografi. Yang pasti, Alangraphystudio akan memberi servis yang terbaik buat semua pelanggannya!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Friday 28 August 2015

Salam Merdeka: Malaysia Sehati Sejiwa!
9:45 pm 10 Comments
Salam to all readers,


Aku tertarik dengan artikel dalam surat khabar mengenai:
Hayati Semangat Sehati Sejiwa : Noor Mohamad Shakil Hameed
Menghayati keharmonian  Negaraku: Sayuti Mukhtar
Keselamatan dan Sekuritisasi: Ruhanie Ahmad
Tapi yang ni cerita aku la...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan. Tapi hati kecil aku berkata , kenapa sambutan kemerdekaan semakin lama semakin suram tak semeriah dan tak segah seperti tahun-tahun sebelumnya. Bila mengibas kembali zaman sekolah rendah sampai peringkat menengah, zaman yang paling seronok menjelang hari kemerdekaan. Bearak memakai baju kurung sambil memegang bendera.

Pelbagai pertandingan diadakan, contohnya pertandingan bersajak, teater, syair, koir, melukis & mewarna, dan mencipta kad uucapan. Aku pula, memang pantang kalau ada pertandingan semuanya nak masuk. Tamak haloba! Bila acara pertandingan menghias bilik darjah, kami sekelas dah berpakat buat gotong royong memasang bendera. Kiranya, kelas mana yang paling banyak bendera, potensi nak menang amatlah cerah!

Sepatutnya, sambutan hari kemerdekaan yang kita amalkan dari tadika ke sekolah rendah, hinggalah peringkat menengah haruslah kita amalkan dan terapkan pada diri anak-anak muda zaman sekarang, biar sesudah tamat alam  persekolahan, kita semua tahu bagaimana caranya untuk melahirkan rasa cinta pada negara dan menyambut hari kemerdekaan yang sebenarnya. Bukan setakat melaungkan merdeka, dan melepaskan mercun. Di peringkat universiti, masing-masing bersemangat berpidato, berdebat, berpersatuan sana sini, tapi kurangnya semangat patriotik untuk negara.

Tambah-tambah pergolakan politik yang melanda negara kita menyebabkan pelbagai fitnah tersebar di laman sosial. Keadaan ini, menyebabkan anak-anak muda lekas terpedaya sehingga hilang jati diri. Malah, mereka lebih seronok menviralkan cerita-cerita tersebut daripada menviralkan jalur gemilang. Bukan sahaja sambutan merdeka tapi sambutan hari raya juga semakin hambar apabila masing-masing leka dengan gadget dari yang muda sampailah yang tua-tua.

Seelok-eloknya, marilah kita tolak ke tepi sebentar soal politik dan kibarkan jalur gemilang "bendera Malaysia" bersama-sama. Apabila semua bermasam muka, bagaimana nak mewujudkan perpaduan. Lagi memalukan bergaduh sesama sendiri! Janganlah setakat mengibarkan bendera tangkap muat sahaja, sampai pudar dan koyak.  Apa salahnya membeli sehelai bendera yang tidak mencecah RM10.00 digantung di hadapan rumah mahupun di premis-premis kedai, barulah nampak semangat patriotik untuk negara. Kita bukannya menyambut berhari-hari, dalam setahun hanya sebulan. Esok lusa belum tentu kita ada lagi. 

Korang perasan tak, siapa yang ada anak kecik (bukanlah baby) tapi budak-budak yang berumur 2 tahun hinggalah ke tadika, mereka lebih semangat menyambut hari kemerdekaan. Suruhlah mereka nyanyi lagu patriotik "Tanggal 31", pasti mereka menyanyi dengan bersungguh-sungguh walaupun pelat. Kita yang dewasa? Suruh nyanyi lagu negaraku, pasti ada yang tersangkut-sangkut. Tak caya? Cuba test diri sendiri. 

Gaya macam atas gunung memacak bendera, hakikatnya setinggi bumbung sahaja dik galah tinggi sangat!

p/s: Marilah kita bersama-sama  menggantungkan bendera baharu didepan rumah! Selamat Hari Merdeka!!! Merdeka! Merdeka! 
Reading Time:

Wednesday 26 August 2015

Patchwork, Sulaman : Handmade by My Mother!
12:13 pm 21 Comments
Salam to all readers,


Selain rumahku dipenuhi dengan pokok bunga dan juga novel, rumah aku pun dipenuhi dengan kain. Kain-kain untuk membuat baju kurung, lapik meja rumah sendiri dan lain-lain lagi. Ini semua hasil kerja tangan mak aku, nak harapkan aku memang aku tak minat menjahit. Jadi, aku tolonglah promote sikit dekat sini, kalau ada yang berminat nak membuat tempahan ataupun membelinya. 

Kali ini, mak aku sedang menggila buat patchwork, macam-macam dia buat. Patchwork untuk lapik meja, binding (alas perabot), pembakar roti dan kalau boleh semuanya dia nak patchwork kan. Bila dah siap barulah aku terhegih-hegih menengok. Bagi mak aku, menjahit satu terapi bagi dia. Pada aku pula, menjahit sesuatu yang leceh dan rumit. Tapi banyak faedah dan peluang siapa-siapa yang menjahit ini, korang boleh buka bisnes, ambil tempahan dan harganya jauh lebih murah dari shopping online. Siapa-siapa yang berminat menghias rumah ala-ala English style, dia minatlah dengan patchwork. Mak aku menggila buat patchwork ini bila melayari laman web Mama Daniel, bila dah tengok rasa nak membuat. Dah buat satu, nak buat satu lagi dan seterusnya. Hasilnya boleh lihat di bawah;

google





Ini yang terbaru disiapkan iaitu alas meja!

Dunia jahitan skopnya luas, bukan semua orang boleh menjahit. Ada setengah orang yang pandai menjahit lebih cenderung menjahit baju kurung, moden, kurung kedah tapi tak berapa pandai menjahit seperti menjahit patchwork sebegini. Macam mak aku, dia hanya cenderung menjahit baju kurung sahaja selebihnya dia fokus pada patchwork serta sulaman.  Kalau orang cekap dan betul-betul handal menjahit, bagilah pola mahupun kain dicerai-ceraikan, pandailah dia membentuknya. Jadi, janganlah cakap orang yang duduk rumah asyik menjahit ini tiada langsung faedahnya. 

Aku pun turut memerhatikan, selain menjahit memasak dari rumah merupakan salah satu peluang yang cerah untuk memperluaskan perniagaan. Sebagai contoh, baking kek, lasagna, popia. Laku wei, memandangkan orang-orang kita makin malas ke dapur. Jadi, pada sesiapa yang menguruskan bisnes dari rumah seperti ini, selamat maju jaya!




Ini pula, sebahagian daripada corak atau tulisan untuk membuat sulaman pada baju mahupun tuala. Harga? Ianya bergantung pada minit untuk menyempurnakan hasil sulaman ini. Warna boleh pilih, untuk disesuaikan dengan baju. Kalau baju kosong, bolehlah hantar pada mak aku untuk tempahan! 

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi melalui email;

azwa_gem94@yahoo.com

Thank you for reading!
Reading Time:

Sunday 23 August 2015

AZWAR JUAL HIJAB PIN MURAH
3:25 pm 16 Comments
Salam to all readers,


Masuk harini dah 4 kali aku update entry berturut-turut, nampak sangat aku takde kerja kan? Petang-petang hujung minggu aku nak ajak korang cuci-cuci mata. Kalau berkenan, bolehlah beli. Asyik promote barang orang je, kali ini dengan rasa rendah dirinya aku pun nak introduce barang yang aku jual. Buat masa ini, aku jual kecil-kecillan pada kawan-kawan universiti aku sahaja. Tiada fanpage dan juga akaun rasmi instagram untuk menjual barang online. Only official on my blog!

Barang-barang yang aku nak introduce khas untuk kaum wanita, adik-adik sekalian yang memakai hijab/ bertudung. Antaranya adalah bawal crepe, bawal ruffle dan juga hijab pin. Kalau korang nak membuat permintaan seperti shawl, wide shawl ke, bolehlah roger-roger aku. Nanti akan ku pertimbangkan.

Ini antara koleksi hijab pin:

google




Gambar dah tunjuk, ada yang berkenan tak? Kalau ada jangan segan-segan membelinya! Di sini aku sertakan sekali harganya;


Maaf, gambar tudung tak sempat nak ambil laju sangat habis. Aku tunjuk mana yang ada sahaja. Kalau ada stok lain, aku update lagi. 


Untuk order atau sebarang pertanyaan boleh;

Email: azwa_gem94@yahoo.com

#EXCLUSIVEBYMISSAZWARSYUHADA

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 22 August 2015

Resepi Kek Batik Menggunakan Biskut Marie Munchy's
5:14 pm 19 Comments
Salam to all readers,


google

Kek batik? Bila dilihat pasti terliur kerana ia menarik perhatian dengan bentuk yang menarik bersalut coklat. Kalau aku mengunjungi pasar malam, sudah pasti aku membelinya. Tapi kebanyakan kek batik tidak menepati citarasa aku, tekak aku kalau nak rasa benda yang sedap-sedap sahaja kalau boleh. Cuma aku ni pula, jenis orang yang terlebih sangat nak duduk dapur. 

Nak dijadikan cerita, semenjak aku duduk rumah sewa tinggal pula dengan kawan-kawan. Sebahagian dalam rumah tu pula, rajin gila memasak. Jadi, dari situlah terbitnya rasa nak belajar memasak sikit-sikit. Malu plak kan kalau tak pandai masak, awak perempuan. Kehebatan aku pun paling cikai, masuk cekodok (jemput-jemput). Takkan hari-hari nak makan jemput-jemput kan? Jadi kenalah belajar sikit-sikit dari sekarang. Aku masak apa yang aku teringin nak makan sahajalah. Jadi cuti ini, aku belajar masak dari mak aku sambil tu aku upate kat blog. Bolehlah korang cuba buat pula. Kali ini, aku nak share cara-cara membuat kek batik yang paling sedikit bahan yang diperlukan. Resepi ini aku dapat daripada blog Dapur Tanpa Sempadan cuma ada yang aku olah sendiri dari segi pembuatannya. Apa-apa pun terima kasih pada blogger Mat Gebu yang berkongsi resepi.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;

250 gram biskut marie, dipatah 4 (aku guna jenama Munchy's)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1 1/2 cama besar besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla (yang ini aku tak bubuh pun)

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1) Gabungkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali mentega dan biskut marie, dalam satu bekas, kacaukan ia engan whisk hingga semua sebati, lalu tuang dalam kuali, kemudian masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana (perlahan).
2) Kacau apa yang ada di dalam kuali tersebut sehingga pekat. Masukkan biskut marie, lalu gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian bersalut dengan coklat. Matikan api.
3) Tuang dalam tin yang berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat-padat, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga boleh dipotong. Lalu, hidangkan.

google
Memandangkan aku takde skill tangkap gambar, kurang semengah sikitlah hasilnya. Janji sedap!

Seperti biasa, aku tak berapa nak ikut sangat resepi orang lalu mengolah cara pembuatannya terlebih dahulu. dengan cara sediakan taupperware bersaiz segi empat sama (besar) lalu masukkan plastik cling yang telah dipotong 2 susun elok-elok ke dalam bekas tupperware tersebut. Kemudian aturkan biskut marie tersebut tanpa perlu dipatah-patahkan (selepas satu lapisan, boleh bubuh coklatnya, kemudian atur semula biskut marie lalu tuangkan coklat, berikut untuk seterusnya). Pada bahagian tepi sekali sahaja, boleh dipatahkan (supaya potongannya menjadi cantik). Setelah selesai boleh tekannya supaya menjadi padat, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Makan!

Rupa-rupanya banyak cara untuk kita membuat kek batik. Ada yang menggunakan telur dan ada yang tidak menggunakan telur. Terpulang pada anda semua nak gunakan cara yang mana. Aku dah cuba buat, korang bila pula? =D

Selamat mencuba! Thanks you for reading!


Reading Time:

Friday 21 August 2015

Sunrise Breakfast Bowls
8:30 am 15 Comments
Salam to all readers,

Sarapan apa pagi ni? Apa yang anda teringin nak makan pagi ini, yang mudah dibuat dan tidak mengotorkan dapur. Pernah dengar tak, makanan roti cawan atau mangkuk? Aku sebenarnya nak share resepi for breakfast yang cukup simple. Semudah ABC penyediaannya. Resepi ini aku olah dari resepi Celina Master Chef.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sunrise Breakfast Bowls:

Telur
Roti buku
Mentega
Tomato, Lada hitam, sosej, ayam (apa sahaja yang ingin diletak)
Sedikan mangkuk/mangkuk untuk buat cupcake

google

Cara-cara membuatnya:

1) Potong kulit roti mengkikut segi empat
2) Masukkan ia kedalam mangkuk bulat yang telah disapu mentega
3) Masukkan segala bahan seperti ayam, udang, sosej, tomato, lada hitam
4) Pecahkan telur lalu masukkanya ke dalam roti tersebut
5) Panaskannya ke dalam oven dalam masa 15 hingga 18 minit
6) Siap! Untuk dimakan

*kalau aku gunakan sahaja apa yang ada di dapur, tak payah ikut sangat resepinya.


Inilah hasil Sunrise Breakfast Bowls yang aku buat. Disebabkan malas nak potong kulit roti, rupanya kurang semengah sikitlah. Apa-apapun enak untuk dimakan. Selamat mencuba!

Thank you for reading!
Reading Time:

Thursday 20 August 2015

My New Laptop, ASUS X453M
9:35 pm 13 Comments
Salam to all readers,


Alhamdulillah, short sem baru sahaja habis. Sekarang aku tengah bercuti, jadi bolehlah aku menghadap blog puas-puas. Bila dah lama tak menaip ni, nak mulakan pendahuluannya pun terkemut-kemut. Untuk pengetahuan engkorang semua, mission pertama aku telah pun tercapai iaitu mempunyai sebuah laptop. Nak tahu model apa aku beli? Jeng..jeng... 

google
Inilah dia my new laptop, model asus X453M. Sungguhpun pada permulaannya, aku mengimpikan macbookApple kononnya. Lepas tu, makcik aku kata tak payahlah nak beli jenama apple, katanya susah nanti membazir duit je. Jadi aku suruh dia pilihkan yang mana elok, janji screen laptopnya besar. Jenama laptop ni pun, agak popular juga sekarang. Boleh dikatakan hampir semua kawan serumah aku memakai laptop jenama ini, model yang sama dan tak boleh blanya sampai tiga orang memiliki warna laptop yang sama dengan aku. Alhamdulillah, dah 6 bulan jugalah aku menggunakan khidmat laptop baru ini, dan cukup-cukup berpuas hati. Yang paling best, bila menonton cerita korean makk aii, macam tengok astro maya HD. Clear gila gambarnya.

google

Sepanjang aku hidup ini juga, semua barang-barang gadget yang aku dapat adalah atas ikhsan pakcik dan makcik aku juga. Ada juga yang aku beli sendiri, tapi beberapa bulan dah ada orang bagi aku yang lebih canggih. Orang memberi kita menerimalah. Sungguhpun, aku tahu ada juga orang sekeliling yang mencemburui diri aku ini. Aku hanya mampu tersenyum, tak baik ada sifat dengki kan. Nak beli laptop baru bukannya mudah, ianya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Entah macam mana, rezeki muncul tepat masanya. Sebahagian duit untuk memperoleh laptop baru ini datangnya dari pakcik aku sendiri. Aku hanya ingin mengucap syukur dan terima kasih banyak-banyak padanya. Sini aku share sikit spesifikasi laptop X453M, mana tahu ada yang berkenan nak beli. 

Spesifikasi Laptop ASUS X453M- Intel BayTrail M Dual Core 2840

google


google

Walaupun dah ada laptop baru, notebook lama tetap aku gunakan. Taknaklah dah dapat yang baru, yang lama terus dilupakan. Kedua-duanya aku sayang. Lepas ini, bolehlah aku menghadap blog puas-puas sampai lebam. Boleh dikatakan, warna yang aku pilihnya menjadi kegilaan ramai orang. Laptop baru ini juga ada pelbagai jenis warna lain salah satunya putih dan hitam. Kalau ada di antara korang sedang mencari ataupun nak beli laptop baru, aku suggest korang pilih model asus aku ini. Puas pun puas, nak tahu cepat rosak ke idak ianya hanya kepada pengguna itu sendiri. Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada kesemua pak-pakcik dan makcik aku yang banyak membantu dari segi kewangan sejak sekolah menengah hinggalah sekarang.

Thank you for reading!
Reading Time:

Monday 3 August 2015

Tips: Cara Mendapatkan Perut Kempis dengan Sihat
8:03 am 9 Comments
Salam to all readers,



Kalau kita lihat gambar artis angkatan P. Ramlee dan Saloma pasti ada yang tertanya-tanya apalah rahsia kerampingan badan mereka, kan? Tapi zaman sekarang, masing-masing rasa megah bila berbadan besar bahkan mereka boleh jadikan size badan sebagai modal cari makan. Hal ini, seperti menggalakkan lagi rakyat kita tergolong di kalangan obesiti. Adakah kita berasa bangga? Megah? Tepuk dada tanya selera. Untuk pengetahuan korang, menurut kajian untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sebanyak 80% adalah daripada makanan, manakala 20% daripada senaman. Ini menunjukkan bahawa makanan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh badan kita. Jadi, mulai sekarang marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan cuba elakkan empat jenis makanan bawah ini yang boleh menyebabkan perut buncit. Selamat mengempis perut! 

Antara tips untuk mendapatkan perut kempis dengan cara yang sihat;

1) Pemanis buah
Perlu ELAKKAN mengambil pemanis buatan yang biasanya terdapat pada makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. Namun, penggunaannya semakin meluas dalam industri makanan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan gula biasa. Jika korang masih ingin menggunakan pemanis buatan, pastikan mengambilnya dalam kuantiti yang sangat kecil.

2) Sayuran bergas
WALAUPUN sayur merupakan makanan yang penting terutama untuk menguruskan badan, namun terdapat beberapa sayur-sayuran yang mempunyai gas. Contohnya brokoli, kubis, kailan dan lain-lain lagi. Walaupun begitu sayuran jenis ini tetap mempunyai zat besi seperti yang diperlukan oleh badan. Sebaik-baiknya ambil sayuran ini dalam jumlah yang kecil sahaja bagi mengelakkan masalah perut kembung.

3) Makanan awet
Makanan-makanan ringan seperti keropok, kentang, makanan dalam tin dan sebagainya merupakan makanan awet yang mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan sekitar kawasan tubuh yang lain. Cuba elakkan pengambilan makanan sebegini demi memastikan perut kekal kempis.

4) Minuman berkarbonat
MINUMAN berkarbonat atau minuman bergas tidak sepatutnya wujud kerana ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, selain mengandungi gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut seterusnya akan menyebabkan perut kembung dan membesar. Sebaik-baiknya minum air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menyingkirkan segala toksik yang ada dalam badan.

Reading Time: