February 2016 - Azwar Syuhada

Thursday 25 February 2016

Resepi sambal ikan bilis turun temurun keluargaku!
12:30 pm 11 Comments
Salam to all readers,

Rasanya dah lama aku tak berkongsi resepi masakan. Tak bermakna aku tak masak kalau aku tak kongsi dengan engkorang semua. Ada jugalah resepi baru yang aku belajar dari mak aku, untuk aku hidup di luar. Takkanlah hari-hari nak makan luar kan? Kopak duit beb. Bukit kalau ditarah hari-hari pun, gondol juga inikan duit. Walaupun hakikatnya ada juga aku beli makanan di luar, tapi jarang-jaranglah. Sekarang dah pandai belajar masak sambal ikan bilis versi mak aku, jaranglah aku makan di luar. Laku beb sambal ikan bilis dekat te mpat aku belajar, ada orang siap jual lagi 1 bekas kecil dekat RM15 tau! Nasib baik aku ada inisiatif nak belajar masak dari mak aku, tak perlulah aku membazir. 

As a student, seperti aku yang nak berjimat bolehlah cuba buat sambal ikan bilis ini, buat seberapa banyak korang nak sebab kalau taknak makan boleh simpan dalam peti sejuk sahaja. Nak makan baru ambil. Ianya dijamin bertahan 3 minggu lebih, tak basi pun. Mukadimah aku kalau tak panjang, memang tak sah jom tengok cara memasak sambal ikan bilik paling mudah.

Bahan apa yang diperlukan untuk memasak sambal ikan bilis;

google

Bahan apa yang diperlukan untuk memasak sambal ikan bilis;
Ikan bilis
Lada / Cabai (cili kering yang telah di blener)
4 atau 5 biji bawang merah
Lada jintan (kalau nak pedas bolehlah bubuh segenggam)


google
Kebiasaannya, aku akan blender ikan bilis tersebut biar rasanya lebih umm.. Kalau tak hancur, sekejap sangat habis ikan bilisnya. Jadi aku syorkan engkorang tumbuk atau blender ikan bilis tersebut terlebih dahulu biar hasilnya sedap!

google
Cara-cara memasak sambal ikan bilis yang mudah dan enak;
Setelah selesai menyediakan bahan-bahannya, masukkan kesemua bahan tersebut dalam kuali. Letakkan sedikit minyak, kaalau tak cukup minyak tambahlah minyak. Tambah seikit garam secukup rasa. Gorenglah sehingga garing sampai naik bau. Siap!

Lalu bolehlah hidang di atas meja untuk dinikmati!

google
Hasilnya akan jadi seperti ini, yang nampak berkuah tu sebenarnya minyak. Kalau buat banyak sambal ikan bilis mudah ini pun, ada kebaikannya juga. Mana tahu, kalau nak masak nasi goreng ke, korang tinggal ambil nasi kemudian masukkan sambal ikan bilis ini, kemudian kacaulah atas dapur. Siap! Satu lauk, boleh pelbagai resepi. Pelakon terkenal Zarazya pun siap menjual sambal ikan bilis, laku beb!

Mudah kan? Selamat mencuba!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Tuesday 23 February 2016

Arghhh.. ENSOGO.COM.MY buat sales gila-gila, harga tak masuk akal?
2:44 pm 7 Comments
Salam to all readers,


Kalau diikutkan aku memang jarang beli barang online, sebab takut kena tipu. Tapi kadang-kadang tangan ini gatal juga singgah website tersebut, tup-tup dah terbeli. Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel orang post mengenai website shopping online yang best gila untuk kita semua perhabis duit. hahaha.. Duit masuk tu macam susah nak nampak, duit keluar tu bagaikan empangan pecah, tak gitu?

Disebabkan aku gatal tangan dah tertekan website tersebut, nak taknak kenalah tengok barangan yang dijual. Sekali aku bukak, terbeliak juga biji mata ini tengok harga barangan tersebut. Semuanya murah-murah, rasa macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya memang betul, harga runtuh wei!! Nak tahu apa dia? Tak lain dan tak bukan, website ENSOGO.

google


Ensogo Malaysia adalah salah satu website shopping online dimana Ensogo menawarkan pelbagai barangan seperti baju, barangan elektronik, produk kecantikan, perabot rumah, alatan sukan, barangan dapur dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Kenapa aku kata best? Mana tak best, kerana all item we can get in one roof iaitu di Ensogo. Barang dapur habis, baju cantik dah takde apalagi ingatlah Ensogo. Tak gitu..

Kita tak payah lagi keluarkan tenaga pergi shopping mall, duduk santai-santai sambil pegang tablet, ipad ke tak pun smartphone kita dah boleh shopping di Ensogo. Yang menariknya shopping online ini, kita boleh tengok dimana sahaja dalam keadaan yang selesa, sambil baca mengenai info produk tersebut dan juga feedback daripada pelanggan yang dah pernah beli. Bila kita dah baca, positive feedback, sudah semestinya keyakinan untuk membeli tu lebih tinggi berbanding sebelum ini kan.

Bila dah banyak kali aku menyinggah website Ensogo ini, dah tentu-tentulah ada barang yang aku berkenan nak beli. Ada 5 jenis barangan yang aku teringin sangat nak beli menerusi laman web Ensogo ini. Nak tahu ke? Jom lihat...

1) Velvet Smooth Diamond Express Pedi Electronic Foot File
google
Harga selepas diskaun hanya RM39 sahaja di Ensogo! Klik di sini UNTUK MEMBELI

Velvet Smmoth Diamond Express Pedi Electronic Foot File di Ensogo merupakan salah satu barangan yang dah lama aku idamkan nak beli. Bagi membantu melicinkan dan mencantikkan tumit kaki aku yang merekah. Dah lama kot nak beli, kalau kat Watson or website lain aku tengok memang mahal RM100++. As a student, memang gigit jarilah nak beli, baik aku beli barang makan kan. Dah alang-alang Ensogo bagi harga tak masuk akal, baik aku beli. Ada juga blogger-blogger yang review velvet smooth ini bagus. Tu pasal aku nak beli.

2)  PINENG PN-983s 10000mAh Slim Powerbank (FREE POUCH)
google
Hanya RM55.90 sahaja di Ensogo selepas diskaun. Klik di sini UNTUK MEMBELI.

Memandangkan aku suka mengadap smartphone sepanjang hari, sah-sahlah bateri cepat habis kan. Justeru aku patut beli power bank, senang nak bergerak ke sana ke mari. Lepas ini, tak bolehlah nak bagi alasan bateri phone habis. Tambah-tambah, power bank aku sebelum ini pun dah rosak. Jadi, jawabnya aku memang kena belilah PINENG PN-983s 10000mAh Slim Powerbank (FREE POUNCH) di Ensogo. Ada tiga jenis warna, iaitu pink, putih and gold. Tapi hati aku dah berkenan yang warna gold. 

3) Panasonic Blender (MX-GM1011ML)
google
Harga selepas diskaun hanya RM92.00 sahaja di Ensogo. Klik disini UNTUK MEMBELI.

Mesti yang tertanya, kenapa aku nak beli lender kan? hahaha... Aku nak beli supaya memudahkan aku blender cili dekat rumah sewa. Dekat sini takde blender, tak memasal aku kena bawa lada mesin dari rumah. Dah alang-alang, Ensogo buat sales ini, baik aku beli kan? Harganya memang murah hanya RM92 dari harga asal RM138. Jadi, jangan menyesal pula tak beli di Ensogo.

4) Cocoon Grit-it Mobile Wallet Armband
Harga selepas diskaun hanya RM19.90 sahaja di Ensogo. Klik disini UNTUK MEMBELI.

Sekarang aku dah rajin jogging, benda penting aku bawa untuk jogging adalah handphone and duit paling RM5 aku letak dalam poket seluar. Beli nak jogging kadang-kadang rasa tak selesa kerana poket berat letak phone. Jadi, memang patut ada 1 Cocoon Grit-it Mobile Wallet Armband ini. Senang nak jogging, bila phone sangkut di pergelangan tangan. Sambil tu boleh layan music sekali. Jadi, nak taknak memang kena beli Cocoon Grit-it Mobile Wallet Armband ini di Ensogo. Hanya RM19.90 sahaja di Ensogo.

5) Women Outdoor Travel Sports Shoes
google
Harga selepas diskaun hanya RM121.00 sahaja di Ensogo. Klik disini UNTUK MEMBELI.

Bila dah dinamakan student, mesti banyak aktiviti luar kan? Jadi aku nak beli satu lagi kasut sukan sebagai spay mana tahu koyak ke, tapak kasut dah haus. Ada gantinya yang lain, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Jadi memandangkan Ensogo buat harga tak masuk akal hanyak RM121.00 sahaja dari harga asal RM559.00 baik aku beli kan. Travel Sports Shoes di Ensogo ini juga sesuai untuk pergi ke kelas selain pergi jongging ataupun aktiviti lasak. Kalau tak beli di Ensogo ini rasa tak lengkap pula kehidupan aku. hehehehe...

Kalau boleh semua benda aku nak beli di Ensogo Malaysia ini. Tapi membazirkan amalan syaitan. Jadi, beli benda yang perlu sahaja terlebih dahulu. Jadi siapa yang tak singgah lagi website Ensogo Malaysia, haruslah pergi tengok lekas. Nanti putih mata pula tak beli. Sebelum aku terlupa, Ensogo Malaysia sekarang ini juga ada buat Flash Sales iaitu pada jam 10.00am & 8.00pm. Jadi jangan lepaskan peluang ini, ayuh shopping di Ensogo Malaysia. Lepas ini jangan lupa, kalau nak beli barang dapur, beauty produk, sport, atau apa sahaja ingatlah Ensogo Malaysia!

For more information on ENSOGO MALAYSIA, please visit;
Webiste: ENSOGO MALAYSIA/

Thanks you for reading!
Reading Time:

Sunday 21 February 2016

Design & Print Your Custome Made at Printcious.com
9:30 am 7 Comments
Salam to all readers,

Sakit kepala rasanya memikirkan hadiah apa nak bagi pada someone. Present untuk birthday lain untuk wedding dah tentu-tentu nak yang lagi special punya. Masa zaman sekolah duit takde nak minta mak malas lastly aku buat sendiri. Kebiasaannya aku buat special kad ataupun sulaman tuala. Tapi sekarang, engkorang tak usah pening-pening kepala lagi kerana aku nak perkenalkan satu website yang baik punya. Macam-macam benda menarik boleh dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Tak perlu bazir tenaga pergi mall, hanya menggunakan smartphone ataupun tablet pun sudah memadai. 

google

Inilah website yang kata best gila-gila. Memperkenalkan Printcious website. Di mana Princious menyediakan perkhidmatan percetakan lebih daripada 200 barangan hadiah DIY yang menarik seperti T-shirt, mug, casing phone, bantal, tetikus, rantai kunci dan macam-macam lagi. Kenapa aku kata best, sebab engkorang boleh decidelah samaada nak letak gambar ke atau hiasi barangan DIY tersebut dengan kata-kata pujangga untuk pemberian hadiah pada kawan-kawan, perkahwinan, graduation, birthday present, ataupun corporate events. Kalau pasangan bercouple, website ini sesuailah untuk engkorang cari hadiah buat pasangan! Lepas ini, tak boleh lagi kata tiada masa nak cari hadiah.
Personalised gifts are a great option for those looking to get a gift that is both unique and holds a special meaning to the recipients. After all, the best gifts are the ones that are thoughtful and has a certain amount of effort put into them. Printcious.com is the perfect avenue to create personalised gifts for your loved ones. Printcious which stands for Printing of Your Precious Gifts, is a B2C online platform for customers to customise their DIY gifts with their very own design, picture or text.
google

Dekat Printcious ini macam-macam barangan menarik engkorang boleh dapatkan. Salah satunya custom made Cushions. Atas ini antara cushions custome made yang engkorang boleh dapati. Semuanya cantik-cantik, harga pun berpatutan tau! Yang pasti, sekali engkorang menjengah website Princious ini dah tentu-tentu berjam-jam jugalah mengambil masa memilih hadiah. Rambang mata tau tak! Website ini memang banyak membantu aku yang jarang keluar, sambil santai-santai layan korea bolehlah tengok website ini. Pilih je mana yang berkenan, klik masuk bakul, settle payment tunggu barang sampai rumah. Mudahkan?

google
Comel tak DIY mug ni? Jadi lepas ini kalau nak beli present buat sahabat atau orang yang tersayang ingatlah www.printcious.com. Harga pun berpatutan dan mampu dimiliki. Yang bestnya, setiap pembelian lebih daripada RM60 akan dihantar secara percuma sahaja! Menarik bukan? Apa tunggu lagi, layari website www.printcious.com untuk mendapatkan barangan menarik. Dengar cerita ada sales sekarang ini! Rugilah pada mereka yang tak grab lagi.

For more information on PRINTCIOUS, please visit;

Thanks you for reading!
Reading Time:

Friday 19 February 2016

Kawan aku dah kawin!
6:45 pm 8 Comments
Salam to all readers,

Sekarang tengah trend kawin muda kan? Semua nak kawin. Kalau jumpa kawan-kawan pun sibuk sembang pasal kawin..kawin..dan kawin..Pada mereka yang mendirikan rumahtangga itu mestilah seronok. Aku pun kadang-kadang terfikir juga macam manalah diorang buat persiapan majlis perkahwinan. Umur pula muda bila masa nak kumpul duit. Kalau perempuan aku tak heran sangat, tentulah mak bapak taja tapi kalau lelaki macam mana pula tu. Aku yang belajar kat kota ni pun rasa semput memikirkan kewangan, mana nak mengisi perutnya lagi. Itu pun kalau aku pandai memasak. 

Diam tak diam, dah ramai member aku yang kawin rupanya ada yang dah beranak pinak pun ada. Time aku sibuk terkocoh-kocoh nak ke kelas, mereka mesti sibuk menyiapkan sarapan buat si suami, time aku sibuk study nak final exam, mereka mesti sibuk mengasuh anak-anaknya. Apa-apapun itu semua rezeki masing-masing dapat kawin awal. hahaha..

Waktu aku cuti sem haritu, sempatlah aku attend kenduri kawin member zaman sekolah rendah dan member peringkat menengah. Masing-masing dah ketemu jodoh dengan pilihan hati. Maaf sesangat, pada kawan-kawan sebelum ini yang kawin aku tak pergi. Umur dah mengijak ke angka 20-an ini kenalah rajin-rajin attend kenduri kawin orang, nanti kita kawin takde siapa pula nak datang.

Tahniah Alya Afiqah (yang bertudung coklat, baju hijau turqouise) nampak seri pengantinnya di situ. Dalam gambar, ada seorang dah jadi bini orang, seorang lagi bakal pengantin, yang selebih lagi masih bujang trangtanggg.. Aku pergi rumah dia ni waktu malam, memandangkan esokknya, aku attend kenduri kawin seorang lagi member. Cepat betul masa berlalu tau tak, rasanya baru semalam kiteorang buat study group masa form 6. Tup-tup nak kawin da! Haishh!!

Inilah seorang lagi sahabat aku yang kawin, Adila binti Mat Amin. Dia ini budak paling hot jugalah zaman sekolah rendah sampailah peringkat menengah. Banyak yang admire dekat dia zaman sekolah, mesti pengkhabaran dia kawin buat semua yang admire dekat dia frust.


Majlis kenduri kawin Alya ini, sekali lagi menyatukan sebahagian daripada 6bk2/6ak2 kembali. Masing-masing ada yang menyambung pelajaran di universiti Malaya, UPSI, dan ada juga yang telah berkerja. Seronok jumpa mereka kembali, walaupun aku takde pun borak sakan dengan dorang. Dari kanan: Adli, Syafiqah, Alya, Afie, Hanum, Aliya, aku, Adam, Hadi, Haziq, Sharizal, dan juga Haris.

 Agak-agak lepas ini giliran siapa pula ya? Aku doakan semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Mana yang tengah belajar tu, belajar elok-elok. Yang penting saat mengenggam segulung ijazah nanti. Tak sabar rasanya! Apa-apa pun, tahniah buat mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Semoga perkahwinan engkorang semua berkekalan hingga ke anak cucu!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Sunday 7 February 2016

Resepi Cheesekut yang enak dimakan, pejam mata pun boleh buat! =D
3:02 pm 31 Comments
Salam to all readers,

Cuti dah nak habis, sebelum aku berangkat pulang aku nak up satu entri resepi iaitu cheesekut. Masa aku duduk rumah sewa, ada member buatkan, seumur hidup aku tak pernah makan pun benda alah ni tambah-tambah namanya pun aku tak pernah dengar. Sedap jugalah rasanya. Aku belajar jugalah buat dengan dia, balik rumah aku buat untuk mak aku pula alih-alih dia tak makan. Tekak melayu katakan. hahahaha.. Alih-alih aku makan sensorang. Jom aku share dengan engkorang semua macam mana nak buat cheesekut ni. Cara pembuatannya cukup simple, tak perlu menyusahkan diri bakar dalam oven. Pejam mata pun boleh buat. hehehe...


Inilah bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat cheesekut. Nikmatnya makan cheesekut ini sambil melayan running man. Dapatlah fefeling sikit...


Bahan-bahan untuk membuat cheesekut:

Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Milo
Biskut Cream Crackers Hup Seng (Kalau tengok resepi Cik Epal, biskut Deluxe Crackers katanya lagi sedap!)

Memandangkan dekat rumah aku ada biskut Cream Crackers je aku bedal sahajalah, sedap juga!

Kasi zoom sikit biskutnya, Cream Cracker jangan pergi beli Oreo pula sudah!


Susu segar Dutch Lady, ini guna untuk celup-celup biskut sat lagi aku tunjukkan caranya. Aku prefer susu low fat, nak penuh lemak berkrim gunalah susu full cream. Mana-mana pun boleh, asalkan susu.

Cara-cara nak buat cheesekut yang sedap:

Pukul cream cheese sampai lunyai menggunakan stand mixer

Kemudian masukkan 1/2 susu pekat manis (Kalau nak manis bubuhlah lebih sikit, taknak manis kurangkanlah sikit penggunaannya) Jangan letak satu tin sudah, tak pasal-pasal mengidap kencing manis. 
 Gaul-gaul sampai sebati, jangan cair sangat tau! Siap part creamnya.


Dah selesai cheese tadi letakkan satu tempat dengan biskut dan susu supaya senang nak atur biskut dalam bekas atau loyang. Ambil biskut cream cracker tu remdam dengan susu tambah sikit air panas. Agak-agak basah biskutnya depan belakang terus angkat, jangan sampai hancur tau. 

Memandangkan dekat rumah aku makan sensorang sahaja, kenalah buat dalam tappuware. Mula-,mula aku letak cheese belah bawah sekali, kemudian letak biskut, cream semula atasnya letak milo. Ulang semula caranya, sampai penuh satu tappuware.

Aku sorang je makan, sampai dua bekas aku tibai buat. hahaha.. Nampak kelaparannya di situ? Kalau korang ada masa lapang, buatlah tak sampai 30 minit pun buat cheesekut ini, lebih kurang macam kek batik juga cuma tak payah bakar-bakar. Simpan je dalam peti sejuk, keesokkan hari engkorang makanlah. Sedap okay! Nak letak milo boleh nak letak nestum pun boleh. Letak jerlah apa yang engkorang nak letak. Asalkan kena dengan tekak!

Mudah kan? Motif kita rendam-rendam biskut itu supaya nanti makan tak adalah sampai nak terpatah gigi bila engkorang makan. Ianya lembut tau seperti makan kek bila direndam biskut tu. Nak tahu, kenalah buat sendiri!

 Macam biasalah, bab mengambil gambar aku memang failed. Agaknya aku kena hire photograpers tiap kali nak tayang gambar dalam blog. hehehe.. Inilah rupa cheesekut yang aku bikin haritu.

 Ianya amat sesuai untuk dijamu pada kawan-kawan yang datang bersantai ke rumah. Kalau nak buat cheesekut time hari raya, hari terbuka pun boleh, sedap pun sedap. Yang paling penting, jimat masa dan tenaga.

Jadi, jangan lupa bikin ini Cheesekut okay! Yang pasti membuat anak makan sambil menjilat jari. Jangan pula buat tiap-tiap minggu, gemuk nanti tak memasal menyalahkan aku. Sekali sekala boleh. Selamat mencuba!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Friday 5 February 2016

Hati-hati, Jaga Diri!
5:30 pm 7 Comments
Salam to all readers,

Gambar yang tiada kena mengena dengan entry sekadar mewarnai cerita

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan viral kisah  seorang remaja yang tidak panjang akalnya. Dia fikir dia cerdik untuk memperbodohkan parentnya, tapi dalam waktu yang sama menjerat diri sendiri. Hebat lakonannya, tapi tamparan yang dibagi pada mak ayahnya lebih hebat daripada lakonan yang diberikan. Aku yang hampir menjangkau dewasa ini pun tak berani lagi nak buat kerja macam itu. Paling kuat aku mengakalkan parents aku adalah dalam 15 minit lepas tu kantoi! Hehehe..

Bak kata orang tuah dimulut, sial juga dimulut juga. Apa yang yang kita ucapkan itu kan doa. Jadi berhati-hatilah apabila berbicara. Yang kena tanggung malu pun parent kita juga, kenapalah diusia yang muda kita tanpa segan silu melakukan jenayah. Adakah ibu bapa, guru, mahupun masyarakat yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Hakikatnya, didikan dah diberi jadi kita sendiri haruslah pandai membezakan mana yang baik mahupun tidak baik.

Memang sekarang, kita hidup dalam peredaran zaman teknologi. Macam-macam media social ada, facebook, twitter, blog, whatsapp dan macam-macam lagilah. Ada orang menggunakan laman sosial untuk berkongsi pengalaman, menjual barang online, lifestyle tapi ada juga segelintir manusia yang tidak bijak dalam mengurus diri sendiri. Masing-masing nak glamour cepat tapi merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Mana tidaknya, di usia yang paling muda sudah pandai membuat publisiti murahan dengan mengupload gambar tidak senonoh bersama pasangan dengan caption bagaikan pasangan suami isteri. Tidak terfikirkah kita kalau parent atau saudara mara kita sendiri melihat gambar-gambar tersebut? Bangga ke mereka?

Kalau ditanya orang yang lebih dewasa pun, mereka sendiri pun malu nak terlalu terbuka. Dalam Islam ada benda yang kita boleh kongsi, da nada juga benda yang patut dirahsiakan. Banyak lagi cara nak glamour kot, salah satu cara dekat instagram dengan upload gambar berunsurkan inspirasi ke, video yang memberi pengajaran atau lucu pun boleh tau! Tambah-tambah anak gadis, janganlah terlampau ghairah menunjukkan awaklah yang paling perfect. Bertudung ke tak bertudung sama sahaja perangai masing-masing. Ada yang baru bertudung barulah nak tunjuk dialah yang paling alim di dunia ni, ada setengah lagi glamour sikit barulah nak hentam sesame sendiri.

Aku pun tahu, diusia belasan tahun nilah budak-budak suka memberontak, katanya taknak di kongkong kalau boleh nak hidup berdikari. Mungkin hormon tak berapa stabil nak menginjak dewasa. Jiwa kacau katakan  padahal masih budak hingusan. Bila dah tiada mak ayah barulah terkenang-kenang. Jadi selagi parents kita masih bernyawa, hargailah mereka.

Bukan melayu sahaja mudah lupa, anak sendiri pun mudah lupa mak ayah bila dah hidup senang sikit. Jadi, setiap apa yang kita nak lakukan fikirlah kesannya samaada ianya lebih menjurus keglamouran kita mahupun lebih mengaibkan mak ayah kita.

p/s: Aku pun bukanlah baik sangat, sekadar mengulas dan mengingatkan diri sendiri. Apa kata anda pula?


Thanks you for reading!
Reading Time:

Wednesday 3 February 2016

Nak Melawa Tapi Tak Pandai? Cubalah Foundation Instants ALIFNUR, FLAWLESS KAU!
10:00 am 18 Comments
Salam to all readers,
google

Apa perasaan anda bila melihat orang berwajah cantik dengan bermakeup. Nampak flawless gitu. Anda tak teringin ke? Jangan cakap orang pro sahaja yang boleh bermakeup, yang tak pandai makeup pun boleh nampak flawless taw! Nak taw rahsianya, kenalah hadam entri ini sampai habis. Lepas ini, jangan rasa down okay bagi yang tak pandai makeup ke apa sebab dengan adanya produk yang aku ingin kenalkan ini automatik engkorang pasti suka punya. 

Siapa yang tak suka muka glowing dan flawless kan? Betul tak? Perempuan ini satu sahaja kelebihannya, dimana dia akan lebih rasa yakin bila penampilan dia juga meyakinkan dia. Bukan kata tidak bersyukur, tapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tak gitu!

google

Memperkenalkan Foundation Instant ALIFNUR | Foundation Instant ALIFNUR  mampu membuatkan kulit muka anda kelihatan flawless dan glowing sekelip mata tanpa dipinta. Senang cakap, sekala cela diwajah dapat ditutupi dengan foundation ini dan nampak natural gitu. Foundation Instant ALIFNUR ini diperkayakan dengan Bee Wax, Ascorbic Acid sertaa Vitamin E yang tinggi untuk menghasilkan kulit muka tanpak flawless, glowing serta putih secara sihat.

Fakta mengenai ALIFNUR Foundation;

  • Foundation Instant pertama berasaskan 100% bahan semulajadi dan selamat yang bertujuan memberikan kesan makeup flawless dan glowing sekelip mata!
  • Produk penambahbaikan dan rawatan kulit 
  • Tinggi kandungan Vitamin E dan C
  • Foundation anti-kulit kusam
Ini antara reaksi customer yang telah mencuba Foundation Instant ALIFNUR. Rata-rata mereka amat menyukai Foundation Instant ALIFNUR taw kerana terbukti berkesan untuk menghasilkan kulit muka flawless dan glowing.

google

google

google

google

HARGA:
RM60.00 / RM66.00 FREE POSTAGE

HARGA PROMOSI:
RM50.00 SAHAJA!

Berminat untuk mendapatkan Foundation Instant ALIFNUR?
Boleh terus whatsapp no ni: 017-2150317

Note: Promosi sehingga hujung bulan 2 sahaja taw! Jadi rebut peluang untuk mendapatkan FOUNDATION INSTANT ALIFNUR dengan harga promosi. =D
Reading Time:

Tuesday 2 February 2016

Cara mudah dapatkan barang free dari Woop.my
9:30 am 15 Comments
Salam to all readers,

Bila sebut sahaja barang free mahupun hadiah mesti orang teruja nak tahu kan? Siapa yang tak suka dapat hadiah kan? Aku salah seorang yang suka dan amat menghargai barang free. Bagi mereka yang sekutu dengan aku bolehlah baca entri ini untuk mengetahui macam mana nak dapatkan barang free. Pada yang tak suka barang free, boleh pergi main jauh-jauh.


Kenali Woop? Secara ringkasnya, Woop ini lebih kurang macam Whohaa sahaja dimana kita hanya perlu daftar, kemudian selesaikan beberapa misi, kumpul point akhir sekali tebus hadiah. Pada mereka yang dah daftar Whohaa pasti mengetahuinya. Tapi Woop ini lebih better la dari Whohaa kerana tak perlu collect point hard sangat. Yang pasti, hadiah-hadiahnya menarik.

google

Cara-cara mendaftar WOOP;

Step 1: Pergi ke laman page WOOP kemudian Sign up macam biasa (nak connect dengan facebook pun boleh)

google

Step 2: Selesai mendaftar, EDIT bahagian PROFILE anda! Kemudian, click pada bahagian HOME ada DAILY MISSION dan BIG MISSION, misi inilah yang engkorang kena selesaikan untuk mendapatkan point. Alahai, senang sahaja, dengan adanya pilihan jawapan.

google

STEP 3: Dah selesaikan misi, point pun dah cukup boleh tebus ganjaran mengikut point yang engkorang dah kumpul. Macam-macam ada, bagi yang student gegirl macam aku sukalah. Antara barangan yang engkorang boleh tebus adalah seperti pencuci pinggan Joy, rexona, losyen veseline, pewangi baju soflan dan macam-macam lagi ada. Yang penting engkorang kena rajin selesaikan misilah. Dan kena selalu check stock barang yang ada. Selalunya cepat habis, kalau ada rezeki dapatlah. 

google


KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR WOOP!

Selamat mencuba!
Reading Time: