Flush! - Azwar Syuhada

Friday 18 March 2016

Flush!

Salam to all readers,


Nak dijadikan cerita harini aku nak menyembang perihal aktiviti aku pula, memandangkan sebelum-sebelum ini aku asyik berkongsi tentang produk kecantikan dan jualan murah, pastilah ada yang dah boring kan? Diam tak diam, pengajianku dah masuk tahun 2, Insyaallah kalau tiada halangan tahun depan habislah. Tak sabarr rasanya...Doakanlah ya yang baik-baik.

Berbalik kepada topik yang ingin dibualkan, engkorang ada tengok tak rancangan maharaja lawak 2 minggu lepas. Kalau ada yang tengok ingat tak, peserta Redza Mukmin berceloteh mengenai penggunaan tandas. Memang betul apa yang disampaikannya itu. Mana taknya, zaman dah maju katakan tapi tabiat orang tentang kebersihan tetap ditakuk lama. Tak kira dimana, baik dikampung mahupun di kota sama je tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Waktu sekolah dulu mahupun masa di pra-U dan sekarang di peringkat universiti sama je kebersihannya.

Situasi di tempat belajar..

Aku ini jenis yang kerap jugalah ulang alik ke tandas disebabkan suka minum air ditambah dengan suhu bilik kuliah yang sejuk gila. Memang keraplah aku ulang alik ke tandas. Nak dijadikan cerita, time aku nak pergi membuang air kecil dalam keadaan tenang lalu menolak pintu tandas yang berada dihujung sekali (tandas cangkung) terus terbantut hajat aku nak membuang hajat disebabkan entah makhluk yang mana pengotor sangat tak reti-reti nak flush selepas membuang. Kalau menyimpan harta yang kecik tu okaylah lagi cuma berbau sahaja, ini tak ditingalkan khazanah yang besar sampai nak ditolak tak tertolak air setimba. Baik lelaki mahupun perempuan sama sahaja.

Situasi ini berlaku di toilet perempuan. Masyaallah, apa jenis perempuanlah yang pengotor sangat. Kalau kita nak bersangka baik disebabkan dia tak flush, boleh ke kita bersangka baik dia juga tak sempat mencuci. Kalau hancing tu tak payah nak cakaplah, mana-mana tandas awam kita pergi pun sama je situasinya.aik berbayar mahupun yang free of charge.

Satu lagi persepsi orang yang aku cukup tak berkenan bila mereka mengatakan "APA GUNANYA ADA CLEANER". I see tugas cleaner adalah mencuci tapi takkan najis engkorang pun mereka kena bersihkan. Berperikemanusiaanlah sikit, cleaner tu pun ada hidung, kita yang terhidu ni pun rasa nak muntah nikan cleaner yang kena cuci najis engkorang hari-hari.

Cubalah kita displinkan diri kita sendiri untuk menggunakan tandas awam sama seperti menggunakan tandas di rumah sendiri. Jangan cakap tandas rumah engkorang macam tongkang pecah. Agak-agaknya, pegang berus jamban pun tak pernah.

Dah alang-alang aku bercerita mengenai toilet ini, aku cukup tak berkenan toilet dekat mall yang besar-besarseperti di Sunway Pyramid yang tempat mencuci dekat dalam tab tu juga Memang tak mesra alam betul, yang kesiannya pada warga emas yang aku perhatikan pikir dua tiga kali jugalh sebelum masuk. Penduduk negara kita ini bukan semuanya bergantung pada tisu boleh dikatakan air adalah sesuatu keutamaan. Zaman moden katakan, kalau boleh semua benda nak dimudahkan mungkin akan datang paip mencuci pun perlu tekan loceng. Yang susahnya, bila nak sembahyang pun rasa was-was disebabkan rasa tak bersih sahaja rasanya.

Belanja selfie buat pembaca setia blog aku 1!

p/s: Semakin canggih kemudahan toilet zaman sekarang, semakin bodoh orang yang menggunakannya.

Thanks you for reading!

6 comments:

  1. pehh awek sebelah tu lawa haha

    ReplyDelete
  2. Yes! Betul tu.Kadang² rasa nak termuntah hahahaha terus batalkan niat.

    ReplyDelete
  3. eeeeee sedih oh ada yg tak gheti flush tahiiii eeeeeeeee lagi2 perempuan eee.
    kak azwar nk tahu tak, ada satu perempuan tu kan.
    dia duduk lama dlm bilik air tu pastu bila dia keluar kan dia mcm ACAH nak marah2 cleaner sini tak buat kerja ke bla bla bla!!! errrr pastu kan qila jenguk kan eeeeeeeee siot betul tahik sape tah ada (which obviously her???) sebab dia duduk lama dlm tu/
    like seriously...........

    annoying and memalukan hahahah. lawak pun ada sbb dia tak ngaku kihkih.

    ReplyDelete
  4. sikap masyarakat kita masih kurang peka dgn kebersihan tandas
    kelau g negara luar bukan main bersih tandas

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya mak ayah kena ajar anak-anak sejak kecil flush selepas buang hajat besar dan kecil

    ReplyDelete
  6. mungkin dia dah flush dan tak perasaan benda tu liat nk pergi.. heeee

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!