Thursday, 21 April 2016

Dah masuk bulan Rejab, korang dah ganti ke belum?

Salam to all readers,

Diam tak diam, baru sekarang aku sedar minggu ini dah masuk minggu kedua bulan 4. Dan kalau ikutkan bulan Islam, kita sekarang berada dalam bulan Rejab. Bulan mulia gitu! Selepas Rejab, kita akan menempuh Syaaban, diikuti dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kebanyakan warga emas tidak ketinggalan untuk menunaikan puasa pada bulan Rejab dan Syaaban ini. Kebiasaannya, warga emas ini berlumba-lumba berpuasa sunat pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk mengisi masa lapang mereka selama 3 bulan berturut-turut.

Di samping itu, ramai juga yang mendirikan rumahtangga di dalam bulan Rejab dan Syaaban yang mulia ini. Bak kata orang itu, mengambil barakah. Tambah-tambah dengan adanya penggunaan smartphone di tangan, kita boleh google apa sahaja keistemewaan dan kelebihan bulan Rejab dan Syaaban. Di mana, bulan Rejab dikatakan bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku kata Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad turut mengatakan bulan Ramadhan bulan umatku.

Diam tak diam cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam aku tinggalkan alam persekolahan, atuk dan nenek aku pun rasanya baru semalam pergi, tiba-tiba aku baru perasan yang aku dah masuk tahun 2 di universiti. Dah hampir lebih 10 tahun, atuk dan nenek aku pergi. Seperti mana aku perkatakan, bila kita dah masuk 20-an, kawan-kawan pula dah ramai membina masjid, ada yang dah berkeluarga, bekerjaya, jadi kita harus memikirkan masa depan kita. Samaada nak memilih jalan yang lurus, ataupun yang bengkang bengkok.

 Aku bukanlah muslimah sangat, aku menulis ini pun sekadar mengingatkan diri aku. Umur macam aku inilah, sepatutnya dah boleh memikirkan macam mana nak mengatur hidup diri sendiri dan menguruskan diri sendiri. Tambah-tambah, realiti kehidupan kita tak seindah dalam cerita di kaca televisyen di mana si heronya muda, berjawatan tinggi, kaya, golongan anak datuk je. Manakala si heroin pula, asyik mengejar lelaki kaya sahaja. Kalau diikutkankan, berapa kerat nolah orang memandang aku. Jangan kata nak toleh dua kali, sekali pun payah nak jumpa. Sekadar, nak berangan dapat lelaki hensem, kaya, layanlah drama korea ataupun melayu.

Buat masa ini, target aku nak perbaiki diri mendekatkan diri pada maha Esa. Dalam pada masa yang sama, berusaha belajar nak menjadi seorang wanita yang kaya raya. Tak kiralah kaya apa, janji hidup aku senang satu hari nanti! Hidup ini perlu ada angan-angan kerana angan-angan itulah menjadi pembakar semangat untuk kita berusaha mencapainya, mana tahu satu hari nanti menjadi kenyataan. Amin!


p/s: Mana yang dah selesai ganti puasa, Alhamdulillah lah. Pada mereka yang belum selesai ganti, cepat-cepatlah buat sementara tengah sihat ini! =)

3 comments:

  1. peringatan untuk saya supaya lekas ganti puasa

    ReplyDelete
  2. belum ganti lagi puasa . 30 hari . tahun lepas punya . sebab berpantang lepas bersalim bulan puasa tu . bayar fidyah je . . ganti nanti rasanya . sebab anak bf lagi . . huhu .

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com