June 2016 - Azwar Syuhada

Saturday 25 June 2016

Style Diary: Feeling Like Diva
10:47 am 11 Comments
Hi and Assalamualaikum!

Sepanjang aku dapat job review, tidak pernah sekalipun aku share dengan engkorang semua apa barang aku belikan? Sekali review, aku dapat voucher dan belilah barang apa yang aku berkenan. Waktu mula-mula aku dapat voucher aku rasa aku beli barang macam tak berfaedah, alih-alih tak pakai pun sampai kesudah. Masuk kali ketiga dapat voucher, barulah aku dapat beli barang yang betul-betul aku gunapakai berkali-kali.

Sejak mengenali blogger fashion like Vivy Yusof, Sizzling Suzai, Diana Rikasari, Shea Rasol dan ramai lagilah hakikatnya, dah mulalah aku terjebak nak bergaya. Depa-depa ini semua memang master bab fashion. Kita nak belajar, jangan drastik sangat perubahannya, nampak sangat desperate. Jadi kita buat slow-slow. Jadi aku mulakan dengan menggayakan handbag terlebih dahulu. Aku nak cerita handbag yang beli ini ala-ala style macam depa semua. Kawan-kawan aku pun berkenan dengan handbag ini.







Nice right? Aku cari juga handbag ini semula dekat website, tapi dah takde. Handbag ini ringan sahaja, muat-muat isi dompet, tisu, handphone, dan macam-macam lagi. Time aku beli, handbag ini berharga RM99.00 kalau tak silap aku. Dah alang-alang dapat voucher RM100 proceed jerlah!

Akan datang kalau dapat lagi peluang cam gini, agak-agak nak beli apa yeah? Any idea? =)
Reading Time:

Monday 20 June 2016

Riang Ria Raya Blogger Contest 2016 by Lazada Malaysia dan Berpeluang Menangi Fujifilm Instax Mini Camera
8:18 pm 11 Comments
Salam to all readers,

google
Pejam celik-pejam celik dah nak dekat raya dah kan? Dan setiap kali menyambut raya ataupun apa-apa perayaan pasti banyak contest kita dapat lihat mana-mana media sosial. Tidak terkecuali Lazada Malaysia turut mengadakan 1 contest buat para blogger dan menawarkan 10 Fujifilm Instax Mini Camera untuk dimenangi. Info lanjut boleh tengok dekat blog blogger Iday. Memang aku takkan lepaskan peluang keemasan inilah untuk mendapatkan kamera yang aku idam-idamkan. Mana tahu ada rezeki dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Siapa yang berminat untuk menyertai contest ini bolehlah baca syarat-syarat yang tertera dibawah;

Walaupun nampak remeh contest ini tapi ianya cukuplah payah bilamana disuruh untuk mengira berapa banyak Fujifilm Instax Mini Camera seperti gambar dibawah. Boleh dikatakan aku mengambil masa yang lama jugalah untuk confirmkan jumlah keseluruhan. Kalau orang tak menyabar memang dah give up. Tapi bila difikirkan hadiahnya kembali aku jadikan ia sebagai satu cabaran. hehehe... Agak-agak engkorang, berapa jumlah Fujifilm ini yeah?


Dah alang-alang bukan page Lazada Malaysia ini, aku memasang angan-angan untuk memiliki barangan seperti dibawah sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi. 

1) Langsir baru untuk rumah mak

Berminat dengan langsir baru untuk mak? Boleh KLIK DISINI.

Amboi, bajet macam ada rumah sendiri pula dah. Memandangkan tahun ini mak aku sibuk menyiapkan tempahan baju orang memang tak dann la nak jahit langsir baru. Jadi, bagi melegakan dan mengembirakan hati mak, aku teringin nak belikan langsir baru dekat Lazada Malaysia ini. Bagi meriah sikit raya tahun ini dengan menggantung langsir baru. Takdelah nampak suram kan?

2) Rak kasut untuk seisi keluarga


Berminat memiliki rak kasut seisi keluarga? Boleh KLIK SINI.

Rak kasut memang penting bagi untuk persiapan hari raya, mana tidaknya cuba bayangkan dalam rumah ada lima orang duduk. Bayangkanlah satu kepala ada tiga empat pasang kasut, bila disusun tak cukup space pula jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memiliki Amazing Shoe Rack dari Lazada Malaysia ni juga bagi menyusun kasut dengan lebih teratur.

3) XL Bean Bag untuk adik


 Berminat untuk membeli XL Bean Bag untuk adik? Boleh KLIK SINI.

Memandangkan adik aku suka bersantai depan tv sambil bawa tilam bantal semua, apa kata aku hadiahkan dia sebijik XL Bean Bag ini pada dia, tiadalah nampak serabut pada ruang tamu tu. Bila tetamu datang ke rumah XL Bean Bag ini boleh dialihkan belah tepi nampak lagi kemas kan. Memandangkan aku belikan untuk adik aku, jadi pilihan warna harus warna kegemaranku. hehehe...

4) Cornell Vacuum Cleaner


Berminat memiliki Cornell Vacuum Cleaner? Boleh KLIK SINI.

Memandangkan dah dekat raya ini, benda pertama aku fikirkan adalah megemas rumah, menyapu sampah. Jadi bagi mempercepatkan langkah mengemas rumah, aku mahu memiliki Cornell Vacuum Cleaner dari Lazada Malaysia ini bagi memastikan rumahku bersih tanpa secalit habuk. Boleh ke tidak? Bila dah banyak produk mahupun barangan dalam rumah, sudah semestinya ramai tertanya-tanya beli dkat mana punya. Yang pasti pilihanku adalah di Lazada shopping online terbesar di Malaysia.

Jadi purata keseluruhan barang berjumlah RM35.40 + RM23.00 + RM79.00 + RM299.00 = RM436.40. Kemain berbelanja raya, yang penting mampu membuat ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan, jiran tertangga bergembira di Hara Raya.

Buat pelanggan setia Lazada memang amat berbaloi kalau shopping time sekarang ini oleh kerana Lazada sedang mengadakan JUALAN HARI RAYA BESAR-BESARAN. Korang semua boleh shopping pada 21 Jun 2016 sehingga 24 Jun 2016 ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92% . Tak percaya juga? Kalau tak percaya boleh klik link di bawah, jangan menyesal tak tengok pula nanti;


Berita baik untuk para blogger pula, jangan lupa untuk sertai RIANG RIA RAYA BLOGGER CONTEST UNTUK MEMENANGI FUJIFILM INSTAX MINI CAMERA. Doakan aku menjadi salah seorang pemenangnya ya, benda ini dah lama aku idamkan. Moga-moga ada rezeki, Amin.


p/s: All the best pada kawan-kawan yang join!
Reading Time:

Friday 17 June 2016

Tribulasi 365
12:59 pm 2 Comments


Sedikit perkongsian dari hasil pembacaan. Semoga bermanfaat!
Reading Time:

Wednesday 15 June 2016

  Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016
12:46 pm 14 Comments
Salam to all readers,
google
 Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 | Yeahh.. www.nile.com.my kembali dengan Raya Giveaway, Jualan Raya Meletop 2016. Nile.com.my tidak asing lagi dengan online shopping Malaysia yang paling femes sehingga keharini. Menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori wanita dan macam-macam lagi dengan harga yang mampu terlajak murah weiii. Siapa tak suka harga murah-murah ni kan? 

Jadi nak dekat raya ini, www.nile.com.my tidak lepaskan peluang untuk buat "JUALAN RAYA MELETOP!!" beb. Semua barang terlajak murah, yang paling best "FREE DELIVERY" minimum purchase RM48. Jualan Raya Meletop ini berlangsung dari 30 May sehingga 18 July 2016. Jadi jangan lepaskan peluang memborong barangan di www.nile.com.my.Kalau ada rezeki lebih, barangan yang teringin sangat aku miliki di nile.com.my ini adalah seperti;

google

Product: Fashion 6-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

google

Product: 3mm High Grade Yoga Mat
JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 21/06/2016
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

google

Product: Mini shoulder bag
JLM2016 Sales price: RM6.50
Date: 22/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 500 units only

google

Product: Korean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

google

Product: Men Shoes
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 24/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only

p/s: Bestkan barangan-barangan yang ada di www.nile.com.my!
Reading Time:

Tuesday 14 June 2016

Segmen Kad Hari Raya By Miss Azwar Syuhada
12:00 pm 8 Comments
Salam to all readers,

google
Segmen Kad Hari Raya By Miss Azwar Syuhada | Yeahh, harini baru ada mood nak buat simple segmen kad hari raya. Btw, ini kad raya recycle setahun yang lepas memandangkan ada berbaki jadi apa salahnya aku buat simple segmen. Sesiapa yang tak pernah dapat kad raya dari aku bolehlah cuba yeah! Hanya 7 orang yang bertuah sahaja tau! Tahun ini tak cukup bajet nak buat kad raya, kalau ada rezeki lebih aku buat yeah tahun depan. Segmen ini berlangsung pada hari ini 14/6/2016 jam 12.00 tengahari sehingga esok 15/6/2016 jam 12.00 tengahari.

Ada ke yang nak join simple segmen ni??




Cuakk!!!!




Takut takde yang join!!



Segmen ini simple sahaja!!


Tak perlu buat entry!



Caranya, mudah sahaja hanya klik kelima-lima iklan di bawah (klik sampai habis LOADING yeah!);



Make sure, awak-awak semua jujur yeah! Dah settle klik kelima-lima iklan ini boleh komen DONE pada bahagian komen, terus pm nama dan alamat dekat fb Azwar -- Azwar Syuhada. Hanya 7 orang yang terpantas sahaja dapat kad raya, kalau yang tak berjaya cuba lagi next time okay! 

Reading Time:

Monday 13 June 2016

Resepi Bubur Lambuk Menjadi Pilihan Utama Juadah Berbuka Puasa
9:48 am 3 Comments
Salam to all readers,

Hari aku nak update resepi bubur lambuk turun-temurun keluarga aku. Kalau diperhatikan resepi di internet mereka tidak tinggal dengan minyak sapi, daging, ayam, dan segala rempah ratus serta cara masak mereka pun lain. Dah lama rasanya, mak aku tak masak bubur lambuk, ialah semenjak arwah atuk aku dah tiada. Kalau masa arwah atuk aku ada, boleh dikatakan hari-hari masak bubur lambuk ketika bulan puasa. Kira bubur lambuk ini menu wajib ada. 

Semenjak arwah atuk dah tiada, bubur lambuk dah jarang-jarang buat melainkan ada permintaan yang teringin nak makan. Tambahan pula, dekat masjid dan surau sekitar kawasan rumah ini ada mengagihkan bubur lambuk. Baru-baru ini, mak saudara aku ada datang kerumah sekaligus bawa bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dengan tunjuk ajar mak aku. Bukan nak kata apalah, mak aku kalau bab memasak memang pro habis, aku je yang tak berapa cerdik dalam bab memasak ini. Sekarang, baru terkial-kial nak belajar. hehehe..

Jom ikuti kelas masakan aku yang tak berapa nak pro ini. Ikuti cara mudah memasak bubur lambuk gituew...




BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1) Beras
2) Santan
3) 4 ulas bawang merah
4) 3 ulas bawang putih
5) Halia
6) Bawang putih
7) Ikan masin
8) Anak udang


CARA-CARA MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK

First steps, rebuslah beras terlebih dahulu seperti masak bubur (kalau boleh lebihkanlah airnya)

Dalam pada merebus beras tersebut, ikan masin tersebut haruslah digoreng garing. Dah garing, buangkan tulang ikannya, ambil isinya sahaja. 

Dah siap carik-carikkan ikan masin tersebut, kita beralih dengan blender ikan, bawang merah, bawang putih, halia, anak udang sekali. (kalau rajin tumbuklah dengan lesung batu)

Apabila dah siap blender, curahkanlah dalam beras yang dah jadi seperti bubur tadi. Setelah dah masukkan bahan yang ditumbuk tadi, jangan lupa masukkan sekali santan kelapa (santan kotak pun boleh), adjustlah rasanya, jangan terlalu banyak. Kemudian, gaulkan rata-rata. 


Oppss, jangan lupa masukkan lada hitam. Gaulkan lagi sampai ianya mendidih. 

Lalu siap dimakan!



p/s: Kalau diikutkan resepi mak aku memang pakai campak-campak dan agak-agak je. Jadi ada rasa, menjadilah tu.

Selamat mencuba!
Reading Time:

Saturday 11 June 2016

5 Tip Bajet Tabung Wang Kecemasan | Menabung Secara Bijak!
9:00 am 6 Comments
Salam to all readers,



Tadi masa waktu senggang, aku ada baca satu artikel dalam majalah dara. Seperti biasalah, apa yang aku rasa best sudah semestinya aku share pada engkorang semua. Jimat duit, tak perlu beli majalah kan? Just google blog gua. hehehe.. Artikel yang aku nak kongsi ini, bukanlah baru sangat pada pendengaran engkorang, boleh dikatakan saban hari, diikuti setiap tahun mesti ada isu ini dibangkitkan. 

Mari rapat-rapa sikit, aku nak kongsi sedikit tips dari apa yang aku baca dan aku olah dengan cara aku sendirilah yeahhh. Benda aku nak share ini adalah "5 TIPS BAJET TABUNG WANG KECEMASAN | MENABUNG SECARA BIJAK!". Siapa tak sayang duit kan? Aku bab duit ini memang expert, bersinar-sinar bebola mataku. hahaha..

Bagi mereka yang dah bekerja, pasti bukan mudah untuk engkorang mempunyai baki simpanan akaun bank setiap bulan kan? Tambah-tambah banyak benda yang harus dibuat seperti bayar sewa rumah, insurans kereta, duit makan, duit tol, dan macam-macam lagi. Setiap kali melihat baki akaun bank, setiap kali itulah asyik mengeluh kan? Jangan kata bila dah bekerja dan ada kerjaya barulah start menabung, hakikatnya amalan menabung ini harus dididik dari kecil lagi sebenarnya.

Apa kata kali ini, engkorang cuba "5 TIPS BAJET TABUNG WANG KECEMASAN | MENABUNG SECARA BIJAK!". Mana tahu, sedikit sebanyak dapatlah kita sama-sama menyimpan wang untuk saat kecemasan pada masa akan datang.

1) Menabung
Walaupun agak lapuk cara ini, tapi pada aku dah praktikkannya. Sememangnya menjadi untuk menyimpan wang saku di saat kecemasan. Caranya cukup mudah, hanya tetapkan amaun yang ingin engkorang simpan setiap hari. Contohnya mahu tetapkan hanya menyimpan RM1 setiap hari, jadi engkorang perlu disiplinkan diri untuk meletakkan jumlah itu dalam tabung berkenaaan. Pastikan engkorang, tak usik pun duit dalam tabung tersebut. Bak kata orang, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tak gitu? Mana tahu, ada rezeki lebih nanti, satu hari boleh simpan RM5 pula. Sebulan dah tentu-tentu ada RM150. Seronok tak?

Seelok-eloknya, mak ayahlah harus bijak mendidik anak-anak yang paling kecik ini menabung. "Kalau dulu, mak ayah tak merasa bermain gadget lalu mereka fikir biarlah anak-anak di usia yang muda bermain gadget", rasanya ungkapan tidak relevan diwaktu sekarang ini. 

2) Dahulukan mana yang penting
Setiap bulan apabila wang gaji engkorang masuk sahaja ke dalam akaun bank, pastikan engkorang settlekan segala bil-bil yang wajib dibayar terlebih dahulu. Dah settle, barulah lihat baki akaun bank dan dari situ engkorang boleh buat bajet. Mungkin ada sedikit lebihan untuk engkorang berbelanja membeli barang disukai.

Sebagai student yang ditaja tak kiralah mara, atau elaun tajaan lain-lain, kalau kita berbelanja secara tidak berkhemas, jawabnya tengah bulan engkorang dah terkontang-kanting. Kadang-kadang manggi pun payah nak beli. Alhamdulillah, buat masa ini keperluan diri aku masih dalam kawalan. 

3) Akaun bank yang berlainan
Untuk lebih selamat, buatkan satu akaun bank yang berlainan. Misalnya, untuk pergi bercuti, tetapkan satu akaun bank sahaja. Manakala untuk membeli-belah, tetapkan satu akaun untuknya. Kemudian letakkan amaun di dalam akaun bank itu. Contohnya,untuk bercuti engkorang menyimpan sebanyak RM150 sebulan manakala untuk membeli belah pula, engkorang tetapkan RM300 sebulan. Dengan cara ini, engkorang dapat mengelakkan belanja berlebihan. Mungkin satu hari nanti aku akan gunakan cara ini pula! Tips akaun bank berlainan ini aku petik dari majalah dara itu.

Kalau diikutkan sebagai students, eloklah ada sekurang-kurangnya 2 bank. Kalau dah bekerja eloklah banyak bank, kalau simpanannya menggunung takpelah juga. Tapi memandangkan tengah musim elnino ini sudah tentu bank engkorang juga menyusut. Jadi, pandai-pandailah menguruskan kewangan. Kalau pandai mengurus, tidak mustahil dapat melancong ke sana ke mari.

4) Jangan biasakan diri gunakan kredit kad
Bagi mereka yang ingin menyimpan duit, jangan sesekali membiasakan diri menggunakan kredit kad. Hal ini kerana, engkorang akan belanja secara berlebihan apabila menggunakan kredit kad. Oleh itu, sentiasa gunakan tunai apabila membuat pembayaran.

5) Rancang perbelanjaan setiap bulan
Dulu aku rajinlah catit dalam buku 555 berapa bajet aku setiap hari dalam sebulan. Sekejap jerlah menjadi, lepas tu malas dah nak catit. Hangat-hangat tahi ayam gitu. Awal-awal je semangat, malas tu tetap menebal dalam diri. Jadi kali ini, kena praktikkan semula.

Dimana, engkorang haruslah merancang perbelanjaan engkorang setiap bulan. Contohnya, berapa bajet engkorang setiap hari ataupun minggu? Melalui cara ini, engkorang dapat lihat ke mana duit engkorang dibelanjakan serta dapat mengenal pasti apa yang penting dan apa yang kurang penting. Selain itu, sekiranya engkorang harus pulang ke kampung, apa pula bajet engkorang? Jangan berbelanja sesuka hati, kelak nanti engkorang yang gigit jari.

p/s: Jom sama-sama kita menabung!
Reading Time:

Thursday 9 June 2016

Peluang Tersenarai dalam Bloglist Ramadhan 1437H Oleh Hasrul Hassan
5:28 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Diam tak diam dah hampir empat hari kita berpuasa. Harap-harap kita semua sihat dalam menjalani ibadah puasa memandangkan cuaca sekarang tak menentu kejap panas kejap hujan. Rutin harian sepanjang aku bercuti di rumah ini adalah mengadap laptop sepanjang hari akan stop apabila bateri dah kong. Dalam pada masa mengadap blog, aku ada terbaca satu entri di mana blogger Hasrul Hassan telah membuka peluang kepada 50 blog bagi mengisi Bloglist Ramadhan 1437H Hasrul Hassan. Siapa yang tak teringin nak tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan, untung-untung dapat tempias trafik tinggi dari blog tersebut. Blogger Hasrul Hassan namanya tidak asing lagi dalam dunia blog, di mana dia seorang blogger yang berjaya menjana pendapatan dari rumah melalui blog sahaja. 

google

Aku akui memang aku jarang singgah ke blog Hasrul Hassan akan tetapi sekarang aku kerap kunjungi blog beliau oleh kerana perkongsian entri  mengenai Cara Buat Duit dengan Google Adsence. Tambah-tambah aku dah pun daftar google adsence. 

Sedikit sebanyak ilmu menjana pendapatan melalui  blog aku banyak refer blog Hasrul Hassan kerana cara penyampaiannya cukup mudah difahami, dari step pendaftaran, tingkatkan trafik dan banyak lagi. Memandangkan aku pun jenis yang curious bab menjana pendapatan melalui blog, apa salahnya aku terokai dan belajar dengan sendiri dengan menggoogle blog Hasrul Hassan. 

Blogger Hasrul Hassan bukan sahaja bijak dalam menjana pendapatan melalui blog, tetapi sikapnya yang peramah dan rajin berbalas komen membuatkan orang lain senang hati untuk bertanya perihal blog. 

Apa-apapun aku berharap akan datang blogger Hasrul Hassan dapat kongsikan lebih banyak lagi cara-cara menjana pendapatan melalui blog. Orang kata, hidup akan jadi senang bila kita tidak lokek ilmu. hehehe.. Hopefully, blog aku terpilihlah untuk tersenarai dalam Bloglist Ramadhan 1437H Oleh Hasrul Hassan!

p/s: Bagi blogger yang tak join lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan.
Reading Time:

Saturday 4 June 2016

Rutin Setiap Tahun Menjelang Ramadhan
8:56 pm 6 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah, Selasa baru-baru ini aku baru sahaja selesai menjawab final. Now, tengah cuti dalam seminggu dua sebelum masuk short sem. Masa cuti inilah, aku dapat luangkan masa untuk kembali berblog, lama menyepi masih ada lagi ke orang yang follow up cerita sendu aku? haha... Sendu sendulah, janji aku happy kan. Itu sudah cukup memadai.

Diam tak diam, lusa kita sebagai umat Islam akan berpuasa. Harap-harap kita semua akan menjalankan ibadah puasa dengan sempurna, curi masa lebih untuk pergi terawih. Harap-harap selama aku bercuti dekat rumah ni dapatlah aku ke masjid. Jadi tak jadi belakang kira, yang penting niat kena ada. 

Setiap kali menjelang ramadhan sahaja, hati ini rasa sebak kekadang rasa sayu juga mengenangkan arwah atuk dengan nenek yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang dibesarkan oleh atuk nenek dia, mesti ada perasaan sebegini. Jadi tiap kali menjelang Ramadhan, kami sekeluarga akan menziarah pusara atuk, nenek, onyang, sedara mara yang kembali ke rahmatullah. Tiap-tiap kali ziarah pusara, kita rasa sayu juga pabila tengok pusara orang lain yang macam ditinggal lama. Andai kata kita tiada masa pun, carilah masa yang ada untuk ziarah saudara kita yang sudah kembali kerahmatullah, bersihkan sikit pusaranya. Kalau kita rajin ziarah, Insyallah kita punya tempat nanti ada waris yang ziarah. 

Bagi memeriahkan pusara atuk nenek, taburlah bundengan bunga orkid-orkid sekali gitu! Bukan selalu pergi ziarah kubur.

Sempat tangkap gambar pusara arwah nenek, yang lain tak dapat disebabkan keadaan kubur yang tak berapa selia.


Nah aku share sikit niat puasa untuk sebulan dan juga doa berbuka puasa bagi umat Islam yang akan menjalankan ibadah puasa. Sama-sama mengingati apa salahnya kan? Jom nantikan pengumuman puasa di kaca televisyen. Akhir kata, selamat puasa buat semua!

Reading Time: