Sunday, 31 January 2016

Tahniah, Mat Lutfi dah selamat berkahwin!

Salam to all readers,

Minggu ni kecoh pasal Mat Lutfi dah kawin! Dia yang kawin, orang lain yang meroyan dah kenapa? hahaha.. Aku kenal si Mat Lutfi ini pun menerusi video-video dia di youtube. Yang terbaru, aku ada juga baca "Catatan Matlutfi". Tup-tup kawin dah dia! Apa-apa pun tahniah buat Mat Lutfi yang dah selamat jadi suami orang. Jom layan gambar perkahwinan Mat Lutfi, sumber dipetik dari twitter!

google
Jadi trending kot, Mat Lutfi kawin! Aku tahu pun melalui twitter. 


google
google
Walaupun simple, tapi tetap nampak cantik. Sama cantik, sama padan kan?


google
 Mat Lutfi dan isterisnya. Mat and spec berpisah tiada! Apa-apa pun, tahniah buat Mat Lutfi dah selamat berkahwin.

p/s: Ada yang sentap ke Mat Lutfi dah kawin? Tak mengapa, Mat Asli dan Mat Wajib Mutasil tu yang penting engkorang kena ingat! hehehe...

Thanks you for reading!


Read More»

Thursday, 28 January 2016

BLESS TEATOX pilihan terbaik membuang sisa toksin dalam badan!

Salam to all readers,

Seperti semua orang sedia maklum, negara Malaysia memang kaya dengan makanan. Sebut je nak makan apa makanan tradisional, western, makanan laut semuanya ada. Tambah-tambah, orang kita memang suka makan tanpa mengira masa. Kalau dulu nasi lemak merupakan menu sarapan pagi sahaja, tapi sekarang boleh jadi makanan tengahari mahupun menu untuk makan malam. Begitu juga dengan pengambilan makanan, kalau diikutkan dari pendidikan kesihatan, kita seharusnya makan 3 kali sehari sahaja (sarapan, tengahari dan malam). Tapi, zaman sekarang orang kita lebih suka dan berselerakan makan berkali-kali. Orang dulu-dulu kata makan tu biarlah sekadar lapik perut tapi sebaliknya berlaku dimana orang kita suka makan berganda-ganda sehingga kekenyangan. Jika diperhatikan sekeliling, setiap saat orang kita ada sahaja benda yang nak dikunyah kan?

Apabila dah pulun makan tak hinggat dunia, mulalah rasa tidak selesa dimana duduk tak kena, berdiri tak selesa, baring apatah lagi. Tambah-tambah, makanan yang sedap-sedap ini terdiri daripada makanan yang berminyak dan berkolestrol yang tinggi. Berapa kerat sangatlah golongan yang nak makan makanan yang berebus untuk kesihatan. Oleh kerana mulut kita sentiasa menganga menerima makanan, tanpa kita sedari toksin juga sama-sama menafaatkan berkumpul dalam perut. Jadi macam mana nak atasinya? Marilah aku perkenalkan satu formulasi terbaru yang dapat mengatasi masalah engkorang semua iaitu "BLESS TEA TOX". Dutanya semua orang kenal, Dato Hj Malek Noor merangkap bekas ahli bina badan.

google
 Inilah dia BLESS TEATOX

google
 Ini pula Encik Ismail Abu Hassan merangkap Pengasas Bless Mania

google

KENAPA DETOKS SANGAT PENTING?
Detoks adalah proses membershikan segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dengan pembersihan ini, barulah badan dapat menyerap nutrisi daripada makanan pada tahap yang optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa supplemen supaya tahap penyerapan nutrisi berada pada tahap yang terbaik.

PENGALAMAN MENGAMALKAN BLESS TEA TOX?
Setelah hampir seminggu lebih aku minum Bless Tea Tox ini aku rasa lega gila. Kenapa? Kalau sebelum ini payah sangat aku nak membuang, tapi sekarang boleh dikatakan hari-hari aku keluar masuk jamban. Sistem penghadaman aku pun semakin teratur dan segala sisa toksin dalam badan telah berjaya dikeluarkan dengan adanya Bless Tea  Tox. Apabila usus dalaman kita bersih, secara tidak langsung saluran darah dalam badan berjalan lancar, kesihatan kita pun terjamin. 

Formulasi yang menggabungkan Ekstrak Teh Hijau, Epal, Limau Wheat Germ mampu menjadi ejen detoks terbaik membekalkan nutrisi dan tenaga malah tinggi anti oksida. Bagi penggemar teh hijau, bolehlah cuba bless teatox ini. Sedap beb! Produk ini tidak perlu diragui lagi kerana dijamin halal dan telah medapat kelulusan dari pihak KKM.

Bukan aku sorang sahaja dah merasai kebaikan teatox ini, kalau nak tengok pengalaman orang lain bersama teatox boleh tengok di SINI.

*PERINGATAN
Ibu mengandung dan kanak-kanak tidak digalakkan.

Antara kebaikan BLESS TEATOX;
- Membersihkan usus dan menyahtoksin
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Membekalkan tenaga
- Mengurus berat badan
- Membantu masalah sembelit

google
Cara penggunaannya cukup mudah, hanya tuang 1 setengah skup dicampur dengan 150ml air sejuk, goncang dan minum sehari sekali sebelum tidur. Harganya hanya serendah RM90.00 sahaja!

Berminat untuk mecuba? Boleh terus order di sini;

More info;
Website : BLESS MANIA
Fanpage: BLESS MANIA
Twitter: BLESS_Mania
Instagram: blessmaniaofficial

Thank you for reading!

Read More»

Wednesday, 27 January 2016

Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais


KLIK BANNER UNTUK JOIN

3 RAKAN YANG BERTUAH;

Read More»

Tuesday, 26 January 2016

Movie Review: Penangan Dilwale

Salam to all readers,

Cerita dah basi barulah aku terhegeh-hegeh nak update kan? Basi tak basi aku tetap nak update disebabkan aku minat gila tengok lakonan Shahrukh Khan dan juga Kajol. Mungkin anda juga peminat tegar mereka siapa tahu kan? Hampir sebulan lebih jugalah cerita ini masih on going dekat panggung wayang. Sebelum berangkat pulang ke kampung halaman lagi, adik saudara aku text ajak tonton wayang cerita dilwale. Aku pun onn jerlah!

Boleh dikatakan cuti kali ini aku banyak juga keluar berbanding cuti-cuti sebelum ini yang mana aktivitinya tak produktif langsung. Jom tengok apa yang menarik mengenai movie Dilwale!

google

Sinopsis Dilwale

Filem terbaru bollywood "Dilwale" 2015 ini mengisahkan tentang seorang jejaka kacak iaitu Raj (Shahrukh Khan) dan seorang wanita anggun iaitu Meera (Kajol) yang saling mencintai. Tetapi cinta mereka dihalang oleh orang tua disebabkan kedua-dua keluarga tidak bersefahaman.

Disebabkan berlaku satu peristiwa hitam menyebabkan pasangan ini terpaksa berpisah dan bermusuhan walaupun dalam hati mereka masih saling mencintai. Setelah beberapa tahun, mereka dipertemukan sekali lagi, disebabkan adik Raj iaitu Veer (Varun Dhawan) telah terpikat dengan adik Meera iaitu Ishita (Kriti Sanon). Hubungan mereka ditentang oleh Meera apabila mengetahui Veer adik kepada Raj. Apabila melihat adiknya Ishita sangat mencintai Veer, Meera tidak sampai hati menghalang lalu mempersetujui hubungan mereka dengan syarat Veer harus melupakan abangnya. 

Bak kata orang, air dicincang tidak akan terputus, Veer mengambil keputusan memilih abangnya. Kerana susah senang abangnya bersama-sama. Walaupun hubungan mereka dihalang, mereka tetap bertemu dan menyiasat apa yang berlaku antara Raj dan Meera. Apabila mengetahui hubungan antara Raj dan Meera dari sumber tak berapa sahih mereka bertungkus lumus untuk menyatukan semula pasangan ini. Adakah mereka berjaya, menyatukan Raj dan Meera kembali? Nak tahu kesudahan, kenalah tengok! 

Pendapat mengenai movie Dilwale

Apa yang dapat disimpulkan, cerita ini amat menarik dan tak rugi perhabis duit tengok wayang! Larilah sejauh mana, kalau dah ditetapkan itu jodoh engkau lari beribu batu pun akan tetap dipertemukan. Biasalah cerita hidustan, kalau tak nyanyi, menari memang tak sah (part ini boring sikit, berzaman jugalah dia menyanyi). Part gempak tak berapa nak logik, boleh tahulah part dimana seorang hero boleh belasah berpuluh-puluh orang. Nampak macho katanya! Dengan audio plus sound nampak gempaklah layan hindustan. 

Aku tak tahulah, Kajol dengan Shahrukh Khan ini makan apa yang menampakkan mereka awet muda. Si Kajol pula makin putih jika nak dibandingkan dulu-dulu kala. Jelas kecantikannya terserlah dalam filem ini. Shahrukh Khan pun tak kurang hebatnya, masih gah dalam pentas lakonan. Yang pasti tak kering gusi gelak tengok cerita ini. Ini antara scene menarik dalam filem Dilwale.

google

google

google


google


google

Director: Rohit Shetty
Duration: 2 hour 38minutes
Rating: 10/10

Andai kata engkorang dah layan movie Dilwale, apa kata engkorang layan cerita ini pula "Bajrangi Bhaijaan". Cerita ini best tapi sedih sikitlah. Lagi menyaat hati. Nak layan? Boleh klik link bawah ini;

p/s: Minggu ini satu rumah demam, perbanyakkan minum air suam memandangkan cuaca tengah panas! 

Read More»

Thursday, 21 January 2016

NORIE SIGNATURE menawarkan Jubah dan Blouse yang tampak cantik dan lebih feminin

Salam to all readers,

Selamat tahun baru, harini baru aku berkesempatan ucapkan pada semua! Tahun baru, semua orang ada niat azam baru, handphone baru, pakaian baru, gaya baru, kalau boleh serba serbi nak benda baru. Barulah ada gaya katakan. As a student, terutamanya student perempuan seperti aku benda yang paling dia asyik pikirkan adalah pakaian. Esok petang ada kelas, malam dah fikir nak pakai baju apa ya esok? Bagi aku, aku tidaklah kesah sangat tentang pakaian, asalkan sesuai dengan diri aku dan selesa bergerak ke sana ke mari. Tambahan pula, sekarang ini tengah musim alnino jadi kenalah cari pakaian yang lebih selesa dengan keadaan cuaca negara kita. 

Waktu ini aku tengah cuti sem, ada juga aku terfikir untuk menukar gaya masuk tahun 2 ini. Aku tergerak hati nak memakai jubah dan blouse-blouse labuh yang lebih feminin, sejak aku tengok mak aku menggayakan jubah yang dibelinya dari Vietnam. Tapi mak aku punya style corak orang berumur. Jadi, baru-baru ini aku ada jumpa satu website yang menarik hati dan menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah. Kalau anda melihat, sudah pasti anda jatuh hati juga!

Website yang aku maksudkan itu adalah "NORIE SIGNATURE". Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga XL. Koleksi Norie Signature terdiri daripada blouse muslimah, tunik, jubah muslimah, t-shirt muslimah, skirt labuh dan banyak lagi. Norie Signature turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Singapura, Brunei, Australia dan lain-lain. Jadi tak perlulah risau, untuk mendapatkan koleksi Norie Signature.

google

Dalam banyak-banyak koleksi Norie Signature, aku sangat-sangat berkenan dengan blouse dan juga Wardah Jubah. Semuanya cantik-cantik, sampai rambang mata untuk memilih. Norie Signature mengeluarkan dua jenis blouse cantik iaitu blouse Helena dan juga Nelly. Kedua-dua jenis blouse ini cantik-cantik belaka dan harganya mampu dimiliki. 
google
 Antara pilihan warna yang ada buat blouse cantik Helena!
google
Ini antara koleksi blouse cantik Helena. Cantik kan? Ianya amat sesuai digayakan untuk menghadiri kuliah, event, kenduri dan yang paling penting menutup aurat. Warna pun cantik-cantik belaka, kalau boleh semua jenis warna blouse cantik Helena ini kena ada dalam almari aku. Kalau semua jenis warna ada, tak perlulah risau lagi harini nak pakai baju warna apa kerana semua warna Helena Blouse dah ada dalam almari. Anda boleh mendapatkan Helena Blouse ini hanya serendah RM99.00 sahaja!

google
Satu lagi blouse cantik yang terdapat di Norie Signature adalah Nelly Blouse. Dengan material Dull Satin & Tweed dan blouse cantik ini juga ada keistimewaannya tersendiri iaitu labuh menutup punggung, preggy mom pun boleh menggayakan, pilihan warna yang menarik dan yang paling penting dapat menutup lemak yang berlebihatan. Antara koleksi warna yang ada adalah seperti Dusty Pink, cream, maroon, mustard, teal green dan juga royal blue. Hanya serendah RM60.00 sahaja anda boleh mendapatkan blouse cantik Nelly ini.

google
Seterusnya, koleksi Wardah Jubah. Sekali pandang, terus jatuh cinta nak beli. Tampil simple dan sederhana dengan jubah wardah edisi 2016. Wardah Jubah ini diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan. Sangat sesuai dipakai ke pejabat ke sekolah mahupun ke mana-mana acara formal dan tidak formal. Yang pasti harganya sangat murah, hanya serendah RM159.00 sahaja! Jadi sekiranya ada tercari-cari jubah murah dan lebih feminin, Norie Signature pilihan terbaik. Boleh dikatakan semua koleksinya cantik-cantik dan murah-murah serta berkualiti. Apa kata orang, biar murah asalkan berkuliti! Tak perlu risau untuk membeli koleksi blouse murah, tudung cantik, jubah cantik di Norie Signature kerana ia turut menyediakan tips pembelian dan sekaligus menjamin setiap item yang dikeluarkan dibawah jenama NORIE SIGNATURE memiliki kualiti yang tertinggi dalam design dan material. Ini kerana kepuasan pelanggan merupakan keutamaan Norie Signature.

Bagi yang tiada masa keluar rumah bershopping ataupun di luar tiada banyak pilihan busana muslimah, anda boleh melewati website Norie Signature kerana ia menawarkan pelbagai jenis pilihan dan warna busana muslimah. Bukan akak-akak sahaja boleh melawat/membeli di Norie Signature, abang-abang pun boleh tengok dan membeli busana muslimah seperti jubah cantik dan blouse murah buat yang tersayang. 

So, korang berminat tak? Kalau berminat boleh terus terjah website bawah ini. Yeahhh, jom sama-sama bergaya dengan koleksi Norie Signature!


Thanks you for reading!


Read More»

Monday, 18 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


Read More»

Wednesday, 13 January 2016

Cara mudah buat duit dengan 8Share!

Salam to all readers,

Maigadd harini aku seronok sangat layan movie Dilwale bersama adik saudara aku. Disebabkan terlalu seronok, harini aku nak share dengan engkorang semua cara mudah buat duit dengan 8share! Selain iklan nuffnang, aku guna iklan 8Share juga untuk memenuhkan tabungan aku. Bagi aku, 8Share ini lebih mudah untuk kita buat duit, jika dibandingkan dengan Nuffnang. Nak tahu caranya? Jom baca lebih lanjut!

Cara mudah buat duit dengan 8Share;

1) First steps, sudah semestinya kena sign up! Jadi daftar sekarang di http://8share.com/my

google

2) Selesai mendaftar, perlulah kemaskini akaun peribadi engkorang semua seperti alamat, nombor telefon, prefer akaun bank apa dan senagkatan dengannya. Apabila dah selesai kemaskini profile, bolehlah mula share iklan. Macam mana nak share? Caranya mudah sahaja, hanya klik pada button SPECIAL engkorang semua boleh nampak pelbagai jenis iklan yang boleh di share. 

google

Apabila dah pilih iklan yang engkorang berkenan, boleh klik button "LIHAT SPECIAL INI". Selesai klik, nanti dikeluar seperti ini pula;

google



Nanti keluar page seperti ini, mula-mula engkorang kena kenalpasti apa yang anda nak kongsikan. Macam mana nak tarik orang ramai klik iklan engkorang, mudah sahaja pilih antara 3 ayat yang 8Share bagi tu, nak tambah ayat sendiri pun boleh. Pilihlah ayat yang menarik sikit, yang mudah orang tertarik dengan iklan yang kita share tu. Selesai memilih ayat, kliklah button social yang nak dikongsikan samaada facebook, twitter, ataupun google+ melalui email pun boleh dikongsi bersama.

Setiap orang yang klik iklan tu, anda mendapat ganjaran sebanyak RM0.20. Banyak taw, lagi ramai teman, lagi senang engkorang nak share. Bagi aku, 8Share ini lagi mudah nak jana income jika nak dibandingkan dengan Nuffnang. hehehe...

Berminat? Apa tunggu lagi, daftarlah 8Share dengan kadar segera dan jom sama-sama kumpul duit. Cara nak daftar mudah sahaja, klik link bawah ni;


Thanks you for reading!

Read More»

Monday, 11 January 2016

Hujung Minggu di District 21 IOI Mall, Putrajaya

Salam to all readers,

Anda sayang diri anda? Agak-agak, berapa kerap anda melakukan aktiviti riadah? Adakah anda selalu melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, sahabat handai, jiran tetangga ataupun boyfriends girlfriends. Tak kisahlah dengan siapa anda ingin melakukan aktiviti riadah, janji anda ada hati untuk menjaga kesihatan diri. 

Sekarang banyak aktiviti riadah yang kita boleh lakukan, ada setengah orang suka melakukan aktiviti riadah dengan jogging setiap hujung minggu, buat zumba di dalam rumah, mana yang berpendapatan lebih mereka lebih cenderung membeli peralatan senaman untuk diletakkan di dalam rumah, senanglah nak bersenam waktu pagi, malam, senja sekalipun. Kadang-kadang, kalau dah malas nak bersenam mereka lebih suka jadikan peralatan tersebut sebagai hiasan di rumah.

Sekarang, orang kita terlebih manja sampai bersenam pun taknak. Nak bersenam, kalau boleh bawah pokok sahaja, tak boleh kena cahaya matahari nanti kulit gelap. Jadi, ada satu jalan penyelesaian di mana mereka yang berminat panjat memanjat, aktiviti lasak tanpa ada cahaya matahari menembusinya. Kira kalau engkorang main berjam-jam pun, kulit korang tak terbakar pun, cuma urat-urat dalam badan sakitlah lepas main. Yang pastinya, tempat ini ini cukup awesome dan semua generasi boleh melakukannya dari budak kecik sampai ke nenek-nenek. 

Tempat riadah yang aku syorkan engkorang semua pergi adalah District 21 yang terletak di IOI Mall, Putrajaya. Ia bertempat dalam IOI Mall, jadi tak perlu risau mengenai kulit gelap. Masa study week haritu, aku sempat luangkan masa bersama adik dan sepupu aku di sini dengan tajaan aunt aku. Dalam pukul 11.00 pagi sampai 3.00 petang mainlah sampai muntah. Aku yang dah tua bangka ni pun main juga wei. Yang pasti semua aktivitinya best dan adventured. Kalau nak ajak member-member buat aktiviti lasak tanpa berjemur, District 21 tempat yang paling sesuai engkorang kena pergi. Jom layan gambar aktiviti-aktiviti yang terdapat di Distict 21.

google

 Ini antara aktiviti engkorang boleh lakukan dekat sini, yang tergantung kat atas tu aku tak main pun disebabkan keberanian tak berapa kuat.

google
 Sini pula tempat meloncat-loncat, loncatlah sepuas-puasnya kalau dah ke mari okay!

 Majoriti ramai keluarga yang datang bawa anak-anaklah, student pun ada.




Yang bestnya, kalau nak berhenti main sekejap samaada nak pergi solat ataupun round mall kemudian masuk semula pun boleh. Yang pasti tag dekat tangan tu tak dihilangkan. 


 Kalau nak merasa main aktiviti seperti Running Man, bolehlah datang ke mari. Best pun best! Korang kena datang tau! Tak rugi pun.

Waktu beroperasi;
12.00pm-8.00pm (Sunday to Thursday)
12.00pm-10.00pm (Friday to Saturday)
10.00am-10pm (Public Holiday)



More info;
http://www.district21.com.my/

Thanks you for reading!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com