Tuesday, 29 March 2016

BUNGA_PROJECT WANT TO CLEAR OUR STOCK!!!

Salam to all readers,


Harini aku takde kelas, dapatlah aku buat coretan sikit dekat laman sesawang aku ni. Seperti yang sedia maklum, aku kan sekarang tengah berjinak-jinak dalam perniagaan jual tudung. Banyak benda jugalah aku belajar nak improvekan lagi bisnes online ni. Kadang-kadang tu rasa down jugalah. Jadi bagi mengurangkan rasa down dan kembali semangat untuk berniaga adalah dengan membaca pengalaman beberapa orang usahawan yang telah berjaya. Ada yang rugi berpuluh-puluh ribu tapi still bangun semula untuk berjaya. Salah satu caption yang aku suka ini;


Apa yang saya belajar dalam business ni, jangan terlalu amik kisah pasai orang. Maksudnya, nampak kawan business lain tambah kedai, tambah product, tambah kereta, tambah rumah, jangan rasa tercabar atau rasa tak senang duduk, sebabnya tu rezeki dia. Apa yang dia dapat semuanya dari apa yang dia usaha, so janganlah rasa gelbah. Kita buat kerja kita, usaha dan usaha ada rezeki tu ada lah. Jangan risau nah. Kalau usaha pasti ada hasilnya. Belajar dari kawan business kita tak mengapa. Tapi jangan dengki, hati mau bersih baru bertambah maju.


Jadi, apa yang dapat dirumuskan di sini kita nak berniaga ni janganlah ada rasa dengki, kalau tengok orang tu dah maju ke depan biarlah dah rezeki dia. Kita yang masih tak berganjak haruslah lebihkan usaha. Yang penting solat jangan tinggal. 

Bagi menceriakan pagi ni, aku nak buat CLEARANCE STOCK untuk tudung, shawl yang aku jual. Bagi menghabiskan stock ni, aku nak bagi harga kasih sayang pada engkorang semua.

Yang pastinya shawl from bunga_project ini sangat selesa dipakai dan senang dibentuk. Materials kainnya pun okay dan gerenti engkorang suka puna. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk grabs okay! Kalau nak belikan untuk orang tersayang pun boleh.

google
 SHAWL CHIFFON
Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m

google
  SHAWL CHIFFON

Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m


 RUBY WIDE COTTON SHAWL
Design: Straightcut
Material: Cotton Crumple
Size: 2.5m x 1m approximately
Price: 2 for RM25.00 not exlude postage

google
 SHAWL CHIFFON

Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m


Ini antara stock warna tudung yang tinggal, kalau nak tengok warna lain boleh terus lawati ig shop bunga_project. Ownernya aku sendiri, jadi apa-apa boleh terus whatsapp untuk sebarang pembelian.

Instagram: bunga_project
Whatsapp: 017-2150317


Read More»

Saturday, 26 March 2016

The Braces Story

Salam to all readers,

*Entry ini terpanjang pula tetiba, hope bertambah untuk membaca!

Semua orang mempunyai gigi, tapi tak semuanya bernasib baik untuk mengekalkannya sehingga ke usia menjangkau warga emas.

Kalau dulu-dulu, mak ayah mana heran sangat bab penjagaan gigi. Kalau anak nak masuk sekolah barulah dikenalkannya dengan ubat dan juga berus gigi. Jadi, tak heranlah waktu zaman aku sekolah ramai jugalah kawan-kawan aku giginya rongak, ada tu hitam, dah tumbuh gigi kekal terselit pula gigi taring, kadang-kadang siap berlapis lagi giginya.

Kalau sebut doktor gigi, bukan semua orang mempunyai keberanian untuk pergi, kadang-kadang mereka sanggup tahan sakit gigi di rumah. Banyak-banyak penyakit, sakit gigilah yang paling teruk sampai tak boleh tidur malam. Waktu dulu zaman 80an dan 90an kebanyakan orang yang dah mencecah 30 tahun ada yang dah memakai gigi palsu.

Sekarang zaman dah maju, akhir tahun 1990an telah diperkenalkan pelbagai teknologi baru untuk mencantikkan gigi, seperti implan gigi termasuklah rawatan ortodontik (pendakap gigi). Kalau nak tahu, implan gigi ini bermaksud penggantian akar gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Branemark dari Swedan manakala rawatan ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.

Oleh kerana, dah macam-macam teknologi diperkenalkan untuk mencantikkan gigi, jadi aku mengambil inisiatif untuk memperbetulkan susunan gigi aku yang tunggang terbalik ini di klinik pak saudara aku. Dan sekarang genaplah 6 bulan aku memakai pendakap gigi.

Sungguhpun pada awalnya, aku juga rasa cuaklah memandangkan ramai yang kata sakit. Bak kata doktor merangkap pak cik aku tu dia kata kalau nak cantik mestilah rasa sakit dulu. Semuanya sakit, yang paling parah koceklah sakit betul dari berat sehingga dah nipis. Dulu aku tertanya-tanya juga macam manalah proses pendakap gigi ini dijalankan, aku terbayangkanlah dalam mulut aku ini kena jahit dengan besi. Rupa-rupanya itu semua halusinasi sahaja.

Proses membuat rawatan ortodontik (pendakap gigi);

1) First appointment: Doktor akan checkup keadaan gigi kita, berapa batang gigi nak kena cabut. Mana-mana klinik gigi, mesti akan kena buat pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian, doktor akan masukkan mold ke dalam mulut kita untuk mendapatkan acuan gigi sebelum memakai braces. Kemudian, aku ke klinik pergigian satu lagi untuk membuat X-ray gigi.
2) Second appointment: Pasang getah bagi mendapatkan space untuk memasukan besi.  (Pemasangannya tak sakit mana, cuma rasa tak selesa bila nak makan)
3) Third appointment: Pakai pendakap gigi (warna hijau pilihan pertama untuk braces aku). Pemasangannya mengambil masa jugalah dalam 30 minit lebih kurang. (tak sakit, tapi bila dah balik rumah barulah terasa, nak tidur  pun air mata ini meleleh sahaja tahan sakit). Dalam hati, nak gigi cantik punya pasal tahankan jerlah.
4) Appointment seterusnya: Barulah aku berkesempatan satu batang gigi. Alhamdulillah, aku hanya perlu cabut sebatang sahaja disebabkan gigi lain takde bikin masalah.

Inilah dia mold yang akan dimasukkan ke dalam mulut kita untuk mendapatkan acuan gigi sebelum memakai braces. Jangan risau, tak rasa apa-apa pun.

Inilah rupa gigi aku sebelum memakai pendakap gigi, ngeri jugalah rupanya. Doktor kata gigi atas aku je yang banyak problem, gigi bawah tak berapa teruk sangat. Aku ada perasan juga bila aku belek gigi depan cermin, kalau pergi mana-mana klinik gigi pun dia syorkan aku pergi pasang braces. Aku menyegih sahajalah, memandangkan takde duit waktu itu. Kalau tanya member-member yang pakai braces hampir RM3,000 dan ke atas untuk membuat rawatan ortodontik ini. Waktu itu, aku hanya mampu beranganlah akan pakai braces bila dah kerja nanti. 

Nak dijadikan cerita, raya tahun lepas aku berkesempatan beraya di rumah pakcik saudara yang merangkap doktor gigi inilah, dia cakap kalau nak buat dengan dia datanglah klinik (harga saudara dia bagi). Balik tu, aku fikirlah lagi nak pergi buat ke tak. Tambah-tambah, aunt aku volunteer hantar pergi dan balik ke klinik. Dah alang-alang orang sukarela nak hantar, teruslah aku pergi buat. 

Inilah rupa gigi aku lepas pakai braces. Serius aku cakap, masa mula-mula pakai aku rasa diri aku seorang jonggang. Balik dari klinik terus pergi beli bubur nasi, doktor nasihatkan jangan makan keropok, ayam, daging, pendek kata jangan makan benda keras. Seelok-eloknya makan benda yang lembut seperti roti. First week, aku pakai ini tidur berendamkan air mata sebab sakit rasa macam gigi nak luruh pun ada. Tapi keesokkan harinya, aku masuk bilik air tengok muka depan cermin, alhamdulillah gigi aku ada lagi. hehehe...

Disebabkan bulan 11, 12, dan 1 aku tak sempat nak selfie tayang gigi aku terus loncat bulan 2. Ini gambar gigi bulan 2 tahun ini, dimana aku nampak perubahan gigi belah bawah dah tersusun sama rata. Tinggal belah atas belum rapat lagi. Excited tengok gigi sendiri depan cermin sambil tersenyum sensorang. I'm not crazy girl!

Selfie tayang gigi untuk bulan ini, aku baru tukar getah belah atas menggunakan power chain, manakala belah bawah pakai donut. Insyallah, kalau tiada halangan hujung tahun ini aku dah boleh bukak pendakap gigi. 

Tentang kos rawatan ortodontik sungguhpun aku buat dengan pak saudara tak semestinya aku dapat murah atau mahal. Semuanya bergantung pada gigi kita sendiri, kalau banyak problem memanglah mahal, kalau sikit problemnya kuranglah kos rawatannya. Tapi kalau diikutkan, kos rawatan gigi memang mahal jika nak dibandingkan dengan rawatan lain. Cuci gigi pun dah cecah RM100, inikan pula nak cabut dan tampal gigi. 

Jadi aku nak nasihatkan, kalau nak gigi cantik dari kecik seawal usia baby lagi haruslah diasuh untuk mengelap gusi baby. Mak ayah kalau boleh, rajin-rajinlah hantar anak ke klinik gigi enam bulan sekali. Kalau rasa gigi nak tercabut, better terus pergi klinik jangan duk gatal cabut sendiri. Sebab, benda-benda macam inilah punca gigi kita berterabur.

p/s: Insyallah kalau ada masa lapang lagi, aku akan update pasal kondisi gigi sampailah aku bukak nanti. Sekarang dah boleh senyum sampai ke telinga bila gigi dah teratur. =)

Thanks you for reading!

Read More»

Wednesday, 23 March 2016

10 Barangan Pilihanku Sempena Ulangtahun Lazada Malaysia yang Ke-4 Tahun

Salam to all readers,

Sekarang tengah musim panas sehingga menyekat pergerakan kita untuk mengadakan aktiviti luar. Dalam cuaca panas ini eloklah kita berada di dalam rumah, banyak aktiviti boleh dilakukan salah satunya shopping di Lazada. Pendek kata, semua barang kita boleh dapat dan kita tidak perlu lagi bersusah payah menghabiskan masa ke luar rumah membeli. Dengan Lazada hanya klik masuk bakul, lakukan pembayaran secara online kemudian tunggulah barang tu tiba di depan rumah keesokkan harinya. Ada duit, semua boleh dapat.

Kalau yang rajin shopping online di Lazada ini pasti tahu keistimewaannya kan? Apa yang aku suka sangat shopping di Lazada ini sudah semestinya, harganya sangat berpatutan dan kekadang tak masuk akal bila tengok, yang pastinya Lazada sentiasa mengadakan sales gila-gila!! Jadi, kena sentiasalah terjah website Lazada kalau-kalau dorang buat sales. 

google

Pada mereka, yang pertama kali mendengar website Lazada engkorang tak perlulah was-was untuk membeli barangan di Lazada kerana Lazada merupakan website shopping online yang boleh dipercayai. Salah seorang pelanggan setia adalah aku, dan ramai sahaja orang lain yang berpuas hati dengan khidmat Lazada. 

Lazada merupakan website shopping online yang menawarkan beribu-ribu barangan antaranya pakaian lelaki dan wanita, gadget, computer, alatan sukan, jam tangan, kamera & telefon, barangan kanak-kanak dan keperluan bayi termasuklah barangan kecantikan dan kesihatan. Sebut sahaja nak apa, semua benda dah tersedia hanya tinggal sediakan duit sahaja. Jangan risau kerana barangan yang ditawarkan oleh Lazada ini dijamin berkualiti dan berjenama. Seandainya, barangan yang engkorang terima itu didapati rosak engkorang bolehlah melakukan pulangan barang semula dengan mengikut terma dan syarat (How to Return).

Diam tak diam, rupanya tahun ini merupakan ulangtahun ke-4 buat Lazada. Aku berharap sangat Lazada akan kekal maju dan sentiasa membuat jualan murah setiap tahun/minggu buat pelanggan setianya. kahkahkah...Sayang Lazada ketat-ketat.

10 Barangan Pilihanku Sempena Ulangtahun Lazada Malaysia yang Ke-4 Tahun


Memandangkan Lazada sekarang tengah menyambut ulangtahun yang ke-4, sudah semestinya ada sales gila-gila kan? Jadi, di sini aku senaraikan 10 barangan yang menjadi pilihan aku, kalau ada rezeki lebih nanti aku terus terjah Lazada. Nak tahu, barang apa yang menjadi pilihan? Jom scroll lagi...

1) Official Sony DSC-WX350(Pink)+8GB+CASE(SONY MALAYSIA 1 YEAR WARRANTY)

google

Kehidupan sebagai part time blogger ini sudah semestinya perlu ada 1 kamera bagi menghasilkan sebuah entry itu cantik dengan dihiasi gambar yang menarik. Jadi, aku memilih  Official Sony DSC-WX350(Pink)+8GB+CASE(SONY MALAYSIA 1 YEAR WARRANTY) sebagai peneman untuk pergi ke mana-mana sahaja sambil mendapatkan ilham dalam penulisan. Tambah-tambah warnanya sangat menarik.

2) Luxury Crocodile Faux Leather Analog Brown Mens Watch 
google

Kehidupanku tidak sempurna tanpa jam, kerana pada aku jam sangat penting untuk kita semua belajar menepati masa. Jadi sebagai seorang pelajar universiti aku naklah tampak bekerjaya salah satunya dengan menggayakan jam  Luxury Crocodile Faux Leather Analog Brown Mens Watch. Tambahan pula, aku memang dah lama tak berganti jam tangan.

3) Nike Women Kaishi Sneakers 
google

Sejak aku masuk universiti ini, boleh di katakan aku rajin jugalah join aktiviti lasak dan berjogging bersama housemate aku. Buat masa ini ada je kasut sukan tapi designnya tak berapa menarik. Jadi, tadi scroll website Lazada terjumpa pula kasut sukan yang aku berkenan designnya. Hope aku dapatlah memiliki Nike Women Kaishi Sneakers ini.

4) 6mm Multipurpose Big High Quality  Yoga Mat Green
google

Hobi aku sekarang adalah bersenam buat work out, aku bukalah youtube tengok video orang buat yoga. Tambahan pula, adik aku sendiri pun rajin buat work out. Jadi aku fikir aku kena ada satu benda alah ini supaya senaman aku jadi lancar. Harganya pun berpatutan hanya di Lazada.

5) 100Pcs Home Wall Glow In The Dark Space Star Stickers Ceiling Decal Baby Kid Room 3.8cm Multi Color   
google
  
Aku dah lama mengidamkan benda alah ini untuk menghiasi bilik aku. Konon nak bilik ala-ala princess gituew. Jadi, aku berharap aku dapat beli 100Pcs Home Wall Glow In The Dark Space Star Stickers Ceiling Decal Baby Kid Room 3.8cm Multi Color untuk dilekatkan di syiling bilik aku. Sebelum tidur, bolehlah aku kira stars.

6) Faber Wall Fan FWFV1632R 1'5B TORNADO Remote Control
google

Faber Wall Fan FWFV1632R 1'5B TORNADO Remote Control kalau boleh aku nak hadiahkan pada mak aku kerana ada satu tempat menjahit di rumah kipasnya dah rosak. Tak berganti-ganti hingga ke harini. Memandangkan Lazada menawarkan kipas ini dengan harga yang berpatutan taknaklah aku lepaskan peluang untuk membelinya.

7) 35 liters of Water Resistant Aeroline Casual Hiking Backpack Red & Black
google

Pada aku, aku harus mempunyai  35 liters of Water Resistant Aeroline Casual Hiking Backpack Red & Black ini satu bagi memudahkan perjalanan aku untuk join aktiviti lasak. Materialnya pun boleh tahan iaitu water-resistan nylon, multiple compartments, dan sturdy & comfortable.

8) Bayers Electronic Body Composition Analyser Scale C-813i
google

Memandangkan penimbang berat badan aku dah jahanam, sudah tiba masanya aku bertukar kepada Bayers Electronic Body Composition Analyser Scale C-813i yang terdapat di Lazada ini. Tambahan pula, banyak kelebihannya daripada penimbang berat lama aku. Antaranya ialah measure a range of body temperature, large LCD display, lebih modern, serta LCD display.

9) Easy Mop Double Device
google

Selain bersenam, mengemas rumah adalah hobi aku juga. Kalau boleh, hari-hari aku nak mop lantai rumah. Boleh dikatakan aku ni buat kerja agak kasar itu pasal, tiap tahun pasti akan bertukar ganti mop. Jadi, tadi aku belek-belek laman web Lazada terjumpa pula dengan Easy Mop Double Device yang nampak lebih mesra. 

10) Nature Republic Soothing and Moiture soothing Gel Aloe Vera (300ml)
google

Dalam pada masa kita sibuk dengan aktiviti luar, aku tak pernah lupa mencuri masa untuk menjaga atau merehatkan diri untuk kekalkan kecantikan. Jadi, aku harus membeli Nature Republic Soothing and Moiture soothing Gel Aloe Vera (300ml) kerana banyak khasiat bila menggunakannya. Produk ini cukup popular di Korea okay. Jadi, sesiapa nak muka ala-ala minah korea bolehlah cuba produk ini, hanya di Lazada!

Done! Inilah 10 barangan yang menjadi pilihan aku sempena ulangtahun Lazada Malaysia yang ke-4 tahun. Mungkin sekarang aku tengah kering, Insyaallah kalau ada rezeki lebih aku akan beli juga kesepuluh barangan ini juga dari Lazada! Yuhuu, seronok tak terkata kalau dapat beli kesepuluh barangan ini.
google
Sebelum aku terlupa, ada berita baik buat pelanggan setia Lazada, Sempena Ulangtahun Lazada yang ke-4 ini, Lazada mengadakan sales gila-gila dengan memberi diskaun sebanyak 90% buat pelanggannya. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bershopping di Lazada, tawaran ini bermula dari 15 sehingga 18 March sahaja! Ayuh, beramai-ramai serbu Lazada Malaysia.

DAPATKAN DISKAUN DI


Nak shopping? Klik SINI

Terima kasih!
INVOLVE ASIA


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Read More»

Friday, 18 March 2016

Flush!

Salam to all readers,


Nak dijadikan cerita harini aku nak menyembang perihal aktiviti aku pula, memandangkan sebelum-sebelum ini aku asyik berkongsi tentang produk kecantikan dan jualan murah, pastilah ada yang dah boring kan? Diam tak diam, pengajianku dah masuk tahun 2, Insyaallah kalau tiada halangan tahun depan habislah. Tak sabarr rasanya...Doakanlah ya yang baik-baik.

Berbalik kepada topik yang ingin dibualkan, engkorang ada tengok tak rancangan maharaja lawak 2 minggu lepas. Kalau ada yang tengok ingat tak, peserta Redza Mukmin berceloteh mengenai penggunaan tandas. Memang betul apa yang disampaikannya itu. Mana taknya, zaman dah maju katakan tapi tabiat orang tentang kebersihan tetap ditakuk lama. Tak kira dimana, baik dikampung mahupun di kota sama je tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Waktu sekolah dulu mahupun masa di pra-U dan sekarang di peringkat universiti sama je kebersihannya.

Situasi di tempat belajar..

Aku ini jenis yang kerap jugalah ulang alik ke tandas disebabkan suka minum air ditambah dengan suhu bilik kuliah yang sejuk gila. Memang keraplah aku ulang alik ke tandas. Nak dijadikan cerita, time aku nak pergi membuang air kecil dalam keadaan tenang lalu menolak pintu tandas yang berada dihujung sekali (tandas cangkung) terus terbantut hajat aku nak membuang hajat disebabkan entah makhluk yang mana pengotor sangat tak reti-reti nak flush selepas membuang. Kalau menyimpan harta yang kecik tu okaylah lagi cuma berbau sahaja, ini tak ditingalkan khazanah yang besar sampai nak ditolak tak tertolak air setimba. Baik lelaki mahupun perempuan sama sahaja.

Situasi ini berlaku di toilet perempuan. Masyaallah, apa jenis perempuanlah yang pengotor sangat. Kalau kita nak bersangka baik disebabkan dia tak flush, boleh ke kita bersangka baik dia juga tak sempat mencuci. Kalau hancing tu tak payah nak cakaplah, mana-mana tandas awam kita pergi pun sama je situasinya.aik berbayar mahupun yang free of charge.

Satu lagi persepsi orang yang aku cukup tak berkenan bila mereka mengatakan "APA GUNANYA ADA CLEANER". I see tugas cleaner adalah mencuci tapi takkan najis engkorang pun mereka kena bersihkan. Berperikemanusiaanlah sikit, cleaner tu pun ada hidung, kita yang terhidu ni pun rasa nak muntah nikan cleaner yang kena cuci najis engkorang hari-hari.

Cubalah kita displinkan diri kita sendiri untuk menggunakan tandas awam sama seperti menggunakan tandas di rumah sendiri. Jangan cakap tandas rumah engkorang macam tongkang pecah. Agak-agaknya, pegang berus jamban pun tak pernah.

Dah alang-alang aku bercerita mengenai toilet ini, aku cukup tak berkenan toilet dekat mall yang besar-besarseperti di Sunway Pyramid yang tempat mencuci dekat dalam tab tu juga Memang tak mesra alam betul, yang kesiannya pada warga emas yang aku perhatikan pikir dua tiga kali jugalh sebelum masuk. Penduduk negara kita ini bukan semuanya bergantung pada tisu boleh dikatakan air adalah sesuatu keutamaan. Zaman moden katakan, kalau boleh semua benda nak dimudahkan mungkin akan datang paip mencuci pun perlu tekan loceng. Yang susahnya, bila nak sembahyang pun rasa was-was disebabkan rasa tak bersih sahaja rasanya.

Belanja selfie buat pembaca setia blog aku 1!

p/s: Semakin canggih kemudahan toilet zaman sekarang, semakin bodoh orang yang menggunakannya.

Thanks you for reading!

Read More»

Sunday, 13 March 2016

Cara Menghilangkan Parut dengan AZANIS SCAR SERUM

Salam to all readers,

google

Arghhh.. muka berparut, bekas jerawat tak hilang? Malunyaa.. Jangan risau, Azanis Scar Serum kan ada! Rasanya produk Azanis scar serum ini tidak asing lagi dalam produk penjagaan kulit. Ramai yang dah membuktikannya yang Azanis scar serum ini mampu menghilangkan parut jerawat malah mampu menghilangkan parut di bahagian mana-mana anggota badan.

Untuk pengetahuan engkorang semua, AZANIS SCAR SERUM kini dilengkapi dengan bahan utama yang baru iaitu Cocoa Butter. Dengan gabungan istimewa antara Vitamin E dan Cocoa Butter, maka terhasillah formula terbaru kami iaitu Vita-Cocoa Booster Formula

Ianya mengandungi 100% Vitamin-E semulajadi (d-alpha tocopherol) yang dirumus dari soya. Vitamin semulajadi D-alpha Tocopherol mengandungi 50% lebih anti-oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik dari Vitamin-E sintetik (juga dikenali sebagai Vitamin-E Acetate atau dL-alpha tocopherol). Manakala, Cocoa Butter telah dikenali di seluruh dunia dengan keberkesanannya dalam mengatasi masalah parut. 


google

BAGAIMANA AZANIS SCAR SERUM BERFUNGSI?

Ia mempercepatkan proses pemulihan parut serta melicinkan kulit dengan  Vitamin-E semulajadi (12,000 IU dalam pek 15ml) yang mengandungi paras anti-oksida dan anti-radang yang tinggi. Memudarkan penampilan parut lama dan baru dengan menghidrat dan melembutkan tisu parut disamping menggalakkan proses sintesis kolagen. Kesan dari anti-oksida dan agen pelembab ini juga mampu melicinkan garis-garis halus serta kesan kulit kering. 

Cocoa Butter bertindak sebagai bahan untuk optimasikan proses di atas. Apabila ia diserap ke lapisan epidermis dan dermis, ia menghasilkan satu lapisan kelembapan dan minyak bagi melindungi kulit dari elemen cuaca yang menjadi penghalang kepada penstrukturan semula kulit yang rosak. 

Ada yang masih ragu-ragu untuk mencuba Azanis Scar Serum? Jom lihat testimoni para pengguna Azanis Scar Serum yang kini sudah boleh tersenyum lebar apabila parut mereka dah hilang. Siapa tak suka kan? Kulit bersih sesuci murni.

google

google

google

See? Menakjubkan gambar before and after menggunakan Azanis Scar Serum, jangan kata parut baru malah parut yang 10 tahun yang tertempek kat badan kita pun mampu hilang. Tak perlu ragu-ragu untuk mencuba kerana Azanis Scar Serum ini telah diluluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan.

google


CARA PENGGUNAAN AZANIS SCAR SERUM?

Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya, sapukan sedikit Azanis Scar Serum pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan. 

Untuk parut cacar dan terbakar , tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum memohon Azanis Scar Serum.


Berita baik buat anda semua Azanis Scars Serum ini tengah buat pormosi, hanya RM60.00 sahaja. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencuba Azanis Scar Serum ini, boleh direct melalui I pun boleh, PM di FB di SINI

p/s: Sekarang, kita semua tak perlu risau lagi, yakin dan bebas berselfie tanpa sebarang parut jerawat dimuka dengan adanya Azanis Scar Serum.

Thanks you for reading!

Read More»

Saturday, 12 March 2016

Movie Review: Munafik

Salam to all readers,

Dah tengok filem Munafik tak? Aku baru je pergi tengok baru-baru ini, memandangkan haritu aku takde kelas. Ketaqq lutut mak aii, seram gila takmbah-tambah aku ni memang penakut tengok cerita-cerita seram. Pusing kanan tak kena, pusing kiri apatah lagi. Alih-alih pejam mata tengok. Nak tahu best ke tak filem Munafik ini, jom hadam cerita ini sampai habis.


Filem: MUNAFIK
Genre: Seram
Duration: Sejam setengah
Pengarah: Syamsul Yusof
Terbitan: Skop Production Sdn Bhd
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, A. Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah

Sinopsis filem MUNAFIK: 
Mengisahkan Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz dan dia mempunyai kelebihan untuk mengubati pesakit yang mengalami gangguan syaitan mahupun jin menggunakan kaedah cara perubatan Islam. Tambah-tambah, si Adam ini amat disegani oleh penduduk kampung dengan sikap dia yang merendah diri. 

Kebahagiaan Adam mula direntap apabila Adam dan isteri terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan isteri Adam iaitu Zulaikha (Zarina AF) meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Tragedi tersebut, menyebabkan Adam patah semangat untuk hidup sekaligus tidak lagi mengubati penduduk kampung. Adam seolah-olah tidak dapat menerima Qada & Qadar Tuhan.

Disebabkan peristiwa itu juga Adam mula mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadah di rumah, sambil ditemani anaknya Amir. 


Dalam pada masa yang sama Maria (Nabila Huda) yang merupakan salah seorang penduduk kampung Adam telah mengalami gangguan syaitan / jin yang teruk sehingga menyebabkan Maria sanggup mengambil pil penenang. Sungguhpun Maria hidup dalam kemewaahan tapi ia tetap tidak membawa apa-apa makna kerana gangguan jin/syaitan itu semakin menggila ke atas dirinya. Sementara ayahnya terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirnya Zati. 

Ibu tirinya Zati tidak sanggup melihat keadaan Maria yang semakin teruk, lalu meminta bantuan Imam Ali untuk memujuk Adam supaya mengubati Maria. Kebetulan, Adam semakin tertekan kerana anaknya Amir selalu bersedih merindui ibunya. Sungguhpun hati Adam berbelah bahagi tapi dia tetap menuruti nasihat Imam Ali supaya pergi mengubati Maria.

Keesokan harinya, bapa Adam iaitu Rahim datang secara tiba-tiba untuk melawat Adam dan anaknya. Rahim juga turut menasihati Adam supaya pergi mengubati Maria. Gelagat Rahim agak pelik sehingga menimbulkan rasa curiga pada Adam dan anaknya.


Rupa-rupanya, saat pertama Adam dan Maria bertemu, sebuah misteri yang tersimpul kemas baru bermula dan setiap kali itulah persoalan demi persoalan timbul dalam kotak pemikiran kita. Kita yang tengok ini tertanya-tanya siapa bapa jin sebenar. Ada sebab kenapa Adam dihantar untuk mengubati Maria, semuanya bersangkut paut dari kemalangan yang menimpa Adam sekeluarga.


Pandangan tentang filem MUNAFIK?

Pada pandangan aku cerita ini bagus untuk menginsafi diri kita sendiri. Dari awal cerita sehingga penghujung cerita setiap butir bicara mereka menggunakan kata-kata yang menusuk kalbu dan syahdu orang kata. Tapi memandangkan aku penakut, ada scene aku tutup mata jadi tak boleh nak kata apalah.

Yang pasti lakonan Nabila Huda memang mantap manakala lakonan Syamsul Yusuf semakin terbaik ada improvement. Good job! Moral of the story, janganlah sesekali kita menyembah jin mahupun syaitan selain Allah. Percayalah bahawa, kekuasaan Allah itu lebih besar dari kuasa syaitan mahupun jin. Buang segala sifat demdam dalam diri kita, dan percaya akan Qada dan Qadar Tuhan.

Thanks you for reading!

Read More»

Sunday, 6 March 2016

Layla Blouse, Helena Blouse & Wardah Jubah Koleksi Terbaru by NORIE SIGNATURE!

Salam to all readers,

google

|NORIE SIGNATURE| Ingat lagi tak engkorang semua mengenai website Norie Signature yang aku pernah kongsikan dahulu. Kalau tak ingat, mai sini aku habaq balik pada engkorang semua. Norie Signature merupakan satu website shopping online dimana Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga XL. 

Koleksi Norie Signature terdiri daripada blouse muslimah, tunik, jubah muslimah, t-shirt muslimah, skirt labuh dan banyak lagi. Norie Signature turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Singapura, Brunei, Australia dan lain-lain. Jadi tak perlulah risau, untuk mendapatkan koleksi Norie Signature. 

Boleh dikatakan kesemua koleksi Norie Signature cantik-cantik belaka hingga membuat kita semua especially kaum wanita seperti kita lekas tergoda beb. Rugi gila pada mereka yang masih tak menjengah ke website Norie Signature. Tambah-tambah sekarang, dah masuk bulan tiga, pejam celik pejam celik dah raya pula. Jadi inilah, masa yang sesuai engkorang buat persiapan awal dengan membeli baju raya. Nanti dah hujung-hujung puasa tiadalah isu baju raya takde. 

Sebelum itu, satu lagi berita gembira buat anda semua dimana Norie Signature ada memperkenalkan beberapa koleksi terbaru antaranya Layla Blouse, Helena Blouse, dan juga Wardah Jubah. Nak tahu apa menariknya ketiga-tiga koleksi terbaru Norie Signature ini jomlah scroll lagi.

google

|LAYLA BLOUSE BY NORIE SIGNATURE| Inilah dia antara koleksi Layla Blouse by Norie Signature, cantik kan? Layla Blouse ini amat sesuai digayakan untuk menghadiri kuliah, event, kenduri dan yang paling penting menutup aurat. Material kainnya pun best iaitu premium soft crepe yang selesa, tidak panas dan tak mudah berkedut. Keistimewaan Layla Blouse ini pula adalah nursing dan wudhu friendly. Pelbagai pilihan warna yang ada dan yang pasti kesemua warna cantik-cantik antaranya Aqua Blue, Dusty Purple, Mustard, Nude Peach, dan Soft Pink. Harganya hanya serendah RM99.00 sahaja. 

google
Antara pilihan warna Helena Blouse by Norie Signature

google
| HELENA BLOUSE BY NORIE SIGNATURE | Hanya serendah RM99.00 sahaja engkorang semua dah boleh dapatkan Helena Blouse by Norie Signature ini tau. Yang pasti Helena Blouse ini merupakan blouse muslimah yang cantik dan sederhana diperbuat daripada material premium soft crepe yang tak panas sesuai dengan iklim negara kita. Ianya lambuh menutup punggung dan sangat selesa digayakan kemana sahaja dan mempunyai ciri-ciri nursing dan wudhu friendly. Berminat untuk mendapatkan koleksi Helena Blouse by Norie Signature boleh KLIK SINI.

google

| WARDAH JUBAH BY NORIE SIGNATURE | Seterusnya adalah koleksi Wardah Jubah by Norie Signature. Design yang cukup simple tapi masih menarik untuk digayakan ke mana sahaja. Wardah Jubah ini diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan. Terdapat pelbagai pilihan warna cantik-cantik antaranya tiffany blue, golden brown, dark green dan ice pink. Keistimewaan Wardah Jubah by Norie Signature ini adalah nursing & wudhu frendly, sesuai dipakai oleh mereka yang tinggi, simple & elegan, dan kain yang selesa tak mudah kedut.

Jadi pada mereka-mereka di luar sana yang masih tercari-cari jubah mahupun blouse labuh, Norie Signature adalah pilihan terbaik. Koleksi dari Norie Signature bukan sahaja cantik-cantik belaka malah harganya juga berpatutan. Tak perlu risau untuk membeli koleksi blouse murah, tudung cantik, jubah cantik di Norie Signature kerana ia turut menyediakan tips pembelian dan sekaligus menjamin setiap item yang dikeluarkan dibawah jenama NORIE SIGNATURE memiliki kualiti yang tertinggi dalam design dan material. Ini kerana kepuasan pelanggan merupakan keutamaan Norie Signature.

Sebelum aku terlupa, jangan lupa masukkan kod promo REG10 pada bahagian checkout untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%. PERINGATAN!! Kod promo ini khas buat pembelian pertama sahaja! Jadi, jangan lepaskan peluang ini tau!

Yeahh, apa tunggu lagi jom terjah NORIE SIGNATURE sekarang. Bergayalah kita raya tahun ini dengan koleksi NORIE SIGNATURE

For more information on NORIE SIGNATURE, please visit;

Thanks you for reading!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com