Wednesday, 31 August 2016

Selamat Hari Merdeka ke-59!

Salam to all reader,

Harini 31 August menandakan tarikh keramat Hari Kemerdekaan. Saban tahun, apabila menjelang hari kemerdekaan, pasti orang ramai akan berkumpul beramai-ramai dengan mengadakan perarakan dari pagi sehingga ke tengahari. Setiap negeri pasti ada melakukan upacara sambutan kemerdekaan ini. Apabila malam kemerdekaan pula, pasti pada detik 12.00 malam ada upacara letupan bunga api, ada setengah orang pula melahirkan kemerdekaan dengan membawa motorsikal laju-laju mengikut puak masing-masing. Ini ke yang dinamakan merdeka? I don't think so. 

Bagi aku, Hari Kemerdekaan merupakan hari yang kita patut rasa bersyukur kerana negara kita telah bebas daripada dijajah dan kita juga harus bersyukur dan berterima kasih kepada pahlawan-pahlawan terdahulu yang mengalami tumpah darah memperjuangkan negara. Tanamkan nilai patriotik dan cintakan negara dalam diri masing-masing, elakkan persengketaan politik menjadi hakisan cinta akan tanah air. 

Bagi, melahirkan perasaan cinta akan tanah air, apa salahnya menggantung sehelai bendera malaysia di hadapan rumah. Realitinya kini, sebahagian besar ramai orang tidak mengambil inisiatif menggantung bendera malaysia di hadapan rumah. Kadang-kadang, bendera dah buruk pun masih tak diturunkan lagi. Tak faham manusia sekarang. Jadi, bagi melahirkan semangat kemerdekaan yang ke-59 ini aku nak share satu hasil seni aku iaitu topi ropol-ropol merdeka. Cara membuatnya sama macam membuat kad kemerdekaan sebelum ini cuma aku adaptasi menjadi topi.

Dulu waktu zaman sekolah, aku memang rajinlah join pertandingan reka kad ucapan, buat poster bagai. Pertandingan-pertandingan yang ramai orang tak berminat nak join tulah, aku ketagih nak join. Lain orang, lain citarasanya, ye tak?Takkan semua benda nak sama. Tapi bila dah masuk u ini, pertandingan-pertandingan sebegini memang tak dann la kau nak jumpa. Memandangkan, aku tengah cuti ini itulah aku curi masa buat benda alah ini. Nasib baiklah, ada juga rupa bentuknya. 

 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Topi ini, kalau tengok dari jauh adalah rupanya, bila dekat banyak yang dah tertanggal, nak cantik ambil colour cat, tup-tup kertas manilakat warna putih tu mengikut warna bendera. Barulah gempak sikit, ini aku dah malas memang tak buatlah jawabnya.  Apa-apapun selamat hari merdeka buat semua! Semoga negara kita akan kekal aman, dan kadar jenayah akan berkurang, barulah hati senang. =)


Thanks you for reading!

Read More»

Tuesday, 30 August 2016

Super Duper Jimat 3x500ml Cetaphil Gentle Skin Cleanser RM120 di Watson

Salam to all readers,

OMG!! Dah nak dekat-dekat merdeka, macam-macam promosi kita nampak. Sampai rambang mata, semua benda nak dibeli. Siapa je yang tak suka promotion kan? Kalau free, lagilah orang suka, sanggup beratur awal pagi tu. Penangan jualan murah katakan. 

Yes, baru-baru ini aku ada nampak sabun pencuci muka yang aku guna sekarang ada buat promotion. Siapa tak suka, pencuci muka 500ml tiga botol boleh dapat dalam harga RM120 je tau!! Kalau takde promosi memang sakit jugalah engkau nak membelinya. See, pencuci muka yang satu botol sederhana besar tu pun dekat RM30, kau rasa? Tak sakit kocek.. Nak cantik punya pasal, pejam mata sajelah. 

google

Aku memang jenis kulit yang sangat-sangat sensitif, dulu ada pakai pencuci muka farmasi apatah namanya C+ kalau tak silap aku. Lepas tu, aku ada terbaca banyak doktor syorkan pada wanita-wanita yang kulit sensitif gunakan pencuci muka yang aku guna sekarang. Tak lain dan tak bukan of courselah pencuci muka CETAPHIL! Mula-mula, apply haritu rasa tak bersih sahaja sebab sabun ini jenis yang takde buih. Kau applylah banyak-banyak, pasti takde berbuih pun. Ada orang kata pencuci muka yang takde berbuih ini better bagi kulit sensitif. Yang pasti pencuci ini bagus okay! Dah hampir setahun jugalah aku guna!

google
Kalau beli satu botol besar, rasa rugilah. Kalau satu botol dah cecah RM80.00!

Semalam, lepas settlekan hal dekat Tabung Haji terus singgah Watson. Lupa nak bagitau pada hampa semua, promotion ini hanya ada di Watson sahaja tau! Selama empat hari, bermula 28/8/2016 sehingga 31/8/2016 iaitu esok. Hanya serendah RM120 dapat tiga botol besar cleanser gentle cetaphil ini. Kalau engkorang, ahli member watson lagi jimat, ada potongan harga sebanyak RM12.00. Jadi, engkorang perlu hanya perlu bayar sebanyak RM108.00 sahaja. Suka tak? Jimat kan? Jadi, apa tunggu lagi serbu Watson yang berdekatan sekarang.

google
Nasib baik ada stok lagi wei. Dapatlah grab satu, walaupun duit terbang banyak. Asalkan jimat, stok untuk setahun lebih boleh guna. Esok last day promotion ini, hanya di Watson!


p/s: Selamat Hari Merdeka!

Read More»

Friday, 26 August 2016

Susu Ducth Lady Serendah RM1 di 7Eleven!

Salam to all readers,

Seronok gila harini off day, dapatlah bersantai-santai, rehatkan kaki dan tangan yang lenguh asyik sental rambut orang. Bila dah lama tak kerja, mulalah merungut semuanya sakit. Takpelah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian hari. Tambah pula, cuaca hari ini mendung lagi syoklah cuti aku ini digantikan dengan aktiviti membuta sambil melayan drama korea. 

Banyak jugalah drama korea yang aku layan, sampai tak sempat nak share. Memandangkan harini aku free, itulah aku nak coret sikit cerita dekat blog. Nanti bila dah lama tak menaip, mulalah rasa janggal nak menulis. Baru-baru ini, aku ada nampak beberapa orang blogger grab susu ducth lady banyak-banyak dekat 7eleven. Bila baca komen, rupa-rupanya sekarang 7eleven tengah buat promosi sempena bulan kemerdekaan. Bukan semua barang yang ada promosi, hanya sesetengah item yang terpilih sahaja. 

Salah satunya, susu kotak Ducth Lady yang kecil tu kita boleh dapatkannya dengan hanya serendah RM1.00 sahaja dekat 7eleven. Biasanya, RM2.00 kan? Jimat RM1. Nasib aku memang baiklah harini, aku orang last dapat beli 1 katun, rupanya ramai yang dah grab. Ramai betul peminat susu dutch Lady sampai licin disapu orang. Aku memang suka susu ducth lady ini dari kecik lagi, rasa memang super duper sedap jika nak dibandingkan dengan susu lain. 

google
See! Aku tak tipu okay! Jadi siapa peminat susu Ducth Lady jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk grab banyak-banyak susu ducth lady dekat 7eleven yang berdekatan. Lambat-lambat pergi, takut gigit jari pula nanti. Aku pun nyaris-nyaris tak dapat beli tadi, sebab staff dia kata dah habis, sekali double check ada lagi. 

google
Selain susu ducth lady, ada juga air lain yang buat promosi salah satunya air cool tea. Beli 1 percuma 1. Tapi, niat dalam kepala aku ini nak grab susu ducth lady je, aku pandang susu sahajalah barang lain memang aku dah tak pandang. Sebelum-sebelum ini ada sahaja 7eleven buat prmosi, tapi aku memang takde luck untuk grab. Memanjang dah habis stok. Orang pantang nampak promosi laju sahaja habis. Gigih tu cari setiap ceruk, janji dapat beli. Tak gitu?

google
Inilah hasil tangkapan susu ducth lady yang aku dapat grab tadi. 1 katun ini ada 24 kotak susu, separuh susu strawberry separuh lagi perisa chocolate. Kalau engkorang nak beli, baik pergi cepat-cepat sebab promosi ini sampai 28 August 2016 iaitu sehingga hari Ahad ini sahaja! Kira siapa cepat, dia dapatlah. Jadi, cepat serbu 7eleven yang berdekatan!

p/s: Agak-agak siapa yang bakal tersingkir dalam SuperSpontanSuperStar malam ni?

Read More»

Monday, 22 August 2016

Cara Mudah Menggosok Pakaian Menggunakan Iron Magic Jenama Philips

Salam to all reader,

Yeahhh!! Semester break telah pun tiba, kali ini budak-budak UniKL cuti sakanlah gamaknya mana tidaknya cuti sebulan lebih sampai raya haji kali ini. Sebelum-sebelum ini mana pernah cuti lama seperti budak-budak u lain. Paling-paling pun 2 minggu. Jadi, memandangkan dapat cuti lama sikit ni kita haruslah hargai masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah. Apa yang aku buat sepanjang cuti ini? Alhamdulillah, dah seminggu aku bekerja dekat saloon lama aku tu. Situlah lubuk emas, sumber rezekiku. Kalau cuti dua bulan bolehlah minta office berdekatan, ini sebulan orang pun taknak. Stop bicara pasal cuti, aku nak share something dengan hampa semua.

Bagi aku, mak aku paling bertuah hidupnya. Mana tidaknya baru-baru ini dia dapat iron baru pemberian daripada adiknya. Aku? Aku pula orang paling seronoklah dapat menggunakan iron baru. Iron ini pun pernah jadi viral di facebook gara-gara harganya bukan main melampau. Bagi aku okay je, depend pada individu itu sendiri. Kalau dia rajin gosok baju dan memang peka bab menggosok apa salahnya mencuba benda yang labih baik kan?

Rumah aku, macam-macam jenis iron ada, cakap aje, nak yang biasa, berdiri, dan yang terbaru yang boleh steam ini. So far, aku guna memang berpuas hatilah memandangkan jimat tenaga, masa, gosok sekali kedut dah hilang. Sambil menggosok tekan sekali button sembur baik bahagian bawah pemegang. Yang bestnya bila part gosok tudung dan baju, gosok bahagian depan sahaja belakang dah tak perlu susah gosok kerana ianya dah tak berkedut.

google
Bila dah ada iron magic ini, benda utama yang perlu ditukar adalah iron board itu sendiri dimana ianya lebih sesuai menggunakan iron board yang besi seperti yang aku tunjuk ini. Harga iron board ini around RM100 lebih gitu, tapi masa aku beli haritu tak sampai RM100 pun kerana waktu itu ada promotion. Memang bertuah betul, masa singgah aeon big haritu ada promotion. Iron board yang biasanya punya itupun boleh pakai, tapi bila dah lama sangat kena air nanti mulalah kembang. 

google
Tadaa!! Inilah rupa iron magic yang orang perkatakan. Canggih memang canggihlah, mula-mula nak menggosok kena isi air terlebih dahulu, dalam bekas warna biru bawah iron tu, kemudian on kan, tunggu dalam 2 minit, bila dah ada signal or siren bolehlah start menggosok. Contohnya nak gosok tudung bawal, aku ini jenis malas, kalau dulu asal nampak gosok sudah. Selalu kena marah jugalah sebab tudung berkedut walaupun dah digosok. 

Kini, dengan adanya iron magic ini sekali gosok ianya dah licin. Kalau dulu depan belakang kena gosok, sekarang lipat dua tudung tu, gosok depan dengan tengah sahaja pun sudah cukup memadai. Bila dah selesai, cuba buka lipatan dua tu, tengok dah takde garisan dan kedutan lagi. Hanya mengambil masa 5 minit, tudung dah siap digosok beb!

Mak ai, besar pula tangan aku bila di snap.

Walau banyak manapun iron yang terdapat di pasaran, ianya tetap menggunakan kudrat kita juga menggunakannya. Kalau dikatakan ianya magic sepatutnya apabila kita letak tudung sebelah sterika, sterika itu bergerak dengan sendirinya, itu barulah betul-betul magic. Yang tak bestnya bil lektrik tetap berjalan, tambah-tambah ada isu pasal TNB sekarang. Apa-apapun, aku suka dan happy menggunakan iron magic yang ada sekarang. 

Thanks for reading! =)

Read More»

Monday, 8 August 2016

Bengkung Moden Opah Membantu Melangsingkan Badan!

Salam to all readers,

Yeahh!! Harini aku curi masa sikit nak kongsi barang yang aku jual iaitu "BENGKUNG MODEN OPAH (CUSTOMADE)". Direka khas untuk ibu-ibu yang bersalinnn melalui kaedah normal atau pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.
Sebagai sokongan kepada perut selepas bersalinn agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
Ibu yg berpantang sangat digalakkan memakai bengkung opah, walaupun ianya amalan tradisional, tapi sangat membantu menghilangkan perutt yg menggeleber. Selepas bersalin sekiranya nak pakai macam biasa pun masih boleh..
Reka bentuk Bengkung Opah memberi keselesaan kepada si pemakai. Kami hasilkan Bengkung Opah yang sangat praktikal, berkualiti tinggi, efektif, elastik, mudah dan selesa dipakai dengan harga yang mampu milik.
Material Bengkung Opah:
  • Fabrik dari Cotton Scrub yang sejuk.
  •  Pelekat velcro yang kuat dan tidak mudah tertanggal.       
  • Lapikan pelekat yang tidak berbulu.
  •  Mudah dibersihkan. 
  •  Melekat dibadan dan pinggang. 
  •  Adjustable dan jenis lekat.
  • 3 Panel Bengkung.
  • Lebar/panjang : 38"
  • Tinggi : 14" 
  •  Free Size Fix S - XXL.

google

google

google

google

Pada yang ingin langsingkan badan juga boleh pakai BENGKUNG MODEN Opah ni. Sangat sesuai dipakai setiap hari. Pinggang lebih ramping, pinggul lebih terbentuk cantik dan lemak pun mudah hilang...pakai baju pun nampak cantik dan kemas.


Harga Sebenar: RM180 (bengkung sahaja)
🔊 Tapi sekarang ada PROMOSI + GIFT untuk anda semua.
Untuk dapatkan harga PROMOSI + GIFT, boleh whatsapp Azwar terus ok!
● Whatsapp ke 0172150317

p/s: Bolehlah share pada saudara mara yang dah nak dekat bersalin dan masih tercari-cari bengkung yang sesuai okay!


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com