Tuesday, 27 September 2016

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 2]

Salam to all readers,


[Days 2]

Hari kedua, kami dibawa bersiar-siar sekitar Bukit Tinggi, Indonesia. Lokasi utama yang kami tuju adalah Kampung Pandai Sinkek. Sinkek short form daripada nyisir a.k.a menyisir. Kalau tempat kita lebih dikenali dengan menenun. Di sana, anak-anak gadisnya telah diajar dari kecik lagi cara-cara menenun kain, kira menjahit semua serba tahulah. Nasib baiklah, aku bukan orang sana, tak pasal-pasal kena belajar menenun kain. 

Penuh kesabaran aku tengok dia menenun kain. Dekat sini, semuanya tenunan kainnya asli bukan fotokopi punya.

Bukit Tinggi ini dikira 'syurga para wanita' la, siapa yang memang menggila kain telekung, kain sulam, jubah, kain batik, tudung bolehlah merantau ke Bukit Tinggi. Tahu tak korang, kedai kain pandai sinkek ini terletak kawasan ceruk kampung jugalah. Kawasan kampung habis, bila masuk tiba-tiba ada kedai mewah lagu ini.


Luar kedai kain sulaman, kita disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau seperti ini. Cantik wei!! Kalau diikutkan, belakang rumah aku banyak rumput je, sawah padinya memang taknampaklah.

Penduduk di kawasan Bukit Tinggi, Indonesia ini majoritinya orang Minang. Kiri kanan jalan, kita dapat lihat pemandangan yang cukup indah, dan kawasan perkampungan yang cukup cantik. Rata-rata rumah perkampungan di sana ada kolam ikan, situlah juga tempat dia cuci pinggan. Memandangkan, disana memang kaya dengan sumber air yang bersih. Elok sahaja aliran airnya mengalir. 




Tak pernah terlintas pun yang aku jejak ke Istana Basa Pagaruyung ini. Bila ada orang nak bawa, memang rasa nak joget-joget sahaja. Pernah tengok dalam buku teks sejarah sahajalah, tak sangka pula dapat jejak betul-betul. 

Daripada Istana Basa Pagaruyung, kami dibawa oleh Abang Dayat ke kilang kopi kiniko. Di sana, kita dapat melihat bagaimana cara mereka membuat pisang salai yang asli, sambil menikmati kopi panas. Kopi di sana kalau ditengokkan seperti air teh sahaja. Boleh tahan sedapnya, sambil minum kita juga boleh menikmati panorama yang cantik! Siapa yang suka tempat yang tenang, tiada gangguan boleh bercuti ke sini.

Lejen kan? Minum kopi pakai tempurung kelapa je, barulah ada umm.. Masa sampai sini, orang yang bertugas memproses pisang salai dah selesai, dorang tengah siapkan packaging sahaja. Kalau korang bercuti Bukit Tinggi, jangan lupa melawat kilang kopi kinopi ini. Rugi tau, kalau tak merasa kopi di sini!




Selepas bersantai-santai sambil minum kopi, kami menyusul ke tempat lain. Perhentian terakhir sebelum balik hotel. Waktu malam pula, memang tiada acara apa-apa hanya pergi makan kemudian balik ke hotel. Waktu siang sahaja kiteorang dibawa bersiar-siar. Okaylah, next time aku sambung balik cerita percutian ini!

Thanks for reading!

Read More»

Saturday, 24 September 2016

SAFI Shayla Pek Fleksi betul-betul Jimat!

Salam to all readers,

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku berada di rumah, memandangkan minggu depan dah start class. Jadi, sebelum memulakan rutin sebagai seorang student kembali, harini aku nak share dengan engkorang semua tentang syampu. Khas buat kaum wanita terutamanya yang berhijab sepertiku!


Nowdays, kita boleh lihat bermacam-macam jenis syampu dengan pelbagai jenis jenama di pasaran. Cakap sahaja nak murah ataupun yang mahal. Bagi aku baik murah or mahal, selagi tak pandai menyelesaikan masalah rambut kita, tak boleh jadi juga. Jadi, harini dengan mood baik aku nak share dengan korang satu syampu yang dapat menyelesaikan masalah rambut.

Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu yang berhijab, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. Sungguhpun kita berhijab, penjagaan rambut sangat penting, takkan nak biar berkepam pula kan.

google


Lagilah, kalau dengan keadaan cuaca sekarang yang panas, menyebabkan badan kita cepat berpeluh, automatik peluh naik ke kepala, sudah semestinya kepala kita gatal-gatal. Jadi, bagi memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi. Lagilah jimat, ada pengisian semula tak perlu bersusah payah beli botol syampunya.

Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau menggunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Jadi, nak berjalan jauh, amat sesuailah sangat kaum wanita seperti kita ini beli SAFI Shayla Pek Fleksi ini, senang nak simpan dalam beg.

Inilah antara pek fleksi shampoo SAFI Shayla yang korang boleh dapatkan di pasaran!

 

Menurut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI "Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan para wanita berhijab moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik.

Kini tidak perlu risau lagi dengan rambut berminyak ke apa, pek fleksi SAFI Shayla kan ada!

Untuk makluman korang, warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi masih kekal sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan pada kita semua mencari produk ini. Jadi, janganlah panik masa nak cari syampu ini dekat Watson. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam denggan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari;

Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram: SAFI@safimalaysia
Youtube SAFI: www.youtube.com/safimalaysia

Read More»

Friday, 23 September 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Salam to all readers,

| 8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8 | Sekarang pelbagai jenis dan jenama telefon pintar di pasaran, sebut sahaja nak jenis yang macam mana, pasti ada punya! Kini, jenama telefon keluaran buatan dari negara China tidak asing lagi malah ianya menjadi kegilaan orang ramai! Tambah-tambah, dengan adanya keluaran terbaru di pasaran iaitu  Honor 8! Aku tidak terkecuali antara golongan yang meminati telefon pintar Honor 8 ini. Jadi, harini aku nak kongsi "8 sebab kenapa kita perlu dapatkan Honor 8!"


8 sebab kenapa kita perlu dapatkan Honor 8!

google
1) Rekabentuk yang menawan

Yes! Inilah adalah salah satu sebab yang membuat hatiku berkenan dengan Honor 8. Honor 8 memanfaatkan kekuatan dan keindahan kaca untuk menghasilkan reka bentuk yang licin, elegan, dan ergonomik. Dicipta dengan 15 lapisan ketukangan, ia memberikan telefon pintar kemasan yang bergaya, membuat ia hanya tekstur yang tepat yang akan diadakan di telapak tangan anda dengan selesa. Direka dengan Dual kaca 2.5 D dengan tepi bulat, ia akan berasa sempurna selesa untuk dibawa ke mana sahaja sepanjang hari. Cantik kan?

2) Camera

Selain daripada rekabentuk yang menarik, camera juga penting pada aku. Seandainya ada diantara korang yang berkeinginan mempunyai smartphone yang boleh menghasilkan gambar selfie yang cantik macam camera Iphone, smartphone Honor 8 pilihan terbaik. Di mana, Honor 8 didatangkan dengan 12MP dual camera, menguasai lebih banyak cahaya untuk menghasilkan gambar berwarna yang menakjubkan dengan butiran crisper. Wide aperture modes membolehkan kita semua menetapkan bukaan antara F0.95 untuk F16 untuk kedalaman indah tembakan lapangan. Anda juga boleh menetapkan semula fokus anda selepas mengambil gambar. Bagi kamera bahagian hadapan pula, Honor 8 memiliki 8 megapixels beserta flash and mode yang cukup sempurna bagi menghasilkan gambar selfie walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah. Suka tak? Jadi, siapa yang rajin selfie guna smartphone, aku syorkan korang beli Honor 8 ini!

3) Bateri tahan lama


Frust? Dah syok-syok main phone, alih-alih bateri phone habis? Usah risau, smartphone Honor 8 pilihan terbaik bagi penggemar yang rajin bersosial 24 jam. Oleh kerana, Honor 8 dilengkapi dengan bateri 3000Ah kapasiti bateri turut disokong oleh Smart Power 4,0 bagi memaksimumkan stand-by masa slema 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hri bagi penggunaan berat. Kapasiti tinggi dan bateri tahan lama membolehkan anda semua bermain selama 10 jam di luar talian video. Honor 8 turut memiliki teknologi mengecas 9V/2A memberikan anda 47% bagi meningkatkan kuasa dalam masa 30 minit. Jadi, lepas ini tak perlu bimbanglah kalau bateri habis, Honor 8 kan ada!

4) Unlock Honor 8 sepantas 0.4saat je!

Bagi penggemar telefon bimbit, setiap perincian telefon itu dia akan ambil tahu salah satunya berapa masa yang diambil untuk unlock smartphone. Kalau aku memang taklah, asal cantik design, camera cun terus beli. Kalau nak tahu, dengan memiliki Honor 8 membolehkan anda semua unlock smartphone sepantas 0.4saat je dengan fingerprint scanner. Bertambah menarik apabila mengetahui kedudukan fingerprint scanner tu terletak pada bahagian belakang smartphone, betul-betul bawah camera!

google

5) Display yang menakjubkan

Pada mereka yang rajin layan movie melalui smartphone sudah pasti inginkan kepuasan dengan melihat video yang jelas seperti screen HD kan? Jadi, Honor 8 ini pilihan terbaik kalau korang suka layan movie, video dan sebagainya kerana ianya memaparkan screen yang sangat jelas. Pekdek kata, puas gila layan movie menggunakan Honor 8 ini.

Oleh kerana, Honor 8 ini didatangkan dengan paparan FHD 5.2inci turut dilengkapi dengan 96% warna yang tinggi "gamut" (NTSC). Teknologi khas ini dapat memberi kepuasan dan pengalaman berbeza kepada pengguna smartphone. Bertambah menarik lagi, dengan adanya "Eye_care modes filters out blue black" yang dapat menegawal ketengangan mata supaya kita boleh menikmati semua video, games ataupun e-buku pada smartphone dalam tempoh yang lama. Puas hati bak hang!

6) Audio

Want clearer hands-free conversations? Honor 8 pilihan terbaik, kerana ia didatangkan dengan mikrofon tambahan untuk penindasan bunyi dan mengeluarkan suara yang jelas dan kuat apabila dimainkan pada phone pembesar suara. Jadi apabila kita tengah buat panggilan ataupun bercakap melalui phone kita rasa puas hatilah beb apabila perbualan yang diterima dapat difahami dengan baik, sungguhpun mikrofon tersembunyi di sebalik grill.

7) Kelajuan sepantas kilat apabila connect WIFI!

Siapa yang rajin connect smartphone dengan wifi seperti aku, bolehlah memiliki Honor 8 ini! Oleh kerana, Honor 8 mempunyai antena double yang lancar memilih isyarat komunikasi kuat, memastikan anda sentiasa mempunyai penerimaan yang sebaik mungkin. Huawei's International carrier databases helps you connect to locals networks quicker during roaming. Smart dual-band Wi-Fi switching: Supports 2.4/5 GHz bands. Defaults to faster 5 GHz bands unless 2.4GHz signal is stronger. Laju tak terkata kau, onlinelah sampai lebam.

8) Harga yang berpatutan!

Yes! Korang semua boleh dapatkan Honor 8 dengan harga yang berpatutan di Lazada! Honor 8 didatangkan daripada 2 variasi, iaitu:

  • Dengan pembelian Honor 8- Gold (4GB RAM + 64GB ROM) Percuma Honor Band SS +  Protective Cover (berjumlah RM498.00). Harga yang ditawarkan bagi model ini hanya serendah RM1,899.00 sahaja!
  • Dengan pembelian Honor 8- White (4GB RAM + 32GB ROM) Percuma Selfie Stick + 5000mAh Powerbank + Protective Cover (berjumlah RM294.00). Harga yang ditawarkan bagi model ini hanya serendah RM1,699.00 sahaja!
Berbaloi kan? Jadi apa tunggu lagi dapatkan Huawei Honor 8 ini dengan kadar segera!


Honor 8 is available in Lazada now! Click here <HONOR 8> to shop!


Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!


Thanks you for reading!

Read More»

Thursday, 22 September 2016

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 1]

Salam to all readers,

Ingat lagi tak persoalan ke mana aku nak pergi apabila aku update entry mengenai renew passport. Yeah, persoalannya kini terjawab aku sekeluarga bercuti ke Padang, Indonesia. Aku pun tak sangka yang aku dapt merasa ke negeri orang sekali lagi. Ini semua plan makcik aku, aku follow sahaja. Kami sekeluarga pergi pun di sponsor orang yang plan nak pergi ini. 

Cuti sem kali ini, aku dapatlah merasa buat apa yang aku nak. Nak kerja dah kerja, nak berehat dah puas berehat, nak bercuti dapat bercuti, maigadd puas gila hidup. Sungguhpun, aku bukanlah blogger travel jadi aku nak update juga pengalaman merantau ke negara orang. Biar kuabadikan cerita-cerita menarik untuk tatapan aku sendiri, kalau orang lain tak berminat nak membaca. hahaha..

Kami bercuti ke Padang, Indonesia selama 5 hari 4 malam, bermula pada hari Selasa (13/9/2016) sehingga Sabtu (17/9/2016). Memandangkan kami memang tiada kampung, apa salahnya beraya di negara orang. Kami bertolak dari rumah untuk ke KLIA2 sekitar pukul 9.30 pagi, park kereta di KLIA, naik LRT ke KLIA 2. Memandangkan penerbangan kami pada pukul 1.30 petang. Penerbangan dari KL ke Padang, Indonesia mengambil masa sekitar jam (rasanya tak sampai 3 jam, tahu-tahu dah sampai). 

Sesudah sampai di airport Minangkabau, Indonesia, turun kapal terbang settlekan urusan imegresen kemudian ambil bagasi. Punya cantik bagasi aku bawa, sekali satu roda dah tercabut, hilang entah ke mana. Tak pasal-pasal senget sebelah. Never mind la, janji dapat berjalan! Keluar airport, nampak sudah travel agent kiteorang dah siap sedia a.k.a abang Dayat!

google
Sampai sahaja di Padang, Indonesia kami terus bertolak ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa sekitar 2 jam. Kami sempat singgah kedai makan, untuk makan tengahari. Inilah makanan rasmi mereka disana, kuah nangka pucuk ubi, sambal hijau, sebenarnya ada lagi ini sebahagian sahaja aku snap. Mana-mana perhentian kedai makan, inilah menu utama dorang saji. Ada juga tambahan, seperti ikan dan ayam. Bagi aku, okaylah sedap jugalah walaupun ada yang masin terlebih. hehe..Memandangkan, rata-rata makanannya sama sahaja, kita cerita mengenai keunikan tempat di Bukit Tinggi sahajalah.

Setelah selesai, kami meneruskan kembali perjalanan. Seperti biasalah, bila dah duduk lama dalam kereta rasa nak buat tahi mata sahaja lebih. Di sana punya kawasan, agak sempit jugalah laluan. Ada yang dua hala, ada yang satu hala sahaja, bahaya jugalah. Tapi sepanjang perjalanan, kita dihidangkan dengan keindahan ciptaan tuhan. Cantik gila okay pemandangan di Bukit Tinggi, walaupun di kawasan kampung. Di sana, kiri kanan pokok-pokok menghijau, hutan yang masih terpelihara, keretapi lama pun masih berfungsi di sana wei. Gila lejen okay!

google
Sebelum tiba ke hotel, Abang Dayat a.k.a wakil travel agent sempat membawa kiteorang pergi menikmati keindahan air terjun. Nama tempat ini adalah Air Terjun Wisata yang terletak di Sumatera Barat. Air terjun ini kira famous di sana memandangkan kawasannya masih terpelihara, dikenali sebagai air terjun "awek muda". Siapa nak merasa muda, bolehlah cuci muka di sana. Sejuk dan bersih sahaja air di sini.

See! Cantik kan? Bila tengok semula ganmbar ini, nampak air terjun tu macam potrait sahaja. Tapi real life kalau korang tengok pancutan air terjun ini memang cantik dan menakjubkan. Cantik sangat ciptaan Tuhan.


Aku dengan adik aku sempatlah turun, main air kat bawah. Sejuk gila, macam pegang air batu. Tempat ini memang ramai dikunjungi orang, kebanyakan seudah semestinya pelancong. Tempat cantik, sudah semestinya orang nak datang tengok kan? Kalau dah cantik, biasalah negara orang asia ini kecuali Singapore pasti akan dicemari oleh tangan manusia. Sabar jerlah!

p/s: Habis tengok air terjun, kami terus bergerak ke hotel. Tempat lain, nanti aku cerita di lain hari okay!

Read More»

Sunday, 18 September 2016

Cara Mudah Mendaftar sebagai Pengundi di Pejabat Pos

google
Salam and Hi!

Baru-baru ini aku ada pergi ke pejabat pos settlekan bil-bil dekat rumah. Dalam pada bayar bil, aku ada terpandangkan note dekat kaunter pejabat pos, kenyataan bagi sesiapa yang ingin mendaftar sebagai pengundi. Balik itu aku tanya mak aku, lalu mak aku terangkanlah. Aku kan blur sekejap, jadi memandangkan aku dah cukup umur dan sudah layak daftar sebagai pengundi. Jadi memandangkan aku masih bercuti di rumah ini, aku guna kesempatan ini untuk pergi mendaftar sebagai pengundi. 

Boleh sahaja daftar secara online, tapi aku malas. Terlebih rajin pergi pejabat pos, daftar sahajalah. Cara mendaftar melalui pejabat pos cukup mudah, tak sampai 10 minit dah siap. Caranya:

1) Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan ic anda
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh staf yang bertugas di kaunter.
4) Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
5) Siap! Bangga sikit korang dah daftar sebagai pengundi, jangan lupa turun padang masa mengundi! Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!


Sebagai rakyat malaysia, terutamanya golongan muda sepatutnya kita lebih bertanggungjawab kepada negara, terutamanya ketika mengundi. Sebagai rakyat, waktu pilihan raya itulah waktu yang paling bermakna untuk melaksanakan tugas sebagai rakyat. Jangan asyik kondem orang sana sini, orang berpolitik awak pun nak berpolitik, viral sana sini. Tapi kalau tak mengundi tak guna juga. Jadi, jom sama-sama kita mendaftar, menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang prihatin!

Read More»

Saturday, 10 September 2016

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Kini Berwajah Baru, dengan Wangian yang Memukau!

Salam to all readers,

Sebagai seorang wanita, kita haruslah peka akan kebersihan diri kita, tak kiralah dari segi penampilan mahupun persekitaran. Dimana, para wanita diluar sana termasuk diri aku sendiri harus menitikberatkan soal kebersihan ini seawal usia 12 tahun, iaitu setelah datang haid. Selain penjagaan wajah, bahagian intim wanita turut harus dijaga. Kalau 10 tahun dahulu, nak bercerita pasal period mahupun tuala wanita pun malu okay! Kalau nak beli, kalau boleh nak sorok dalam kain. Now, zaman moden semua orang berfikiran terbuka katanya sampaikan boyfriends sanggup ke kedai belikan  "roti kering".


Jadi, tak salah aku berkongsi satu produk dengan hangpa semua perihal pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu. Since, aku mula-mula datang period sehingga kini memang aku pengguna setia produk Sumber Ayu ini. Untuk pengetahuan engkorang semua, baru-baru ini Sumber Ayu telah memperkenalkan pemberish kewanitaan daun sirih sumber ayu dengan formulasi dipertingkat, berwajah baru dan terdapat pebagai jenis variasi. Suka tak? Korang boleh gunapakai, haruman favourite korang!

google

Jadi, lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan, dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupaan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik. Bahan utama ekostrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Tak kiralah, awak dah kawin ke belum, bahagian intim harus dijaga. Kerana itulah aset wanita yang paling berharga. 

Enam Wangian Terbaru Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan kini hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai. Packaging dia pun berwajah baru!!

google

SUMBER AYU ORKID
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Ianya amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

SUMBER AYU MAWAR
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis. Sesiapa yang tengah mood dilamun cinta, sesuailah gunakan yang ini.

SUMBER AYU FLORAL
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

SUMBER AYU MUSK
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

SUMBER AYU GAMBIR
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

SUMBER AYU FRUITY
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Cara Penggunaan Pembersih Wanita Sumber Ayu

google
Caranya cukup mudah, hanya tuang sedikit pembersih wanita sumber ayu pada telapak tangan, kemudian letak sedikit air baginya berbuih, barulah bersihkan bahagian intim anda. Bilas dengan air sehingga bersih.

Simple kan? Semudah ABC gitueww.. Tak perlu rasa was-was untuk menggunakan pembersih wanita daun sirih sumber ayu ini kerana ianya telah diperakui HALAL oleh JAKIM. 

google
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi. Jadi, apa tunggu lagi pergilah beli!


Thanks you for reading!

Read More»

Saturday, 3 September 2016

Baju Kurung Cotton serendah RM80.00 sahaja!

Salam and good evening everyone,

Buat apa tu? Dah makan tengahari ke belum? Aku baru selesai makan nasi berlaukkan ikan goreng berserta terung + kentang + ikan bilis berlada. Tadi tengahari sempat singgah Tesco beli barang dapur. Harini off day, itu pasal dapat update blog sambil rehat-rehatkan otot yang lenguh ni. Bajet kerja dekat sawah la pula kan.

Aku rindu gila nak berblogwalking dari satu blog ke blog macam dulu-dulu. Disebabkan kekangan masa, dan perlu memberi komitmen kepada yang lebih menjaminkan masa depan kutinggalkan sebentar dunia fantasi ini. Cewahh, ayat dramatik sangat. Ada masa nanti, aku singgah blog hangpa na.

Dalam pada masa aku belajar ni, aku ada juga buat bisnes sikit-sikit sebagai duit tambahan. Ada juga aku share dekat blog ini, cuma korang perasan ke tidak aku tak tahu. Sekarang koleksi terbaru aku adalah baju kurung cotton. Baju kurung cotton siap punya bukan kain pasang. Shawl pun ada aku jual. Rajin-rajinlah kan diri singgah instagram bunga_project. Aku update stok baru dekat situ. Semua design lawa-lawa okay!

google
Baju kurung kain cotton ini mudah dibasuh dan kainnya tidak kecut apabila dicuci. Senang digosok, mudah melakukan pergerakan, tidak jarang dan amat sesuai untuk pakaian harian (especially for student dan kerja di pejabat.) Yang aku update ini sebahagian daripada stok baru. Nak tengok design lain bolehlah singgah dekat ig bunga_project okay!



google






google
Dah nak dekat raya haji ini bolehlah borong baju kurung cotton ini. Hanya serendah RM80.00 sepasang. Kalau tahu mana-mana orang atau saudara yang suka atau tercari-cari baju kurung kain cotton, bolehlah contact kita ni hah!

Berminat dengan BAJU KURUNG COTTON? 
Whatsapp: 017-2150317
Email: azwa_gem94@yahoo.com

Thanks for reading!


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com