January 2017 - Azwar Syuhada

Sunday 29 January 2017

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 4]
9:19 pm 5 Comments
Salam to all readers,

[Days 4]

Hari keempat merupakan hari terakhir berada di Bukit Tinggi. Sebelum meninggalkan kawasan Bukit Tinggi, Abang Dayat merangkap pemandu pelancong membawa kami ke kelok 44. Kelok 44 ini lagi curam jugalah jalannya jika nak dibandingkan dengan kelok 9 yang tak berapa nak bahaya sangat. Sepanjang melalui kelok 44 ini, kita akan dijamukan dengan pemandangan yang cukup indah iaitu kawasan bandar Bukit Tinggi. Semuanya pemandangan dipenuhi dengan alam flora, sihat menghijau pokok-pokok disana. 

 Inilah dia Tasik Meninjau Sumatera Barat. Cantik kan?


Kami hanya menyusuri beberapa kelok sahaja untuk kelok 44 ini, selepas itu terus berangkat ke Padang Indonesia. Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Padang mengambil masa dalam 2 jam. Rata-rata mereka yang datang melancong ke Padang terus akan dibawa ke Bukit Tinggi kerana di sana ada macam-macam tempat sejarah, rekreasi, shopping center untuk memborong. Kalau di Padang, tiada apa benda pun melainkan pusat-pusat kerajaan, universiti, tempat makan, kira takde tempat menariklah untuk di singgah dekat Padang.

Sampai sahaja di Padang, kami sekeluarga dibawa pusing-pusing di bandar Padang seperti mengunjungi masjid. Kami bergambar dari luar sahaja, sebab masih dalam pembinaan. Cantik kan ukiran masjid ini? Yang pasti dorang tak pernah tinggalkan tradisi Minangkabau mereka, di mana tanduk kepala kerbau tak pernah tinggal.

Selepas itu, kami dibawa mengunjungi jambatan Siti Nurbaya. Jambatan Siti Nurbaya adalah jambatan yang membentang sepanjang 156 meter di atas Sungai Batang Arau, Kota Padang, Sumatera Barat. Jambatan ini menghubungkan pusat kota dengan seberang Padang. Kalau diikutkan, jambatan ini pernah berlakunya tragidi di mana Siti Nurbaya terjun dari jambatan ini lalu meninggal dunia. Nak tahu lebih lanjut mengenai kisah Siti Nurbaya ini bolehlah beli novelnya tak pun search google. 

Setelah puas pusing-pusing di Padang Kota, kami terus berangkat ke Hotel. Esok pagi dah nak check out balik Malaysia. Malam tu sempat makan di luar, area tepi laut jugalah. Boleh tahan sedap jugalah, tapi lagi sedap makanan negara kita. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana kita pergi, tempat kita juga paling best dan selesa. 

[Days 5] 

Pada keesokkan harinya, sebelum bertolak ke airport Minangkabau, kami sempat mengunjungi Lautan Hindi di Padang Indonesia ini. Sempat jugalah bergambar untuk kenang-kenangan. Ramai juga orang berkunjung ke mari, rata-ratanya orang yang datang melancong. Kawasan ini pun dijaga oleh pak polisi.

Dah puas bergambar, kami pun terus berangkat ke airport Minangkabau. Agak lama jugalah menunggu kapal terbang sampai. Jadi, apa-apa pun cuti kali ini memang seronok sakanlah dapat bercuti, rehatkan minda. Now, fokus study balik, cepat-cepat habis belajar, kumpul duit boleh melancong lagi. Sekian sahaja cerita percutian ke Padang, Indonesia, ku akhiri dengan ucapan Selamat malam!

p/s: Thanks you for reading!
Reading Time:

Wednesday 25 January 2017

5 Jenis Barangan Idamanku di Lazada dan kesemuanya berjumlah RM2,017!
10:32 am 21 Comments
Salam to all readers,

Setiap menjelang tahun baru, sudah pasti kita semua akan memasang impian dan azam baru kan? Yang pasti mesti ada diantara korang juga mempunyai niat nak membeli barangan impian kan? Siapa yang berazam sebegini rupa, kita adalah geng!


Aku pantang jugalah duduk belek handphone mahupun depan laptop, karang ada sahaja benda yang aku berkenan nak dibeli. Paling selamat aku unfollow siap-siap, beli rasa duit follow up balik. hehe.. Lagi-lagi nak dekat Tahun Baru Cina ini, makin meriahlah salesnya. Setiap kali menjelang perayaan mesti orang berduyun-duyun beratur nak beli perabot barulah, langsir baru, cadar baru, kalau boleh semua nak serba baru gitu. Time raya jugalah, baru terhegeh-hegeh nak mengemas rumah. Bagi aku ada baiknya kita kemas hari-hari. Jadi, nak dekat perayaan takdelah banyak sangat kerja. 

Berita baik buat peminat tegar shopping online di Lazada, Bersempenakan "Chinese New Year" yang bakal menjelang hujung minggu ini, Lazada ada membuat sales gila-gila punya. Boleh dikatakan barang-barang branded semua boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan dan murah-murah belaka. Rugi wei, kalau tak berbelanja di Lazada sekarang! Macam-macam ada, sebut sahaja nak apa peralatan dapur, barang elektronik, alatan sukan, pakaian wanita, pakaian lelaki, budak-budak, semuanya ada. Waktu-waktu macam inilah yang paling sesuai kita berbelanja di Lazada bersempenakan "Chinese New Year". Menjadi pembeli kena membuat pilihan yang bijak gituew!!

Setelah berhempas pulas membelek laman web Lazada malam tadi, inilah 5 jenis barangan yang aku ingin sangat nak beli di Lazada! Yang pasti berkualiti, berjenama, dan berpatutan. Total kesemua barangan ini adalah RM2,016.22! Kalau nak tengok barangan lain di Lazada bolehlah refer sini http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/

 Bukan iron baju sahaja dah melakukan inovasi, vacuum pun dah buat innovation. Aku memang dah lama mengidamkan barang ini, memandangkan rumah aku dah takde vacuum. Sekarang, tengah sales hanya serendah RM485.00 di Lazada! Berminat boleh KLIK SINI.

Barangan kedua, adalah television baru memandangkan tv di rumah atas dah rosak. Alang-alang Lazada tengah buat sales sempena tahun baru Cina ini grab sahajalah. Berminat boleh KLIK SINI.



Ini juga salah satu barangan yang ada dalam senarai list aku tahun ini, memandangkan aku baru berjinak-jinak bersenam. Teringin sangat nak benda alah ini, harga pun kaukau murahnya hanya serendah RM38.22 sahaja di Lazada. Berminat boleh KLIK SINI.

Seterusnya, alat pengeringkan pinggan. Orang sekarang nak benda senang je kerjanya, teringin juga nak ada satu benda alah ini ada di rumah. Harga pun berpatutan, hanya serendah RM300.00 di Lazada. Berminat boleh KLIK SINI.

Barang terakhir dan terpenting kena ada sudah semestinya power bank, kalau takde memang tak bernyawalah aku ini. Tambah-tambah handphone aku memang cepat habis bateri, nak taknak kena charge juga. Sekarnag Lazada tengah buat sales, haruslah grab laju-laju. Berminat boleh KLIK SINI.

Alangkah seronoknya, apa benda yang kita nak dah terhidang depan mata seperti perut "DORAEMON". Inilah dia 5 jenis barangan yang aku idamkan di Lazada bersempenakan Tahun Baru Cina yang bakal tiba hujung minggu ini. Orang lain raya, kita raya sekali beb barulah meriah! 

Jangan lupa layari http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ untuk ketahui barang menarik di Lazada!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Monday 23 January 2017

Yehaa, exam dah habis!!
9:31 pm 11 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah, akhirnya exam dah habis tengahari semalam. Lega tak terkata, syukur sangat-sangat diberikan kesejahteraan untuk menyempurnakan exam. Tinggal 1 sem sahaja lagi akan aku harungi sebelum menempuh dunia "internship". Tak sabar weii, manusia tak pernah rasa puas kan? Time belajar, gian nak kerja, bila dah kerja kau akan rasa nak belajar semula. Itulah namanya kehidupan.

Habis paper aku terus gerak balik kampung. Kampunglah sangat kalau sekangkang kera. Orang rumah aku panas je hati bila aku balik tiap-tiap minggu. Mana taknya aku tambang pergi balik tak sampai 20 hinggit, depa sekali balik cecah 90 hinggit. Nasib baiklah aku tak belajar jejauh, azab juga rasa nak balik rumah tu. Walhal dulu beria nak duduk jejauh.

Walaupun dah basi, aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 pada korang semua! Moga tahun 2017 ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Apa azam korang kali ini? Azam aku masih sama semoga cepat kaya dan terus kaya. Moga tahun baru ini hubungan kita dengan Tuhan makin utuh, mana yang lopong-lopong itu, perlulah dibaja semula supaya ada hasilnya.

Sepanjang cuti ini juga, aku akan cuba belajar supaya update blog sekerap yang mungkin, khatam cerita korea yang tergendala, bekerja dengan lebih kuat, kurangkan tidur banyakkan senaman, yang paling penting nak buat kimbab. Kalau ada hasilnya nanti aku update!

Sempat selfie sebelum jawab exam! Kalau ada tips persediaan nak intern bolehlah share sikit dekat ruangan komen ya, bolehlah aku tahu serba sedikit. =) Goodnight!

PELUANG MEMENANGI RM1,000 DARI NILE.COM.MY

SIAPA NAK HELLO KITTY 999.9 GOLD BAR, MUDAH JE! 

Reading Time: