Thursday, 9 March 2017

Kemeriahan Benang Hijau WAREHOUSE SALE di Selangor

Salam to all readers,


| Kemeriahan Benang Hijau WAREHOUSE SALE di Selangor | Yes, baru-baru ni aku sempat singgah ke warehouse sale Benang Hijau, bila mana ramai orang up status mengatakan Benang Hijau tengah buat sales gila-gila murah beb. Tambah-tambah, aku memang peminat setia tudung keluaran Benang Hijau, memang seharusnya aku pergi.

Kalau nak tahu, Benang Hijau merupakan butik yang menjual pakaian muslimah, seperti tudung, shawl, blouse, dress, jubah yang sudah semestinya berkualiti tinggi untuk tampil elegant. Benang Hijau cukup sinonim dengan tagline "Inspirasi Wanita Anggun". Tahun 2017 ini merupakan tahun pertama buat Benang Hijau mengadakan warehouse sale. Jadi, rugilah pada mereka yang tak grab peluang yang ada ini untuk mendapatkan koleksi Benang Hijau.

Menariknya, Benang Hijau warehouse sales ini, korang boleh dapatkan diskaun sampai 80% lepas tu 50 TERAWAL boleh dapat promo BUY 1 FREE 1 pulak? Menarik kan? Siapa yang tak gembira bila mendengar ada diskaun sampai 80% untuk dapatkan koleksi Benang Hijau. Rambang mata dibuat untuk membuat pilihan, boleh katakan 1 jam belum rasa puas untuk memborong gitueww! Kalau blouse tak payah cakaplah, semuanya cantik-cantik belaka, sadisnya size aku dah habis stok. Jadi mampu borong shawl sahaja, sudah mampu menceriakan hidupku.

Jom ikuti apa yang menarik di Benang Hijau WAREHOUSE SALES;
✔ 50 pelanggan terawal dapat promosi BUY 1 FREE 1 !
✔ LUCKY DRAW untuk pembelian RM150 ke atas
✔ Mini kalendar Benang Hijau PERCUMA untuk pembelian RM150 ke atas ­čśŹ
✔ Bouncy Castle serta tempat duduk untuk anak-anak dan bapa bapa yang penat menunggu isteri shopping

Untuk pengetahuan korang semua, Benang Hijau warehouse sale di Selangor sudah pun berakhir pada Ahad lalu. Aku dengar ramai juga orang duduk jejauh turun ke Selangor untuk ke warehouse sale Benang Hijau dan ramai juga yang frust tak dapat pergi disebabkan faktor jarak. Never mind guys, lepas ni Benang Hijau warehouse sale akan gegarkan negeri Johor, dan negeri-negeri lain juga akan menyusul. Jadi, save the date bawah ini;

Jadi aku seru warga Johor untuk turun padang bagi memeriahkan Benang Hijau Warehouse sale kali ini. Buat julung kalinya, Benang Hijau mengadakan sales besar-besaran. Di mana, blouse yang berharga RM1++ korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM20 sahaja wei. Gila tak seronok, jadi cepat-cepat pergi selagi stok masih ada. Dinasihatkan keluar awal dari rumah, takut stok barangan korang nak tu habis. Gigit jarilah jawabnya.

google
See, aku tak tipu kan? Macam-macam ada di Benang Hijau Warehouse sale ini, seperti blouse, dress, palazzo, tudung dan shawl yang korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM5, RM20 dan RM50.

Ingatkan tau, save the date korang hujung minggu ini 10-12 MAC lawati Benang Hijau Warehouse Sale di Johor. Kalau terlupa lagi, tunggulah road tour negeri lain pula.

Kalau takde masa juga tapi teringin sangat untuk mendapatkan koleksi Benang Hijau, call terus personel shopper negeri Johor yang tertera dekat atas ini.

ANTARA SEBAB KORANG MESTI KENA KUNJUNGI BENANG HIJAU WAREHOUSE SALES;

1) Potongan harga sebanyak 80% + pelbagai koleksi  menarik keluaran Benang Hijau

Tak dinafikan memang juling juga mata aku bila berkunjung ke Benang Hijau warehouse sale haritu, ikutkan hati memang rasa nak borong semua koleksi yang ada kalau boleh. Malang sekali, duit poket aku pula makin menipis, jadi beli ikut keperluan sahaja. hehehe...

google
See? Harga blouse AZALEA MIDI hanya RM20 dari RM129 hanya di Benang Hijau warehouse sale. Boleh borong 6 helai sekaligus, pilihlah warna yang berbeza, boleh tukar hari-hari tak gitu? Design ini memang lawa, rugilah kalau tak grab dengan harga promo hanya serendah RM20.

 Satu lagi blouse yang aku duk berkenan adalah blouse Dolly ini hah. Harga promo hanya serendah RM20 daripada RM109. Gila murah kan? Cantik pun cantik, tapi malang sekali tiada size aku. Hanya tinggal size s dan XS sahaja. Sedih!

google

Nampak tak tudung yang berlambak dekat belakang tu? Itu semua berharga RM5 sehelai. Semuanya design cantik-cantik dan material kainnya pun best. Yang pasti memang selesalah bila tersarung di kepala.

Tengok, bukan aku sorang je berkenan dengan blouse Azalea Midi ini, akak-akak lain pun turut berkenan. Selain blouse, shawl, palazzo, korang juga boleh dapatkan jubah di Benang Hijau warehouse sales ini. Semua design lawa-lawa belaka dan yang paling pasti harga yang mampu dimiliki. Hanya serendah RM100 sahaja.

Kesemua koleksi Benang Hijau amat sesuai digayakan untuk semua majlis, especially student macam aku ini. Nak pergi ke class, event, dinner teramat sesuai sekali menggayakan koleksi Benang Hijau. Terserlah keanggunan  kita uoall..

Tambah-tambah, tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak raya. Memang elok sangat korang borong koleksi Benang Hijau di warehouse sale ini. Nanti nak dekat raya, tak payah shopping lagi, tinggal gayakan sahaja koleksi Benang Hijau. Bila orang tanya beli dekat mana, jawab sahaja beli dekat Benang Hijau warehouse sales.

2) Harga runtuh dan kualiti yang baik

Kalau ditanya, dekat mana nak beli pakaian muslimah, sudah semestinya aku akan syorkan korang belilah dekat Benang Hijau. Ini kerana, kualiti koleksinya sangat cantik, materialnya pun best dan yang paling penting harga pun berpatutan.


google

Yang paling best, sempena "Benang Hijau Warehouse Sale" ini, korang boleh dapatkan kesemua barangan dengan harga yang lagi-lagi murah. Contohnya, macam LEIA dress ini. Harga asal RM209, tapi sempena warehouse sale, korang boleh dapatkan dengan Harga serendah RM50 sahaja. Boleh borong 4 sekaligus kalau macam ni. Jimat kan?



google
Kalau shawl pula, tak perlu cakaplah lagilah murah. Contohnya shawl Ashley Premium atas ini, hanya RM15 dari RM42. Murah kan? Design semuanya lelawa dan kain dia pun selesa sangat bila disarung. Tak panas pun.

Jelas terpancar kegembiraan, dapat beli shawl Benang Hijau dengan harga serendah RM15 haritu wei. Lepas ini, nak pergi kuliah bolehlah sarung tudung Benang Hijau

3) Debit Card and Credit Card ACCEPTED

Duit tak cukup? Jangan risau kerana Benang Hijau warehouse sale turut menerima pembayaran melalui debit card dan credit card juga. Tapi, pastikan dalam card korang tu ada duit la ya. Kalau si isteri lupa bawa, pinjamlah kad encik suami. Kejam kan aku? Idea jahat aku pengaruh dekat korang. Pastikan korang borong banyak-banyak, supaya tak menyesal kemudian hari. Akan datang tak tahu ada lagi ke tidak warehouse sale ini ya dak?


4) Bouncy Castle

Bagi ibu-ibu yang bawa anak-anak kecil dan risau tak dapat shopping puas-puas. Jangan risau, kerana Benang Hijau turut menyediakan Bouncy Castle buat anak-anak korang. Bapa-bapa pula boleh duduk santai sambil memerhatikan anak-anak bermain. Nak shopping dari pagi sampai petang pun boleh. Bagi aku Benang Hijau amat teliti akan keperluan pelanggan. Bukan semua warehouse menyediakan Bouncy Castle buat kanak-kanak kan? 


Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi aku main benda alah ini. Haritu tengok budak-budak main rasa nak loncat sama wei! Bouncy Castle ini terletak dekat bahagian belakang, ibu-ibu, kakak-kakak boleh shopping di bahagian belakang. Jadi taklah bimbang sangat kan. Nasib baik, aku tak kahwin lagi bolehlah shopping puas-puas. hehehe..

Bagi mereka yang tidak berkesempatan nak pergi ke Benang Hijau Warehouse Sale Selangor janganlah sedih-sedih, kerana Benang Hijau warehouse sale akan ke negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Sungai Petani dan juga destinasi terakhir di Kuantan lepas ni. Jadi, bookmark tarikh negeri korang okay? Bagi yang tak boleh pergi, boleh terus contact personel shopper negeri masing-masing. Aku pun rasa nak contact personel shopper sebab rasa menyesal tak beli dress haritu. huarghhh.. Menyesal tak sudah pula rasanya. 

Untuk ketahui update terkini mengenai "Benang Hijau Warehouse Sale" bolehlah layari terus;


p/s: Rajin-rajinlah baca update terkini Benang Hijau, mana tahu ada kejutan buat anda semua. Satu lagi, siapa yang pergi warehouse sale negeri Johor, nak kirimmm please! =)

7 comments:

  1. cantik juga baju-baju dia ye...aritu tak berkesempatan nak menyinggah, hanya mampu tengok gambar je ni hehe

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaaa! Banyak ke borong koleksi benang hijau tu? Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Adehh... selangor punya dah terlepas daa.. Kalau tak, boleh bawak wife gi shopping situ.

    ReplyDelete
  4. wowww, kalau dekat memang akan pegi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com