Wednesday, 5 April 2017

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

Salam to all readers,

Aku rasa amat berbesar hati, apabila aku ditawarkan sekali lagi untuk mencuba produk terbaru Safi Balqis. Seperti semua orang sedia maklum, jenama Safi  ini memang sudah lama bertapak di Malaysia dan rata-rata pengguna berpuas hati memakai produk ini. Tambahan pula, aku memang sesuai sangat menggunakan produk ini. Bagi remaja-remaja yang baru nak mencuba produk skincare, bolehlah mencuba produk jenama Safi Balqis kerana produk ini sesuai sangat dengan kulit orang Asia terutama negara kita ini mengalami cuaca yang panas dan lembab, harga produk ini juga berpatutan.

google
Kalau nak tahu, baru-baru ini SAFI baru sahaja launch produk terbaru, iaitu SAFI BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis. Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

googlePembersih muka Safi Balqis OxyWhite [50g, RM7.30] membantu membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak, sekaligus mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit. Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat. Ianya amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

google
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar [100ml, RM10.90] 

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
  • Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
  • Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan 
  • Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

google
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel [45g, RM20.20]. Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah, vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka, sid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan, mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. Tekstur krim ini pekat, dan baunya wangi sangat. Kulit sentiasa lembab sahaja bila pakai. Best weii!!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh ayari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

p/s: Jom cantik bersama SAFI BALQIS OxyWhite!

4 comments:

  1. Produk safi antara produk terbaik tempatan sebab selama saya menggunakan produk safi masa sekolah menengah dulu jerawat saya hilang dan wajah semakin berseri

    ReplyDelete
  2. Aku pakai pencuci muka dia je weh. Murah pun murah haha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com