Sunday, 21 May 2017

Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online

Salam to all readers,


google
Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot dengan Harga yang Berpatutan

| Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online | Akhir-akhir ini, cuaca negara semakin panas rasanya, menyebabkan badan lekas berpeluh dan kulit kepala rasa berminyak kan? Sungguhpun, kita berhijab mahkota (rambut) haruslah dijaga supaya sentiasa bersih. Selain penjagaan muka untuk tampak cantik, rambut juga salah satu benda penting juga harus dijaga sepuya kekal segar dan sihat. Kalau dah masuk 3 hari tak cuci, mulalah rasa tak selesa.

Tambah-tambah kita jenis aktif, sibuk dengan kerja, pergi kuliah, sampai tak sempat nak pergi saloon. Dulu waktu aku kerja saloon, rajinlah juga aku buat treatment, bila dah sambung belajar nak pergi buat treatment pun takde masa + kos nak buat treatment bukannya murah. 

Now, aku dah jumpa satu alternatif untuk kekalkan rambut segar dan sihat. Iaitu merawatnya sendiri di rumah dan korang sendiri boleh dapatkan pelbagai rangkaian produk penjagaan rambut dan kulit kepala tersebut hanya di HairDepot secara online. Sekali singgah ke websitenya, pasti nak datang lagi! Rangkaian produk HairDepot bukan hanya boleh didapati di website sahaja, malah ia turut ada beberapa cawangan di Malaysia. Bagi yang busy dengan kerja, bolehlah purchase melalui online sahaja, jimat masa dan tenaga!

Sekarang, tak payah pening-pening kepala ambil air beras bilas rambutlah, letak putih telur lumur dekat rambutlah, sedangkan semua dah dibotolkan. Semua benda dah naik taraf gitu, murah pun murah.

google
Bertambah menarik lagi, HairDepot bukan hanya menjual rangkaian produk penjagaan rambut sahaja, malah turut memperkenalkan rangkaian produk penjagaan badan, seperti sabun mandi, scrub badan, pencuci muka, hand cream dan macam-macam lagi. Baru-baru ini, aku sempat singgah cawangan HairDepot Loft di One Utama. Memang best wei, sekali singgah pasti nak datang lagi!

google
Kalau korang ada masalah rambut, dan tak pasti produk apa yang sesuai untuk dipakai, datang sahaja di HairDepot kerana dorang bukan sahaja menjual produk penjagaan rambut semata-mata, malah mereka turut bagi recommedation (produk advisor yang terlatih) produk apa yang terbaik untuk korang pakai. Best kan, wujudnya store macam ini. Kalau tak tahu nak pakai pun, produk advisor akan tunjuk step by step macam mana nak pakai. 

Masalah aku pula, aku sering mengalami masalah kelemumur. Kalau salah pilih shampoo rasa berkeping-keping kelemumur bertempek atas kepala. Tadi aku ada tanya, rangkaian produk apa yang sesuai untuk aku, justeru produk advisor terus syorkan aku untuk menggunakan rangkaian produk "GREEK OLIVE". Sabun ini kurang berbuih, tapi wangi dan ingredient dia pun bahan-bahan organik. Kalau kita ada kelemumur, kita digalakkan untuk tidak garu kepala terlalu kuat, seelok-eloknya buat slow-slow. 

google

Greek Olive bukan hanya untuk penjagaan rambut sahaja, penjagaan badan turut ada seperti di atas.

Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online


Andai kata, korang ada mengalami masalah rambut mahupun kulit kepala seperti kelemumur, keguguran rambut, bercabang, berminyak, rambut berkerinting dan lain-lain lagi, jangan segan silu untuk datang ke cawangan HairDepot yang berdekatan kerana segala benda yang berkaitan produk rambut boleh didapati di sini. Kira, HairDepot ini one stop center bagi kita semua dapatkan rangkaian penjagaan rambut lebih daripada 1,000 produk dari ratusan jenama terkenal. Yang pasti dijamin berkualiti!

Bagi mereka yang tidak sempat singgah mana-mana cawangan akibat kekangan masa, jangan risau kerana korang boleh dapatkan semua rangkaian produk HairDepot secara online iaitu di www.hairdepot.my
google
Alataan penjagaan rambut juga turut terdapat di HairDepot seperti sikat yang berbagai rupa dan size, iron, hairdryer, dan kesemua barangan disini korang boleh dapatkan dengan harga yang cukup berpatutan.

Bagi mereka yang ada anak kecik, korang tak perlu pening-pening untuk mencari produk penjagaan rambut baby, kerana HairDepot turut menyediakan (baby care). Biasalah, rambut budak lebih lembut dan kulit mereka lebih mulus lagi, jadi mak ayah haruslah mencari produk yang terbaik untuk anak mereka. Kalau tersalah pilih nanti, tidak mustahil menyebabkan kulit bermasalah di kemudian hari.

Manakala, bagi mereka yang ada masalah rambut bercabang akibat pernah lumur rambut dengan bahan kimia waktu luruskan rambut atau colour, korang boleh cuba pakai rangkaian produk Argan Oil. Rasanya, ramai dah tahu kelebihan Argan Oil ini untuk apa. Yang pasti rangkaian produk ini baunya wangi sangat-sangat!!

Yang bestnya, kalau pakai Argan Oil ini rambut rasa lebih lembut, nak sikat rambut pun rasa lebih mudah, dah tak tersekat mana-mana skala dah. Sekarang tengah promo beli 1 percuma 1 lagi Argan Oil. Berbaloi kan? Hanya berbelanja satu botol yang berharga RM89, dapat lagi satu botol Argan Oil yang sama harga secara PERCUMA.

google
Kalau nak tahu, setiap bulan HairDepot ada buat promosi, seperti gambar atas ini semua tengah sale, beli satu percuma satu. Semua botol besar-besar belaka, dapatlah pakai lama. Botol bekas putih tu namanya "HEAD SPA" lebih dikenali sebagai treatment rambut. Bila dah cuci rambut, bolehlah lurutkan treatment ini dekat bawah rambut, jangan kena kulit kepala, tunggu dalam 5 minit baru bilas. Kalau dah pakai ini, tak perlulah pakai conditioner pula. Satu ini pun sudah memadai.

Head Spa ini mampu merawat rambut rosak, sensitif dan secara tidak langsung boleh mengembalikan semula kesegaran rambut, menguatkan agar rambut, serta membuatkan rambut korang lebih lembut dan licin. Head Spa ini pun tengah ada promo price, RM50 (Buy 1 Free 1).

google
HAIRDEPOT ARGAN OIL 50ML 
Promo Price: RM89 (BUY 1 FREE 1)

Inilah antara barangan yang sempat aku borong di HairDepot Loft haritu, ada Argan oil, HAIR BTX Keratin Reconstructive Treatment, Head Spa, dan juga sample Hair milk product. Bagi mereka yang biasa mewarnakan rambut dan mengalami rambut bercabang, elok sangatlah cuba product HAIR BTX Keratin Reconstructive Treatment ini, ia membantu menguatkan akar rambut, rambut lebih licin dan bersinar. Kandungan yang terdapat dalam treatment ini adalah seperti hydrolesed keratin, hydrosyen collagen, protein ceramic, minyak Arga, minyakk bunga kamelia dan minyak biji Jojoba. HAIRDEPOT HAIR BTX 25ML sekarang tengah ada promo price, RM78 (BUY1 FREE 1).

Kalau korang nak tahu, HairDepot merupakan salah satu retail store yang menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan rambut dan kulit kepala yang terkemuka di Malaysia. Kini, HairDepot telah memunyai rangkaian sebanyak 30 cawangan yang rata-ratanya disekitar Klang Valley dan Johor. HairDepot turut pernah mendapat anugerah exclusive distributorship in Malaysia daripada Principal of LITTLE GREEN, NEW YORK STREET, PHYTORELAX LABAROTORIES, CAB’S, ERAYBA, FARCOM, with products of these brands available for sales exclusively in HAIRDEPOT

Jenama sendiri HairDepot merupakan campuran produk yang berkualiti dan telah dikaji, diuji serta dihasilkan oleh panel rakan kongsi pembuatan di Australia, Finland, Taiwan, Malaysia dan Jepun. Antara jenama mereka sendiri yang cukup popular dikalangan pelanggan adalah seperti MIDORI, GREENOLOGY, HERBALOGIST, dan THE HAIR STORY.

google
Dah puas shopping sempatlah bergambar dengan owner HairDepot Loft dan beberapa rakan blogger yang lain sebelum balik.

Muka happy bila dapat borong produk di HairDepot. Kalau nak cerita satu per satu produk memang sampai ke sudah tak habis kan. Jadi, kalau berkenan nak dapatkan produk mereka datang sahaja mana-mana cawangan HairDepot yang berdekatan. Bagi mereka yang kekangan masa untuk pergi window shopping, boleh sahaja purchase online di www.hairdepot.my                      
Voucher Code: HBE20J
(Expired on 31st July 2017)

Khas buat pembaca setia blog aku yang tertarik untuk mendapatkan barangan HairDepot bolehlah gunakan voucher code atas ini.  Exclusive offer of RM20 e-voucher for ualls! Sekali sign up dah dapat RM5 voucher plus sekali RM20 e-voucher dah ada RM25 off!! Berbaloi-baloi!

HairDepot turut berada di Shopping Mall: Mid Valley, 1Utama, Berjaya Time Square, Nu Sentral, Amcorp Mall, Pear Point 2, Jaya Shopping Centre, Quill City Mall, eCurve, IPC Mutiara Damansara, Aeon Rawang, KL SOGO, Batu Pahat Square One, Batu Pahat Mall, dan lain-lain lagi.


Street Shop: Kepong Baru, Kepong Metro Perdana, Bandar Sri Damansara, Aman Puri, Taman Bukit Maluri, TTDI, Taman Megah, SS2, PJ, Puchong Bandar Putri, Sri Petaling, Selayang Jaya, Muar Johor, Bukit Indah Johor, Taman Perling Johor, dan lain-lain lagi.



Untuk makluman lanjut mengenai HAIRDEPOT bolehlah layari;

Website: HairDepot

Thanks you for reading!

9 comments:

  1. Bagus tempat ni.. Tp jauh la pulak nk pegi.. rambut mmg bermasalah ni.. gugur rambut.. mungkin juga sbb preggy.. hurmm.

    ReplyDelete
  2. Bagus lah hair depot ni. Kedai dia kat mana ye

    ReplyDelete
  3. bestnye !!! kakak kalau masuk kedai ni, ntah bila nak balik pon tak tau... hee~

    ReplyDelete
  4. I would soooo coming to this store. Memang mencari shampoo and conditioner yang bersesuaian dengan rambut. Lepas bersalin ni, banyak pula kelumumur. Dulu tak pernah ada, hmm!

    ReplyDelete
  5. Boleh lah servey websitenya.menarik

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com