Pengalaman Menginap di Time Capsule Hotel, Penang - Azwar Syuhada

Wednesday 10 May 2017

Pengalaman Menginap di Time Capsule Hotel, Penang

Salam to all readers,

Selamat Hari Wesak buat mereka yang meraikannya dan selamat bercuti pada mereka yang sedang bercuti harini. Yeahh.. harini cuti umum dapatlah bersenang lenang, layan movie, dan tidak lupa untuk mengupdate blog yang suam-suam kuku ini.

Seperti yang dijanjikan dimana aku nak menyambung semula kisah perjalananku ke Penang haritu, syok juga update lambat-lambat ini, dapat mengenang semula kenangan lama. Cewahh bajet macam mengenang kisah cinta lama gitu. Korang pernah dengar tak tentang capsule hotel? Aku mula tertarik untuk sertai rombongan ini apabila ketua yang menganjurkan ini kata hotel ini best, plus tokok tambah pensyarah aku berkata pula best pergi, nanti korang bukak jendela je dah nampak nature. Kalau pergi sendiri mahal kosnya, pergi ikut rombongan murahlah sikit kosnya. 

Aku pula teruja juga bila mendengarkan hotel ini terletak dalam hutan, keluar nanti nampak nature, semua benda-benda menghijau. Burung-burung berterbangan, angin sepoi-sepoi bahasa. Itu semua dusta belaka, sebaik sahaja meninggalkan Padang Kota, Penang kami terus berangkat ke Time Capsule Hotel, Penang yang terletak selari dengan Line Clear punya restoran. Tak sampai setengah jam dah sampai hotel capsule. Kau rasa? Nature yang kau  bayangkan tu hanya dalam mimpi semata-mata.

google
Never mind, yang pasti time ini ketiak dah basah mandi peluh rasa nak mandi je. Macam biasa, sampai-sampai sahaja ketua pergi check in untuk kiteorang semua. Masing-masing akan dapat beg sorang satu, dalam beg tu ada towel, mineral water, headphone, menarik juga barang dalam beg dia bagi.

Walaupun hanya bermalam sehari sahaja, gigih juga orang bawa beg beroda. hehehe... Kalau tak silap aku, hotel ini mempunyai 4 tingkat rasanya, satu tingkat untuk dom lelaki, satu tingkat untuk dom perempuan, satu tingkat lagi tempat hiburan, pusat snuker pun ada. Tak sempat nak explore.

Sebelum naik ke capsule masing-masing, kena tukar kasut terlebih dahulu. Time Capsule Hotel, Penang ada menyediakan selipar khas apabila kita nak berlegar-legar dalam hotel. Nak keluar daripada hotel, bolehlah pakai semula kasut korang. Ada dalam 40 orang yang menyertai rombongan ini, hampir separuh budak perempuan terpaksa bercampur dengan dom lelaki. Nasib baiklah, aku tersenarai dalam dom perempuan.

Terserlah keterujaan, kegembiraan bila dah masuk capsule. Bila nampak katil macam ini, tak nampak nature pun takpelah. Seronok juga wei! Keterujaan aku seperti "rusa masuk kampung". Rata-rata taknak mandi, sibuk bergambar dalam capsule. Tak puas petang, malam sambung lagi selfie! hahaha..

Walaupun hanya bermalam 1 malam sahaja, rasa selesa, nampak kecik capsule ini, sebenarnya besar jugalah untuk sorang menginap. boleh tarik pintu tersebut kalau nak privacy. Dalam ada tv, charge phone, dengar muzik, yang pasti wifi "FREE" turut ada beb! Aku memang dah berkurun tak melanggan internet dalam phone, lebih selesa pergi tempat yang provide "WIFI FREE". Kalau melanggan bukak benda yang sama, tak berfaedah pun kan? 

Tak cukup dalam capsule, dalam toilet pun sempat selfie. Tandas pun cun beb, cuma pintu nak mandi tu seksa jugalah orang luar nampak bayang kita. Tapi takpelah, kongsi sama jantina takdelah segan mana.


google
Memandangkan orang terlalu ramai, dan connection tak kuat, tv pun sangkut. Main apa yang boleh sahajalah. Capsule aku ini terletak dekat tingkat 3 rasanya haritu, dah betul-betul berhadapan dengan jalan, nampaklah kereta lalu lalang. Yang tak bestnya, cermintu takde jendela, jadi bila malam menjelang, orang luar secara tidak langsung boleh nampak kita yang dekat dalam. Jadi, nak pakai baju semua kena dilakukan dalam toilet. Satu lagi, arah kiblat pun dorang tak letak, bila ditanya kejap ada kata kanan, kejap kata kiri. 

Time Capsule Hotel, Penang ini turut menyediakan tempat simpan barang, andaikata korang nak keluar malas nak bawa handbag bolehlah simpan dalam peti mengikut nombor capsule korang. Yang pasti selamat!

Ini pula tempat lepak bahagian perempuan. Bolehlah bersantai-santai sambil main laptop, berlibur dengan member-member korang.

Pada mereka yang suka merantau, camping, join backpackers Time Capsule Hotel, Penang ini amatlah sesuai, selesa pun selesa, cantik pun cantik, dan harganya dari serendah RM35. Dekat dengan pekan, Georgetown, Padang Kota, dan yang pasti dia berada di tengah-tengah Penang.



 Kemeriahan Time Capsule pada waktu malam, ada karaoke belakang tu.

google

Kami hanya mengambil package menginap sahaja, tak termasuk breakfast disebabkan cafe dorang ada minuman alkohol. Kami checkout sekitar pukul  8.00 pagi macam tu, dan bersarapan di area kawasan tu juga. Nak dijadikan cerita bersarapanlah kami di satu kedai mamak ini, order roti canai kosong dalam 7 orang makan. Bila mamak tanya kuah daging kami semua angguk sahajalah, apabila sampai kaunter pembayaran, amek kau nilai roti canai kosong kuah daging tu RM7.50. Semua keluar dari kedai tu, muka hijau. hahaha....

 Sebelum bergerak ke Escape Penang, haruslah selfie satu kali lagi!



Apa-apapun, aku rasa gembira dapat join rombongan ini. Walaupun percutian ini hanya 2 hari 1 malam sahaja, banyak kenangan yang dapat dilakarkan. Jadi, pada mereka dah masuk u, dan kelab korang ada buat aktiviti macam ini, joinlah. Best wei!

More info about Time Capsule Hotel Penang:


Thanks you for reading!

7 comments:

  1. nampak mcm best je time capsule ni.
    ingatkan dlm tu sempit tp boleh tahan jugak la sebenarnya
    huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa!! Rasa futuristic betul capsule tu, hahahaha. Teringin pula nak try pegi.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info timecapsul ni. nampak best. ingat nak plan juga ke sana nanti

    ReplyDelete
  4. Memang sesuai untuk backpacker

    ReplyDelete
  5. uuuish comelnya hotel ni.. tak pernah pegi. duduk sini boleh makan Line Clear selalu laeh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!