June 2017 - Azwar Syuhada

Wednesday 21 June 2017

SAFI SHAYLA Syampu Eksklusif untuk Wanita Bertudung #HanyaSafiShaylaUntukSaya
9:20 pm 5 Comments
Salam to all readers,


google
Rangkaian produk syampu Safi Shayla

| SAFI SHAYLA Syampu Eksklusif untuk Wanita Bertudung | Rambut merupakan mahkota setiap wanita, baik yang bertudung mahupun yang tidak bertudung. Wanita yang bertudung pula tidak lari dengan masalah kulit. Sungguhpun aku bukanlah kategori 24 jam bertudung, masalah rambut gatal memang sering menjadi keutamaan. Tambah-tambah, dengan keadaan cuaca negara kita yang panas, memang cepatlah berpeluh dan menyebabkan rambut berminyak. Kadang-kadang boleh jadi stress tau, tipulah korang-korang yang berhijab ini tak tercari-cari syampu yang sesuai dengan kulit kepala plus wangi!!

Macam-macam produk syampu aku try, hanya satu syampu ini sahaja yang bertahan lama aku gunapakai. Tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya syampu SAFI SHAYLA. Bukan aku sorang sahaja guna, mak aku pun pakai. Kira anak beranak Safi Shayla lover la ini yeah! Tak perlu berbelanja lebih, kalau yang sederhana pun dah cukup memuaskan hati!

Rata-rata orang pasti mengetahui tagline Safi Shayla yang cukup popular dengan "penjagaan rambut pertama dicipta khusus untuk wanita bertudung". Sekali lagi, penjagaan rambut pertama dicipta untuk wanita bertudung, pasti something special dalam syampu Safi Shayla ini kan! 


Yang bestnya, syampu ini menggunakan ekstrak Habbatus Sauda 1001 kebaikan yang terkandung 15 jenis asid amino, protein, karbohidrat serta mineral. Mungkin bau harum semerbak rambut kita dari Habbatus Sauda tula kot. Kini, syampu Safi Shayla diyakini mampu menyelesaikan apa jua masalah rambut wanita bertudung.

Antara produk rangkaian Safi Shayla;


1. Pek Fleksi SAFI SHAYLA - Anti Kelemumur. Ia mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Mentol yang mencegah kelemumur 2x ganda lebih berkesan bermula pada cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

Bagi mereka yang nak berjimat tambah-tambah dengan keadaan ekonomi kita yang pasang surut kala ini, korang boleh sahaja dapatkan syampu Safi Shayla versi pek fleksi ini. Lagi jimat dan berbaloi-baloi. Rata-rata pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan kualiti untuk kelengkapan isi rumah.

2. SAFI SHAYLA - Kawalan rambut gugur dengan protein. Tahu tak fungsi utama untuk protein itu adalah untuk menguatkan rambut dan produk ini mampu mengurangkan keguguran rambut sebanyak 80%. Suka tak?

3. SAFI SHAYLA - Hitam menawan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Sheen Lock untuk menjadikan rambut hitam berkilau, sihat dan mudah diurus serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

google
4. SAFI SHAYLA - Perapi rambut dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal 48 jam berdasarkan ujian makmal. Rambut lebih lembut & terurus.

Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi syampu Safi Shayla yang lain. Boleh dikatakan, kesemua jenis syampu Safi Shayla aku dah pun mencubanya. Paling best yang warna biru turquiose tu khas untuk anti kelemumur. 

Kenapa aku suka gila dengan produk syampu Safi Shayla ini? Sudah semestinya dengan kandungan yang terkandung dalam syampu ini iaitu Habbatus Sauda dan juga Multivitamin. Tahu tak, khasiat Habbatus Sauda yang mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan antibakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusan.

Bertambah menarik lagi, packaging syampu Safi Shayla yang tampak eksklusif. Serius wei, asal pergi Watson or Guardian pasti terkebil-kebil biji mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab semua best, plus packaging dia banyak warna menarik! Satu lagi yang buat aku suka dengan produk syampu Shayla sebab wangian syampunya yang harum semerbak kasturi. Wangi beb, baru pegang dah wangi, belum pakai lagi kan? Bertambah-tambah wangilah jawabnya. Pengguna-pengguna setia Safi Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.

 Sambil scrub muka dann lagi selfie dengan rangkaian produk syampu Safi Shayla!

Tambah-tambah nak dekat raya ini, elok sangatlah grab syampu Safi Shayla. Takkan nak biarkan rambut berkepam sehari suntuk raya menjelang ya tak? Insyaallah dengan bantuan Safi Shayla masalah rambut  dapat diatasi yang pasti rambut kekal sihat dan wangi sepanjang hari beb!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari;

Instagram: @safimalaysia
Website: www.safi.com.my

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 3 June 2017

Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea!
9:00 am 4 Comments
Salam to all readers,


| Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea! | Baru 7 hari kita menjalani ibadah puasa, macam-macam promosi barang raya dah keluar. Yang terbaru ini promosi barangan kecantikan. Aku tahu, mesti ramai di antara korang minat barangan kecantikan terumatama barangan kecantikan dari korea. Kan? Tak usah bohonglah, aku pun salah seorang peminat barangan kecantikan korea. Kalau singgah Innisfree dekat KLCC mahu berjam-jam aku duduk dalam kedai tu, padahal belek mask je pun. Sekarang nak pergi ke sana ke mari pun susah disebabkan banyak kerja lain nak dibuat, jadi aku nak khabar dekat korang-korang semua ada satu website ini yang boleh korang dapatkan pelbagai barangan kecantikan yang diimport khas dari Korea beb! Tak usah pening-pening lagi, sebab semua di hujung jari anda sahaja.

Website yang aku maksud ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ALTHEA. Pelbagai jenis barangan kecantikan dari korea korang boleh dapatkan seperti lipstick, sunblock, maskara, face mask, skincare, shampoo, serum, cc cream dan banyak lagi! Althea ini merupakan shopping online yang menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan dari Korea dan harga barangan yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan. Serius tak tipu, sebab aku pun selalu juga shopping dekat sini bila housemate dah menghasut suruh beli. 

Althea sentiasa memberi tawaran harga yang terbaik dan kualiti terjamin! Nak nak bila menjelang Ramadhan dan raya pun bakal tiba tak lagi, ada promo beb! 


Tengok gambar pun dah kenyang kan? Bagi mereka yang shopping di Althea sekarang, korang berpeluang mendapatkan 1 hadiah percuma. Teruja tak? Gila tak teruja dah syok-syok shopping dapat pula 1 lagi hadiah. Bagi mereka yang nak hadiah ini, apa tunggu lagi cepat-cepatlah terjah Althea! Selagi stok masih ada. Bagi aku, borong barangan kecantikan Korea di Althe memang berbaloi, dahlah harga murah, selalu buat promo, sekarang boleh dapat 1 hadiah percuma pula. Siapa yang tak sukakan? 

Bertambah keterujaannya lagi, setiap kali korang membeli barangan di Althea mesti akan mendapat box yang sangat-sangat comel. Kebiasaan kotak Althea yang diterima sudah semestinya warna pink. Tapi, memandangkan sekarang kita sedang menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi nak raya Althea mengeluarkan satu keluaran box terbaru edisi khas sempena bulan Ramadhan beb. Cantikk!! Kotak ini limited edition sempena Ramadhan sahaja, lepas bulan Ramadhan memang korang takdapatlah kotak warna hijau ini. Nak kotak cantik warna hijau ini, kenalah shopping sepanjang bulan Ramadhan ini. Kotak ini boleh recycle tau, boleh isi macam-macam barang. Nak buang sayang, sebab setiap box dari Althea memang superbb awesome!

google
 The Limited Edition Althea Raya Box!

Apa yang menarik di Althea lagi? Yang best, setiap pembelian RM99 dan ke atas korang akan dapat "FREE SHIPPING"!! Syok kan? Antara jenama produk korea yang korang boleh dapatkan di Althea adalah seperti Laneige, Innisfree, 7Hara, Angel Factory, April Skin, B-Lab, IOPE dan macam-macam lagi. Althea bukan hanya menawarkan produk kecantikan sahaja malah turut menawarkan barang makeup dan juga hair & body care turut ada dengan pelbagai brands yang terkenal.

See, murah kan barangan makeup di Althea? Sekarang tengah promo beb, rugi tak grab. Laneige Brush Highlighter dari RM110 jadi RM90 sahaja! Banyak lagi produk kecantikan yang korang boleh dapatkan di Althea. 

Ini antara barangan "Best Sellers" ramai orang pakat beli. Murah beb!! Apa tunggu lagi, ayuh layari laman web Althea untuk shopping barang makeup dan korang berpeluang mendapat 1 lagi hadiah setiap kali pembelian dibuat serta mendapat The Limited Edition Althea Raya Box! Jangan lepaskan peluang, jom sama-sama melaram di Hari Raya!

Untuk makluman lanjut boleh layari;
Website: http://my.althea.kr/
Facebook: Althea Malaysia
Instagram: AltheaKorea

Thanks you for reading!
Reading Time: