Tuesday, 11 July 2017

Apa yang menarik di FashionValet?

Salam to all readers,

Bila sebut FashionValet sahaja mesti dalam kepala otak korang tu bayangkan "tudung mahal harga ratusan ringgit" je kan? Pernah menjadi viral di instagram dan juga di twitter gara-gara sehelai tudung sampai RM700 ringgit. Orang yang suka baca statement lagu ini rajinlah retweet lepas tu pandai pula bagi ceramah dekat orang di luar sana. Dari beli tudung "duck" better aku beli tudung bawal, shawl 10kodi dekat jalan tar. Ada juga yang berkata baik aku simpan duit beli kereta. Persepsi masyarakat yang tidak membina langsung bagiku. Makin korang kutuk mahupun kecam FashionValet makin maju bisnes mereka okay! 

google

Apa itu FashionValet?
Unravel online shopping at FashionValet! Founded in 2010 with the aim of bringing the latest fashion trends to your doorstep, FashionValet is Malaysia’s first and hottest online fashion store!

We offer a wide range of ready-to-wear garments for women, accessories and handbags, from chic classics to edgy statement pieces. Proud to carry the best of Malaysia’s home-grown brands and designers, FashionValet continues to strive to bring you the hottest names in Asia!

Our What’s New page never fails to excite as we update our selection of trendy items daily. There's always a bargain under the Sale category and we have many new features like our loyalty point system, FV Rewards and Gift Vouchers!

FashionValet creates a lifestyle of convenience by simplifying your shopping experience with a fresh new look and a dedicated customer service team who can assist with your online shopping dilemmas, whether it's offering styling tips or answering your queries.

Vivy Yusof dan suaminya Fadza Anuar merupakan pengasas FashionValet ini. I love Vivy Yusof style, yang selalu update ootd dia menerusi instagram. Sedikit sebanyak membantu orang yang diluar sana untuk tampil cantik yang confident! Bukan senang nak dapatkan confident level yang tinggi dalam penampilan diri. 

Antara barangan yang boleh didapati di FashionValet?

Koleksi FashionValet bukan hanya tertumpu pada Duck scarf sahaja malahan pelbagai jenis barangan dan brand yang terkenal korang boleh dapatkan di sini. Pendek kata, macam-macam ada antaranya aksesori wanita, kasut, apparel, beauty produk, pakaian lelaki, wanita dan juga kanak-kanak turut disediakan. 

Bagi mereka yang menggilai baju-baju pereka fashion terkenal seperti keluaran Aere, Rizman Ruzaini, Afiq M, Alia B., FZK by Fitri Zainal dan macam-macam lagi boleh direct dapatkan menerusi FashionValet website.

Kalau diikutkan range harga koleksi barangan di FashionValet memanglah expensive, tapi kita nak pakai barangan berjenama, grand, berkualiti tinggi, trending, verstyle, haruslah berani berbelanja. Yang pasti berbelanjalah ikut kemampuan. Tak perlu kondem orang tu beli lebih kau perli dia "untunglah banyak duit boleh shopping dekat FashionValet".

Mana tahu orang tu berhempas pulas kerja, ada spent duit sikit untuk beli koleksi barangan FashionValet tak ke kau dah dapat dosa. Kalau yang rajin survey or shopping online menerusi FashionValet website pasti tahu dan amat memahami apa best dan menarik di situ.

Kalau diikutkan tak semua barangan koleksi FashionValet berharga ratusan ringgit. Hakikatnya ada sahaja barangan yang bawah RM100. Tak percaya boleh tengok ini!


google
Bagi mereka yang suka berfesyen mengikut perkembangan terkini, trending, tampak elegen boleh shopping di FashionValet. Apa salahnya berbelanja untuk kepuasan diri sendiri kan? Kalau student boleh berhempas pulas kumpul duit raya semata-mata untuk membeli tudung duckscarves, inikan kita yang dah bekerja. Sungguhpun aku tak membeli, tapi aku dah ada 2 koleksi barangan FashionValet. Jangan jeles okay!


Nak tahu lebih lanjut mengenai FashionValet boleh layari;

12 comments:

  1. semua cantik..harga pun boleh tahan...lagi lama tengok..lagi rambang mata

    ReplyDelete
  2. CCL belum pernah lagi shopping online melalui fasionvalet

    ReplyDelete
  3. masuk website fashionvalet memang boleh rabak mata selain rabak poket ngeh3..

    ReplyDelete
  4. memang banyak cantik cantik.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya sangat salute FV and all their workes, diorang come out dengan satu benda yang sangat awesome kot. Kualiti and brand semua ada, siap jaga postage whatnot, cantik kay postage diorangg.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
  6. owh baru tahu mengenai fashion valet...mahal juga harga disini..

    tapi bagi yang mampu tempat yang terbaik untuk membeli dengna kualiti yang begitu tinggi...

    yang tak mampu jangna paksa diri

    ReplyDelete
  7. pakaian from head to toe mmg lawa2 kat situ

    ReplyDelete
  8. cantik dan banyak pilihan juga shopping di fashion valet. InshaAllah boleh try shopping sini

    ReplyDelete
  9. Pernah masuk website FashionValet ni beberapa kali je. Nak masuk selalu, saya ni bukan target market diaorang. Tapi as a business student, memang kagumlah dengan pencapaian FV ni.

    ReplyDelete
  10. momoy memag suka shopping sini... tempat wajib selain zalora

    ReplyDelete
  11. banyak pilihan tapi harga boleh tahan juga kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com