Friday, 4 August 2017

Berbaloi ke beli barangan dekat SG Shop?

Salam to all readers,


Bulan Ramadhan haritu, aku ada join contest SGshop daripada beberapa kenalan blogger, siapa sangka boleh menang voucher RM200 sekaligus. Gembira tak terkata, rasa nak shopping masa tu juga bila dah diumumkan salah seorang pemenang. Alangkah seronoknya kalau dapat tunaikan voucher tersebut. *Nampak sangat aku suka duit dari barangan.

google

Apa itu SGshop?

SGshop ini merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia yang boleh dikatakan murah dan berbaloi. Ditubuhkan pada bulan August 2011, sebuah syarikat yang berdaftar serta pakar dalam logisitik supaya kita boleh menerima produk yang dikehendaki, dibeli menerusi laman web e-dagang China. SGshop menawarkan pelbagai barangan seperti pakai wanita & lelaki, kasut, permainan kanak-kanan, perabot, peralatan sukan, peralatan office, produk kesihatan dan macam-macam lagi. Pendek kata macam-macam ada.

Kalau nak diikutkan ini bukan first time aku shopping barangan di SGshop, sebelum ini pernah juga borong barangan dekat sini. Itupun sebab sebab menang voucher RM100. First time, aku shopping di SGshop boleh dikatakan semua item yang aku pilih adalah baju. Nampak lawa sahaja tengok dekat website, ala-ala korea gitu, bila sampai dekat tangan sendat, ketat, padat, jarang, panas, semua completelah. Alih-alih, bengang sendiri! Tak semua barangan terutama pakaian negeri luar sesuai dengan tempat kita. Sebagai menutup rasa kecewa, aku dah pun sedekah semua barangan yang aku beli sebelum ini dekat orang.

Jeng..jeng..jeng..

Silap sekali, tak bermakna serik membeli. Kali ini, memang teliti sikit nak beli barang dekat SGshop dan kalau boleh elakkan membeli pakaian. Berjam-jam jugalah aku belek website SGshop haritu untuk membeli barang. Dah puas belek, akhirnya inilah hasil yang aku beli. Jangan risau untuk shopping dekat SGshop ini sebab sepanjang aku shopping dekat sini dijamin boleh dipercayai. Setiap kali barangan korang dah sampai dekat "Warehouse China" korang pasti dapat text, andai kata barangan yang korang nak tu takde dorang akan private message, lagi best bila dorang bagi suggestion barangan yang lebih kurang sama dan lagi murah!

google
 ENZOKEN makeup brush set
RM22.53

Walaupun tak pandai makeup, saje je aku beli. Nampak comel je, mana tahu akan datang nak guna dah ada sendiri punya kan? ENZOKEN makeup brush set ini mempunyai 9 berus termasuklah beginners makeup brush, brush, makeup-up tool, eye shadow brush, a full set of brush. Banyak lagi jenama lain dan lagi canggih. Tapi ini juga menjadi pilihan hati, siap dengan beg bolehlah masuk dalam handbag. 

Shiny Sequins
RM10.96

Ini sungguh aku tak sangka, aku bayangkan shiny sequins ini besar macam size tingkap, alih-alih yang sampai besar size Ipad. Silap aku kot tak tengok betul-betul size itu hari. Konon beli shiny sequins untuk dijadikan latarbelakang nak bergambar. Alih-alih jangan dikatakan nak dijadikan latar belakang, nak jadikan alas meja pun tak cukuplah. Mungkin boleh buat DIY. Masih dipikirkan nak buat apa dengan benda alah ni.

ZEBRA Mildliner
RM13.63

Ini bukan eyeliner yang pakai dekat mata tu, ini adalah note pen, atau lebih sinonim "marker pen". Memandangkan aku suka buat nota warna-warni baik aku beli benda alah ini. Padahal, terjebak lepas tengok BudakVanilla up post dekat blog. Kalau dekat sini, sebatang je dah RM5 lebih, Ini, 5 batang baru RM13.63 murah la kan? Tambah-tambah, ada FREE domestic shipping, just bayar shipping ke Malaysia sahaja.

 Cosmetic Storage Box
RM30.68

Barang makeup takdelah banyak mana, tapi aku memang suka membeli barangan macam ini. Haritu ada tengok-tengok seller dekat sini jual, rata-rata jual sepesen macam ini je dah cecah RM70 dan ke atas, belum tambah kos penghantaran lagi. Dekat SGshop pesen macam ini je baru RM30.68. Cantik, lepas ini bolehlah susun lipstick dekat rak ini. Banyak lagi patern cantik-cantik untuk cosmetic storgage box ini, range harga dia pun takdelah mahal mana around RM30-RM80 macam tu. Banyak-banyak barang yang aku beli kalini, cosmetic storage box ini yang aku paling puas hati dah berbaloi beli dekat sini.

 Watch Keno
RM40.41

Ini request dari mak, bila mana dia suruh aku beli jam dinding dan aku tak beli-beli dari haritu, memandangkan tempat yang aku pergi takde KAISON. Alang-alang dapat voucher SGshop ini borong jerlah terus jam dinding ini. Boleh tahan besar jugalah jamnya. Orang rabun jauh pun boleh nampaklah jam berapa sekarang. Tengok nombor dia pun tersembul-sembul. 

 Sandals
RM13.63

Oleh kerana, semua kasut aku angkut balik rumah sewa, bila balik rumah sandals pula takde. Terpaksa pinjam adik aku punya. Gilir-gilir pinjam, sampai kesudah aku tak beli-beli sandals sendiri untuk pakai dekat rumah. Alang kepalang bukak webiste SGshop, terus rembatlah sandals mana yang okay untuk dipakai. Paterns macam ini tengah trending sekarang, jangan tanya ni betul ke size aku? Yup, size kaki aku memang besar, badan macam cinderella, kaki "Gorilla". Murah rezeki tau orang kaki besar ini. 

Bakul Rotan
RM19.18

Barang terakhir yang aku rembat dekat SGshop adalah bakul rotan. Cantik gila, ala-ala kalsik gitu. Aku selagi voucher tak habis, selagi tu tak sedar diri shopping barang. Bakul ini kononnya nak isi "pads",biar nampak kemas sikit susun aturnya. Dia banyak size, lagi besar size yang kau pilih tinggi sikitlh harganya. Yang aku beli size sederhana, tak besar dan tak terlalu kecik. 

Jangan terkejut bilamana, korang perlu membuat payment sebanyak 2 kali. First payment untuk domestic shipping, second payment untuk shipping ke Malaysia. Untuk shipping ke Malaysia ada 2 jenis samaada special air shipping ataupun sea shipping. Kalau guna special air shipping mahal sikitlah, tapi orang kedekut macam aku ini lebih selesa pakai sea shipping, biar jimat dan selamat sampai sudahlah. hehehe...

Jangan gusar soal proses bayaran kerana SGshop turun menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan konsisten. Suka tak?

Akhirnya sampai juga barangan dari SGshop

Memandangkan time aku shopping haritu, ada FREE Domestic shipping, kira berbaloilah jugalah rasanya, hanya perlu bayar shipping fee jerlah, itupun mengalir jugalah air mata ni tengok total yang perlu dibayar. Siapa yang pandai kira-kira dan belek barang lama-lama ini pasti expert beli barang dekat SGshop, macam aku ini kira beli barang yang aku rasa perlu sudahlah. Janji berbaloi! 

Untuk maklumat lanjut mengenai SGshop boleh terus layari:
Instagram: @sgshop_malaysia
Facebook: SGshop Malaysia

Thanks you for reading!

7 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam jumaat dari Maznee & selamat pagi sis

    Wah untung tak terkata sebab memang rm200 kan

    Rezeki terpijak tu

    Dapat memborong sakan

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi berbelanja di sgshop

    ReplyDelete
  3. Banyak barang yang dapat dibeli ya :D

    ReplyDelete
  4. cantiknya make up box tu! murah dah harga tu. kat sini memang kebanyakannya mahal :)

    ReplyDelete
  5. sebenarnya.. first time dengar SG Shop O.O
    adakah saya berada di bawah tempurung selama ni TT^TT

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas kemenangan sis. Blh cuba lagi - skrg kami tgh buat GA. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com