Friday, 28 June 2013

Panggilan


Assalamualaikum..

Aku suka membaca, terutamanya novel melayu. Tambah-tambah mak aku pengumpul setia novel. Kira jimatlah duit poket aku untuk beli novel kan? Tanya sahajalah siapa pengarang, jalan cerita, keluaran apa novel tersebut pada mak aku, laju sahajalah dia jawab. Kalau novel english ini, aku kuranglah sikit. Aku bukanlah nak mengupas cerita dari mana-mana novel. Cuma aku hanya nak tahu, masih ada ke dalam dunia realiti ini, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwih. 

Mungkin di awal perkahwinan, panggilan yang biasa untuk memanggil pasangannya mestilah dengan panggilan manja dan menggunakan nada suara yang lembut seperti 'ANJA', 'SAYANG', 'DARLING' dan sewaktu dengannya. Ton suaranya masih merdu lagi untuk didengari. Tapi kalau dah masuk usia perkahwinan lima atau enam tahun seperti cerita-cerita melayu P. Ramlee panggilan sudah berubah seperti 'PAKNYA', dan 'MAKNYA'. Tapi paling familiarlah panggilan abang sahajalah. Bak kata pepatah tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Malah, ton suaranya tetap berhemah dan ada ketegasan di situ serta merupakan panggilan hormat di situ.

Sekarang ini sudah zaman melinium, dunia pun sudah bertambah panas, jerebu pun sudah mula datang. Kira dunia ini macam sudah sempit aku rasakan. Mana tidaknya, kebanyakkan remaja perempuan yang baru hendak kenal hidup (remaja sekolah), cinta monyetlah katakan. Mereka inilah kerap menggunakan panggilan SAYANG, HUBBY, BABY, dan whateverlah. Kalau memuji pasangannya, kalah tok nenek aku!! Kadang-kadang meluat juga mendengarnya, macam dia aje ada pasangan. Padahal, awak tu baru tingkatan berapa??

Tengok sahajalah drama di televisyen, contohnya drama Teduhan Kasih. Bukanlah aku nak hentam jalan cerita itu. Cuma aku tertarik dengan watak yang di lakonkan oleh Nabila Huda sebagai Ayu dan suaminya Rizal. Panggilan yang digunakan dalam drama tersebut, kemain manja lagi iaitu panggilan sayanggggg. Pandai betol, dia melakonkan watak gedik dan memang mantaplah lakonannya. Kadang-kadang rasa rimas jugalah aku mendengarnya. Bukanlah aku jealous, cuma panggilan ini biasanya digunakan masa hubungan tengah manis, wangi, tak bergaduh lagi, dan sewaktu dengannya. 

Tapi apabila sudah bergaduh, macam-macam panggilan buruk yang keluar dari mulutnya. Aku pun takut nak mendengarnya. Terutamanya bagi perempuanlah kalau dah tak suka, dia punya kutuk berhabis-habisan lagi, kalau boleh taknak nampak bayang sekalipun. Kalau ada hadiah yang diberi oleh pasangannya masa tengah baik dulu, kalau boleh rasa nak baling ke muka orang itu balik!! Dasyat juga penangan orang perempuan, zaman ini. Bagi kaum lelaki pula, jarang pula aku terdengar mereka mengutuk ex-girlfriend masing-masing. Tak tahulah, kalau mereka berbual sesama mereka. Mungkin sekarang ini sudah akhir zaman, maka perhubungan itu cepatlah putus di tengah jalan dan cepat pula mereka mendapat pengganti. Tapi apa-apa hal pun, eloklah kalau betul-betul ada ikatan yang sah dan halal di sisi agama, eloklah kita panggil pasangan kita itu dengan panggilan yang manja serta boleh menghormatinya.

Kesimpulannya, walaupun kita suka dekat orang itu janganlah di tunjukkan sangat. Kalau benci pun, janganlah nampak sangat. Kata orang tua-tua dahulu, kalau baik itu biarlah berpada-pada, jahat jangan sekali. Kalau jadi perempuan ini pula, janganlah terlampau memuji pasangan itu kerana nanti bila dah tak suka keburukan orang itu habis di jaja kesana sini. Masa itulah, orang lain hendak bersorak tentang kekecewaannya. Bukan apa, orang meluat masa dia tengah hangat bercinta. Susah juga jadi perempuan ni!! Bak kata Johan raja lawak, semua perkara boleh bawa bincang.






Read More»

Tuesday, 25 June 2013

Betul!! Aku Dah Ada Instagram


 Olla & Assalamualaikum


Akhirnya aku sign up juga Instagram. Kalau tak keberatan, sudi-sudikanlah follow Instagram aku ini ya!! =)



Baru sign up hari ini, rajin pula aku upload gambar. Apa-apa pun, jangan lupa follow and comment okay. =) 


Thank you for reading!!



Read More»

Monday, 24 June 2013

Tips: Mencegah Penyakit Akibat Jerebu

Assalamualaikum..

Kini fenomena jerebu merupakan perkara biasa, sejak kebelakangan inilah. Ini bukan kali pertama jerebu melanda negara kita, menurut kata mak aku sejak tahun 1998 lagi jerebu memang telah berlaku. Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia juga disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.


Jerebu di area Putrajaya

Antara langkah penjagaannya:

1) Mesti gunakan penutup hidung (nasal mask), jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.

2) Bagi mereka yang berpenyakit berisiko tinggi seperti penyakit lelah, jantung, dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, dinasihatkan memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada 200.

3) Dinasihatkan supaya orang ramai minum air yang banyak (air suam), basuh bahagian tubuh yang terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

4) Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.

5) Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

p/s: Harini cuti dapat jugalah aku menafaatkannya, walaupun kerajaan memberi cuti berganti untuk pelajar-pelajar duduk di rumah. Tapi aku menafaatkannya untuk melihat abang aku konvokesyen. Esok cuti lagi!! =)


Sumber : Utusan Malaysia


Read More»

Wednesday, 19 June 2013

T-shirt Sudah Sampai

Assalamualaikum..

Seronok rasanya apabila apa yang dihajat sudah dapat, walaupun dengan apa cara sekalipun. Mula-mula aku frust juga masuk contest dan juga segmen yang hadiahnya aku nak, aku tak pernah menang! Jadi aku ambil alternatif lain, dengan cara membelinya di shopping online. Bagi peminat tegar Running Man, mesti teringin nak baju yang aku beli ini.

Inilah barang yang aku maksudkan itu=)


p/s: Semata aku on blog untuk update entry yang t-shirt running man sudah sampai. Bagi yang berminat hendak membelinya korang bolehlah pergi ke page ini T-shirt Running Man.





Read More»

Tuesday, 18 June 2013

Selepas Sya'ban, Syawal atau Ramadhan?

Assalamualaikum..

Bulan Rejab baru sahaja berakhir, sekarang sudah masuk bulan Sya'ban. Kalau diikutkan bulan Sya'ban merupakan bulan yang mulia, bulan yang disukai nabi dan setiap bulan Sya'ban ini jugalah ramai yang mengadakan kenduri. Tidak terkecuali keluarga aku juga mengadakan kenduri setiap tahun sejak atok dan nenek aku masih hidup lagi. Sememangnya kenduri ini bolehlah tahan syoknya, dimana masa inilah kita dapat berkumpul ramai-ramai bersama sanak saudara, jiran tertangga, ipar-duai, dan sewaktu dengannya.

Setiap kali kenduri, mak aku yang akan masak bersama mak-mak saudara aku. Aku hanya ambil bahagian dalam acara mengemas rumah dan kerja-kerja kebersihan sahaja. Inilah kerja aku setiap kali kenduri, tapi selebihnya mak aku yang control. Kali ini mak aku kata taknak menu siaran ulangan, kalau nak tahu kenalah tengok siaran langsungnya pada hujung minggu ini!!

Dalam sibuk-sibuk mak aku merancang menu, cikgu pula menghidangkan menu-menu utama untuk PBS yang baru ini. Padan muka aku!! Best juga sebenarnya buat PBS ini, dalam tention-tention boleh jugalah menyusutkan berat badan (tetap juga tidak dapat menyusutkan waktu tidur aku, terutamanya di waktu petang). Juadah utama yang bakal kiteorang hidangkan kepada cikgu nanti ialah subjek Pengajian Perniagaan dan juga Bahasa Melayu. Ini sudah masuk penggal 3, aku harap setiap rencah, isi-isi, fakta dapat aku garapkan dalam kerja PBS kali ini. PBS kali ini dikehendaki membuatnya dalam group. Kali ini aku bergroup dengan orang lain. Aku harap kerja bergroup kali ini masing-masing dapat memberi kerjasama. 


p/s: Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita berdoa bersama-sama untuk orang yang telah tiada dan juga untuk diri kita serta umat Islam yang lain. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah. Dalam pada masa yang sama, kita perlulah menjaga tatatertib dalam batas pergaulan, tingkah laku, sempena bulan yang mulia ini. Kalau rajin banyakkanlah puasa, kalau rasa tak mampu berzikirlah banyak-banyak. Lakukan sebanyak mungkin ibadat yang terdaya, selagi jasad masih bernyawa. Ingat mengingati amalam mulia. =)








Read More»

Monday, 17 June 2013

Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com

Assalamualaikum..

Untuk kesian kalinya aku join segmen. Ini kali join segmen yang dianjurkan oleh Acik. Sesiapa yang nak join boleh klik banner bawah ini. Jomlah join beramai-ramai, bagi memeriahkan lagi segmen Acik ini!!


*Klik Banner untuk join =)

Tarikh : 16 June 2013 - 23 June 2013






Read More»

Saturday, 15 June 2013

Segmen 24 HOURS by Nurul Nizam

Assalamualaikum...


*KLIK BANNER UNTUK JOIN






Read More»

Blogger Contest Tanah Arab

Assalamualaikum

Kali ini merajinkan diri join contest yang agak gempak jugalah hadiahnya. Contest kali ini dianjurkan oleh Brother Asyrof Asri dan ini kal pertama dia menganjurkan contest. Contest yang dianjurkan ini juga amat berbeza kerana terdapat dua kategori. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah terjah blog Asyrof Asri. Antara dua kategori ini, aku hanya join kategori yang kedua iaitu join contest, yang memerlukan tiga kerja rumah. Nak tahu apa dia??  Kenalah baca sampai habis entry yang aku buat ini.


*Klik Banner untuk join
Tarikh mula : 1 Mei 2013 hingga 1 Julai 2013

Kerja pertama (wajib):

Perlu membaca penulisan Asyrof Asri yang berada di bawah dan cari point-point penting sahaja, dan tulis mengikut kreatif anda sendiri sama ada mahu tulis dengan penulisan berbentuk karangan, point, atau penulisan pendek. Semuanya atas gaya anda sendiri. Klik link ini untuk di baca - I Want To Go Back Home This Year

Secara kesimpulannya, apabila berlaku revolusi di Mesir, secara tidak langsung ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berada di sana untuk pulang ke Malaysia dengan tiket percuma yang diberi oleh kerajaan Malaysia. Tidak terkecuali, saudara Asyrof Asri tidak melepaskan peluang ini untuk pulang ke Malaysia. Apa tujuan utama saudara ini pulang ke Malaysia?

1. Merindui Keluarga dan negara Malaysia- rindu keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, suasana di sini.
2. Mahu menyertai mana-mana kursus ppenulisan.
3. Mahu sertai mana-mana blogger events.
4. Mahu pergi kedai buku
5. Mahu jadi blogger terkenal.
6. Penulis bestseller, dan penulis yang rajin sangat membaca.


Kerja Kedua (wajib):

Memerlukan kita senaraikan tiga blogger wanita dan lelaki yang patut di contohi. Bagi blogger wanita saya memilih Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Anis Athia dan bagi blogger lelaki pula, saya pilih The Other Khairul, Aizat Abdullah, dan Ariff Shah. Banyak lagi sebenarnya, blogger-blogger yang boleh di jadikan contoh. 

Sebab kenapa mereka menjadi pilihan saya?? 
Disebabkan gaya penulisan dan juga cerita yang mereka sampaikan buat aku jatuh hati untuk membaca dan membacanya banyak kali. Malah blog mereka-mereka ini juga banyak memberi banyak nasihat untuk para remaja dan tak rugi pun kalau mahu membacanya banyak kali.


Kerja ketiga (wajib):

Komen ikhlas mengenai blog AsyrofAsriStudio ini. (tips- tulis mengikut gerak hati anda)

Penulisan komen dari segi theme - Dari segi theme rasanya dah okay, cuma perlu letak header blog sahaja bagi menggambarkan identiti blog Asyrof Asri sendiri. 

Penulisan komen dari segi penulisan - Dengan gaya penulisan yang bersahaja dan penggunaan bahasa melayu yang betul takpe sebarang short form, saya rasa sudah bagus. Tak perlu di ubah apa-apa pun.

Penulisan komen dari segi loading - Loading yang cepat dan tidak terlalu lambat.

BLOGGER CONTEST ini ditaja khas oleh InsyiraAzhar.com, Collen-Kawai.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, Sumijelly.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com, Azri.my dan SukaSedap.com   Kontes ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com 


p/s : Akhirnya, terlaksana jugalah tugas aku menyiapkan ketiga-tiga projek di atas. Apa tunggu lagi, Marilah join beramai-ramai, bagi memeriahkan lagi contest ini!! Tak rugi kalau join, kerana hadiahnya semua dari Mesir. Tak dapat pergi Mesir pun tak apa, inilah peluang untuk memenangi hadiah dari Tanah Arab. Semoga Berjaya!! =)




Read More»

Saturday, 8 June 2013

Double Big Giveaway By Mohd Zuhri

Assalamualaikum...

Kali ini join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Mohd Zuhri. Ini kali pertama aku join giveaway yang Mohd Zuhri anjurkan disebabkan hadiahnya agak lumayan dan syaratnya pun simple. Jadi apa tunggu lagi, jomlah join beramai-ramai bagi memeriahkan lagi giveaway yang dianjurkan.


*Klik Banner di atas untuk join =)
Tarikh tutup: 27 Jun 2013

HADIAH TOP REFFERAL RM100 x 2
Harap-harap aku dapat -_-


p/s: Cepat betul masa berlalu, Isnin ini dah mula bersekolah semula. Pastikan kerja sekolah dah siap okay! Selamat bersekolah semula!! >_<







Read More»

Wednesday, 5 June 2013

Inilah Yang Dinamakan Rezeki

Assalamualaikum..

Rata-rata kebanyakkan anak-anak kecil telah dihidangkan dengan alat-alat gadget yang canggih di awal usia yang terlalu muda. Aku lihat adik sepupu aku yang baru berusia 4 tahun telah pandai bermain Ipad, sampai aku tanya juga, macam mana nak main permainan dalam Ipad itu. Tengok?? Betapa canggihnya anak-anak zaman melinium sekarang. Disebabkan keluarga masing-masing ada pendapatan tetap, masing-masing bekerja, ada juga setengah mak bapak yang membuka perniagaan secara online, jadi kira mewahlah kehidupan anak-anak zaman sekarang ini. Ada juga ibu bapa yang memantau anak mereka dengan cara membelikan telefon bimbit buat anak-anak mereka.

Masa zaman aku sekolah rendah dulu, telefon rumah tulah yang merupakan talian hayat aku, dimana kawan-kawan aku ingin menghubungi aku. Apabila melangkah ke sekolah menengah, aku tetap menggunakan khidmat telefon rumah. Waktu itu, rata-rata sepupu yang sebaya dengan aku sudah memiliki handphone sendiri. Malah, ada juga yang telah bertukar handphone baru 2 dan 3 kali. Alhamdulillah, aku ini bukan yang jenis yang suka barang-barang gadget ini. Bagi aku kalau ada adalah, kalau takde pun tak mengapa. Kerana aku rasa benda itu tiada keperluan pada waktu itu. Apabila aku berada di tingkatan 2, barulah aku merasa pakai handphone itu pun, bapa saudara aku beri. Hampir 2 bulan menggunakan handphone tersebut, aku pula rasa terbeban apabila kena membeli topap. Kalau telefon rumah itu, tak perlu bertopap-topap. Aku ini pon, bukan jenis kaki borak mahupon kaki gayut di telefon. Apabila melangkah ke tingkatan 3, aku berjaya membeli handphone menggunakan duit sendiri setelah melihat sepupu sepapat aku bertukar-tukar telefon. Jadi teringinlah juga, nak merasa bertukar-tukar telefon. Dalam pada masa menggunakan handphone baru yang dibeli sendiri, kebetulan bapa saudara yang sama memberi lagi satu telefon buat aku, yang canggihlah sikit dari yang aku beli sendiri. Ala..budak sekolah lagi masa itu, jadi beli phone yang cikai sahajalah. Mak bapak aku bukanlah jutawan jauh sekali nak jadi hartawan.

Tadaaaa..Inilah koleksi handphone aku buat masa ini

Tengok, betapa aku hargailah pemberian orang. Sampai sepupu-sepupu perempuan aku cemburu, dengan satu perkataan sahaja 'UNTUNG LER'. Kisah plak aku? Setiap handphone yang aku guna ini, mempunyai sentimental value. Untuk pengetahuan korang, handphone yang pertama dan nampak sahaja cikai itu, pernah jadi nilai yang tinggi dengan harga topap RM1,000.00. Selama setahun jugalah aku menghabeskan topap tersebut. Sampaikan abang aku kecik sikit pon, aku lokek. Bagi telefon kedua itu pula, aku suka sebab ia berwarna pink dan merupakan telefon yang aku beli sendiri. Apabila mendapat telefon baru, yang no. 3 itu ia terus menjadi koleksi. Kini aku menggunakan BB, itupun baru 2 minggu lebih. Tapi satu sen, pon aku tak keluar duit untuk membelinya. Alhamdulillah, rezeki Allah. Ada sesiapa, hendak sedekah lagi?? Aku sedia, menerimanya..


p/s: Kata arwah atok aku dulu, kalau sesuatu barang itu kita membeli dengan duit sendiri maka kita akan lebih menghargainya. Begitu juga, dengan barang yang diberi oleh orang lain, kita haruslah menghargainya. 




Read More»

Monday, 3 June 2013

Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin


Assalamualaikum...

Dengan hanya sekali lafaz Muhammad Izzue Islam Mazlan, 23 tahun yang merupakan pelakon dan juga anggota kumpulan Forteen, telah sah bergelar suami orang kepada  pembantu peribadinya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin yang lebih dikenali Awin Nurin, 31 tahun. Mereka selamat dinikahkan pada pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam, Selangor. 


Pasangan dua mempelai ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Waharudin Jonit. Pada majlis yang serba sederhana, pasangan perempuan menerima mas kawin 11 dinar serta wang hantaran sebanyak RM11,111.11 bersama 7 dulang hantaran daripada Izzue. Jom tengok gambar perkahwinan mereka =)


Kini berakhirlah sudah drama bersiri 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', dan secara tidak langung digantikan dengan 'Awin Nurin Sebenarnya Isteri Saya'



p/s: Tahniah buat kedua-dua pasangan ini. Mesti, ramai perempuan yang gigit jari bila tengok Izzue Islam dah berkahwin. Pelakon Izzue Islam tengah hangat belakon dengan drama yang bertajuk 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Aku tak ikut pon drama ini, just sudah baca novelnya sahaja. >_<





Read More»

Saturday, 1 June 2013

Tips: Penjagaan Rambut Sihat


Assalamualaikum...

Rasa dah lama tak berkongsi tips kesihatan. Kali ini, aku ingin berkongsi tips mengenai penjagaan rambut pula. Walaupun sudah terdapat pelbagai cara moden yang diperkenalkan bagi penjagaan rambut kan?? Tapi tak semua kaedah moden itu sesuai dengan diri kita. Malah, ada segelintir individu yang lebih gemar dan selesa menjaga kesihatan rambut mereka dengan cara tradisional. Bagi mereka, cara tradisional ini mampu menjimatkan masa dan juga mudah dilakukan di rumah. 

Antara tips penjagaan rambut sihat menggunakan kaedah lama ialah:

1) Minyak Zaitun
Aplikasikan minyak zaitun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Caranya, korang hanya perlu lumurkan minyak zaitun sebelum tidur. Keesokan harinya, bilas rambut seperti biasa.

2) Telur
Bagi yang mempunyai rambut yang kusut atau kering, korang boleh manfaat yangg boleh didapati menerusi telur ayam. Ambil kuningnya dan campurkan bersama minyak kelapa serta madu. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala korang. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas serta bersyampu seperti biasa.

3) Daun Lidah Buaya
Selain daun bunga raya yang sedia diketahui mampu melebatkan rambut, daun lidah buaya pula dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut khususnya buat korang yang berambut panjang. Caranya, ramas daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir dan kemudian lumur pada rambut selama satu hingga dua jam. Lakukan proses ini dua kali dalam seminggu. Dan korang boleh lihat hasilnya!

4) Limau Purut
Limau purut juga boleh digunakan khusus untuk korang yang mempunyai masalah kelemumur. Ambil beberapa biji limau purut dan belah kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan limau purut pada kulit kepala. Lakukan proses ini beberapa kali dalam seminggu. Meskimun korang berasa pedih, namun ia dikatakan cukup berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur yang korang alami.

5) Mayones
Mayones bukan setakat boleh disapu atas diroti dan terus makan sahaja. Malah mayones juga mampu membantu melembabkan rambut. Caranya, sapukan mayones pada rambut dan biarkan ia selama 20 hingga 15 minit, lalu bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

6) Bunga Raya
Seelok-eloknya gunakan bunga raya kebangsaan yang berwarna merah menyala. Caranya, korang ambil bunga raya tersebut dalam 10 hingga 15 kuntum. Kemudian, ramaskan dalam semangkuk air sehingga bunga itu hancur dan berlendir. Seelok-eloknya, biarkan semalaman air tersebut. Kemudian barulah dijaram di atas kepala. Seboleh-boleh buatlah 3 kali dalam seminggu. Jikalau rajin melakukannya, Insyaallah korang akan rasa perubahannya.

7) Kacang Hijau
Rendamkan kacang hijau selama semalaman. Air rendaman kacang hijau itu, korang boleh basahkan kepala. Ini bagi, menyejukkan kepala dan rambut.

p/s: Info ini dipetik dari majalah Remaja dan petua orang dulu-dulu kala. Sebelum terlupa jom add saya di Wechat, baru sahaja sign up malam tadi. Insyaallah, I will accept you -_-

Wechat Id : azwarsyuhada




Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com