Saturday, 13 December 2014

Resepi Spaghetti Carbonara yang Lazat dan Mudah

Salam to all readers,

Memandangkan mood masih dalam mood bercuti. Budak cuti sekolah, aku pun taknak kalah bercuti juga tapi bercuti dekat rumah sahajalah. Sepanjang bercuti ini, adalah sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. Tengahari semalam kena kerah belajar buat nasi ayam. Malam pula buat "Spaghetti Carbonara". Apa ke pelik punya nama, apa-apa pun Azwar nak kongsi juga macam mana nak buat makanan pelik tersebut.

google

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:

Minyak zaitun
Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
Garam
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

google

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, Azwar ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

 Inilah hasilnya bila dah siap. Bukan sahaja bau sedap, rasa pun sedap.

google

Resepi Spaghetti Carbonara yang lazat dan mudah untuk dibuat. Ini percubaan kali pertama membuatnya, tak sangka pula percubaan pertama buat terus sedap. Angkat bakul sendiri nampaknya. hehehe.. Sebelum terlupa, tambahkanlah parmesan cheese kalau nak rasa lagi sedap. Sedap memang sedap, tapi tak boleh makan selalu disebabkan banyak sangat kalori yang terkandung dalam Spaghetti Carbonara. Resepi dari adik saudara. =D

Selamat mencuba!

56 comments:

  1. sedapnyaaa. .thanks atas resepi. macam nakbuat jugak. . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa liter nak letak susu ducth lady

      Delete
  2. Terliur pulak tengok...sedapnya...tp kalau masak kt rumah anak2 tak brape...:)

    ReplyDelete
  3. Alamak azwa sudah buat akak terliuq...
    Tapi kalu buat kt rumah akak sorang je layan..yang lain suka yg bolognise pedas skit

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa azwar. nak try buatlah lepasni :)

    ReplyDelete
  5. cheese masuk dalam periuk masa bila ya Azwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak boleh letak sekali masa masuk segala perencah seperti daging semua tu, kalau nak letak bila dah siap pun boleh (sebagai hiasan). :)

      Delete
  6. wahhh sedapnyeeee.
    adehh, perut dah bergendang nak makan spaghetti cenggini jugakkk. T^T

    ReplyDelete
  7. Wahh, bestnye... lama dah tak makan.. sbb tk reti nak buat.. hihj

    Tq azwar, nak cuba laa nanti

    ReplyDelete
  8. mak aii..sedapnya..nak cubalah nanti..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tgok carbonara nih... yum yum yum :D

    tapi Misaki kurang suka kalau dgn cendawan TT^TT
    kalau makan tatau ada cendawan takpe gi even rasa lain macam.. tapi bila tau tuh cendawan terus tak luak ahahaha XDD

    tapi serius cakap, nampak sedap :D

    ReplyDelete
  10. Alahai teringin pula zumal nak makan spaghetti nie ^-^

    ReplyDelete
  11. Tringin juga nak cuba buat ni, aishh memg nmpk sdp

    ReplyDelete
  12. perghhh.. nampak sedappppp.. teringin ni

    ReplyDelete
  13. Wah nmpk mcm sdp je! bolehla akk try nnti..TQ sharing ye :)

    ReplyDelete
  14. adoi dah la perut kosong ni. haha

    ReplyDelete
  15. sedap nie..boleh suruh wife masak,,hahaha

    ReplyDelete
  16. sedap nampak
    tp momoy kurang spaghetti nih

    dear blog baru best nya
    nampak kemas
    dan nampak macam blog namee
    inspired dr blog dia eyh
    cool !!

    ReplyDelete
  17. Saya sukaaaa.. resepi yg terbaik dan mudah... sedappp tu... saya pun nak cuba la resepi ni...thanks atas resepi ni.. pasti di cubaaa...

    Salqm perkenalan dari mommylina...bloggers hebat semua...

    ReplyDelete
  18. yummy....terasa lpar plak hujan hujan nie...

    ReplyDelete
  19. sedapnya...terus rasa lapar

    ReplyDelete
  20. tengok gambar pun dah sodap!!!

    ReplyDelete
  21. Ya Allah nampak macam sedap!! Ada susu dutch lady lagi tu ^^

    ReplyDelete
  22. kak niesa xmsk carbonara xtau kenapa..kalau mkn mesti rasa nk muntah..hukhuk

    ReplyDelete
  23. Melihat makanan ini, jadi lapar perutku :)

    ReplyDelete
  24. lama tak makan ni..kalau buat sendiri macam macam boleh tambah ikut citarasa kan :)

    ReplyDelete
  25. Emmm...sedapnya carbonara, menyelerakan

    ReplyDelete
  26. ermmm...sedapnya, menyelerakan

    ReplyDelete
  27. Nice one ptg ni i try buat ea..

    ReplyDelete
  28. sedap ke campur sausage dengan daging kisar? =)

    ReplyDelete
  29. thanks for sharing.nak cuba buat jugak

    ReplyDelete
  30. cam sedap...nnt sarah try buat eh..tq for the resepi azwar๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  31. Assalam, thanz for sharing...boleh tak klau tukar susu kepada cheese?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Azwar tak pernah trylah pula. Awak cubalah dulu, mana tahu menjadi ;)

      Delete
  32. Bawang merah tu tumis sekali dengan bawang putih lah kan ?

    ReplyDelete
  33. Copy resepi yer.. . Nak buat mlm ni utk family. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  34. Perencah tu protein ker kuib pati......confused sikit

    ReplyDelete
  35. Perencah tu protein ker kuib pati......confused sikit

    ReplyDelete
  36. Sdpnye. Sy dh bli bahan nk msk pg ni. Hopefully suami dan anam suke

    ReplyDelete
  37. Sdpnye. Sy dh bli bahan nk msk pg ni. Hopefully suami dan anam suke

    ReplyDelete
  38. sedapnya.terima kasih share resepi.
    Jemput ke blog Kak Iz pulak.
    https://izcergas.blogspot.my/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com