Saturday, 30 April 2016

Resepi Cream Puff Putar Siap!

Salam to all readers,

Sejak akhir-akhir ini, sana sini orang duk bercerita pasal cream puff. Sekali dengar macam karipap, tapi rupa-rupanya bukan karipap. Hakikatnya ejaan dan juga rupa bentuknya pun lain sama sekali. Nak dijadikan cerita, dalam pada masa membelik facebook terperasan ada saudara kita share resepi cream puff ni. Gambar yang dipamerkan cukup membuatkan tekakku ini tergoda. Haritu terpandang dekat kedai takde pula rasa nak beli.

Cream Puff ni rupanya senang juga buatnya. Bahannya pun tak mahal, tambah-tambah mak aku pun rajin google apa benda yang aku teringin nak makan. Orang dah jarang balik rumah, sekali balik naklah makan sedap-sedap kan? Mak aku suka ikut resepi Joy of baking kalau tak silap aku. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita mula mengecahkan dapur.




Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kulit Cream Puff;

1/2 cawan (65 grams) tepung serba guna
1/2 sudu kecil gula halus
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan (4 sudu besar/ 57 grams) unslated butter- potong dadu
1/2 cawan (120 ml) air
2 biji telur gred A - pukul sikit

google

Cara-cara membuatnya;

Mula-mula masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana kemudian kuatkan sehingga ia mendidih. Bila dah mendidih padamkan api terlebih dahulu.

1) Masukkan tepung dan gaul cepat-cepat
2) Panaskan semula adunan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
3) Masukkan pula, telur kacau laju-laju.

Sebenarnya, ada 2 cara nak membuatnya. Satu, sama ada gunakan piping bag, satu nak lebih mudah kita buat pakai sudu. Mak aku lebih suka pakai sudu nampak lebih mudah. Pada bahagian cream custardnya aku guna resepi dari azlitamasammanis. Kenalah dengan selera keluarga aku. Sini aku kongsikan juga cara membuat cream cutard.

Sebelum masuk cream puff ni dalam oven, ada setengah orang colit air atasnya, ada setengah orang sapu dengan kuning telur. Jadi, dah terbiasa ikut step by step melalui Joy of Baking, den sapu dengan kuning telurlah jawabnya.

google

Bahan-bahan yang diperlukan membuat cream custard;

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara nak memasaknya;


Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam kuali. Masukkan 1-2 sudu besar susu, gaul rata-rata jangan sampai berketul-ketul. Kemudian, masukkan telur dan kacau lagi. Diikuti dengan susu yang selebihnya dan gaul rata-rata. Aku masak atas dapur dengan suhu api yang paling perlahan. Pastikan kacau sampai cream mustard ini nampak pekat. Nanti senang sikit nak colet dalam kulit cream puff.


Siap! Jom makan guys..Sekarang, asal balik rumah je rasa seperti duduk luar negeri memandangkan mak aku rajin masak masakan negara luar. Memandangkan usia aku makin meningkat, nak taknak aku kenalah belajar memasak dari mak aku. Cream puff ini sesuai di jamu waktu minum petang, kalau nak jamu tetamu pun okay juga memandangkan cara pembuatannya tak mengambil masa yang lama pun. Making simple, but nice right? Apa tunggu lagi, pergilah buat.


Thanks you for reading!

16 comments:

  1. wah sedapnya , teringin nak buat :DD
    sebelum ni Sya dah pernah cuba buat , tapi tak jadi :'(
    tapi tetap nak cuba lagi .. thanks utk perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, takpe usaha lagi Insyallah nanti menjadi. Gua pun tolong mak. Nak buat sendiri memang taklah. ;)

      Delete
  2. ok bilalah boleh rasa cream puff air tangan azwa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai datang rumah, bukan air tangan je kaki pun boleh. hahhaha..

      Delete
  3. Nyum2.. tengok pun dah sodap

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je, rasa nak try je buat nanti :D

    ReplyDelete
  5. Favourite saya niii. Suka gila cream puff haha tapi malas nak buat sendiri :')

    ReplyDelete
  6. dugaan betul bila baca entri resepi ni..
    dah la cream puff my fav..
    nam gebu gebas plak.. filling dia smooth nye nmpk..
    i is terliur.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Azwar,
    Nape comel sangat creampuffs tu? Geram sis tengok..
    Harus cuba memandangkan jatuh cinta dgn resepi creampuffs Azwar ni..

    ReplyDelete
  8. eh cantiknya tekstur creampuff tu..betul ke buat sndr ni???lg menarik dr yg ad kat bakery...serious!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak! Yaa, Azwar tolong mak buat je. Selebihnya my mom yang banyak buat. heeheh..

      Delete
  9. sedapnya! dah lama tak makan :D

    ReplyDelete
  10. my febret!hahahaa
    nak try buat, tp x confident,,haha

    ReplyDelete
  11. Pernah try buat.. tapi tak jadi! Haha. The puff macam tak naik!, but I'll try it again using this recipe. :D thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. naiss. thanks for the recipe. nmpk sedap!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com