Resepi Spaghetti Bersos yang Enak dan Mudah - Azwar Syuhada

Wednesday 17 June 2015

Resepi Spaghetti Bersos yang Enak dan Mudah

Salam to all readers, 

Memandangkan esok dah mula puasa, tiba-tiba datang pula angin rajin aku nak masak. Wahh, breakfast western pula, pagi ini aku sekeluarga. Kalau aku tak buat pagi ini, kesian pula dekat adik aku yang nak ke sekolah pada sesi petang. Jadi, masak ini merangkap tengahari sekalilah. Bendanya bukanlah susah sangat nak buat. Pada aku, apa yang ada dekat rumah, aku sental je. Tapi yang heronya mestilah kena ada seperti spaghetti dan juga sos prego. Kalau benda alah ini tiada, tidak menjadilah spaghettinya. Jadi, di sini aku nak kongsikan cara membuat "Resepi Spaghetti Bersos yang Enak dan Mudah".

google

Bahan utama untuk membuat Spaghetti:
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk
2 tin sos prego tradisional
1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (seandainya kecil, gunakaunlah 2 biji buah tomato)
1 biji bawang merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 batang sosej dihiris nipis
1 keeping daging kisar Ramlee
Cendawan butang di potong kecil (terpulang pada selera anda sendiri, nak letak udang pun boleh)
Secubit garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano
Minyak zaitun


Kalau aku buat Spaghetti, aku lebih suka menyempurnakan hidangan kuahnya terlebih dahulu. Spaghettinya kemudian kerana ianya terlalu mudah. Jom ikuti macam mana caranya untuk membuat spaghetti.

google

Cara-cara membuatnya;

1) Mula-mula, panaskan sedikit minyak zaitun/minyak masak biasa pun boleh. Kemudian, tumiskan bawang putih dan juga bawang merah. Bila dah garing/kekuningan, masukkan buah tomato yang telah siap dipotong dadu. Gorengkan sekejap.

2)  Kemudian masukkan pula sos prego, daging kisar dan sedikit air. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur dan empuk.

3) Bila dah empuk daging tersebut, bolehlah masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Boleh juga masukkan segala jenis perencah korang nak letak. Contohnya ayam, sotong atau udang. Macam-macam boleh, semuanya bergantung pada selera masing-masing. Biarkan ia masak dalam api perlahan (anggaran dalam 5 minit).

4) Dalam pada masa menunggu kuah spaghetti siap, bolehlah mula membuat spaghetti. Caranya, panaskan air dalam periuk sehingga masak, letakkan sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitun. Lalu, biarkan ia mereneh supaya spaghettinya betul-betul masak.

5) Siap untuk dihidangkan dan di makan! Mudahkan? Kalau korang nak masak spaghetti ini, tengok apa je bahan yang korang ada kat rumah, tak payahlah nak ikut sangat google. Yang penting sos prego dan spaghettinya sahaja. Yang lain ikut selera masing-masing. Inilah resepi paling mudah dan aku paling mahir membuatnya. Tak sampai setengah jam pun membuatnya.

google
Tada!! Inilah dia rupa spaghetti yang telah siap untuk dimakan!

google
Belanja lagi satu gambar, mana tahu korang teringin juga!
Bau yang sungguh enak dan lazat sekali.

Resepi Spaghetti Bersos yang enak dan mudah untuk dibuat. Semudah ABC gitu. Ini percubaan kali ketiga jugalah aku membuat spaghetti bersos ini, masih enak dan lazat masakkan aku. hahaha.. Orang taknak puji, kita puji diri sendirilah. Kalau teringin nak makan boleh je kalau nak buat, tapi peringatan untuk semua orang janganlah makan selalu kerana ianya banyak sangat kalori yang terkandung dalam Spaghetti bersos ini. Resepi ini aku dapat dari laman web manatah aku pun dah lupa, dan ada sedikit penambahan dalam resepi tersebut. =D

Sebelum terlupa, bagi adik-adik yang duduk di hostel atau asrama. Bolehlah buat spaghetti bersos ini dengan cara begini. Cara ini aku buat masa tinggal di hostel, yang penting hasilnya memang memuaskan. (Yogurt tu tidak perlu dimasukkan ya!).

google

Selamat mencuba!

12 comments:

  1. uwargh! kena cuba ni. memang menyelerakan bagi PG yang memang hantu spageti :D
    thanks yumida!

    ReplyDelete
  2. baru beli spagheti untuk buat sahur..tapi guna sos kimball.nak cuba guna prego la pulak.

    ReplyDelete
  3. senangkan pakai prego hehehehe.

    ReplyDelete
  4. baru je semalam buat. hehe. haah, betul tu yg penting ada spageti + sos die je. yg lain tu campak je apa yg ade. hehe

    ReplyDelete
  5. erm.. dap dap nyaaaa~

    Do visit me :
    http://duniamahabbah.blogspot.com/2015/06/students-assignments.html

    ReplyDelete
  6. Nice recipe. Looks so tempting! Phew

    ReplyDelete
  7. Rindunya dekat sos prego :D

    ReplyDelete
  8. sedapnya lahai.....tergoda dh ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. Br masak ni utk org dtg beraya. Main campak jgk apa yg ada dlm peti tp yg penting ada spagetthi dan sos la hihi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!