Sunday, 29 June 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Salam to all reader,



Diam tak diam satu hari dah berlalu. Memang sempat lagi kalau hendak menjamu selera bersama keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga di buffet Ramadhan Casa Ombak. Nama tempat pun dah menarik, sudah tentulah makanannya dapat menambat hati para pengunjung/pelanggan. Tambah-tambah Casa Ombak ini menggunakan konsep ala-ala garden. Bolehlah feling feling mat salleh sikit. Nak tahu apa yang menarik di Casa Ombak? Kalau nak tahu, rajinkan diri korang scroll entri ini sampai habis. =) 

Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak



Latar Belakang Ombak Creative


Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event dibawah pengurusan Ombak Sdn. Bhd. Ombak Creative telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team ini sangat berpengalaman dan cekap dalam menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.

Lokasi Ombak Creative bertempatkan di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang.

  Bersempena bulan Ramadhan kali ini, Ombak Creative telah menyediakan promosi Buffet Ramadhan. Ia juga terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin membuat tempahan.


Apa Menu Menarik di Buffet Ramadhan Casa Ombak?
Pelbagai juadah menarik disediakan untuk disajikan kepada para pelanggan/pengunjung. Casa Ombak turut menyediakan buffet stall terbuka untuk anda semua memilih pelbagai juadah beraneka dengan suasana ala -ala garden sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.

Pelbagai hidangan kampung yang meriah merupakan menu utama di Buffet Ramadhan Casa Ombak. Bagi penggemar masakan kampung ataupun yang sedang mengidam masakan kampung, bolehlah mengunjungi Casa Ombak di bulan ramadhan ini. Yang bestnya, Casa Ombak turut menyediakan instant cook stall corner yang dapat menambat hati para pengunjung. 


Yang paling penting harga yang ditawarkan amatlah berpatutan, dan pastinya membuatkan anda berpuas hati dan nak datang lagi! Apa salahnya belanja besar sekali sekala untuk keluarga tercinta kan? =) 

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Dewasa : RM55.00nett
Kanak-kanak : RM27.00nett (5 - 12 tahun)

(Tempahan boleh dibuat untuk individu, group, dan family atau syarikat)

Cara Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak?
Sekiranya engkorang berminat dan ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, bolehlah berhubung dengan pihak mereka di bawah ini :

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page
Website: Ombak Creatives

Untuk pengetahuan anda juga, tempat solat turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimat.

Lokasi Maps Ombak Creative @ Casa Ombak


Alamat Casa Ombak : Casa Ombak Sdn. Bhd. No. 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.


Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Read More»

Thursday, 26 June 2014

Handbag dari Zalora.com.my

Salam to all readers!


Ingat lagi tak entri mengenai Accessories Menarik di Zalora? Awal bulan Jun haritu, Azwar ada dapat baucer RM100 dari pihak Zalora. Sape tak suka dapat baucer kan? Punya excited dapat baucer, depa suruh pilih mana yang berkenan di hati. Azwar tengok, semua barang dekat Zalora ni menarik sangat, sampai rambang mata. Almaklumlah, shopping online ni jarang buat, selalu kalau online pun beli tudung sahaja. Bila diberi peluang, suruh membuat pilihan sampai tak reti nak memilih Jadi, pilih punya pilih handbag Rip Curl (bernilai RM99.00) menjadi pilihanku.

Kebetulan pula, masa Azwar order barang tersebut Azwar pergi bercuti ke Cameron Highland. Esoknya, pihak Zalora dah maklumkan bahawa, barang tersebut telah dihantar. Azwar kira-kira bila balik dari Cameron Highland, barang dari Zalora dah sampailah ke rumah. Rupa-rupanya bila balik dari bercuti barang dari Zalora masih belum kunjung tiba. Hati ni, masih bersabar jadi tunggu dalam dua hari lagi. Selepas hampir dua hari menunggu barang, ianya masih tak sampai-sampai lagi. Jadi, Azwar check tracking number dekat laman web Gdex. Bila check, dah hampir seminggu masih dalam pencarian. Bila call, dia kata mungkin pihak Gdex tak tahu jalan ke rumah. Masalah, kalau tak tahu, kenapa tak call kan? Esoknya, Azwar call sekali lagi, baru nak ambil tindakan. Kira-kira pukul 8.00 malam baru barang dari Zalora sampai. Azwar ingat, isu ini terjadi pada Azwar sorang sahaja. Bila buka page Gdex dekat Facebook, perghhh.. banyak gila orang mengamuk dekat Gdex.

Kesimpulannya, bagi yang kerja dalam menghantar barang orang. Seelok-eloknya, hantarlah pada masa yang telah ditetapkan. Manalah tahu, barang yang dalam parcel itu urgent kan? Jadi, beringat-ingatlah. Marah memanglah marah, tapi tak sampai hatilah sampai nak memaki dekat page facebook tu. Macam memalukan diri sendiri pun ada juga.

Apa-apapun Azwar happy gila, dapat shopping handbag dekat Zalora.com. Dapatlah, bergaya di hari raya nanti!

 Handbag Rip Curl

Sudut hadapan dan belakang handbag Rip Curl. Untuk pengetahuan korang semua, sekiranya terdapat kerosakkan pada barang korang bolehlah memulangkannya semula dengan menukarkannya dengan item yang baru ataupun mendapatkan semula wang korang. Syok kan?

p/s: Semakin hari, semakin pendek entri di dalam blog ini. Entah apa nak jadi, tak tahulah. -_-


Read More»

Sunday, 22 June 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida

Salam to all readers,

Semalam sedang asyik berblogwalking di blog-blog orang, ternampak entri baru kak Shida bahawa dia akan menganjurkan satu segmen pada hari ini (Ahad, 22/6/2014). Rasanya dah lama gila Azwar tak join segmen. Jadi, dengan ini buat kunjung kalinya, Azwar join Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida. Segmen ini bakal berlangsung selama seminggu, bermula hari ini Ahad (22.6.2014) sehingga hari Sabtu (28.6.2014). Menariknya segmen ini berkaitan dengan Nuffnang. Siapa tak kenal dengan Nuffnang kan?



Rata-rata semua para blogger pasti sudah tahu apa itu Nuffnang kan? Ada yang jadikan Nuffnang sebagai sumber pendapatan, ada juga sebagai tabungan, dan macam-macam lagi benefit yang kita boleh dapat bersama Nuffnang! 

Azwar mula mendaftar nuffnang pada 10 Jan 2013, kira baru 1 tahun lebihlah. Bagaimana boleh terjebak dengan Nuffnang? Azwar mula terjebak disebabkan melihat blog cousin yang suka pergi event under nuffnang dan ada beberapa blogger yang dapat income daripada nuffnang. Dari situlah, hati ini terus tertarik nak join Nuffnang! Antara perkara yang menarik sepanjang bersama Nuffnang:

CPUV
Sepanjang Azwar register nuffnang, baru tahun inilah Azwar berpeluang dapat CPUV. Susah jugalah nak tackle hati nuffnang. Alhamdulillah, hajat nak dapat CPUV itu tercapai jua. Kalau dapat CPUV tiap-tiap bulan pun bagus juga kan? Bertambah semangatlah nak update blog. hehehe..

Payment
Sepanjang bersama Nuffnang, Azwar masih belum pernah cashout lagi. Walaupun dalam hati ini meronta-ronta nak cashout awal. Kalau kumpul banyak-banyak lagi syok nak cashout kan? Tak gitu? Sabar itu kan indah. Jadi teruskan bersabar wahai hati.

Feedback
Untuk pengetahuan anda semua, orang-orang nuffnang ini sangatlah bagus kerana memberi responds yang baik, pantas, cepat, dan tangkas kepada para blogger ataupun nuffnanagers. Kerana setiap kali hantar tiket kepada nuffnang, pasti akan di reply walaupun mengambil masa dalam beberapa hari. Kekadang tak sampai 2 hari pun dah dapat feedback. Bagus kan team nuffnang?

Event Nuffnang
Sepanjang bersama nuffnang, tahun ini jugalah Azwar berpeluang join event blogger anjuran nuffnang. Iaitu melawat Kilang Mamee di Melaka. Anjuran seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para blogger. Bila dah bertentang mata, tak terkatalah pula. hehe..

Gambar kenangan bersama rakan blogger dan team Nuffnang semasa melawat Kilang Mamee, Melaka.

Nuffnangers
Bila kita log in nuffnang, sudah pasti kita dapat melihat nuffnangers yang melawat blog kita. Dari sini, kita boleh melawat blog mereka dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama nuffnangers. Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Tak gitu?

Okay, ini sahajalah serba sedikit mengenai perkara menarik Azwar bersama Nuffnang. Mungkin, pengalaman korang bersama nuffnang lagi seronok kan? Jadi, apa kata korang join segmen ini dan kongsikanlah pengalaman korang bersama nuffnang tu! Mana tahu korang berpeluang memenangi (5 Button Badge Nuffnang @ 14 Bookmark Nuffnang @ 5 Voucher dari Watsons @ Cash/Topup jika menang) bagi 14 pemenang di pecahkan kepada 2 kategori iaitu 5 pemenang untuk Best Entri dan 9 pemenang akan dipilih secara random.

Pengumuman pemenang pada: 1 Julai 2014 (Selasa)

p/s: Harap-harap dapatlah terpilih sebagai salah seorang the best entri. hehehe.. >_< Kalau random tu, macam tipis je nak menang. hahaah.. 



Read More»

Saturday, 21 June 2014

Review: Kedai Sewa Beli Buku, Banting

Salam to all readers, 


Oleh kerana  basikal aku baru hilang, untuk mengubati luka lara hati aku ini aku temankanlah mak aku ke Banting. Kalau ke Banting, tak lain tak bukan tujuannya hanyalah nak survey buku ataupun survey bunga. Disebabkan, dekat kedai buku Top area Banting kurang novel-novel menarik. Jadi, mak aku bercadang untuk ke kedai buku lagi satu yang kedainya kira macam bundle jugalah. Pelbagai jenis buku yang terdapat di situ. Untuk pengetahuan korang, buku-buku disini boleh disewa atau dibeli terus. 

Mak aku ada bercerita, pada zaman 1980-an dulu di area Petaling Street terdapat kedai sewa beli buku di kaki lima kedai. Kalau ditengokkan ia macam kedai orang betulkan kasut-kasut. Kalau dulu orang buat sewa beli buku di area kaki lima kedai, tapi sekarang mereka sudah upgradelah dengan membuka sebuah kedai untuk 'Sewa Beli Buku'. Mungkin kalau cawangan sebegini dibuka di area sekitar Kuala Lumpur, ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan.  Memandangkan Banting baru nak maju sikit (itu pandangan akulah) ia kurang mendapat sambutan. Jom tengok persekitaran kedai ini!

Inilah kedai sewa beli buku yang Azwar maksudkan tu. Ia terletak di bangunan atas TMpoint. Kalau orang luar Selangor nak datang, silalah gunakan perkhidmatan WAZE.

 Kena mendaki tangga untuk ke kedai buku ni.

 Pintu masuk kedai sewa beli buku. Dari luar dah nampak buku! Teruja tak?

Ini bahagian kaunter.

Ini pula ruang rehat, sambil-sambil itu korang juga bolehlah membaca sambil bersantai. Banyak juga buku-buku lama yang terdapat di sini. Seperti buku terbitan novel creative, CESB. Tentu ada juga yang masih tercari-cari novel-novel keluaran lama. Jadi, korang bolehlah kunjung ke mari.



Ini pula, ruang untuk study group ataupun korang nak buat perbincangan bersama cikgu pun boleh. Keadaan dalam bangunan ini sangat nyaman dan selesa untuk bersantai sambil membuat kerja. Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan kipas ataupun aircond jika nak santai dalam ruang ini. Caj perkhidmatan kipas dan aircond akan dikenakan. Tapi, cajnya tidaklah terlalu mahal malah agak berpatutan. 

Inilah ialah sebahagian novel yang terdapat di situ. Seperti novel keluaran Norhayati Ibrahim, Alaf, Fajar Fakir dan Karya Seni.
Ini pula, sudut bacaan novel English!

Inilah buku yang sempat rembat, belah kiri mak punya dan yang kanan aku punyalah!



Alamat:
1-2-A, Jalan Suasa 1, 42700 Banting, Selangor
(berhadapan Taxi Stand, atas TM Point)

Sememangnya, aku tertarik sangat dengan kedai sewa beli buku ini kerana seakan-akan berada di dalam library. Persekitaran yang sejuk mata memandang, susun atur buku pun cukup teratur dan mudah untuk kita mengambilnya. Lepas ni, tak payah pergi library yang jauh, sedangkan dah ada yang dekat. Jadi, jomlah kita meramaikan dan menolong bangsa kita maju dalam industri kecil-kecilan ini. Owner kedai ini pun cukup ramah. =)

p/s: Kalau adik-adik tiada tempat untuk study group di saat akhir periksa nanti, apa kata korang berkunjung ke kedai Sewa Beli Buku, Banting ini. Datang sekali, pasti nak datang lagi! 


Read More»

Wednesday, 18 June 2014

CPUV ke-2 - Petronas Primex 95, Tune Money and uMobile Prepaid Free Meal

Salam to all readers,


Horrayyy!! CPUV kedua dah muncul, bulan lepas dapat 1 sahaja. Bulan Jun ni pula, sampai 3 CPUV! Nganga mulut tengok CPUV. Rezeki nak menyambut bulan puasa kot. Sekarang ada 3 CPUV sedang On Going. Seronok gila sampai tak tau nak cakap apa. Dulu bukan main payah nak dapat. Tahun ni barulah merasa dapat CPUV! Yeahh yeah yeahh!!


uMobile Prepaid Free Meal



uMobile ada menawarkan package topap bernilai RM30 dan RM50. Kalau korang topap RM30, korang boleh dapat redeem Revive Isotonic, manakala topap RM50 boleh redeem Mamee Express Cup Curry Flavour & Revive Isotonic. Kalau korang tekan iklan ni nanti, korang akan dapat lihat cara-cara nak topap untuk sendiri punya, topap untuk kawan pun boleh dan lokasi untuk menebus ganjarannya. Jadi, kalau nampak iklan uMobile Prepaid Free Meal, silalah klik! -_-

Buat iklan Petronas Primex 95 and Tune Money, Azwar tak sempat nak screenshort iklannya. Apapun terima kasih banyak-banyak Petronas Primex 95, Tune Money and uMobile kerana sudi beriklan di blog yang tak seberapa ni. Tak lupa juga, pada Nuffnang kerana sudi bagi Azwar CPUV buat kali kedua. Thanks u so much!!



Read More»

Tuesday, 17 June 2014

Tips: Ketawa mampu Menyihatkan Fizikal Badan Kita

Salam to all readers,
Ketawa merupakan salah satu terapi yang penting dalam menyihatkan tubuh badan. Andai kata, kita tidak boleh ketawa dalam satu minggu mesti ada 'something wrong' dalam tubuh badan kita. TETAPI, kalau kita asyik ketawa sahaja, pasti orang keliling akan menyangka kita tak berapa betullah pula. Ketawa juga merupakan ubat paling mejarab untuk menghilangkan penyakit. Mesti ramai yang tidak menyedarinya kan? Di samping membuat orang lain gembira, ketawa juga banyak memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya;

1) Merehatkan saraf dan otak
- Ketawa mampu meninggalkan kesan anti-stress selma 30 hingga 45 minit kepada otak dan sistem saraf manusia. Sebenarnya proses ketawa terbentuk apabila ia digerakkan oleh hormon anti stress dan anti depresi seperti cortisol dan endorphin. Impaknya, sistem saraf mulai tenang dan relaks berbanding sebelumnya.

2) Meningkatkann sistem daya tahan badan
- Selain membuatkan orang lain happy, individu yang gemar ketawa juga berupaya melepaskan T-Cell dan sel yang boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa ketawa mampu menguatkan sistem daya tahan badan di samping bagus untuk mengelak sel kanser.

3) Kurangkan tekanan
- Cuba korang ketawa ketika tertekan, lebih-lebih lagi apabila tekanan itu berkaitan dengan gaya hidup. Walaupun sukar dilakukan tetapi cuba praktik dahulu. Sedikit demi sedikit beban masalah yang ditanggung akan berkurangan. Cara ini secara tidak langsung dapat membantu korang mengurangkan rasa stress yang korang alami.

4) Rawatan alternatif untuk diabetes
- Pesakit diabetes pastinya bersedih dengan penyakit yang menimpa. Manakan tidak, banyak makanan harus dihindari, berpantang bagi mengelakkan kadar gula dalam darah meningkat naik. Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan, alternatif perubatan yang boleh dilakukan adalah dengan ketawa. Ada satu kajian menunjukkan pesakit darah tinggi dan diabetes kelihatan semakin sihat dan bertenaga selepas mengamalkan gaya hidup positif dan mudah ketawa. Ketawa yang dimaksudkan bukanlah sepanjang masa sebaliknya dipraktikkan sekali sekala. Tidak kira ketika menonton rancangan jenaka, berbual kosong bersama kengkawan dan saudara mara.

5) Bermanfaat untuk ibu mengandung
- Ketawa juga boleh memberi kesan yang baik kepada bakal ibu dan janin yang  berada dalam kandungannya. Apabila si ibu sentiasa ceria dan berfikiran positif maka bayinya juga akan melakukan perkara yang sama. Perasaan bahagia yang dirasai ibu membuatkan bayi mampu berkembang dengan sihat dan cergas. Oleh itu bakal-bakal ibu dinasihatkan supaya mengawal tekanan dan tidak bersikap murung atau malas kerana bayi yang dikandung akan menerima tempiasnya.


Sumber: Majalah Wanita

p/s: Kalau ada perkara yang menggeletek jiwa, sebagai umat islam biarlah kita berpada-pada apabila kita ketawa. Janganlah menggilai bak mengundang syaitan berpesta.


Read More»

Friday, 13 June 2014

Mamee Chef – Malacca Factory Visit

Salam to all readers,

-This is a sponsored post-

Pada petang 29 Mei 2014, Nad mesej aku ‘Wei, Azwar kau nak pergi Kilang Mamee tak? bagi nama, link blog dan email dengan segera’. Aku baca sahaja dah rasa teruja. Pada hal kiteorang dapat tempat daripada orang yang dah cancel nak pergi. Kesian kan? Tapi takpelah, asalkan dapat pergi.

Pagi 31 Mei 2014 (Sabtu), aku dah bersiap sedia menunggu Nad dekat stesen minyak Petron untuk pergi bersama. Kiteorang bertolak pada pukul 7.00 pagi disebabkan para peserta diarahkan untuk berkumpul di Mamee Double Decker, Subang Jaya tepat pada pukul 7.30 pagi dan pada pukul 8.00 pagi dah nak bertolak ke Melaka. Punya semangatlah bangun awal, nak sampai tepat pada masanya alih-alih bertolak ke Melaka dekat pukul 9.00 pagi juga.

Sebelum bertolak, kami telah diberi taklimat sedikit dan kami juga telah diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut warna. Setelah diagihkan kumpulan barulah kami naik bas mengikut warna dan leader masing-masing. Sepanjang perjalanan, aku duduk bersebelahan dengan Kak Nurie. Rata-rata blogger yang join rombongan ini adalah blogger yang sudah berumah tangga, bakal berumah tangga dan yang paling penting lagi tua dari aku. Hehehe..


Kira-kira dalam pukul 11 lebih jugalah baru kami tiba di Mamee Factory, Malacca. Kedatangan kami disambut dengan meriah sekali. Setibanya kami di Mamee Factory kami ditempatkan dalam sebuah dewan kecil iaitu ‘Mamee Gallery’. Tujuannya adalah untuk memberi taklimat mengenai sejarah penubuhan Mamee. Sham Mee, Marketing Manager and La Mien sifu yang memberi taklimat kepada kami semua. Kami juga dihidangkan dengan pertunjukkan ‘Curry Laksa paste cooking’. Sambil mendengar kami sempat menikmati minuman Yogurt yang diberi oleh kakitangan Mamee. Setelah selesai mendengar taklimat, peserta diarahkan berkumpul mengikut warna kumpulan untuk bergerak bersama-sama mengunjungi persekitaran Mamee Factory. Di sini, kami dapat melihat sendiri persekitaran dan juga proses-proses untuk membuat Mamee sendiri.

Banner Mamee Factory. Ini di sudut hadapan Mamee Factory!


MAMEE DOUBLE – DECKER QUICK BACKGROUND

-Mamee-Double Decker holds 4.2 Million Households
In the recent data research released by Kantar WorldPanel shows that out of 5.47 Million TOTAL households, Mamee double Decker instant noodles are being purchased by 4.2 million household buyers in Peninsular Malaysia and we are very happy to have so much support from the  household in Malaysia!

-RM80 Million Investment on the Machinery
In Mamee Double Decker, we believe in technology that will improve the taste of our noodles. To imitate the La Mian technique for better and springier noodle texture, we have invested RM80 million into our machine and technology. With this machine and technology, we are able to make the noodles goes through the same pulling and folding process like La Mian noodles.

Korang juga tidak perlu ragu-ragu lagi untuk makan Mamee kerana ianya HALAL.

As a Malaysia brand, Mamee Double Decker is very particular about having our products certified as Halal. Apart from obtaining the halal certification for the products and operational premises; Halalan Toyiban has been granted to Mamee-Double Decker due to adhering to the industry best practices in maintaining the highest standards of quality and hygiene in food production.



Di bawah ini, sebahagian gambar-gambar proses membuat Mamee:








Setelah selesai mengunjungi setiap sudut Mamee Factory ini, kami dihidangkan makanan tengah hari. Makanannya sangat menyelerakan tambah-tambah ada kek coklat! Sedap sampai menjilat jari!

Setelah para peserta selesai makan, perjalanan diteruskan ke Mamee Jonker House pula. Ianya tidak jauh dengan Mamee Factory kerana hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk sampai. Setibanya kami di Mamee Jonker House, kami  diberi taklimat oleh kakitangan Mamee Jonker House sendiri mengenai produk Mamee. Di Mamee Jonker House terdapat gerai kecil di bahagian hadapan untuk membeli cenderahati, pada bahagian belakang pula terdapat sebuah cafĂ©. Di tingkat atas Mamee Jonker house, kita dapat menyaksikan sendiri bengkel membuat Mamee. Kami juga diberi kesempatan mendekorasikan sendiri bekas Mamee.
Ini merupakan contoh untuk menghasilkan Mamee versi kartun Mamee sendiri. Kesemuanya sekali ada 9 proses.

Penuh khusyuk masing-masing mendekorasikan bekas Mamee sendiri punya!

Dan inilah hasilnya setelah berpenat lelah mendekorasikan bekas Mamee. Nampak sangat aku tak kreatif.

Sempat bergambar dengan Maskot Mamee bersama beberapa orang blogger. Dari kiri, Kak Ayue, Mek Onie, Kak Nurie dan Azwar sendirilah.

Cenderahati dari Mamee Factory!

Tepat jam 5.00 petang kami pun beransur pulang ke Subang. Sebelum kami pulang, setiap seorang akan menerima cenderahati yang merupakan barangan Mamee. Makanlah puas-puas Mak Jemah Oiii!! Kami juga, sempat merakam kenangan bersama-sama dengan bergambar di hadapan Kilang Mamee, Melaka. Apa-apa pun terus terang aku cakap, rombongan ke Kilang Mamee bersama blogger ini sangat best! Sampai tak terkata bila bersua muka.

Gambar kenangan bersama para blogger dan kru nuffnang di hadapan Mamee Factory!

Layari laman web:  MAMEE Chef

p/s: Apa-apa pun terima kasih ku ucapkan kepada Nuffnang kerana memilih Azwar join rombongan ke Mamee Factory, Malacca. Thanks u so much!

Read More»

Wednesday, 4 June 2014

Review B'Vite : Testimoni Selepas Tiga Minggu

Salam to all readers,

Kalau korang tengok televisyen, majalah, surat khabar pasti banyak iklan-iklan kecantikan kan? Dari iklan merampingkan badan, memutihkan wajah, dan macam-macam lagilah jenis produk kecantikan. Bila ramai yang dah mencuba dan menunjukkan result yang positif, tertarik juga hati nak mencuba. TAPI mak aku tak bagi aku mencuba produk-produk kecantikan yang banyak dilambakkan di pasaran kerana dia takut bahan yang digunakan di dalam produk tersebut boleh mengakibatkan racun berjadual. Jadi aku patuhlah arahan mak aku (kan aku ini anak yang baik). Tambahan pula, income aku memang tiada.

Korang ingat lagi tak entry mengenai B'Vite yang Azwar kongsikan dulu? Produk ini Mek Onie yang perkenalkan dekat Azwar. Alhamdulillah, banyak perubahan positif setelah minum B'Vite ni. Dari 2 botol, tinggal 1 botol sahaja lagi itupun tinggal setengah sahaja lagi. Semakin lama minum B'Vite semakin jatuh cinta Azwar dengan produk B'Vite ini.

Apa tidaknya, kulit Azwar rasa semakin cerah jika nak dibandingkan dengan sebelumnya. Yang paling ketara jerawat dekat muka semakin berkurangan. Walaupun takdelah hilang semua, tapi kira berbaloi jugalah Azwar mencubanya. Kesan yang paling ketara yang Azwar nampak ialah kulit Azwar dah kurang berminyak dan parut-parut jerawat pula semakin pudar.Tambah-tambah kulit muka kita sensitif, takut jugalah nak cuba pada mulanya. Apa-apapun sebelum nak cuba tu tawakal dan doa banyak-banyak supaya dapat result yang positif dari produk ini.

Gigih tangkap gambar sendiri untuk testimoni B'Vite. No edit, just collage sahaja. Inilah hasil setelah minum B'Vite selama dua minggu.

Selama minum B'Vite ini juga, Azwar dapat satu energy di mana bila tiba waktu tengahari mata Azwar tak mengantuk pun. Masih steady buat kerja lagi adalah. Selalunya, lepas zuhur mata tu asyik nak terkatub je kalau boleh. Tapi dengan adanya B'Vite sekarang mata dah tak mengantuk lagi malah makin berseri-seri selepas minum B'Vite. Azwar ada cerita mengenai kelebihan produk B'Vite di entry INI.


Apa-apapun Azwar rasa puas hati dengan produk B'Vite. Produk ini sedikit sebanyak memberi Azwar keyakinan untuk tampil cantik, anggun dan sihat tubuh badan. Kerana dirimu begitu berharga. Cewahh..Sekiranya ada yang berminat nak mencuba produk B'Vite ini bolehlah terus order di SINI.


Terima kasih sudi baca =)

Read More»

Sunday, 1 June 2014

Accessories Menarik di Zalora

Salam to all readers,


Harini aku nak bercerita mengenai fesyen dan juga accessories. Korang tahu tak fesyen dan 'accessories' ini apa?Aku pun tak tahu, baru buat research dekat Zalora (banyak accessories dan juga feseyen terkini). Sampai rambang mata aku nak memilih yang mana sesuai untuk dipadankan. 

Dulu..

Bukanlah lima atau enam tahun dahulu. Maksud aku, masa aku tamat tingkatan 5 apabila makcik aku rajin bawa aku sekeluarga berjalan-jalan aku pasti kena tegur dengan makcik aku tu. Katanya, 'asallah kau pakai macam nak pergi ke pasar' takpun 'asallah asyik nak berkabung dengan baju hitam dan tudung hitam'. Dulu punya ceritalah.. Sekarang, dah upgradelah sikit itupun selepas aku tengok iklan dekat Zalora. Macam-macam ada. Dari fesyen atas kepala hinggalah ke hujung kaki. Accessoriesnya pula fulamakk berpinar-pinar biji mata aku nak memilihnya. Bila tengok rantai, nampak pula gelang, bila tengok gelang ternampak pula spec mata. Apa-apapun kenalah memikirkan kewangan terlebih dahulu sama ada cukup ataupun tidak.

Barang-barang accessories Zalora bukan hanya tertumpu pada kaum wanita sahaja bahkan sesuai juga buat kaum lelaki dan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. Bukak wallet tengok duit ada ke tidak.

Antara accessories wanita yang terdapat di Zalora ialah jewellery, scarves, eyewear, dan hats. Manakalas, accessories bagi lelaki pula ialah belts, wallets, eyewear, dan juga hats & caps. Banyak pilihan kan? Korang boleh pilih kategori accesssories yang korang berkenan. Dalam setiap kategori itu pula, terdapat pelbagai jenis design yang membuatkan kaum wanita dan lelaki rambang mata. Sebab semuanya cantik-cantik. Nak memakai accessories pun biarlah berpadanan dan kena dengan gayanya. Berdasarkan women accessories di Zalora, terdapat pelbagai jenis accessories yang mampu menaikkan seri wanita.


Ketika bersiar-siar dengan kawan-kawan earrings seperti JAXON, Something Borrowed, dan KLF sangat sesuai untuk digayakan. Terserlah keyakinan diri serta penampilan kita juga tampak penuh bergaya. 


Ini pula sebahagian necklaces bagi kaum wanita. Necklaces jenis ini sesuai digayakan dengan semua jenis dress, sebab necklaces ini kecil dan comel sahaja. Anda semua dinasihatkan agar tidak mengenakan accessorries yang berlebihan sebab nanti nampak serabut. Cukuplah dengan sepasang anting-anting dan juga seutas rantai untuk membuatkan anda semua tampak cantik dan verstylee.. =)

Sebahagian bracelet untuk kaum wanita yang terdapat di Zalora. Satu benda yang kita akan rasa kecewa bila shopping online ialah apabila barang kita berkenan itu terhad. Tapi dekat Zalora korang tak akan sesekali rasa kecewa kerana Zalora menawarkan pelbagai koleksi accessories wanita dan lelaki secara online dengan harga yang berpatutan daripada pelbagai jenis jenama yang terkenal. Jadi apa tunggu lagi, jomlah kita bershopping di Zalora.

 Layari laman web Zalora : http://www.zalora.com.my/women/accessories/

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com