3:18 pm
BY Azwar Syuhada
35 Comments
Salam to all readers,
Guys, how are you today? Harini baru, aku berkesempatan untuk update blog. Balik-balik rumah, pandang muka mak aku barulah idea datang mencurah-curah. Kali ini aku nak bercerita mengenai percutian aku ke USS Singapore. Percutian ini adalah seminggu sebelum aku masuk belajar dan seminggu selepas adik aku masuk sekolah. Tarikh yang begitu cantik pada aku (17/12015) kerana adik aku tiada apa-apa aktiviti di sekolah dan aku masih belum ada apa-apa komitmen. Jadi percutiannya berjalan dengan begitu lancar sekali.
Ini merupakan percutian pertama aku sekeluarga ke luar negara. Teruja bakk hang!! Bermula dari pukul 4.00 pagi aku sekeluarga bersiap dan 12.00 malam aku sekeluarga kembali ke rumah. Percutian sehari suntuk ke USS Singapore sahaja. Kira-kira pukul 9.00 pagi baru kami tiba di Changi Airport Singapore, lalu teruskan perjalanan dengan menaiki MRT dari satu MRT ke satu MRT. Bila tiba di Singapore, tengok orang-orang dekat sini, aku rasa cukup kagum kerana mereka semua mengikut peraturan. Nak masuk MRT siap beratur tiada langsung aktiviti tolak menolak. Kalau korang nak ke Singapore, aku syorkan dekat korang semua pergi praktis berjalan kaki kerana dekat sini kebanyakkannya berjalan kaki. Naik lenguh kaki aku untuk sampai ke USS Singapore. Tiba sahaja USS Singapore terus pergi cari tempat makan, barulah main permainan yang ada di situ.
Tiket naik MRT
USS Singapore ini merupakan taman tema permainan bagi kanak-kanak, orang muda remaja termasuklah orang tua pun boleh bermain (tu pun kalau tak sakit jantung). Taman tema yang pertama aku kunjungi di USS Singapore adalah "LIGHT CAMERA ACTION!" Pertunjukkan video ke New York, nampak real gila! Kemudian terus ke "THE MUMMY", permainan ini memang menyeramkan, tambah-tambah aku duduk depan lagilah takut. Orang lain naik terjerit-jerit, aku naik pejam mata disebabkan takut punya pasal. hahaah.. Banyak permainan dekat sini, tapi aku naik berapa kerat sangatlah. Apa-apa pun tempat ini memang sesuai dijadikan tempat bercuti bersama family.
Ini tempat pertunjukkan movie "THE SHREK", yang paling penting menyeronokkan.
Cantikkan pemandangan di USS Singapore, susun atur kedai pun cukup cantik. Yang paling penting, Singapore memang bersih. Naik MRT, pandang tepi dan sekeliling keadaan tak nampak pun sampah dekat kawasan Singapore. Betapa bersihnya kawasan Singapore sedangkan kawasannya pun turut ada kawasan perindustrian. Beza gila dengan tempat aku. Malu pula rasanya!
Sempat bergambar dengan patung Minion.
Akhir sekali, memang takkan lepaskan peluang bergambar di hadapan pintu utama USS Singapore. Kira siapa yang tak ambil gambar dekat sini memang rugilah katanya. Selagi tak tangkap gambar dekat sini, takdenya orang nak percaya kita dah sampai. Jadi, kini kutempekkan gambar di USS Singapore di sini sebagai kenangan. Kalau nak pergi bercuti ke Singapore, jangan lupa bawa topi, cermin mata hitam, pakai sport shoes, t-shirt, bawa beg sekolah. Mudah dan selamat perjalanan anda!
Gambar kenangan bersama keluarga.
p/s: Bukan senang nak pergi bercuti, tambah-tambah percutian yang ditaja oleh orang. Makin teruja dan makin semangatlah nak menghabiskan duit makcik aku. >_<